Oct 24, 2018

Parangritis Beach & Gumuk Pasir, Yogyakarta

Assalamualaikum...


Hari ke-3 di Jogja.


Setiap hari kitorang bangun seawal 5 pagi. Siap², by 6am turun breakfast. by 7.30am supir datang. Kena bangun awal sebab perjalanan untuk ke setiap attractive location jauh bangat! Lebih sejam perjalanan. Tempat² tu pulak ada opening hours. By 6/7pm dah tutup. So nak cover semua tempat sebelum pukul 7pm kena lah keluar seawal pagi. ✌


Menu breakfast. Boleh kata hari² breakfast nasi. Banyak nak pakai tenaga sepanjang hari, tu kena makan banyak. Makyong some more kannn. kihkih

Hotel sana siap ada menu sambal² oi. BREAKFAST oke! hahaha~  Mujur tak sakit perut sepanjang berjalan² tu 😝

Trip hari ni aku deal dengan few colleagues je. Yang rapat² gitu. kihkih~  So kitorang sewa 2 kereta untuk berjalan. Guna khidmat supir, bukan drive sendiri. Aku tak ingat berapa RP kena bayar kat supir. Maklong lah cerita dah basi. Memori pun ada yang dah basi. lol~




1st stop: Parangritis Beach

Perjalanan dari hotel dalam sejam gitu. Cuaca pagi tu mendung and gerimis.

Payung beli kat Mr. DIY. Sebelum pergi sana memang dah check weather forecast, cuaca hujan setiap hari. Tu yang angkut siap² dari Malaysia.

Ada kereta kuda, kawan aku ajak naik. RM20 kot per trip. Dia akan bawak kita pi satu kawasan air terjun, jauh sikit dari tempat kitorang datang ni. 1 kereta boleh naik 3 orang sahaja! So laki aku tak naik. Dia malas nak sewa sampai dua kereta. Bazir katanya. Sukati lahhh!


Ni lah air terjun nya. Geng² bujang mendaki sampai atas sana nak dapatkan spot bergambar paling lawa. Aku nak hangkut dua ketul ni tak kuasa lah. Tengah membuyong some more. Spot ni pun lawa dah ni. hihi~

Ni je lah view yang kereta kuda tu bawak. hahaha~  Oke laa, point utama nak naik kereta kuda tu. Lama jugak lepak kawasan ni. Takde limit masa pun. Bila² rasa nak balik, kita pi je lah kat kereta kuda tu. Kalau nak mandi manda kat sini pun boleh. Dorang tunggu je. Tapi aku tak terfikir langsung nak bawak baju spare anak² aku. Apa lagi baju mandi. Dorang dah gatal² badan nak masuk air. grrr~  Sorry lah nak. Kita datang ni nak bergambar je. Mandi laut kat Malaysia pun ada.

First time aku tengok view  macam ni. Yang berlekuk tu sungai. Dari bukit belakang tu, terus ke laut. Subhanallah! Jakun gila aku masa ni. kahkah~  Yelaa kampung aku mana ada laut. Bangunan je penuh kiri kanan 😝




2nd stop: Gumuk Pasir

Tak jauh pun dari beach tadi. Dalam 5 minit je kot naik kereta. haha~  Serius dekat sangat!

Tempat ni penuh dengan pasir je. kahkah! Macam padang pasir. Tapi di Indonesia. gichuu

Supir kitorang yang amek gambar ni. Dia angkut DSLR besar gedabak oii. Kalau tau dia boleh amek gambar lelawa gini memang nak suruh dia amek gambar kitorang masa pi Borobudur and Merapi. Memang supir yang sama kitorang amek sebab senang berurusan. Nanti aku share nama kompeni supir ni. Recommended!

Nak terbang ke bulan ke sis?

Main buai. Ada 2 je buaian kat area situ.


Tu aje lah aktiviti yang boleh buat kat sini. bahahaha~ Tak silap aku boleh sewa surf board so boleh la sandboarding. Dia macam surfing atas laut, tapi kau buat atas pasir. Paham? Alahh korang google je. Banyak gambar² contoh. Kot boleh amek idea nak posing macam mana. 😁


Masa kitorang datang, baru lepas hujan. So pasir lembab. Tak boleh nak sandboarding pun. Kalau boleh pun takde nya aku nak naik. Buang tebiat namanya. Sekali lagi aku nak bagitau, aku tengah preggy 5 bulan masa ni. Kot lah korang lupa.🤗


K tu je nak cerita. bye!





Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

ct cheery said...

Wah cantik jgk tempat tu

Azlinda said...

Tak nampak mcm 5bln...comel n ttp kurus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015