Apr 6, 2010

Magic di Facebook

Saja nak berkongsi benda menarik yang aku dapat dari facebook hari ni...
korang pun mesti excited punye lah...
CONFIRM!! lalalalala~ ^_^

oke oke mari kita mulakan acara magic2 ni....bersedia.....

oke korang mesti ada keyboard kan?? *apakah soalan tu??*
oke mula mula log in kat facebook dulu *duhh~*


pehtu letak jari-jari anda di keyboard..
seperti ala ala hendak menaip..
kalau tak faham sila rujuk gambar...hohohoho~



:: gugel alwayz da bezz ::



pehtu......

korang follow instruction ni oke....

on your keyboard: up, up, down, down, left, right, left, right, b, a, Enter, right-click.


Lepas tu.....

korang akan dapati ada bulat2 yang sangat cantik macam warna pelangi akan keluar...
sangat menarik, tertarik, tercantik....
wow wow woweeeee~  hohohoho~ ^_^



:: Nampak tak bulat-bulat yang macam kaler pelangi tu??bukan bulatan yang kaler merah tu, itu status saya..huhuhu~ ^_^ ::




Kalau uols dah berjaya buat benda ni,
post la ayat di bawah pada status uols pula, macam yang aku buat tu...
sebarkan kat semua orang...


Facebook magic....on your keyboard: up, up, down, down, left, right, left, right, b, a, Enter, right-click. Circles will appear!! If it works, copy it to your status... :-)




motif?? saja suka2..
taknak sebarkan pun takpe...
takde orang nak rotan oke...lalalala~

Peace! \/(^_^)










p/s: Orang lain bekerja, tapi aku berholiday at Kuantan sekarang...jeles tak?? MUAHAHAHAHA~



Apr 4, 2010

Wanita Seksi Bila di Dapur

Wahai pembaca-pembaca wanita yang ayu lagi gojes di luar sana, adakah kalian tahu memasak?? *apakah?*


Terus terang la kan aku nak ngaku nih..macam memalukan diri sendiri tapiiiiii......
I don't care! 
*ayat BI lebih sopan..cuba translate dalam BM--  
"ada aku kesah??" HAHAHAHA~* ^_^
Walaupun umur dah macam bolehkahwinpehtujadimakbudak, 
tapi disebabkan famili aku semua asek bz je, 
so masing-masing jarang ada kat rumah membuatkan 
kami selalu mengupah chef2 di restoren-restoren di seluruh Malaysia memasak untuk kami...
wah wah wah kalah artis ni...lalalala~



Bukan lah aku takde niat nak belajar memasak, 
tapi tak tahu nak rujuk pada siapa dan tiada kesempatan. 
Maklumlah kan kerja-kerja fotografi dan shooting movie giat berjalan...
artis baru nak 'up' lah katakannn....WAHAHAHAHA~ *tiba2*


Bakat memasak dalam diri aku ni terpendam. 
Bila datang mood nak berkeluarga je aku akan memasak..HAHAHA 
*apakah kau merapu yana oiiiii~*  
oke oke serius ni..bukan senang oke aku nak luahkan bakat memasak aku...
Walaupun memasak ni macam buat autoCad atau menanam pokok (macam takde contoh lain nak bagi), 
kena praktis selalu baru jadi masakannya, 
tapi aku rasa bakat terpendam aku ni tak perlu kut praktis2 ni..
main redah je..
janji orang makan tak kena Diarrhea.... (-_-")


Macam mak aku la bila memasak je tiba2 keluar skill chef Wan..HAAAHHHH..
menangis oke semua orang bila makan...
bukan sebab tak sedap..no no no no...
sangat sedap mak saya masak...ewah..
kompem esok dapat makan besarrrr punyaaaa....free of charge...weeeee~ \(^_^)/




Actually aku nak inform la pada kaum lelaki kat luar sana kan, 
jangan la pandang rendah pada wanita-wanita yang tak tahu memasak 
apa lagi yang jarang masuk dapur (pergi dapur untuk basuh tangan je), 
sebab anda juga bukan lah bagus sangat....
*pehh ayat memang cari gado..terbaekkk~ hahaha~* 


Takat nak compare diri anda yang belum tentu pandai jadi IMAM 
dengan wanita yang tak reti masak...hurmmm...
jauh beza tu beb! 
Bak kata pepatah zaman Hang Tuah, Jauh panggang dari api...
wah wah wah..gitu kannn..


