Dec 3, 2014

Burger Bakar Abang Burn dah Turun Harga oii!! RM5 sahaja!! woot~

Assalamualaikum...


mintak halal gambar ye Kid! :p


Weekend lepas aku penuhi jemputan kawan blogger bersantai² sambil melantak burger bakar Abang Burn...aku ni bab² makan susah nak menolak! bahaha *dasarrr!*  dulu pernah jugak melepak² dengan bloggers kat Abang Burn...kat jajahan Cheras...kali ni jajahan Shah Alam yaww! ^_^


Untuk jajahan Shah Alam ni lokasi dia dekat je dengan Jakel Shah Alam, Seksyen 7...port baikkkk punya! tempat student kot! wohoaa~


Appetizer malam tu...MEATBALL and wedges...hamaigadddd! cheese tuuuuu....meleleh²!! berebut dengan dak encem melantak meatball....hahaha~


Sementara tunggu burger siap posing² dulu...blogger kan....kalau kamera simpan dalam beg je tu bukan blogger la namanya...mihmih~


The Bunga...anak Yaya...ya Allah comelllllllllllllllllll!!!! stress aku Zafirah merengek² bila aku dekat dengan Bunga...geram okeh! kalau Zafirah mentido ke, papa bawak dia berjalan tempat lain, lama dah aku peluk cium gomol² dak Bunga ni...eiii!! pipi tuuu! hahaha~ next time ehh..next time aunty gomol...insyaAllah~  ♥


burger dah sampai...berebut dengan anak dara bertuah pulak! (-_-")


Malam tu jugak Abang Burn ada buat promosi menggila!! 50 sen untuk burger daging dengan syarat hanya sebiji untuk seorang! wooahhh!! burger sedap, harga murah...dah tentu pembeli super ramai ye dak??


Ikutkan promosi start pukul 10pm-2pm gitu....tapi aku tengok sebelum pukul 10pm dah berderetttttttt orang beratur...sampai jem jalan raya! pfftt!


see!! dasyat dorang ni kann...haha~


kewl adik...kewwllll!! ^_^


 seronok tengok pekerja bertungkus lumus prepare burger 50 sen...apa yang penting?? K.E.R.J.A.S.A.M.A!! yeyy! ^_^


Sebenarnya dalam pada promosi burger 50 sen tu ada lagi benda lain yang Abang Burn nak war-warkan...





Abang Burn nak turunkan harga burger jadi RM5 sahaja!!! oiii macam tak percaya pulak kan...eh aku tak tipuuu! pi la terjah jajahan Shah Alam dari pukul 6 petang-8 malam & 10.30 malam-12.30 malam. 
Waktu Operasi: 12pm – 12.30am 




RM5 tu untuk burger bakar ori tau...Nak topping, ada tambah lah.. Kalau nak semua topping, tambah RM5 sahaja...Dah dapat makan burger bakar yang besar gabak tu... nyumm!!


 Untuk jajahan lain, belum ada lagi promosi burger RM5...kalau korang rasa Abang Burn patut luaskan lagi promosi burger RM5 ke semua jajahan dia, korang hantar petisyen...Amacam?? Ada beran? siap ada promo voucher lagi...klik gambar di bawah!


Aku dah sign! jom la ramai² sign kasi semua 14 jajahan Abang Burn turun harga jadi RM5 je...JOM! JOM!! ^_^


Semoga terus diberkati bisnes Abang Burn yee...semoga semakin murah rejeki...amin!



 Terima kasih sudi membaca!

Dec 2, 2014

Nantikan "SELUDUP" Disember ini di Astro Prima & Maya HD!!

Assalamualaikum..



Dulu aku pernah cerita pasal drama aksi Seludup...tak ingat?? takpe takpe...kita refresh balik..huhu~  Selama ni duk tengok FB and IG dorang je...tengok sesi² penggambaran...tengok Tiz Zaqyah shooting...terus rasa macam 'ohemgeee cepat lah siap drama niii...tak sabar nak tengok!!'  gitew~ haha~



Now, tak lama lagi memang akan disiarkan di kaca TV!!! yeyy!


Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn Bhd. bersama barisan pelakon drama siri SELUDUP...


