Hari ke-3 di Langkawi, ada insiden sikit. Batuk adik baby makin melarat pulak. Sampai muntah² lepas minum susu. Kitorang memang tak lena lah tidur malam. Pagi tu papa bawak bebudak breakfast, aku sambung tidur dengan baby. lol~
Dorang habis breakfast terus siap², plan hari ni nak tengok air show. Laki tau port mana yang ok. Tak yah pergi airport pun. Tengok tepi jalan je, tapi view elok lahh.
Dorang habis breakfast terus siap², plan hari ni nak tengok air show. Laki tau port mana yang ok. Tak yah pergi airport pun. Tengok tepi jalan je, tapi view elok lahh.
Singgah KK dulu untuk amek neb. Besar uii KK dia. Tapi macam biasa lah service slow walaupun tak ramai orang. huhu~ Doktor tak ramai gitu lahh. Kitorang pergi ni weekdays tau bukan weekend. Hari Khamis. Tapi musim cuti sekolah, ramai cuti agaknya. Sejam jugak tunggu. Dalam Youtube aku tulis weekend. hahaha~ Silap derr.
Doktor cakap lungs dia ok, clear. Tak perlu neb pun. Tapi kitorang insist bagi neb Saline, untuk selsema dia sekali. Sian tengok hidung tersumbat, susah bernafas.
Setel jumpa doktor, laju² gerak pergi tengok air show. Jalan jem merata². Mujur lah laki familiar jalan area Langkawi tu sebab dulu company dia rajin bukak booth aerospace tiap kali LIMA. Aku follow ajee janji anak² aku dapat tengok air show.
Jumpa port betul² tepi airport. Kitorang tanya orang sana, tu jumpa port ni. Tak tau lah nak explain macam mana datang sini. Kan aku cakap, aku follow aje. hahaha~ Aku dengan baby tengok dari dalam kereta je. Panas uii kat luar. Sian baby dah la tak sihat. Lagipun dia bukan faham air show ni. Dia tak tengok pun. Sibuk agah kaklong & abang je. lol~
Panas berdenting don't care! Janji dapat tengok air show. Anak² teruja gila oii! Baloi lah bawak dorang datang. Tu yang gigih nak pergi lagi LIMA 2021
Dalam 30 minit je kot tengok. Lepastu lapar, ayuhh lunch!
Kitorang pergi gerai biasa lah. Favorite sangat kedai ni sebab lauk dia banyak and sedap! Sambal tu pedas yang padu! Macam masakan kampung. Eh sedap lah kut tekak aku. Harga pun berpatutan walaupun musim LIMA.
Ni haa kedai dia. Takde nama kot. Dari airport, jalan menghala ke Beras Terbakar.
Kedai roti sebelah dia pun aku suka pergi. Roti² dia fresh, gebu, lembut. Dah simpan lama pun still lembut lagi. Suka betul borong roti dia. Terbaik! Then sebelah kedai roti tu ada gerai jual coconut shake. Laki aku suka sangat beli coconut shake situ. Memang sedap cuma tekak aku takleh terima sangat air coconut shake yang dijual kat mana² sekali pun. hahaha~
Lepas lunch, balik hotel, rehat dulu. Sebenarnya bagi adik baby rehat. Dia tak sihat kan. Memang dia boleh tidur dalam kereta je tapi papa nak dia rehat properly. Elehh sebenarnya papa pun nak tidur jugak
Lepas Asar, baby pun dah bangun, kitorang bawak bebudak jalan² Dataran Lang. Dah banyak kali pergi pun rasa tak lengkap datang Langkawi kalau tak singgah Dataran Lang. haha~
Ramai orang as usual. Airplane tu beli kat situ, RM15 kot orang tu jual. Papa terpaksa pejam mata beli sebab bebudak bising nak jugakkk nak jugakkk. eiii~ Baby pun seronokkkk amek angin laut. Nampak dia makin sihat. Alhamdulillah.
Tapau satay kat EE Burger, Pekan Rabu. Sedap satay dia. Higly recommended!!
Aktiviti malam, mandi swimming pool. Pool sini tutup pukul 11pm ok! grrr~ Aku ingat nak berendam jugak sekali kat cafe ada orang lepak² eh segan rasanya Celup² kaki je dah laa. haha~ Adik baby mentido dah time ni, papa jaga dalam bilik. Aku bawak kaklong & bang ngah berendam sampai kecut.
Macam biasa lah, nak tengok video² air show boleh usha Youtube channel aku. Search YANAMIB atau klik je link ni https://www.youtube.com/channel/UCDSnf1PRnD8H370N2Oa6hIw?view_as=subscriber
Jangan lupa SUBSCRIBE!!
Terima kasih sudi membaca!