Nov 30, 2018

Tamat Sudah Alam Tadika Anak Sulung


Assalamualaikum...


Pejam celik, besar dah anak dara nan sorang tu. Rasa macam baru semalam daftar tadika, tiba² dah habis? halahh halahh~


So tahun ni kami attend lagi majlis ihtifal tadika kaklong. Tahun² sebelum ni datang sebab kaklong dapat anugerah pelajar cemerlang (nombor tiga). Tahun ni dia upgrade dapat nombor DUA wakkk!! Plus konvo sekali.


Aku memang tak mengharap apa² tahun ni sebab banyak sangat rintangan kitorang satu family. Dengan viral fever, lepas sorang, sorang sakit. Bergilir², berminggu². Dengan adik baby masuk hospital nya. Tak sempat nak fokus untuk ulangkaji and prepare final exam kaklong. Aku dah psiko dia awal², dapat nombor berapa² pun jangan sedih! Yang penting tahun depan dapat masuk sekolah idaman. Tu dah cukup! Dia angguk tanda faham.


Sekali masa dapat result dengan bangga nya dia cakap, "MAMA, KAKLONG DAPAT NOMBOR DUA!"
Allahu, mak mana tak bangga?? Walaupun tadika. Aku dulu tak pernah pulak dapat anugerah² bagai ni. hahaha~


Mama yang semakin kertu

Macam tahun² sebelum ni jugak, majlis konvo buat kat Dewan ILSAS, UNITEN. Gabung dengan ABIM² cawangan lain sekali. Ada dalam 5-6 tadika kot yang join majlis hari tu. Masa hari kejadian, kitorang keluar rumah agak lewat. Pukul 8am lebih kot baru gerak. Memang saja datang lambat sebab malas nak dengar speech. kahkah! *dasar*

Lepas hantar kaklong pergi kat teacher dia, aku dengan laki makan dulu kat belah luar dewan. Kitorang tapau siap² nasi lemak and mihun tepi jalan. Sesambil makan terrrrjumpa pulakk geng bas sekolah dulu. Ya tuhan panjang jodoh weii!!


Kawan 1 kelas, sekolah menengah Seri Serdang. Last jumpa lepas habis sekolah. Kuasa tuhan, terjumpa kat sini. Kawan aku ni duk Puncak Alam, tapi tadika anak dia join sekali majlis hari tu. Kemain jauh datang. huhu~

Setel makan, baru masuk dewan. Masa tu dah almost 9am kot. Tak habis lagi speech dari Ketua Abim wakkk. hahahaha~


Seat pun penuh maka duduk kat tangga je lah. Next year buat dewan lain pliss. Yang luas sikit. Every year pun masalah tak cukup seat tau.

Mula² kita tengok persembahan anak² dari setiap tadika. Comel²!! Paling aku kagum persembahan choral speaking. Hebat lahh teacher ajar bebudak tadika buat choral speaking. Budak 4-5 tahun pun join. Elok je dia follow arahan cikgu and ingat skrip. Well done teachers! ๐Ÿ‘


Lastttt sekali baru persembahan tadika Zafirah. yeyy! Mama is sooo excited!! Tadika dia buat persembahan tarian zapin Ya Salam. Kat rumah tu hari² dia tunjuk step tarian kat kitorang. Tak surprise langsung. lol~


err ikutkan teacher dah inform, pelajar perempuan kena pakai tudung KRIM. Tapi aku lupa! hahahaha~  Udahnya aku sarungkan je tudung hitam. Apa ada je lah kaklong. Tapi orang ingat dia pakai tudung lain sebab kena bagi ucapan mukadimah tu. kahkah~   punn boleh lahh!

Nak tengok full persembahan boleh tengok kat Youtube channel aku, YANAMIB. Subscribe lah sekali. ๐Ÿ˜


Setel persembahan, baru lah sesi penyampaian hadiah pulak. Mula² penyampaian untuk anugerah pelajar cemerlang (1,2,3).


Scroll tu acah² je. Turun pentas kena pulang balik. hahaha~


Next, baru sesi konvokesyen. aww!!


Top 3 students dalam kelas Zafirah. Memang dorang 1 geng dalam kelas, sampai kan sekolah rendah pun rezeki dapat 1 sekolah dorang ni. Kawan sampai bila-bila ye anak². Jadi macam mama, sampai sekarang besfren dengan kawan tadika mama *mamabangga*

Thank you so much teachers sebab tolong ajar anak saya sampai pandai! Semoga Allah merahmati segala usaha² teacher dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. AMIN.

Tahniah to cinta hati mama papa! Our first love, first experience, first struggle, our harta dunia dan akhirat! Terima kasih bagi mama pengalaman manis dan pahit yang cukup indah untuk dikenang! Semoga terus minat belajar dan berjaya dunia akhirat serta menjadi contoh terbaik buat adik². Dah dah la tu gaduh dengan adik. Migrain mama hari² dengar korang gaduh. haihh~


Tak sabar tengok dia masuk darjah 1. ๐Ÿ˜


kbye!





Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..tahniah kak long.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015