Feb 13, 2012

Kurang Dari 10 Hari Lagi..pffttt~


9 HARI LAGI??!!!
ffuhhh~  nebes + eksaited!
tak sabar pun ye jugak...haha~


aku masih bekerja minggu ni...
sebab mak aku tak bagi cuti awal...iskisk~
bukan apa...kalau cuti awal kena tolak annual leave...
rugi la kan...better amek cuti lepas bersalin...
suspen jugak sebenarnya kalau² rasa nak terberanak kat opis...
tapi mak aku dah cakap awal²,
time sakit tu bukannya baby terus keluar...
amek masa panjanggggggggg~
so kita tunggu dan lihat je lah macam mana nanti...hoho~


Duhai anakanda, meh la keluar awal...
mama and papa tak sabar nak cuti...wakakaka *motippp sangat!*  v(^__^)"







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Feb 10, 2012

Check Kencing Manis | Minum Air Gula


Patutnya lama dah aku kena minum air gula ni...masa peknen 6 bulan dulu sebab masa tu berat badan naik mendadak...4 kilo sebulan...tapi sebab malas so tak pergi pun minum air gula...haha~


Then last week doc kat sepital Putrajaya suruh buat test kencing manis...kali ni BUKAN sebab berat badan naik mendadak, tapi sebab kaki aku yang membengkak sebelah je...kaki kiri je yang membengkak...bengkak macam mana?? boleh baca entry EDEMA....mula² dia takut saluran darah tersumbat...dah check kat bahagian Radiologi, scan vena, arteri segala turns out kaki aku normal...Alhamdulillah...tapi dia suruh jugak check kencing manis...walaupun keturunan aku takde yang kencing manis...cuma sebagai langkah berjaga²....aku suka doc jenis macam ni...berfikir dan kaji segala kemungkinan...daripada doc yang pemalas, suka bagi jawapan,

"biasa laaaa ibu mengandung memang kaki bengkak..."

sia-sia bayar mahal² kalau dapat doc macam ni weiiii~!  (-__-)


So pagi tadi aku pi la Az-Zahrah, Bangi untuk buat test kencing manis ni...guna panel  dak encem so tak payah bayo lerr...ngehehe...kalau takde panel, charge untuk minum air gula ialah RM30...sebelum minum air gula, korang kena berpuasa malam tu...last meal korang mesti tidak lebih dari pukul 12 malam...then esoknya, pergi klinik pagi² tu, nurse akan amek darah...alaaaa cucuk sikit je kat jari...bukannya dia amek sebotol darah korang tu...takde sakit mana punnnn...lepas dah amek bacaan, baru nurse bagi kita minum air gula...




aaaa ni lah ghope air gula yang kena minum tu...perisa blackcurrant yu! kalau pergi klinik kesihatan (KK) dorang bagi air gula yang kaler putih tu...yang orang buat untuk bancuh air tuuu...pehhh memang boleh muntah...bak kata kawan² aku yang dah pernah merasa, lepas minum tu rasa nak pitam...huhu~ disebabkan nasihat dorang jugak la aku pergi klinik private untuk minum air gula...tak rasa loya langsung..! sedapppppp sangat! memang rasa blackcurrant lahhh...nyum nyum~



aishh dak encem memang fail lah snap gambar  =.=

Lepas minum air gula, kita kena tunggu 2 jam! mungkin nak bagi air gula tu menyerap dalam sistem darah kita kot...dan dalam masa 2 jam tu, kita TIDAK DIBENARKAN makan dan minum...! perghhh dah la dari pukul 10pm semalam dah start puasa...sampai klinik tadi pukul 9.30am..selesai minum air gula dalam 9.50am...tunggu pulak lagi 2 jam, 11.50am kena datang balik klinik untuk amek darah...perghhhh lapo weiiiiii~!!




Berkat kesabaran, Alhamdulillah, bacaan gula dalam darah aku semuanya NORMAL! sebelum minum air gula bacaan 4.1 mmol/l...lepas 2 jam bacaan 5.2 mmol/l...


Fasting Blood Sugar (FBS) : Normal ialah 4.0 - 6.0 mmol/l - Abnormal ialah > 6.0 mmol/l

2HPP (selepas 2 jam) : Normal ialah 4.0 - 8.0 mmol/l - Abnormal ialah > 8.0 mmol/l


Ekceli kan kalau korang nak check sendiri pun boleh...kalau ada alat dia lah...boleh cari kat farmasi kut alat check gula dalam darah ni...macam gambar bawah ni...


So kepada sesiapa yang kena minum air gula tu, aku suggest pi je klinik private...pasti tidak menyeksakan...muahaha~ *tiba²*  =P







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Kenan Semasa Mengandung...Boleh Percaya ke??


kalau nak baby nampak comel selalu tengok benda² comel..so aku tepek gambar pocoyo sebab pocoyo comel...agak² leh kenan kat anak aku tak?? ngehehe  =P



Rasanya ibu-ibu dan bakal ibu kat luar sana mesti selalu dengar pasal 'kenan' kan?? kenan ni macam kepercayaan tradisi lah...dan aku adalah seorang yang tidak percaya dengan kenan-kenan ni...dari awal mengandung dulu, sampai nak meletop ni asek dengar orang sebut pasal kenan...buat itu tak boleh, ini tak boleh...semua takut kenan kat anak...rimas! kalau semua tak boleh buat orang mengandung ni kerjanya duk rumah membuta je la yeh?? hehh~  (-_-)