“Astro sentiasa prihatin dengan kehendak penonton yang dahagakan hiburan berkualiti tinggi pada setiap masa dan ‘SELUDUP’ mempunyai kesemua formula yang kami anggap sesuai dan menarik untuk tatapan peminat setia drama tempatan. Saya percaya naskhah terbaru Jehan ini bakal diminati ramai dan mesej yang ditampilkan juga akan berjaya disampaikan dengan baik kepada masyarakat Malaysia” kata Cik Farah Zainul, Pengurus Saluran Astro Prima di tayangan perdana drama tersebut di TGV One Utama, Kuala Lumpur.


Jom berkenalan dengan mereka yang terlibat dengan drama siri SELUDUP ni...boleh kata majoritinya aku kenal! dah selalu keluar TV...so kita boleh tau tahap lakonan dorang macam mana untuk siri ni...^_^


Aizat Amdan, komposer OST Seludup! omg! aizat punya lagu semua sedap² okeh!!


Jehan Miskin, Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn. Bhd. dan Pengarah drama siri SELUDUP yang juga memainkan watak Din....multitalented sangat dia ni...wheww~


Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.


Namron memainkan watak Tam


Pekin Ibrahim memainkan watak Amran


Raja Ilya memainkan watak Rina


Syafie Naswip memainkan watak Jai


And last but not least...watak yang aku minat! hahaha~


Tiz Zaqyah memainkan watak Yasmin...


Jangan lupa saksikan SELUDUP setiap Khamis jam 9:30PM bermula 4 December 2014 di Astro Prima (Channel 105) dan saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.


Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup...



Tentang Astro Malaysia Holdings Bhd Astro Malaysia Holdings Bhd
Merupakan peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia dan Asia Tenggara yang beroperasi dengan 4 perniagaan utama; TV berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan pelanggan kediaman berjumlah 4.2 juta atau penembusan kita-kira 60% daripada televisyen kediaman di Malaysia, Astro menawarkan 182 saluran TV, termasuk 48 saluran HD, yang disediakan melalui satelit TV Direct-To-Home, IPTV dan OTT.

Astro menyediakan perkhidmatan HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV melalui Astro B.yond dan Astro On-The-Go. Memenuhi komitmen untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia, Astro memperkenalkan NJOI sebagai perkhidmatan TV satelit DTH permulaan dan merupakan TV satelit tanpa langganan pertama di negara ini, dengan 23 saluran TV dan 20 saluran radio. Astro Radio yang meliputi stesen radio dengan rangkaian stesen dalam bahasa-bahasa utama merupakan stesen yang mencatatkan pendengar paling ramai, mencecah sekitar 12.6 juta pendengar setiap minggu di Malaysia dan boleh didengari melalui saluran terrestrial dan digital. Bahagian digitalnya merangkumi penerbitan digital, aplikasi dan platform serta penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan.

Astro telah menerima Anugerah Emas bagi kategori Media dan Hiburan di Putra Brand Awards Malaysia untuk 5 tahun berturut-turut dari tahun 2010 ke 2014, termasuk Anugerah ‘Brand of the Year’ pada tahun 2012 dan ‘Brand Icon’ pada tahun 2013. Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Astro telah menerima tiga pengiktirafan Stevie Awards dari Anugerah Perniagaan Antarabangsa (IBAs) 2013. Anugerah-anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha Astro yang melambangkan inovasi, kualiti serta tanggungjawab sosial korporat yang kukuh.


Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com


 Terima kasih sudi membaca!

Dec 1, 2014

Movie World, Goald Coast #Part1 | Ride Paling Extreme!

Assalamualaikum...


Terpaksa buat part by part untuk entry Movie World...banyak sangat gambar...nak tepek semua dalam satu entry kang habis terkeluar² skrin entry aku...dah la bangsa suka tepek gambar besar gedabak...pastu tak reti nak combine gambar jadi collage...hahahaha~  entah la...aku rasa tak puas tengok gambar collage...lebih seronok tatap gambar seketol²~   :)


