Dec 6, 2018

Kek Harijadi Untuk Zafran

Assalamualaikum...


Throwback kisah 26 October hari tu. LOL~  Kejap je dah 3 tahun. Dah jadi abang. Tapi perangai macam baby baby lagi πŸ˜’


Since aku dah pandai buat kek *ecece*, maka aku nekad senekad nya untuk buat sendiri kek birthday Zafran. wohoaa!


Berbulan jugak aku planning nak buat kek macam mana untuk dia. Well aku reti buat kek chocolate moist je. kahkah~  Tang deko tu haa tak tau nak buat apa. Aku bukan la seorang yang berseni. Banyak belajar dari Youtube, Blog, Pinterest and sharing dari kawan² bakers. Yaa kawan² aku ramai bakers. Hebat² lak tu. Thank you korang sebab tak lokek ilmu! πŸ˜˜


Aku buat kek birthday untuk dia celebrate kat sekolah. Saja bagi dia seronok celebrate ramai². Kalau sambut dengan mama takde pun kek² ni. Belanja makan nasi ayam je kang. hahaha~  So, 2 hari sebelum birthday aku dah start buat kek dia. Merecik peluh bak hang! πŸ’ͺ


Kemain besar haa loyang! Tak muat pengukus. hahaha! Aku memang tak gemar bakar kek dalam oven. Tak sama tahap moist dia dengan kek kukus. Lagipun bila kukus, potensi nak hangus tu hampir 0%!! Amatur kata kann! hihi~  Untuk kek besar ni, aku kukus selama 1 jam 30 minit.


Untuk topping, aku layerkan dulu dengan coklat mousse. Aku follow resipi dari blog kak Ana Suzana. Dah banyak dessert aku tiru resipi dia, semua menjadi and sedapppp!! So aku sangat yakin lah dengan resipi² yang kak Ana share. Tapi resipi kek coklat aku belajar dari orang tau. Masuk kelas berbayar. Tapi resipi kak Ana pun best jugak. Korang tengok je lah blog kak Ana tu. Kompem menjejes air liur. Dah la dia deko ala ala masterchef. Rasa nak jilat skrin πŸ˜


Lepas letak coklat mousse, sepatutnya kena rehatkan kek dalam chiller dulu. Bagi mousse tu stabil. Tapi aku takde masa lahh nak rehat² bagai. Terus aku layerkan pulak dengan chocolate ganache. Huduh jadinya kek aku.


Buruk? Don't care! Yang penting rasa dia sedap meletop! bahaha~


Lepas siap semua deko. haa elok semenggah je kan? Tak comot pun. Tu konsep Kapten Amerika bercucuk tanam ke apetu? hahaha~  Cake toppers tu semua print dari Pinterest. Strawberry tu sebenarnya nak habiskan stok dalam fridge. Balance buat Fruit pastry cake. Panjang kek ni dalam 13". Papan tu aku guna saiz 14". First time hoii buat kek besar². Syabas bete!πŸ‘


Ni pulak door gift. Gift bag tu beli kat MR. DIY je, RM3+ gitu. Ada 12pcs per pack. Roti cheese tu beli dari @ida_bakery , RM2 seketul. Air kotak tu pulak beli kat kedai borong dalam Econsave Jalan Reko. Jatuh RM1 kot sekotak. Aku beli 60 bag. Tapi roti and air kotak tu aku bagi extra untuk teachers. Takkan teacher tengok je kan? hihi~  Prinsip #sayNOtojajan masih aku pegang teguh sampai sekarang. Alhamdulillah~


Kebetulan 26 October tu jatuh hari Jumaat, awal pagi memang dorang main kat luar. Hari Isnin dan Jumaat pakai baju sukan and waktu pagi aktiviti bermain kat playground. Cun sangat dah tarikh tu. Sampai je sekolah bebudak dah ready nak main kat luar. yeyy!


Ouh aku tak join lah celebrate birthday dia. Mama kerja nakk! Sebab tu lah aku beria buat kek, bagi goodies banyak². Saja bagi dia happy celebrate birthday walaupun mama takde. sobsob~  Thank you teacher sudi layan anak saya, snap gambar banyak²!! Ohsem! πŸ˜˜


Aku tanya teacher mana datang topi birthday tu? Aku tak pernah beli pun. haha~  Rupanya topi tu dari celebration budak sebelum ni. Bagus betul teacher simpan pastu guna balik bila perlu.πŸ‘


Besar kan kek? Berat lebih sekilo jugak ni. Puas la makan ramai². nyum nyum~


Manja teacher πŸ˜


😍😍😍


Keratan rentas kek. Gigih suruh teacher snap! kahkah~  Kira lulus la ni kan?? alaa kasi can pliss. Teacher pun cakap kek sedap! Hei siapa yang tak suka coklat kek? Hilang nikmat doniaa.


Bisnes Brownies masih berjalan macam biasa. Ada la tambahan 2-3 menu lagi, termasuk lah kek coklat. Kalau teringin nak makan kek sedap halo halo lahh. Tapi kek birthday aku tak buat tau! Sanggup ke korang tengok deko kek birthday amatur? Tak kan? Order kek biasa² je dah lahh. Dijamin halal dan sedap! hahaha~


Bulan Februari tahun depan nak buat kek birthday Zafirah pulak. Dia request wakk! Takkan mama buat kek untuk adik je?? Untuk kaklong mama buat jugak tau! Allahu. Mama cuba nakk! Doakan mama sihat² yeee.


K bye!





Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Mommy Cici said...

Lulus sangat. Pandainya buat kek. Cici ni jangan kata bancuh kek, buat brownies pakai instant flour pun tak jadi. musykil betul. kahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015