Entry throwback ye korang. Banyak sangat entry tertunggak sebenarnya. haha~ Update pelan pelan lah ye. Kenangan untuk anak cucu kekdahnya
Alkisah akhir bulan Mac hari tu kitorang anak beranak bercuti ke Langkawi. Beli tiket dari bulan 11 tahun lepas uols. Memang murah. Masa beli tiket ni mana la nak tau adik baby tu akan masuk wad tetiap bulan. Lepas tu tak plan pun nak unpaid leave sampai 3 bulan. Kebetulan lah semua-semua tu jadi. Dah berjanji dengan kaklong & bang ngah nak bawak dorang naik eroplen, pergi Langkawi, kena la tunaikan ye dak? Dorang bantai tanya "bila nak pergi Langkawi" HARI² since tahun lepas! argh!
Ni la harga tiket kitorang. 4 beranak + 1 infant, include luggage, meals tak sampai RM1k pun. Murah ke idak?? Kitorang pergi ni time LIMA. Memang motif utama nak tengok LIMA pun. kikiki~ Nanti LIMA 2021 kitorang nak pergi lagi. Sesak² don't care! Janji hati puas! haha~
Bawak 2 luggage je. Ni pun laki bising kenapa bawak banyak sangat?
Flight petang, so releks² je lah bersiap. Adik baby tu boleh pulak mendemam sehari sebelum flight. Hari nak bertolak tu demam dah ok, tapi batuk selsema pulerr. Adehh. Kitorang angkut lah segala maknek ubat²an, inhaler (WAJIB), study siap² kat mana kk and sepital area Langkawi. hahaha~
Actually banyak kali jugak bertukar flight schedule tu. Ada la dalam 3 kali kot. Gigih aku online chat dengan AA untuk dapatkan schedule yang ok. Dorang bagi options, nak follow schedule yang bertukar tu atau kita nak tukar time/date lain (FOC) atau nak cancel flight (refund duit). Of course la aku just nak tukar time je. Last² tu lah time shcedule yang sesuai and available dorang bagi aku. Ikutkan masa awal² beli dulu, schedule yang aku dapat ni harga tiket dia mahal tau. Almost RM1k jugak untuk tiket sahaja. Rezeki aku lerr siapa suruh AA tukar² flight schedule. hihi~
Siapa biasa beli tiket time LIMA mesti faham situasi ni. Korang kena alert dengan email and mesej² kat fon sebab akan selalu bertukar flight schedule.
On the way pi boarding gate. Sebab ada baby and kekanak riang, so boleh naik buggy. Lagipun takde orang lain masa ni. yayy!
Seat dalam flight pun Alhamdulillah elok tersusun semuanya. Tak perlu tukar² seat lain pun. Tukar seat pun kena cas rm9 kot. Dah jimat kat situ. hihi~ Masa pergi ni aku duk satu row dengan Zafirah, papa duk dengan Zafran.
Zafirah palingggg happy sepanjang trip ni. Takde buat hal sangat. Ajak posing pun onzz je! Good girl!
Asalnya laki aku tak bagi beli food katanya nanti sampai sana baru makan. Tapi aku tau lahh perut aku and anak² macam mana. Memang takde nya nak makan kat airport. Memasing kebulur dalam flight. Dengan apak sekali kebulur.
Memang lah perjalanan 45 minit jee. Eh kalau tengah lapar perjalanan 30 minit pun rasa lama tau? haha~ Lepastu epot jem lagi. Kau rasa? Yelahh LIMA kan, banyak pulak flight keluar masuk epot Langkawi tu. Udahnya sejam setengah jugak kitorang duk atas flight. Orang kereta sewa pun duk tunggu lama dah. Adey~
Bebudak semua baru bangun tidur time ni. Posing tetap onzz ye nakk
Setel amek luggage, amek kereta sewa, terus pergi hotel. Tapi singgah makan kat gerai apa tah. Daripada airport hala ke Beras Terbakar.
Allahu makan lagi. hahahha! Eh lapar ok! By the time sampai gerai tu dah pukul 4pm++. Lauk pun banyak habis dah. Tapi tetap nak makan nasi jugak. lolz~ Tu adegan air milo tumpah. Baru minum 2-3 teguk dah tumpah. Kena order baru
Lepas makan terus check in hotel. Untuk malam pertama ni kitorang stay Panorama Langkawi Country Resort. Jauh dari pekan Kuah, dekat dengan makan Mahsuri tak silap. Sebenarnya banyak hotel yang dah fully booked. Yelah LIMA kan? Harga yahudi pun ye jugak musim² LIMA tu
Alhamdulillah dapat bilik sebijik macam dalam gambar. 2 katil queen, ruang solat pun luas. Aku memang amek family room je sekarang. Maklum lah tentera ramai. Takkan nak amek bilik untuk 2 orang pulak kan. huhu~
Lepas solat, bebudak nak mandi swimming pool. Pool dia pun kemain besar. Puas la berendam. Aku perati je lah dari tepi. Baby kan tak berapa nak sihat. Aku memang tak pernah lagi bawak baby masuk pool. Tak berani amek risiko.
Dorang berendam sampai almost Maghrib. Tu pun merengek kena suruh naik
Setel Maghrib kitorang keluar makan. Dinner pulak. Aku nak makan western je malam tu. Takde selera pulak nak makan berat (baca: nasi). Puas cari kedai western tak jumpa. Orang Langkawi tak minat western food eh? hihi~
Lepas duk tanya² orang, ramai lah suggest gerai EE Burger kat Pekan Rabu. Dekat dengan De Baron Resort! Dulu jalan² bawak Zafirah sorang je. Now angkut adik² sekali. Meriahhh!
Aku order lamb grill. Apa ke mimpi makan kambing memalam tah. haha~ Laki aku order chicken chop, untuk anak² cheesy fries and fries biasa. Tu je kot?
Lepas makan balik hotel, tidur! Penat ok. Well, jalan bawak anak mana ada tak penat unless kau bawak maid.
Ouh btw, aku dah upload video untuk hari pertama ni kat Youtube. Klik https://youtu.be/RHXl3dJOaZQ
Jangan lupa SUBSCRIBE!!
Terima kasih sudi membaca!
1 comment:
cantiknya luggage - bunga-bunga =))
Post a Comment