Jumaat lepas one of geng kepochi ajak pi zumba. Memula aku macam tak berminat je nak join. Then bila fikir², ni lah masanya untuk aku fit kan stamina aku. Bila lagi nak dapat peluang gini? *ecece* Mintak izin laki, dia restu dalam terpaksa, kahkah~ Selama kahwin TAK PERNAH keluar malam², lepak dengan kawan bagai tau. Anak² dah besar kasi can laa bini nak 'me time'. Yang penting dapat restu. Terus confirmkan dengan Faiza.
Malam tu, deal pukul 9pm jumpa bawah tempat zumba tu. Tapi Faiza sampai lambat, dia menunggu runner untuk pick up kek. Faiza ni baker area Serdang. Berminat nak tempah kek boleh pm fesbuk Fyza CakeCorner. Aku memang nak tunggu Faiza jugak sebab aku tak pernah sampai kelas zumba ni. Dia je pernah datang.
By the time Faiza sampai, dorang dah start berzumba pun. Tapi takde isu pun kalau datang lambat. Cuma dapat tempat belakang sekali. Tak nampak jelas apa yang instructor tu buat. huhu~ ouh bayaran untuk walk-in RM10. Member price RM5. Kids free! Kelas zumba ni dibuat 2 kali seminggu, hari Selasa and Jumaat, dari jam 9-10pm. . Aku mampu pi hari Jumaat je. Sebab esoknya tu cuti, boleh bangun lambat. Kalau pi hari Selasa kemungkinan besar kena MC hari Rabu tu. kahkah~

Gambar diambil oleh Zafirah. Mula² je kayu sikit nak menari, bila dah makin panas, makin lembut otot² menari. gituu
Time ni tengah take-5. Yelah sejam nak berzumba, terkejut jugak urat saraf. hahaha Dah la banyak gelek², krem pinggang ahkak! Zafirah tu saja aku bawak sekali. Bagi dia exposed dengan komuniti gini. Zafran je tinggal suruh apak jaga. Kalau angkut Zafran habis kelaut 'me time' aku
yey bangga dapat berzumba dengan penuh semangat waja! Sikit pun tak skip, cuba sedaya upaya untuk follow step² dari instructor. Paling amazed aku tak rasa mengah pun walau terlompat² bagai. Cuma ada tergeliat urat sikit². kahkah~ Syabas untuk diri sendiri Percaya tak kasut tu pinjam kasut laki? Aku memang takde kasut sukan gini. Mujur saiz kaki kitorang sama. lol~
Ramai wei yang join kelas ni. Aku pun tak sangka seramai ni. By the way kelas ni memang khas untuk LADIES sahaja! Boys cuma boleh pi gym. Dalam gym tu ada bilik khas untuk ladies zumba. Bilik ni takde la fully tertutup. Pintu masuk jenis kaca, orang kat bahagian gym boleh je tengok. Tapi ada bahagian yang orang luar tak nampak. So pepandai lah amek posisi yang selamat untuk berjoget.
Lepas zumba perut rasa lapar. Lapar sangat. hahaha~ Sebelum tu memang aku tak makan apa², sebab tak rasa lapar pun. Tak sangka pulak kelaparan lepas zumba. Mujur ada kopitiam bawah tu. Singgah alas perut je. Aku order roti bakar, Zafirah makan fries. Takde la makan berat², dah tengah malam, balik tu nak terus tidur je.
Dalam pukul 11pm gitu kot baru balik. Sambil makan sambil borak, tu jadi lama. hehe~ Thanks beb ngajak aku pi zumba. Jumpa lagi minggu ni tau. Semoga istiqomah untuk terus fit! Maklum laa umur makin kertu, stamina makin merudum.
k tu je nak cerita. tata!
Terima kasih sudi membaca!
3 comments:
syoknya berzumba
hihi saya fail bab zumba..tak reti nak follow lenggok diorang tu..haha
lama2 nanti jadi lembut la tu yana..kat area bangi n putrajaya banyak kelas yang muslimah only RM5 je yana..try follow IG Zin-zin zumba yang best2 macam zin Herma Nazirah, Azreen_kimchipoo, yana_fitmum, husnaSham & ramai lagi yang best2 nak sebut pun...confirm ketagihan nanti..hehehe..
Post a Comment