Jan 31, 2010

Terasa Sungguh Bangga Mendapat Gelaran Mem Besar


Pejam celik, pejam celik dah lebih 2 minggu aku bertapa di Sabah. Jika tiada aktiviti memang sangat bosan duk di sini. Jadi semalam kami telah merancang plan baek punyerrr, untuk bersiar2 di Kota Kinabalu...weeeee~

Oleh kerana aku kini berada beribu batu jauhnya dari keluarga dan geng2 bas sekolahku, maka aku terpaksa mencari geng bas sekolah yang lain..Terasa sangat cool bila guna perkataan geng bas sekolah sebagai mendefinasikan rakan2 aku..haks! ;p

Sebelum memulakan kisah, mari kita berkenalan dengan geng2 bas sekolahku yang baru..mereka begitu bertuah kerana dipilih untuk join geng bas sekolah aku ye...huakakaka~

*Sesungguhnya gambar2 yang di'upload' telah mendapat kebenaran daripada tuan badan..Mesti mau minta izin, kang tak pasal2 kena saman..tak pun dorang mintak royalty, share income nuff...aku ni Hajah al-Bakhil, mana mau share2...lalalalala~ \/(^_^)



:: Dari kiri, driver kami, mr. Zam dan co-pilot beliau, mr. Adlin...saya tahu anda akan baca blog saya, maka saya sengaja menokok tambah jawatan2 anda dalam geng bas sekolah yang dicipta oleh saya...silalah benci saya...huahuahuahua~ ::



:: Ini PA saya, mr. An..Sila abaikan gambar jelmaan kat ikan tuh..aku takmo crop sebab nak tunjukkan view yang cantek kat belakang nunnn....huhuhu~ ::



:: Apa pula jawatan aku??ehem2..aku ni bos a.k.a MEM BESAR..Hebat kan aku pilih kawan2 semua dari kaum Adam..leh jadi bodyguard sekali..2 in 1, jimat nak bayo gaji deme...kuang3~ Memang tak menahan statement tuh...huhuhu~ ::



Aktiviti kami, bersiar2 di Sabah Waterfront, makan Burger King (lunch), tengok movie Adnan Sempit (terbaekkk!) dan dinner at Gayang Seafood (terbaekk!). Thanks for the trip yesterday..I enjoyed my day walaupun sangat penat (macam la aku drive kete..huhu). Next time kita hang out lagi ya..Plan to go to Brunei during Chinese New Year..Tapi kami tiada Passport (-_-")




p/s: Semalam dah boleh tido lena di rumah baru..Maybe juga sebab aku terlalu letih... (^_^)






Jan 28, 2010

Inikah yang dinamakan 'Adventure'?


Pertama kali meng'adventure' kan diri masuk ke dalam hutan. Kunun2 nak jadi pekerja kental. Dengan kawan2 semuanya berlainan jantina....terasa sungguh hebat sekali (agak riak dan poyo di situ). Jika perasaan riak dan poyo digabungkan akan terjadi lah 'riyo'. *apakah?*



Bayangkan perjalanan selama 4 jam hanya dengan melalui jalan tanah merah (lihat gambar). Mula2 tak pakai seat belt. Bajet boleh bertahan, tapi disebabkan jisim badanku jauh lebih kecil dan lebih ringan daripada kereta, maka memang terpelanting setiap kali kereta Toyota Hilux milik syarikat aku bekerja berlanggar dengan lubang dan bukit2 (-_-")

Tengok rupa kereta pun dah tahu macam mana 'azab' nya jalan di pedalaman..adeh la~ 1st day, pinggang aku sakit..Tapi kali kedua dan seterusnya badan aku dah lali dengan jalan2 begitu...\/(^_^)




Ada juga site yang memerlukan kami menaiki bot..halangan yang kami hadapi masa tu ialah ada la pulak pokok block laluan..Jadi terpaksa minta tlg orang2 dari kampung terdekat untuk memotong pokok tersebut supaya kami dapat lalu *sigh*




Kami nampak bahagia sekali bukan?? Siap berkenalan dengan orang2 kampung (orang Murut). Memang satu perasaan yang best masa naik bot tuh, tapi kalau dah 4 jam duk dalam bot (pergi dan balik), mau tak sakit bontot aku. Dengan berpanas terik lagi..Kulit muka juga sudah berubah warna kepada tone yang lebih gelap...adeh la T____T


Daripada observation aku, orang2 tempatan di Sabah very-the-friendly, kecuali orang2 di kampung tempat kami sewa bot ni..nak tahu berapa harga bot disewa??rm800 oke!! (return). Lepas melancong ke Brunei dengan duet sebanyak tu (-_-)


Papepon aku anggap pengalaman ni satu pengalaman paling berharga dalam hidup aku. Kira macam once in a lifetime experience la..Bila lagi nak buat aktiviti gini, time2 bujang je boleh...Thanks a lot to my parents and my friends yang telah doakan saya supaya selamat di sini..Saya akan pulang ke Semenanjung pada pertengahan bulan 3..Nantikan kemunculan saya dan ole2...korang nih kalo takde ole2 memang tak mo windu kat aku kan??huh! (-_-")

Papai~




p/s: Dah lama tak tengok wayang..ada sesiapa duk di Kota Kinabalu atau mana2 tempat peranginan yang menarik di Sabah ni??aku mau melancong!! waaaaaa~




Jan 23, 2010

Siput Tarik



Uols pernah rasa Siput Tarik atau dalam bahasa saintifiknya stombus shell??1st time dengar aku ingat sama macam siput sedut..uols tahu tak siput sedut tu apa??haha..pada yang tak tahu boleh klik di
SINI

Tapi sebenarnya siput sedut dan siput tarik adalah dua jenis makanan yang berbeza..



:: Ini siput tarik setelah dimasak steam..Time ni aunty Zaharah belanja dinner at Point View restaurant di KK, Sabah.... ::




Cara makan adalah seperti di atas, perlu tarik isinya keluar, then cicah dengan sos..rasanya memang sedap..nyum..nyumm..=)


Kalau uols nk rasa boleh lah datang ke Sabah, rasa memang tak sama dengan KL...kat sini fresh gitu..cuma harga je lebih kurang...tapi kalau beli yang mentah dapat la murah..

Selamat menjamu selera sume...lalalalala~ \/(^_^)




p/s: Dah dua hari aku masuk site dalam hutan..pengalaman yang menyeronokkan..Ni baru dikatakan adventure (agak poyo di situ). Jalan pedalaman memang menakutkan, siap lalu tepi2 gaung lagi, dengan jambatan dibuat dari kayu macam nak roboh je..naseb driver mantop..ngee~. Rasa macam nak tulis surat wasiat awal2 je...hohoho~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015