Nov 15, 2021

Cuti Deepavali ke Farm in the City

Assalamualaikum...


Orang lain ramai duk rentas negeri, check in sana sini...Kami masih setia duk Selangor..hahaha~

So alkisah cuti Deepavali hari tu, bawa kids datang FITC, again! Kali ke-3 dah aku datang sini sebenarnya...Boleh refer entry² FITC aku kat SINI <


Konon nak datang seawal tempat ni bukak. Sekali ding dong ding dong, pukul 10am baru sampai. Ramai orang weh!! Ingatkan ramai balik kg or bercuti. Tidak ye! Mungkin jugak orang negeri lain yang datang sini (sedapkan hati) ๐Ÿ˜‚


Tunggu Apis. Beli tiket pun beratur uols. Udahnya 10.30am jugak la baru dapat masuk dalam ๐Ÿฅด
Walaupun dah pernah datang 3 kali, tapi ada jugak kawasan yang aku FIRST TIME masuk tau! haa teruskan membaca kalau nak tau kawasan apa yang first time masuk tu..hihi


By the way, sekarang korang kena beli sendiri food box untuk bagi makan kat haiwan² dalam tu. RM10 per box ye. Aku beli 1 box je cukup sampai habis round zoo. Ikut la macam mana korang bagi haiwan² dalam tu makan. Ada orang tak cukup 1 box, kena beli 2-3. So nak cakap beli 1 je pun tak boleh. Sebab depends pada cara korang bagi makan.


First stop is turtle area. Kat sini haiwan² semua bebas. Pelawat pun bebas nak pegang ke, gomol, bagi makan, posing dengan haiwan. Bebudak suka sangat ye. Kawasan sini staff ada sediakan daun/sayur untuk bagi turtle makan. If nak bagi carrot yang dalam food box korang beli tadi pun boleh. Aku amek je yang staff dah sediakan tu. hihi~


Besar-besar turtle kat sini.


Kuat makan pulak tu. Asal hulur daun, dia ngap! haha


Ini pulak bahagian burung². Ada macam² spesis burung dalam ni. Semua jinak². Dalam food box yang RM10 tadi tu ada makanan burung tau. Guna je makanan dalam tu untuk bagi burung² makan. Dulu pihak zoo sediakan makanan burung. Now no more.


Kalau berani, boleh posing dengan burung macam ni.


Savanna ni kawasan paling ngeri. Kenapa? sebab banyak kambing. Pastu semua agresif. Pantang tengok orang pegang makanan dia akan kejar. Aku siap main kejar² dengan kambing dalam ni. hahahaha~  geram betholll!


Kawasan palinggg berbau. kahh! Besar bak hang lembu sini. Pun sama kuat makan. Laju je ngap bila hulur makanan.


Rusa² sini duk dalam kandang. Maybe sebab agresif sangat. haha~  Tapi kawasan kambing pun agresif jugak. Cuma dorang tak cederakan orang. Agresif sebab nak makan ๐Ÿ˜‚


Kawasan rabbit and longkang fishing ni tenang sikit. Walaupun ramaiiii orang, tapi haiwan² semua behave. hahaha~  Ada tempat makan jugak area sini tapi jual food ringan² je macam sandwich, sosej, nugget camtu. Kitorang rehat minum² sekali kat area sini. Boleh tahan penat ye. Tua betholll


Settle rehat, sambung bagi haiwan makan. Banyak jugak makanan sesepah, so anak² aku tukang kutip, pastu bagi haiwan makan leklok. Jangan bazirrr gitu. 


Tau tak ini haiwan apa? Nama haiwan ni Pelican bird ye adik². Ada masa² tertentu, staff akan sediakan ikan untuk korang bagi Pelican bird makan. Macam mana bagi Pelican makan? Korang baling je ikan tu. Deme pandai tangkap nanti. First time lah anak² aku tengok Pelican depan².


Ni kawasan reptile tak silap. Boleh pegang biawak. Tak sangka anak² aku semua berani pegang biawak. Aku mampu tengok dari tepi je lah. hahaha adehh~


Bagusss! Baloi bawak datang sini. hahaha~  Staff situ kata, ada show ular jugak kat sini tapi pukul 2pm baru start. Masa kitorang sampai sini baru pukul 12pm+ gitu. Idok lerr nak tunggu sampai pukul 2pm. Ular pulak tu, geli.


Then ada burung kakak tua. Dulu ada parrot show. Now dah takde. Taknak orang bersesak² kot kat sini. Korang nyanyi je lagu burung kakak tua kuat² sambil goyang² badan, nanti parrot tu akan follow tau. Tak percaya cuba lahhh! Dulu punya Parrot show boleh tengok entry SINI


Musang pun ada. Makanan musang boleh beli kat mesin makanan yang disediakan. Ada banyak food machine dalam ni. So makesure standby cash siap² ye.


Posed sebelum keluar. Pertama kali datang FITC vs NOW! Look how much we've grown! haha


Thank you FITC for having us! Kids happy sangat. Sampai sekarang duk sebut² pasal haiwan² dalam tu.


