Showing posts with label Best Friend. Show all posts
Showing posts with label Best Friend. Show all posts

Aug 21, 2017

Pertama Kali ke Kelas Zumba

Assalamualaikum...


Jumaat lepas one of geng kepochi ajak pi zumba. Memula aku macam tak berminat je nak join. Then bila fikir², ni lah masanya untuk aku fit kan stamina aku. Bila lagi nak dapat peluang gini? *ecece*  Mintak izin laki, dia restu dalam terpaksa, kahkah~  Selama kahwin TAK PERNAH keluar malam², lepak dengan kawan bagai tau. Anak² dah besar kasi can laa bini nak 'me time'. Yang penting dapat restu. Terus confirmkan dengan Faiza.


Malam tu, deal pukul 9pm jumpa bawah tempat zumba tu. Tapi Faiza sampai lambat, dia menunggu runner untuk pick up kek. Faiza ni baker area Serdang. Berminat nak tempah kek boleh pm fesbuk Fyza CakeCorner. Aku memang nak tunggu Faiza jugak sebab aku tak pernah sampai kelas zumba ni. Dia je pernah datang.


By the time Faiza sampai, dorang dah start berzumba pun. Tapi takde isu pun kalau datang lambat. Cuma dapat tempat belakang sekali. Tak nampak jelas apa yang instructor tu buat. huhu~  ouh bayaran untuk walk-in RM10. Member price RM5. Kids free! Kelas zumba ni dibuat 2 kali seminggu, hari Selasa and Jumaat, dari jam 9-10pm. . Aku mampu pi hari Jumaat je. Sebab esoknya tu cuti, boleh bangun lambat. Kalau pi hari Selasa kemungkinan besar kena MC hari Rabu tu. kahkah~



Gambar diambil oleh Zafirah. Mula² je kayu sikit nak menari, bila dah makin panas, makin lembut otot² menari. gituu πŸ˜


Time ni tengah take-5. Yelah sejam nak berzumba, terkejut jugak urat saraf. hahaha  Dah la banyak gelek², krem pinggang ahkak! Zafirah tu saja aku bawak sekali. Bagi dia exposed dengan komuniti gini. Zafran je tinggal suruh apak jaga. Kalau angkut Zafran habis kelaut 'me time' akuπŸ™„


yey bangga dapat berzumba dengan penuh semangat waja! Sikit pun tak skip, cuba sedaya upaya untuk follow step² dari instructor. Paling amazed aku tak rasa mengah pun walau terlompat² bagai. Cuma ada tergeliat urat sikit². kahkah~  Syabas untuk diri sendiri πŸ‘  Percaya tak kasut tu pinjam kasut laki? Aku memang takde kasut sukan gini. Mujur saiz kaki kitorang sama. lol~ πŸ˜


Ramai wei yang join kelas ni. Aku pun tak sangka seramai ni. By the way kelas ni memang khas untuk LADIES sahaja! Boys cuma boleh pi gym. Dalam gym tu ada bilik khas untuk ladies zumba. Bilik ni takde la fully tertutup. Pintu masuk jenis kaca, orang kat bahagian gym boleh je tengok. Tapi ada bahagian yang orang luar tak nampak. So pepandai lah amek posisi yang selamat untuk berjoget.


Lepas zumba perut rasa lapar. Lapar sangat. hahaha~  Sebelum tu memang aku tak makan apa², sebab tak rasa lapar pun. Tak sangka pulak kelaparan lepas zumba. πŸ˜  Mujur ada kopitiam bawah tu. Singgah alas perut je. Aku order roti bakar, Zafirah makan fries. Takde la makan berat², dah tengah malam, balik tu nak terus tidur je.


Dalam pukul 11pm gitu kot baru balik. Sambil makan sambil borak, tu jadi lama. hehe~  Thanks beb ngajak aku pi zumba. Jumpa lagi minggu ni tau. Semoga istiqomah untuk terus fit! Maklum laa umur makin kertu, stamina makin merudum.😁


k tu je nak cerita. tata! πŸ˜˜




Terima kasih sudi membaca!

Aug 17, 2017

Raya #Day 17, Mini Gathering Geng Kepoci

Assalamualaikum...


Hari tu geng gojes (bloggers), ni geng kepochi (ex-schoolmates) pulak. haha~  Aku suka berkawan dan aku akan pastikan aku sentiasa keep in touch dengan kawan² yang ada. Ada orang tak suka nak geng dengan ramai orang. Sebab dorang berpegang pada kata² "kualiti lagi penting dari kuantiti" gituu. Terpulang lah cara memasing kan. Bagi aku nak ramai kawan ke tak ramai kawan ke, dua² tak salah. Yang penting jangan khianat orang ! πŸ˜


Alkisah hari raya ke-17 ni, jatuh hari Jumaat. Plan seminggu awal untuk beraya rumah mek Aida. Beria lah roger semua orang dalam group wassap siapa nak join pi rumah Aida. Dalam group kitorang ada 13 orang ahli. Semua geng dari form 1. Tapi biasa lah, memasing dah ada komitmen sendiri, TAK PERNAH lagi gathering lengkap 13 orang. Macam pi rumah Aida ni pun, termasuk aku 4 orang je yang boleh join. kahh!


