Hai. Ada yang rindu ke?
Alhamdulillah tuan tanah masih sihat. Semakin tembam pipi, semakin bahagia gamaknya. LOL~
Oke kembali pada tajuk asal. Akhir Oktober hari tu, berlangsung lah family day geng Gojes. Ye memang nama group kami gitu. Yakin! (klik SINI untuk baca sejarah group ni ditubuhkan)
Dah 5 tahun berturut² family day Gojes. Tapi aku baru join 3x
Tahun² sebelum ni, kitorang buat kat hotel-hotel. Tahun ni beza sikit.
Macam ni kisahnya *ceyy*
Kitorang asalnya dah booking The Grand Beach Resort, PD. Saja lah tahun ni ke PD pulerr. 2 bulan awal dah booking ok! Tiba² seminggu sebelum event, pihak Agoda and pihak hotel call bagitau bilik kena cancel sebab hotel under renovation, risau tak sempat siap by the time kitorang datang. Mula² sorang dua je yang kena cancel. Esoknya ada lagi yang dapat email kena cancel. So kitorang tak puas hati, call la sendiri hotel and Agoda. Nak confirm kan betul² berapa ramai yang efek dengan renovation tu. Sebab ada yang dah siap deduct duit tau (aku la tu). Dah tu kalau terpaksa cancel, hotel pulangkan tak duit tu? Takkan nak tunggu last minute baru bagitau cancel? Cuti Deepavali oii family day kitorang ni, hotel semua FULL! aje gileee menggelabah cari plan B.
Yang tak bestnya, pihak GRAND BEACH resort tak helpful langsung!! Bila kitorang call untuk check and confirm kan bilik siapa je yang efek dengan renovation tu, ko tau staff cakap apa??
"Selagi Agoda ke Booking.com tak call maksudnya tak efek lah tu."
Eh eh kauuu. Agoda ke kau yang kerja hotel sekarang ni?? Susah sangat ke nak check dalam sistem booking number aku tu efek ke dengan renovation hotel kau tu. Haa mula la nak marohhh ni. Nasib la staff Agoda helpful gilerrrr! 5 bintang aku bagi dengan service Agoda. Walaupun dia sendiri terkejut kenapa dorang pulak yang kena call customer bagitau bilik tak available? Hotel pun tak inform dorang pape. Choii tak? Thanks to that staff, aku dapat full refund duit aku. Agoda yang tolong deal dengan hotel. Boleh je kan kalau masa aku call hotel dia inform benda sama yang dia deal dengan Agoda?? Hotel yang buat keputusan boleh refund ke idak. Bukan Agoda. Memang bad review lah Grand Beach tu. Sorry lah aku nak booking lagi hotel tu. Memang ramai pun bagi bad review hotel tu. Mahal je lebih. Baik aku stay tempat lain. Harga yang sama, tapi jauhhh lagi best, bilik lagi luas!
Kalau tak faham boleh pm tepi ye. Aku bagi rumusan je ni. gituu
Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Ketua yang menggerakkan family day kali ni, Ros Anis! Berusaha dia cari alternatif untuk buat family day kali ni. Tahun ni tak ramai yang join, 8 family jeee. Ramai yang ada program lain. Kalau takde Anis rasanya memang takde lah family day gojes tahun ni. huhu~ Thank you beb!
Since tak ramai yang join, kitorang pilih duk homestay je. Anis jumpa area PD jugak. Tapi belum sampai PD lagi. Dekat je lah kalau dari Bangi.
Tuan rumah pun baik sangat! Dia bagi kitorang check in awal pagi. Kayrul sampai paling awal, sebelum pukul 9am dia dah terpacak depan pagar rumah. hahaha~
Aku sampai almost tengah hari jugak. Adik baby tak sihat masa ni. Memasing bangun lambat. Tak cukup tidur oi baby tak sihat. Sebelum gerak, amek neb dulu.
Tuan rumah pun baik sangat! Dia bagi kitorang check in awal pagi. Kayrul sampai paling awal, sebelum pukul 9am dia dah terpacak depan pagar rumah. hahaha~
Sampai homestay, Kayrul ada kat dapur. Memang dia orang kuat dapur sepanjang event. Dah macam bercuti dengan mak sendiri. Takyah fikir dah bab makan. Memang makanan sentiasa penuh meja. Kayrul lah yang masak, siapa lagi. Orang lain pun ada je tolong² masak, tapi orang kuat tetap Kayrul. Aku goreng nugget dengan fries je. kahh!
