Jul 8, 2019

Maritime Show @ LIMA 2019

Assalamualaikum...


Hari ke-2 di Langkawi, kitorang decide untuk tengok show Maritime Malaysia. Lokasi berdekatan dengan Resort World Hotel. Waze je hotel tu terus sampai tempat exhibition.


Aku tak ingat laki bawak breakfast mana pagi tu. haha~ Lepas breakfast terus gerak pi Resort World. Memang kena gerak awal pagi sebab show time pukul 11am tak silap. Korang boleh check jadual LIMA kat website dorang je. Check out hotel sesiap sebab nak check-in hotel lain pulak. 😁


Bila nak dekat sampai tempat exhibition, ada polis trafik tahan tak bagi masuk park dekat dengan tempat exhibition. Means dia suruh kau menapak jalan kaki sejauh err aku tak ingat berapa kilometer, tapi jauh oke! Dengan panas berdenting nya. Yelah dekat dengan laut kan. Bertambah² panas membahang. Kitorang bawak anak kecik kot. Puas mintak budi bicara dia tetap suruh jalan kaki. Hello ada baby ok! BABY! 😒


Last² laki aku cakap, saya nak masuk jugak! Polis tu kata nanti dia kena marah dengan bos. Fine, suruh bos tu cari saya, amek siap² nombor plate kereta saya ni sebab saya memang nak park yang dekat dengan exhibition. Jauh gila nak jalan, saya bawak anak bukan datang sorang! Haa gitu sekali konfiden laki aku. Polis tu terpaksa bagi lepas jugak lah. Dah degil kan?


Sampai je kat area Exhibition, ada lagi polis trafik jaga, TAPI elok je dia bagi kitorang jalan siap tunjuk nak park mana. Ada je parking kosong tapi kena mencari sikit laa. Tak kisah la kan janji tak jauh.


Mula² kitorang tengok exhibition dulu. Masa ni baru pukul 10am kot. Lama lagi nak tunggu show mula.


Kat sini LENGANG!! Aku bajet penuh sesak macam semut. Tapi lengang and sangat selesa berjalan. Nak bergambar pun takyah rebut², siap boleh borak² dengan staff yang jaga booth. haha! Bab panas tu toksah cakap laa, memang kitorang bawak payung, topi sesiap kayy. Air mineral pun bawak siap. Kat sini harga air harga israel ✌ 


Souvenir dari booth JBPM. Nak mintak lebih pun dorang bagi. Sebab crowd memang tak ramai masa ni. huhu~

Dah puas bergambar kat exhibition (which is kejap je pun sebab panas berdonting tak larat nak jalan lama²), ayuhh ke Resort World! Tengok show pulerr.


Jalan kaki je dalam 5-10 minit gitu dari tempat exhibition tadi. View lawaaa tepi laut kan dapat pulak background boat² PASKAL, kena la stop amek² gambar. Gigih ye dukung baby + pegang payung, tangan nak jugak masuk dalam poket 😝


Sampai awal, chop tempat depan terus. yay!


Dalam sejam kot show maritime ni. Banyak video aku amek. Semua dah selamat compile and upload kat Youtube channel aku. Pi la tengok 👉 https://youtu.be/OLzcSlUhRfs


Team PASKAL.

Habis tengok show, dapat boat riding FOC! Seronok kemain lahh bebudak ni. Memang dorang nak sangat naik bot. Rezeki dapat naik free. Tu pun kebetulan kitorang duk bergambar area bot lepas tu salah sorang askar ni bagitau boleh naik bot free je. Dalam 30-45 minit jugak bot tu bawak round laut. Tengok youtube channel aku yee semua dah upload situ 🤗


Actually, kalau jalan ke depan lagi boleh experience masuk kapal KD. Besar gila kapal tu. Tapi jauhhh nak menapak. Adik baby dah merengek tak selesa. Nak susu pun ye. Boleh pulak aku tertinggal botol susu dia dalam kereta 😑  Nak patah balik jauh. So balik je lah terus.


Check-in Riverra Inn Resort pulak. Dalam pekan Kuah. Laki aku memang akan cari hotel dalam Kuah tiap kali datang Langkawi.

Hotel ada sediakan junk food gini. Terbeli lah megi. Apesal tah rasa sedap betul makan megi bila duk hotel 🙄

Our room! Macam biasa lah kitorang akan amek FAMILY ROOM. Tentera ramai wakk 😜

Kali ni bilik include breakfast untuk 4 orang. Kitorang stay hotel ni 2 malam.

Lepas check in, rehat² jap. Petang tu bawak bebudak mandi swimming pool. Kebetulan ada pasar malam nearby. So kitorang dinner food pasar malam je.


Kalau nak tengok full video apa kitorang buat untuk 2nd day ni, tengok Youtube channel aku ok! Jangan lupa SUBSCRIBE!


Click  👉 https://www.youtube.com/channel/UCDSnf1PRnD8H370N2Oa6hIw




Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

Siti Awadah said...

assalamualaikum... bestnya dpt gi LIMA... 1st time dtg sini saya follow blog.. jemput singgah dan followback ye.. terima kasih :)

dorsett pink said...

Waahhh! bestnya langkawi. Saya atk pernah lagi pergi LIMA seumur hidup..hehe.. sedih kan.. Hopefully dapat jugak measa pergi LIMA di tahun2 akan datang

Cik Puan Eka said...

ha ah la kak bila makan megi dalam hotel rasa sedap sangat kan hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015