Saja plan hari Jumaat, dah faham kalau jumpa je mesti panjang cerita. Hari Sabtu cuti, boleh la nak tidur lambat. Time raya je boleh berkumpul macam ni. Raya setahun sekali pulak tu. Tu yang banyak nau borak. Bebetul lepas Maghrib gerak pi rumah Aida. Tak jauh pun dari rumah aku. Sekentut je. Rata² kawan sekolah aku memang duk Bangi-Serdang. Dah kitorang memang membesar kat Serdang. Cuma nak jumpa selalu tu idak ler sempat. Banyak komitmen lain oii.


 Aku request Aida masak nasi ayam. Asalnya dia nak buat mee bandung kot, pastu aku cakap laki aku tak makan mee bandung, buat nasi ayam lah. hahaha  mekaseh lah penuhi permintaan kawanmu yang cerewet ni. Eh bukan aku yang cerewet, laki aku! πŸ˜‘


Bila cerita kat dak encem dia cakap susah² je kang, dia taknak makan. haa yelah tu tak makan. Dah sampai rumah aida dia yang pertama kaut nasi ayam, makan tak pandang kiri kanan dah. Anak bini ke mana pun tak heran dah dia. πŸ˜


Aku suka nasi ayam Aida. Dari zaman sekolah lagi aku suka makan nasi ayam dia. Dulu mak dia buat, now dia la buat sendiri. Tapi rasa lebih kurang je dengan yang mak dia buat. haha


Geng apak² pun rancak jugak borak. Dah selalu jumpa kan. 


 First time sebenarnya datang rumah Aida sejak dia pindah Bangi few years ago. Tahun lepas aku tak jumpa rumah dia yang mana. Call² tak angkat, dia busy layan tetamu tak perasan bunyi fon. Tahun ni aku warning sesiap TENGOK FON! kahkah garang nau. Alhamdulillah sampai jugak haa.😁


 Sebelum balik moh la amek gambar kenang-kenangan. Aku dah letak semua gambar raya dalam facebook. Tapi kat fb tak boleh bebel panjang². Blog jugak best. hehe~



Ni lah mek Aida. Kenal dari umur 5 tahun, now memasing umur dah 31 tahun. Semoga kita kekal bersahabat till jannah.😘


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

Aug 4, 2016

Jamuan Hari Raya di Rumah Sendiri | Raya Day-24

Assalamualaikum...


Hari Jumaat....aku plan untuk jamu BFF aku makan² kat rumah...sesambil tu boleh gathering and menjemah....BFF aku ni kengkawan sekolah aku dulu....dari form 1 berkawan....ada yang dari tadika....memang macam adik beradik dah....takde plan awal mana pun....hari Isnin sebelum tu kot baru aku inform dorang berkumpul rumah aku....senang jumpa serentak...aku tak sempat nak jumpa dorang sepanjang raya ni....nak terjah rumah sorang² pun tak sempat....jadual mak busy....ramai peminat kann πŸ˜


Saja pilih hari Jumaat, malam....tu je time aku TAK BUSY...weekend memang fully booked! kahkah~  mohon jangan meluat....aku dah tulis bukti dalam blog memang every weekend aku pi beraya....hihi


Jumaat tu, aku kerja half-day....lepas lunch terus balik...kemas rumah....masak...ecece  takde masak apa pun...menu untuk jamu tetamu satay je....pastu kengkawan lain ada yang nak bawak pot-luck...tapi takde paksaan laa....mana sempat bawak la pot-luck...kalau tak sempat bawak perut je pun takpe...no big deal lah!


So ada 2-3 menu aje lah yang aku masak nya pun....simple² semuanya....


 menu dessert, agar² sirap...first time buat...mujur lah menjadi....haha~  tenkiuu google!


nasi impit....untuk makan dengan satay....takde la susah sangat buat nasi impit rupanya! pfft!


Dessert paling ohsem...pengat DURIAN!! cicah dengan roti gardenia....wohoa! yang ni BUKAN aku yang masak...kahkah~  mak yang masak...lepas masak dia pengsan sampai pagi....lol~  eh dia penat bukan sebab buat pengat ni haa...biasa hari kerja memang dia tidur awal....mujur lah dia tak terganggu dengar riuh rendah kat ruang tamu....kihkih~  thank you mak! pengat doyan mak laku kerasssss!! πŸ˜


Menu² lain lupa nak snap gambar....bff aku ada yang bawak mihun goreng, ada yang bawak macaroni bakar, kek, durian seguni, rambutan...pastu apa lagi tah, tak ingat...habis bau durian rumah aku...harap bau tu tak sampai ke rumah jiran...😁


Tetamu terawal sampai malam tu blogger Apis...pastu baru blogger² lain datang....


eh! tadi cakap jamuan BFF je apehal ada blogger?? ngeeee


Ekceli plan asalnya memang nak ajak bff aku je....pastu dak ujang cakap alang² tu nak ajak orang lain jugak...tapi aku warning awal, JANGAN RAMAI² nanti kelam kabut nak layan! sebab dah selalu sangat buat kenduri ajak ramai², memang tak terlayan! tu yang kali ni jemputan khas je...ecewahh!