Kalau pengetahuan jadi imam tu sangat penting
rasanya majoriti wanita kat Malaysia ni akan jadi andartu la gamaknya...ish3~
Jadi jangan lah letak priority 'memasak' pada
bakal atau yang dah confirm jadi pasangan hidup uols tu yeh


*ececeyy ayat cover line sebab kau pun tak reti masak wahai cik yana*


ouch ouch ouch..terguris hati ai bila ada orang cakap begitu...WAHAHAHAHA~


Saya bijak sebab saya tahu saya tak reti memasak so
saya cari pasangan hidup yang tidak cerewet!
Dak encem ai tu kan makan ayam goreng and daging je oke..
seafood memang dia tak sentuh langsung.
Sayur pun tak makan sangat...WOW!! terbaekkkk~
confirm la peti ais di rumah kami sok penuh dengan coklat je (apakah?)


oke stop stop! tak mau elaborate panjang-panjang sebab
nanti ada orang lain yang tak reti masak juga rampas dak encem...
HUAKAKAKA *waklu*


Bukan semua orang tu bernasib baik macam aku.
Kalau tiba-tiba jodoh aku dengan laki yang suka makan,
cerewet pasal makanan,
telan semua benda kecuali yang haram...............
pehhhhh mati weeyyy...
lagi 10 tahun mau tinggal tulang je aku ni..
entah entah tulang pun hilang, tinggal kulit je...
aaaaaaaaaaaaa..TIDAKKKKK!! T__T


Fine!! aku akan make sure dak encem masuk minang aku cepat-cepat supaya
lagi 10 tahun aku lebih HOT dari sekarang, bukan macam mayat hidup...
HOHOHOHO~ *cakap je la ko dah gatal nak kawen cepat!cissss~*






p/s: Jum jum tengok ABPBH weyyy...suspended ! ^_^



Apr 2, 2010

Ramai yang Sedih


Since aku tak kerja hari ni,
makanya aku bangun agak lambat (tapi still waktu pagi).

Lepas mandi je aku terus online...
Macam biasalah kalau online je mesti buka emel, facebook dan blog...
Tu lah 3 benda utama yang aku dahulukan...hehe..rasa tak lengkap beb hidup kalau tak usha tiga web ni dalam sehari ^_^


Mula-mula online facebook, dah nampak post ni







Terkejut oke...



Then buka blog pula....pehhhh...Ramai yang buat entry tribute to Din Beramboi...








Walaupun aku ni bukanlah peminat Din Beramboi tapi aku kenal siapa beliau (siapalah yang tak kenal Din Beramboi weeyyyy). 
Aku pernah lihat Allahyarham di rancangan Spontan..
Pehhhh sakit beb prot tengok dia buat lawak...
Dengan gaya yang bersahaja tapi prot ni geli toksah cakap la macam mana...
Ketawa sampai terasa nak terbelit tali pusat aku....wahahahaha...^_^




Oke saja melawak ceriakan hati yang duka...
Kalau tengok pada entry2 peminat2 Din Beramboi ni, semua luahkan rasa sedih sebab Din Beramboi telah banyak menceriakan orang di waktu pagi (radio ERA).
Aku paham perasaan mereka sebab aku pendengar Hitz Morning Crew. 
Tension beb pagi2 drive dengan jalan jem lagi..
Hanya radio yang dapat hiburkan kami..
Walaupun gelak sorang2 dalam kereta...
So what??janji happy sudaaaa...




Tapi sekarang Din Beramboi tiada...
Ada ke orang yang boleh ganti Allahyarham?? (-_-)




erm..sekarang memang ramai orang yang hebat-hebat pergi meninggalkan kita...
Mungkin itu dugaan bagi yang masih hidup...
Live must go on...
Diharap keluarga Din Beramboi tabah...
Kami peminat beliau akan menghadiah Al-Fatihah buatnya kerana
hanya itu yang kami mampu lakukan sebagai peminat....



Al- Fatihah~










p/s: Pesal tulisan kat blog aku ni halussss sangat eh??hadoii sakit lak mata aku membaca..cane nak edit font??grrrr~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015