Food kitorang untuk hari pertama. Daripada breakfast, lunch, dinner, makanan melimpah². Alhamdulillah. Thank you jugak untuk AJK makanan yang efficient. Food semua sedap²
Untuk breakfast and lunch, macam biasa lah kami buat pot luck. Menu Kayrul lah paling banyak. Tauhu bergedil, cheesecake, kek coklat sampai 2 bekas, cream horn, cekodok apa tah. Eh banyak! Lepas makan tersandar macam ular sawa. Allahu
Anak² mandi swimming pool. Walaupun kecik, dorang tetap enjoy. Sampai tak jumpa daratan ye. Petang tu hujan lebat, anak aku dengan anak² Kayrul relek je berendam lagi dalam pool. Dah nak Maghrib baru naik
Tahun ni aku jadi AJK goodies. Saja seronok jadi ajk sebab suka nak bagi² hadiah kat orang. Ramai juga yang sudi sponsor hadiah, baik untuk anak² and untuk mak². Walaupun tak semeriah tahun lepas, tapi tetap best! Even yang tak dapat join pun, tetap sponsor hadiah! Semoga makin murah rezeki semuanya
Eco Bag Coway - Erina
Jejari Rangup Pedas - Lala
Travel cosemtic bags - Kayrul
Stokin - Cikkin
Pensil warna - Laila
Biskut - Aku
Waffle Cloud9 - Ros Anis
Ada banyak lagi list goodies sebenarnya. Masa beli barang kat AEON Big, team AJK seronok memborong. Tak sedar jadi banyak. LOL~ Rezeki semua orang.
Stokin - Cikkin
Pensil warna - Laila
Biskut - Aku
Waffle Cloud9 - Ros Anis
Ada banyak lagi list goodies sebenarnya. Masa beli barang kat AEON Big, team AJK seronok memborong. Tak sedar jadi banyak. LOL~ Rezeki semua orang.
Belah petang, geng laki buat BBQ. Set BBQ memang tuan rumah sediakan. Kita just bawa arang dan starter untuk api.
Lepas Maghrib, ada aktiviti mewarna untuk kids. Erina yang lead sebab hadiah mewarna dia jugak yang sponsor. yayy!
Setel mewarna, birthday celebration. Yayy! Eh ke celebrate dulu baru mewarna?? hahaha tak ingattt
Celebrate birthday Zafran yang kebetulan memang jatuh hari tu and birthday Althea, anak Ros Anis (bulan sama). Aku beli kek kat area PD tu je. Toppers beli kat Yummie Bakery, Bangi. Ingat nak beli kek SR, sedap sikit. Tapi laki cakap takyah bazir. Beli kedai biasa je. hurm Sampai sekarang tak habis² kek tu
Backdrop ampaian je wakk. hahaha~ Asalnya nak lekat hiasan tu kat dinding. Tapi entah kenapa selotep tak kuat. Asyik tercabut je. Ehh stress jugak lah nak menampal² backdrop. grr~
Pibedeyy Zafran and Althea! Semoga membesar menjadi anak soleh solehah penyejuk hati mama papa/ mami dedi
Terima kasih anak² meriahkan lagi celebration malam tu.
Alahh alahh big boy dah dia. 4 tahun
Setel celebration, perut pun dah kenyang gilaaaa, geng mak-mak nak main game 'KOTAK BERACUN'.
Baru main 5 minit laki aku masuk cakap nak tengok bola. Maka beralih la kami duk luar rumah. Geng apak nak tengok bolaaaaa.
Cara main kotak beracun:
1) AJK games akan tuliskan arahan apa² dalam kertas
2) Then gulung² masuk dalam kotak/bekas
3) Jumlah arahan ikut pada jumlah pemain, kalau 7 orang main, so ada 7 arahan.
4) Contoh arahan: Panggil pasangan anda dan katakan padanya I love u kemudian cium.
Ini contohhhhhhhhhhh
5) Pemain kena duduk dalam bulatan dan kotak beracun akan di pass-pass ikut alunan musik.
6) Bila musik stop, pemain yang terakhir pegang kotak beracun kena ambil satu arahan dalam kotak tu.
Dia macam main rebut kerusi, ada musik bagai. So nasib la kau dapat arahan apa. Aku dapat kena ajuk cara Chef Wan masak gitu. Oke la tak susah sangat. Krem pipi duk ketawa je main game ni. Kongasam tau ajk pun. haha~
Setel main game, sembang² kejap pastu naik tidur. Anak² dah kepenatan. Swimming lama sangat gitu lah. hihi~
Nanti sambung lagi ye kisah family day
Terima kasih sudi membaca!
5 comments:
meriahnya
Best best! Family day gojes memang best gila kan. Gathering pun dah best. Hehe. Yt berkesempatan pergi 2 kali je. Tu sebab tak pernah jumpa ngan Yana kat FD Gojes. Hihi.
bestnya ramai2 macam ni, meriah suasana ^_^
Bestnya, Seronok tgk aktiviti mcm ni
Ya Allah, bestnya ukwah akak. Mau juga ada circle macam ini..
Post a Comment