Pastu dia decide nak ajak blogger...sebab ramai gak bersuara nak datang rumah kitorang tapi kitorang asyik nan hado je kan...haha~  tu yang ajak jugak blogger yang rapat²...yee yang RAPAT² sahaja! yang duk area Bangi, Putrajaya gitu....eh tapi ada jugak yang dari Ampang ke mana tah?? si Angah tu?? haha~  dia teringin durian tu dia sanggup datang jejauh pun! πŸ˜


Maaf ye yang kecik hati sebab tak hajak....erm risau tak terlayan....penat woo...tetamu yang 20++ orang ni  pun dah kelam kabut...pfft!


Ni lah blogger² yang datang hari tu...ada la dalam 6 orang...termasuk pasangan dah 12 orang!! bff aku pun dah 14 orang *termasuk spouse* belum campur anak²...maigaaddd! aku dah cuak fikir muat ke idak rumah aku nanti??!!!


Tapi aku yakin tetamu itu pembawa rezeki....Alhamdulillah, muat je rumah mak aku haa sumbat 20 orang serentak!! haha~  siap dapat makan macam²....Allah...thank you korang!


time ni bff aku, Aja dah sampai...dia lah yang bawak seguni durian and rambutan....seronok tengok korang makan beria...Yanty macam dah patplohtahun tak jumpa durian....bahaha~😝


makyong and pakyong melantak doyan....haha~  jangan marah kaksue!!! πŸ˜


one of my bff bawak kek ni....thank you Faridah!!! kek yang sangat ohsem...caption yang sangat kepoci!! hahaha~ πŸ˜˜


nak amek gambar pun mulut pot pet pot pet lagi....senyum oii senyummmmm!! πŸ˜


nak jugak boomerang! haha jadi laaa...stress haku dengan apps ni...tengok orang lain buat cantik je menjadi...time kitorang rasa susah sangat! arghh!


Geng² blogger balik dalam pukul 10pm gitu kot...tak pasti....tapi bff aku stay lama lagi....dah pesan kat dorang balik lambat²...nak lepak sampai subuh lagi digalakkan!! hahaha~  tapi Aida balik awal...sebab dia paling awal sampai....anak dia pun ada yang dah mentido atas sofa...sian pulak...thank you beb! tahun depan datang lagi tau tauuuu! πŸ˜


ni lah yang tinggal....bff aku majoritinya dah ada anak...paling ramai anak Farah, ada 4 orang...hehe~  yang tertido tu anak Faiza...dia tak berapa sihat tu melelap je tu...yang lelain sibuk main....lead by Zafirah lah kan...dah rumah dia....kadang dia hangkut bebudak ni main kat bilik atas...aku dah pesan awal² kat Zafirah, nak sesepah pi naik atas! jangan sesepah kat bawah...orang nak makan, nak borak²....gitu arahan mama kepoci! πŸ˜


geng bapak²....thank youuuuu sebab izinkan isteri² korang menjemah kat rumah ai sampai pukul 12.30 pagi!!! pertama kali dalam sejarah ni! wohoaa!!


makin lama, makin ramai anak² dah mula ngantuk...haha~  baiklah....pi lah balik!!! sian anak korang πŸ˜


tapi nak amek gambar lagi plissss!!! setahun sekali je dapat gathering gini....walaupun tiap kali gathering tak pernah cukup ahli...ramai jugak tak dapat datang malam tu...aihh tak kisah lah...mana ada je...gambar kenangan πŸ˜


*selepas 20 snap kemudian*


Biasa la kan dah nama pun kepoci, tah berapa kali salam laga² pipi, kat luar rumah duk berborak lagi...suami memasing dah start enjin kereta dah...siap bercekak pinggang lagi...ayokkk!!😝


On the way nak masuk kereta pun salam laga² pipi lagi....sambil jalan pi kereta mulut pot pet pot pet lagi...hahaha~   rindu oke!


sori jiran andai tidurmu terganggu malam tu...setahun sekali je ni...pomish! πŸ˜


Bila semua dah balik, kitorang kemas lah apa² yang patut....kemas tang makanan je...sapu sikit² lantai taknak nampak sepah sangat...sebab utama buat jamuan Jumaat malam ni pun sebab hari Sabtu, esoknya tu ada maid datang cuci rumah....kehkeh~  memang every Saturday maid datang cuci rumah....tu yang tak risau rumah sesepah, lantai melekit...muahaha  *dasar!*


taraaa! rumah dah bersih! thank you maid! πŸ˜


Thank you semua yang sudi meriahkan jamuan raya kat rumah mak ai....yang bawak makanan, thank you sangattttttt!!! semoga semakin murah rezeki korang...amin! maaf atas setiap kekurangan....jangan serik datang lagi ye πŸ˜˜


Tahun depan tidur sekali kat rumah aku tau! bawak bantal, toto sesiap...tak puas aa borak πŸ˜


k tu je nak cerita...tata!






Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015