Aug 14, 2018

Farm in the City, Seri Kembangan (FITC)

Assalamualaikum...


Kali kedua jejak kaki ke FITC. First time pi dulu tahun 2015. Zafirah takde adik lagi. hahaha~  Tapi dulu sempat update entry harga tiket je. Dasar betul. Eh harga tiket sekarang dah naik ye. Jangan percaya entry lama aku tu. Sian korang. Nanti aku update entry harga tiket terkini. Lupa pulak snap gambar harga² hari tu. Nanti ehhh πŸ˜


So, alkisah Ahad hari tu laki ajak pi FITC. Pergi ramai² dengan geng blogger lain. Eh takde la ramai dalam 5 family je kot. haha~  Meriah sikit kali ni sebab memasing anak dah ramai, pastu dah besar².


Budak below 90cm free entrance ye. So, baby je lah free. kahh! Actually area sini ada permainan tradisional. Lupa lak amek gambar. Korang try lah. Bebudak mesti suka.


Mula² jumpa turtle dulu. Dua² penakut pulakkk nak bagi turtle makan. Bukan nya dia boleh kejar korang pun! πŸ˜’


Penat oke sambil dukung baby sado sambil tarik tangan bang ngah paksa dia bagi turtle makan. hahaha  dik baby jangan besar sangat bijik mata tu. Tunggu awak dah boleh jalan sok kita datang lagi yee. huhu


Antara haiwan yang dipamerkan. Ada yang dikurung gini, ada yang dia bagi lepas je.


 Kawasan burung². Boleh bagi makan sendiri. Kalau berani lahh. Aku penakuttt. kahh!


Kasi can laa tepek muka laki sendiri. Blog dia dah karam kat lautan dalam. Harap tumpang glemer kat blog bini je πŸ˜


Dalam kawasan ni pulak ada alpaca, deer, kangaroo dengan apa tah. Alpaca dengan kangaroo tu dikurung so takleh pegang². Tapi deer dengan haiwan apa tah lupa pulak aku, dorang bagi lepas je. Kalau kau pegang makanan haiwan tu kejarrrrr oke! hahaha~  Zafran surrender dah, kena dukung. Zafirah tu oke lagi bertahan sebab ada kawan. Malu la dengan kawan kalau takut khennn πŸ˜


The smallest monkey in the world. Ada sekor je dia dalam tu. Sian.


Rabbit duk dalam sangkar berani la dia bagi makan. Ce rabbit tu kat luar? πŸ˜


Longkang fishing. Untuk budak bandar macam anak² aku memang syok la dapat experience gini.


Masa kitorang pi ramai gak rombongan tadika datang. Ada budak yang geram agaknya tak dapat ikan, dia celup semua tangan dia masuk kolam. Macam nak terjun masuk kolam pun ada weh. Sabar je lah. haha~  So kalau anak² korang jenis tak takut pegang² haiwan, kena pantau lebih lah jangan kang ada yang berendam pulak dalam kolam tu. Mentang² cuaca panas, berpeluh². Sedap je bila kena air. hihi~


Ouh kalau korang bawak baby, make sure bawak sekali kipas. Sebab panas membahang dalam tu. Walaupun banyak pokok², tapi angin nan hado. Berpeluh lenjun memasing. Baby pun sama peluh². huhu~


Bagi makan ikan and angsa pulak. Sebekas makanan ikan tu RM2. Ada mesin token disediakan dalam tu untuk animal feeding. Jap lagi aku tunjuk gambar mesin token tu.


Zafran tu first time bagi ikan makan. Eksaited sangat dia πŸ˜  Lepas bagi animal feeding boleh cuci tangan anak² di sinki yang disediakan. Ada banyak sinki dorang sediakan dalam ni siap sabun bagai. Jimat wet wipes korang πŸ˜œ


Haa ni lah mesin token yang aku maksudkan tadi. Untuk pony ride pun kena guna token.


Kebetulan masa lepak area 'longkang fishing' dorang ada buat aktiviti ni. Kenali guinea pig. haha! Dorang bagi gambar, suruh lekat kat atas kad pastu tulis nama belakang kad tu. Pastu ikat reben. Jadi lah macam penanda buku. giteww~


Walaupun dia tak paham apa, tapi join jugak lah. Mana boleh dia tengok je kaklong sorang buat aktiviti.


Ada jugak parrot show! Masa ni pukul 12pm kot. Tak dan tengok jam. Walaupun memang pakai jam tangan πŸ˜‚


Khusyuk memasing tengok parrot show. Baru korang tau parrot boleh bercakap, boleh berlakon. hahaha


Parrot show dalam 15-20 minit gitu. Bebudak memang enjoy lah tengok. Aku pun enjoy sekali. haha~


Last sekali Pony Ride!! Dulu datang sini Zafirah kecik lagi. Dia takut nak naik. Sekarang dia dah besar, dah berani. Well done kaklong! Zafran tak naik. Penakut. hahaha~  Tunggu lah besar macam kaklong baru dia berani kot?


Pony ride ni ada time time tertentu. Bukan tiap masa ada. Masa aku pi ni dalam pukul 1pm. Next round pukul 3pm pulak. Aku tak pasti berapa orang boleh naik per session.


Dorang bagi naik 1 round je wakk. kihkih jadi lahh. Ikut kan Zafirah nak naik banyak kali. Kitorang malas tunggu sebab beratur panjang. Panas uii mama dah start migrain. Tak sabar nak balik landing atas katil. haha~


Sementara tunggu kaklong naik pony. Zafri tu kalau berdukung gitu memang lena kemain lamaaa. Ce letak dalam stroller, 5 minit je dah bangun πŸ˜’


Sebelum balik tu kitorang ada singgah cafe. Betul² otw keluar tu ada cafe. Lunch situ terus. Lapar + dahaga. Kat area 'longkang fishing' tadi pun ada cafe disediakan. Cuma tak pasti ada menu berat ke idak. Kat situ aku beli air je. Dah sampai area pony ni baru lapar. Order lah nasi goreng kampung, nugget (RM6, 6 ketul) and fries (RM6) untuk bebudak. Air botol RM4.50, air tin RM3.50, ABC RM5.


Dah keluar bebudak dapat eskrim. Heavennnn!


Happy sangat datang sini. Happy kiddos, happy me!


Zafirah: best sangat la mama datang sini. Boleh tak nak datang lagi?? kaklong sukaaa. best sangat sangat!


Allah nakkk. Memang tu lah pun motif mama bawak korang datang sini. Nak bagi korang happy. Lain kali ada rezeki lebih kita datang lagi ye. Tunggu la adik baby besar dulu ke. Sian dia mampu tengok je πŸ˜


k tu je nak cerita. Korang bawak la anak² datang sini. Kompem tak nyesal. πŸ˜





Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Azlinda said...

Kami pn 3x p...memang syiok tmpt ni highly recommended

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015