Ni harga tiket masuk ye. Hanya RM132 untuk satu family (2 adults, 2 kids). Kids bawah 90cm FREE!

Siap dapat 2 free gift, 2 box makanan haiwan (rm10 each), beberapa voucher makanan dan 2 sijil penghargaan dari FITC..baloi sangat weh! ๐Ÿคฉ


More info ๐Ÿ‘‡





UPDATE DEC 2021: Vlog FITC dah upload! go watch now! https://bit.ly/3pTT1KX
 




Terima kasih sudi membaca!

Sep 28, 2021

SkyCab & Skybridge Langkawi | Travel Bubble Langkawi 2021

Assalamualaikum...


Thank you to those yang respon kat entry aku sebelum ni. Dah lama sebenarnya takde orang komen kat entry² baru aku. Maklum lah dah sendu. Hidup segan, mati tak mau camtu ๐Ÿ˜‚


So, aku decide untuk teruskan menulis pengalaman aku dengan travel bubble Langkawi. 
Ayuhh! ๐Ÿ˜


Kitorang pi Langkawi takde itinerary. Redah dan dedah. hahahaha~   Sampai je epot Langkawi, terus decide nak pi cable car. Mula² laki aku ajak lunch dulu. Tapi memasing dah kenyang makan atas flight. Lagipun sejak PKP waktu makan kitorang tak tentu. Bila lapar baru makan. Takde spesifik time untuk makan.


Masa ni pukul 11.30am tak silap. Matahari terpacak elok atas kepala. Panas berdenting! Tapi tetap gigih nak naik cable car jugak! bahaha.  Trust me, it was WORTH IT!! Tak percaya?? korang baca je entry aku sampai habis kayy ๐Ÿ˜


Laki aku beli tiket kat Shopee je. Klik sini > https://shope.ee/3AUNL3ZWDY
Lagi murah dari walk in. Korang search je nama shop tu ok. Sekarang ni harga tiket semua PAKEJ dengan 3D museum pastu apa tah lagi. Dah takde tiket single naik cable car sahaja. Maybe attractions lain tu sendu sangat so dorang paksa beli pakej. lulz~


Dah sampai kaunter baru laki aku beli tiket kat Shopee. Sebab dia nak compare harga. Kena tunggu dalam 10 minit macam tu untuk seller bagi voucher. Bukan lama pun wehh. Jimat banyakkk untuk 5 kepala. Lengang je masa kitorang sampai. Ada la 2-3 family lain jugak. Tapi sunyi and tak busy pun.


Takyah beratur! Siap boleh pilih nak naik car warna apa (perangai anak aku) ๐Ÿ˜‚


Masa mula² naik rasa bahang betul duk dalam tu. Takde ekon kan. Tapi bila dah naik tinggi, sejuk je beranginnn. View cantikkk! Sebab tu elok datang tengah hari. hahaha~


Cafe kat belah atas. Best lepak sini berangin. Ada je family lain but tak sesak. Tenang je.


Ni kat area panorama view. Kosong!! Nak posing pun tenang. Laki aku siap buat video tiktok kat atas ni. More reason kena datang sini time tengah hari buta, gambar cantikkkk!! Air laut tu nampak berkilat, cantikkk sangat! Dengan awan kepok² Subhanallahhh ๐Ÿ˜


Then, kitorang turun pergi skybridge pulak. Aku lupa snap gambar harga tiket. Ni ihsan dari follower aku. haha~  Thank you sisturr!


Takde orang pun Q masa kitorang sampai. Setiap kali orang naik, staff akan spray bahagian dalam car untuk disinfectant.


Tinggi ye. Dalam 3-5 minit macam tu nak sampai bawah. Aku tak menyesal bayar untuk skyglide. Sebab kalau turun tangga mau 30 minit baru sampai. Dengan anak lagi. Bayangkan je dah boleh buat aku anxiety. adehh~


Tenang sangat nak bergambar. Kat sini pun ada je family lain, tapi tak ganggu pun untuk bergambar. Semua ada port masing²...gitu


Kaca tu selamat dipijak. Jangan risau. haha~

 
MasyaAllah, view yang takkan dapat kat KL. ๐Ÿ˜ฌ


Cable car ni tutup pukul 7pm tak silap. Attractions lain tutup pukul 5pm ke 6pm macam tu. Then, kat sini hujan petang² . Kalau hujan, skybridge tu dorang tutup tau. Even hujan dah berhenti sekalipun, dorang takkan terus bukak. Kena tunggu air kering baru dorang open semula. Reason dia nanti licin, bahaya. Udah rugi je masa and duit korang spend untuk naik atas, tapi tak boleh round habis². So, yeah tak menyesal datang sini tengah hari buta. Pakai lah sunblock tebal². hihi~


Ok tu je for today. Next entry cerita pasal 3D museum. InsyaAllah ๐Ÿ˜Š


Vlog uploaded! Go watch now!






Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015