Tak dinafikan ibu mengandung kena jaga segala adab dari segi perbuatan DAN percakapan...sebab segala tindakan ibu akan mempengaruhi fikiran dan tingkah laku anak yang dikandung...YES! itu adalah fakta! tapi kenapa time mengandung baru nak jaga adab????? bukan ke dalam Islam memang dah suruh kita jaga adab, kelakuan, percakapan segala??? sepatutnya dari sebelum mengandung lagi dah jaga semua tu...betul tak??? tapi kalau orang cakap masa mengandung ni laa banyakkan baca quran, buat amal ibadat nanti anak muka bersih, jiwa bersih...oke yang tu aku ikut laaa...benda baik kan? segala yang baik memang Allah akan balas dengan yang baik-baik juga...begitu juga sebaliknya...kannnn??



buku pinjam dari Diana..hehe~ 


Dalam buku ni ada terangkan pasal kenan atau amalan tradisi tok nek moyang kita dulu...apakah kita patut percaya atau tidak...maaf, aku BUKAN perlekehkan mereka-mereka yang masih percaya dengan amalan tradisional, cuma aku bangkang amalan-amalan yang mendorong SYIRIK!!




Aku quote beberapa perenggan yang ada dalam topik Amalan Tradisional ni...



"Berhubung dengan ramalan-ramalan bakal berlaku kepada seseorang, khususnya para ibu yang sedang hamil atau suaminya, sehingga disuruh diadakan pantangan semasa isterinya sedang mengandung, maka telah menjelaskan dalam Al-Quran surah Al An'am ayat 59 yang bermaksud:: "....dan pada sisi-Nya (Allah) ada kunci-kunci ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya, melain hanya Dia."  Ayat ini menjelaskan bahawa hal-hal ghaib yang bakal berlaku adalah dalam ketentuan Allah.


Selanjutnya Allah berfirman lagi dalam surah Al An'an ayat 50 yang bermaksud::  "Katakanlah; 'Aku tidak mengatakan kepada kamu sekalian bahawa aku memiliki gudang-gudang kekayaan Allah dan pula aku mengetahui perkara yang ghaib.'"


Ayat pertama tadi menegaskan bahawa kepercayaan tentang hal ghaib itu tidak boleh diterima, kecuali hal itu benar-benar diajarkan oleh Allah. Jadi manusia sama sekali tidak boleh mereka-reka dengan cara apa pun untuk meramal kejadian yang akan berlaku, jika memakukan sesuatu lalu dikaitkan dengannya.


Ayat kedua pula menegaskan bahawa seorang rasul sekalipun tidak tahu sedikitpun tentang hal ghaib, kecuali apa yang diberitahu oleh Allah. Kerana itu, manusia selain rasul sudah pasti tidak tahu tentang hal-hal ghaib.


Pantang Larang Semasa Hamil

Pantang yang dikaitkan dengan wanita hamil ialah pantang (larangan) yang berkaitan dengan kepercayaan tradisi masyarakat yang diambil dari datuk nenek dahulu, iaitu pantangan bagi wanita hamil untuk tidak berbuat sesuatu didasarkan pada kepercayaan suatu masyarakt. Kepercayaan ini menyatakan bahawa kalau suatu perbuatan dilakukan oleh wanita hamil, maka kelak bayinya akan cacat atau wanita itu sendiri akan terseksa ketika melahirkan. Misalnya pantangan untuk membunuh cicak, memasak hasil buruan, menyembelih ayam, melewati pohon besar tertentu dan lain-lain yang berasal dari DONGENG atau kepercayaan nenek moyang dahulu.


Pantangan semacam ini sudah tentu tidak boleh dipercayai, apa lagi ditaati. Kerana Islam sama sekali tidak mengajarkannya. Bahkan ia boleh menjerumus seseorang itu kepada perbuatan syirik. Mengikut kepada perbuatan syirik adalah haram. Mempercayai sesuatu dongeng bahawa seorang hamil yang membunuh cicak atau memasak binatang hasil buruan kelak akan celaka bayinya adalah termasuk mempercayai perkara yang dilarang seperti mana mempercayai thiyarah, seperti mana istilah disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud::

"Membaca garis di tangan untuk menentukan nasib, melepas burung bagi melihat arah terbang burung (dalam menentukan buruk baik sesuatu) adalah perbuatan sesat" - (Riwayat Abu Daud dari Qabisah bin Al Mukhariq)




So lepas ni jangan lah taksub sangat dengan kenan ni...sampai nak bunuh tikus pun tak boleh...nak siang ikan, siang ketam pun tak boleh...tengok national geography pun tak boleh?? apahal?? tikus, ular, semut, nyamuk semua tu kan binatang perosak...kalau tak bunuh kang aku pulak yang 'terbunuh' siapa nak jawab?? tapi agak-agak la kalau bunuh dengan cara kejam memang la kau dapat balasan kejam jugak...itu dikira hukum alam derr...hukum karma..so kalau nak kaitkan dengan kenan sekalipun, kita kaji balik, kenapa boleh jadi macam tu? jangan main cakap melulu je..."aa tu lah dulu mak dia suka masak ketam tu kaki anak dia macam ketam.."  WTHell??  =.=


Apa-apa pun kita sebagai ibu bapa harus sentiasa berdoa demi kesejahteraan anak-anak kita...back to basic! pencipta kita, Allah! Dia Maha Mengetahui...segala yang terjadi tu atas ketentuan Allah! kat sidebar aku pun ada tepek doa untuk anak semasa dalam kandungan...semoga doa kita diperkenankan Allah...semoga semuanya terpelihara dan dilindungiNya...amin~ (^^,)







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015