Entry ni aku just highlight more pada ride² yang agak extreme...ai is tatot!!!! >_<


tiket kengkawan bomba...untung laaaa orang sponsor...pfftt~


Aku dengan member aku beli tiket online...MAHAL!!! $99 per person!! dalam RM300! blerghhh! kalau korang nak beli tiket theme park tak kisah la Movie World ke, Dreamworld ke, Seaworld ke, Wet and Wild world *kot*, JANGAN BELI ONLINE!!! beli kat sana je!! banyak kedai² jual tiket theme park! lebih murah....kalau local ofkos la lagi murah...$20 je untuk 1 theme park...tapi foreigner pun murah jugak...well still murah lah daripada ko beli thru online...ko boleh dapat $80 je untuk 3 theme park!! pehh~  ni semua salah blogger² yang cakap beli online lagi murah...hahahaha~


Takpe lah...pengalaman mematangkan...tak gitu?? :)


ni kalau main terjah je kot...tetap lagi murah dari beli online  :(


 Sedikit tips bila datang sini....ikutkan syarat tak boleh bawak masuk food and drinks...tapi aku sumbat je air mineral dalam beg...dreber kitorang dah pesan, andaikata dorang request nak check beg, just SAY NO!! dorang takde hak pun nak selongkar beg kita walaupun kita yang bukakkan untuk dorang...against the law kata dreber kitorang tu...kalau dorang suruh bukak beg cakap je tak boleh...PRIVATE STUFF gitu...tu yang aku konfiden je angkut air mineral and kebab yang berlebih masa makan kat Harbour Town tu...nak beli lain mahal oii! :)


Tapi time aku masuk takde pulak dorang check beg....nasib² kot? hehe~


kanak² riang..lolz! :p


apa tah nama ride ni tak ingat...dekat je dengan pintu masuk...masa kitorang datang, ride ni tutup...ada maintenance ke apa tah....rugi rugi...hehh~


cekci angat kereta Batman..aww! *pangg!*


ride ni bagi aku extreme...ride Batman...kat Genting pun ada ride camni...


idak la aku naik!!! hahaha~  cuma kat Genting dia naik slow², time turun baru lelaju...kat sini dia naik je dah laju...turun pun laju....macam ko buat air shaker...aa gitu lah ko digoncang² naik ride ni....muntah oke! hahaha~


2nd ride yang extreme...tuuu roller coaster belakang tuuu....Superman namo eh...pfftt!


seram sejuk je masa ni....surprisingly aku naik jugak!! syabas untuk diri sendiri!! berjaya lawan ketakutan!! kahkahkah~ 


yang bahagian tinggi tu, bukannya dia naik slow², pastu turun lelaju....dari awal lagi terus lajuuuuuuuuuuuuuuu....sakit tengkuk aku sebab susah nak tegakkan badan...angin kuat sangat kekdahnya...hahahaha! :p


menggeletar jugak la lutut naik ride ni....tapi boleh lagi cover daripada jalan terhuyung hayang...malu la abam bomba tengok kita lembik! matik kang kena bahan time meeting...mental dorang ni....huhuhu~


ride ni pun extreme jugak...nama pun Asylum...boleh bayangkan ride dia macam mana...gulp!


dah la seat dia jenis yang kaki terjuntai tu....pastu ada 2 loop ko kena lalu...oii gila! memang mental siapa naik ride ni....aku??? ofkos la TAK naik!!! wakakakaka!  :p


kereta orang gila.. :p


last ride yang bagi aku agak extreme...tapi idak la teruk sangat...ride Scooby-Doo...WAJIB naik ride ni bila masuk Movie World okeh!! bak kata opismet aku, tak sah datang Movie World kalau tak naik Scooby-Doo...gitu...so gigih lah kaki ni menapak...tengok ramai je bebudak kecik masuk...kita yang dah besar kena la jadi teladan untuk bebudak tu kan...takmo takut²!! padahal dalam hatiiiii............. :p


tengok la memasing tutup muka...takut sangat kekdahnya...KAHKAHKAH!! >_<


Tak banyak pun ride yang extreme²....Movie World ni memang sesuai lah untuk family theme park...kalau anak ko dah besar² at least sekolah rendah, syok bawak pi sini...sebab banyak ride dorang boleh naik...idak la bosan....tapi kalau yang jenis penakut, gayat baik masuk Sea World...tengok ikan lagi berbaloi...bahahaha! :p


Tunggu part 2 pulak ehh...bye! (^^,)


 Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015