Sambung lagi cerita raya. Harap boleh habis sebelum raya haji. LOL~
Dari kenduri Mohsin lagi, mak onga dah inform datang lunch kat rumah dia esoknya tu which is hari Ahad, raya ke-8 ni lah. Dia saja nak jamu sedara mara yang datang dari Pekanbaru, Indonesia. Bukan selalu sedara sana nak datang Malaysia. Kebetulan pulak hari raya, saja la mak onga ajak dorang beraya + gathering gituu
Dalam pukul 12pm gitu kot aku gerak dari Bangi. Singgah Gombak amek sedara² Indon, dorang duk homestay kat sana. Ada 18 orang tak silap. Jadi makcik aku mintak aku and kazen² yang ada kereta tu tumpangkan dorang untuk pi rumah mak onga kat Ampang. Ada 3 ke 4 kereta datang pickup dorang kat Gombak.
Menu lunch, nasi lemak. wohoaa!
Brownies by one of my cousin. Pagi tu baru mak aku suruh dia bakar brownies. Mujur dia dah biasa buat so zup zap zup zap siap! Sedap nak arwah! moist pulak tu. Mujur dah kenyang melantak nasi lemak, tidak kalu aku boleh habiskan sorang setengah pinggan tu. ngee~
Pengat durian pun ada! makan dengan pulut or cicah roti. Aku lebih prefer cicah roti. Pulut cepat muak. Roti boleh melantak banyak sikit. kihkih
Dah agak² kenyang, kitorang pi beraya rumah blogger Cikin pulak. Kebetulan rumah dia berjiran dengan mak onga. Lorong belakang rumah je. haha~
Kali kedua jumpa cikkin. First time pi rumah dia walaupun selalu jugak dia ngajak singgah tiap kali aku pi Ampang. Tapi asyik tak sempat je. Kali ni aku sempatkan jugak. Tak kira! haha~
Dessert puding triffle by Cikkin. Dah pesan awal takyah masak apa² sebab dah melantak kat rumah mak onga. So dia buat dessert je. Tapi ada jugak kuey teow goreng. Aku mampu makan dessert je lah. Kenyang sangat weii. haha~
Anak teruna cikkin yang super ramah! elok je dia layan anak² aku main sama². Tenang makpak nak menjemah. Walaupun baru kali kedua jumpa, tapi borak sikit punya panjang macam dah lama kenal.
Rupanya asben cikkin tu memang kenal mak onga and families. Sebab dia berkawan dengan kazen aku, Lutfi. Siapa duk Jalan Memanda memang kenal kot Lutfi. hahaha~ Dari kecik dorang berkawan. Tu yang boleh jadi panjang cerita, siap bukak cerita masa dorang kekecik bagai. lahaii keciknya dunia. Aku kenal Cikkin dari alam maya je, tup² laki dia berkawan dengan kazen aku, mak dia pun kenal dengan mak onga, berjiran dari zaman dorang kekanak lagi. Alhamdulillah dengan perkenalan ni.
Aku tunjuk gambar ni kat mak onga, dia cakap asben cikkin tu memang banyak mulut dari kecik. hahahah~ no wonder lahhh. Thank you for having us! jangan serik tau.
Next, kitorang pi rumah blogger kak Salina area Lembah Keramat. Rumah dia dalam kuarters tentera.
Dengan kak Sal pun dah pesan jangan masak apa². Tapi dia masak jugak mee kari. holohh holohh kena la makan jugak kang kecik hati. hahaha~
Elok pulak dua beradik ni behave ye. Kalau kat rumah mana reti duduk leklok. Especially Zafran tu. Dia lagi suka panjat and duduk atas meja instead of duduk atas kerusi
Tak lama pun lepak rumah kak Sal. Perut kenyang sangat kan dah rasa macam ular sawa. Mata mintak pejammm je
Thank you kak Sal for having us!
Balik dari rumah kak Sal dah pukul 6.30pm gitu. Takde singgah memana dah. Terus balik je sebab esoknya tu dah kena kerja and anak² kena pi sekolah. Cukup lah tu cuti beraya seminggu. Padahal aku MC sampai 2 hari lepas raya. Isnin tu demam, Selasa pulak gastrik.
Dah lama tak kena gastrik. Tapi kali ni kena gastrik rasa macam nak mati. Asal makan je muntah, ada la 4 kali aku muntah hari tu. Makan ubat klinik tak jalan. Melepek je sepanjang hari. Mujur anak² hantar pi sekolah kalau tak tah apa lah nasib anak aku duk rumah tanpa perhatian mama. Macam tu kot rasa orang mengandung yang mabuk teruk. Aku tak pernah mabuk mana nak tau. haha~
Nak duduk pun tak larat tahu?? Aku suruh Azfar tanya kazen dia ubat apa lagi yang kuat untuk gastrik. Mujur ada kazen doktor senang nak rujuk. Petang tu jugak aku suruh dia beli ubat yang kazen dia suggest. Apa tah nama ubat tu. 12 bijik RM50+ pehh. Tapi memang kuat la ubat tu, aku makan sebijik, dalam setengah jam pastu rasa kurang sikit sakit perut. Dah boleh makan minum sikit². Lepas Maghrib baru aku betul² kuat untuk bangun dari katil and peluk anak aku. Sian Zafran rindu mama
Ok tu je nak cerita. tata!
Terima kasih sudi membaca!
4 comments:
meriahnya raya
Raya sakan nohhh
tengok menu tu terus rase lapar...
sakan sungguh raya..yg best part2 makan tu..hehehe
Post a Comment