Salam Ramadhan kepada semua readers muslim!! sempena Ramadhan ni ku nak mintak ampun maaf jika ada yang terguris, terhiris dengan mana² penulisan ku....takde niat nak sakitkan hati sesiapa...setiap yang ditulis merupakan pandangan peribadi dan kisah² peribadi semata....but mana tau kan? kadang dari penulisan ni boleh jadi banyak salah faham...sebab takde intonasi, tak nampak riak muka si penulis tu....giteww~ jadi maafkan kekhilafan saya... :)
Ramadhan kali ni rasa eksaited lain macam....mungkin disambut dengan anak dara yang makin membesar dengan sangat bijaksana...dah niat dari awal, tahun ni nak bawak dia tarawikh hari² (InsyaAllahhh)....sebab selama ni kalau bawak dia pi surau/masjid untuk tarawikh pun sekali je...the rest solat kat rumah....terpulang lah cara memasing....aku suka nak bawak Zafirah pi masjid....feel kat masjid tu lain macam sikit....huhu~
Kat rumah beria nak pakai telekung...sampai surau takmo pakai pulak...sabo je lerr...len kali mama sarungkan tudung je lah ye....nampak sopan sikit...huhu~
Kitorang sampai surau sebelum azan isya'....orang tak ramai lagi....lagipun surau kat taman rumah aku dah renovate lagi besar...lagi cantik...lagi selesa....aku cari saf tepi² senang Zafirah duk sebelah aku....duk saf depan...sebab kalau saf belakang kang dia sibuk tengok bebudak lain main....tak konfiden aku nak bagi dia merayap dalam surau sensorang....hikss~ dah kata motif utama bawak dia pi surau nak ajar dia macam mana orang solat jemaah...abeh kalau dia duk belakang bila masa pulak dia nak tengok orang solat?? gituu... :)
Lepas solat isya ada ceramah ringkas....kat area Bangi mostly surau² buat tarawikh 8 rakaat je...tapi before tarawikh ada tazkirah ringkas...dalam 10-15 minit gitu je....so sementara dengar tazkirah dia keluarkan segala menan² dia...YAAAA aku memang angkut stok mainan feveret dia datang surau....hahahaha! stok makanan pun angkut sekali...coco crunch, biskut oreo...kang dia lapar stress pulak aku takkan nak cilok makanan moreh?? malu la oi! >_<
:)
Dah habis ceramah terus start tarawikh....setiap habis 2 rakaat dia akan tanya, "DAH??!!"
setiap kali tu jugak dia akan kecewa dengar jawapan aku...
"belum....ada banyak rakaat niii...."
"oohhh..."
Habis rakaat ke 4 dia nak kencing pulakkkk....nasib la toilet dekat dan sangat selesa....dah kata baru renovate kan? mekaseh management surau! saya sangat puas hati dengan keadaan surau sekarang *thumbs up!*
Then lepas habis 8 rakaat dia mintak susu pulak! haihh aku memang tak bawak susu dia kalau keluar dekat² gitu...sebab dia dah jarang nak minum² susu kecuali untuk tidur malam...so...oke la jom lah balik...witir buat kat rumah je....
Sebelum tidur tanya dia lagi..."esok nak ikut mama pi masjid lagi tak??"
dia angguk...
malam pertama dikira success!! sebab dia tak banyak ragam!
kita cuba lagi malam ni....insyaAllah~ (^^,)
************************************************************************************
IKLAN
Free gift terbaru: MAKE UP BAG!!
limited stok!
wassap segera untuk pembelian!
harga kasih sayang untuk korang :)
Terima kasih sudi membaca!
19 comments:
satu pelajaran gak kan nak bawak anak pergi surau hihi. Anyway Selamat berpuasa :)
alhamdullilah
what a good girl..dikira behave jugaklah..
semalam gi surau kemain stress ngan bebudak dan mak bebudak yang buat tak tau..haihh i should blog about this,,,perhaps..ahaha
Selamat Berpuasa kak yana and family!! semoga berjaya azam bawak Zafirah hari2 dan melatih beliau..insyaAllah aamiinnn
Alhamdulillah..
latih anak ke surau nanti senang.
mainan kena ada, agar dia tak boring.
HEHEHEE GOOD JOB KAK! sy x berani lg nk bawak princess.risau melalak lak.
Aku tak yakin nak bawak khair.. kang dia menjerit masa orang tengah solat.. haru biru jadi. Hahaha
terbaikk zafirah!
bgusnya anak dara....
Bagus anak auntie ni tau, sabar dan gigih tggu mama solat tarawikh...macam mana nak ajar Qi duduk behave ye, kadang2 bawa mainan pun merata2 dia berjalan satu masjid....risauuu...huhhhh kena beli mangga masjid khas utk kaum wanita nak tarawikh ni...biar diorang main puas2 mak2 nak solat dengan aman.
comel sgt zafirah..bagus tau yana.. ajar dia dari kecik..
Alhamdulillah.. bagus anak dara sorang ni.. ;)
malam ni kena bawak susu siap2..hihi
alhamdulillah .....
nanti nk bw jugak la anak pi masjid gini ...
alhamdulilah gud girl..hrp ari2 yg brikutnya juga behave :)
miraadzlia.blogspot.com
bestnya... x sbr tngu anak besar skit :)
Assalam yana,
salam ramadhan & selamat berpuasa
waaaa
baguih2 zafirah dah free diaper :)
alhamdulillah....
aida pernah bwk 2 org anak2 dara aida.
mlm pertama...
fail!!!
then da x gi dah ha ha ha...
sebab diorang berdua kot.
diorang byk buat bising!
selamat berpuasa uols !
kalau kt sini, ada bilik khas untuk ibu2 yang bawak anak2. supaya xkacau jemaah lain. kena praktikkan la kt malaysia. jd more mummy and kids friendly.
Post a Comment