I know teacher's day dah lepas. Tapi ada je sekolah yang celebrate sekali pekej dengan jamuan raya. Macam sekolah anak² aku
Tahun ni aku decide bagi hadiah lain dari yang lain. Ceyy takde lah lain sangat. Orang lain ramai buat dah kot. Ok cekidaut hadiah apa yang aku bagi kat cikgu anak² aku
Box full of stationery! Idea ni opismet aku yang bagi. Dia ter-tengok satu IG yang menjual hadiah² untuk hari guru tak silap. Memang dia ada jual set macam ni tau. Tapi aku rasa malas nak beli² online. Lagipun tak susah nak mencari stationery. Mr DIY ada, ECO ada, eh semua dekat² dengan rumah and ofis aku. Aku start beli awal. Beli sikit² takde la terasa banyak duit keluar.
Box transparent dan semua alat tulis tu aku beli kat Mr. DIY. Box tu harga dia RM6+ jugak lah. ECO mungkin ada jual tapi aku tak kenan sangat shopping dalam eco tu. hahaha~
Wish note 'Thank you for being an A+ Teacher" tu aku print dari Pinterest ajee. Then edit letak nama anak aku. Lepas tu lekat guna double sided tape. Takde la mudah tertanggal.
2 je hadiah untuk cikgu Zafirah sebab cikgu kelas ada 2 orang. Total cikgu yang mengajar dia ada la dalam 10 orang. Lain kali lah bagi hadiah kat cikgu lain pulak
Tahun ni special sikit hadiah teacher Zafran. hihi~ Sejadah kecik & brooch.
Brooch beli kat Mydin masa bulan puasa hari tu. 15pcs berapa ringgit tah. Murah je. Beli lebih untuk diri sendiri jugak. Well, perempuan dan brooch berpisah tiada
Kain felt bunga² tu beli kat Mr. DIY. Korang pergi kat bahagian crafts memang sesepah jual kain felt yang bercorak gini. Ngam² ada 5 pcs, teacher dia pun ada 5 orang. Teacher Zafran aku bagi je semua sebab tak ramai. Lagipun hadiah senang cari. Macam aku cakap atas tu, untuk cikgu² tadika tak susah aku nak fikir bagi hadiah apa. Sebab dorang appreciate je tiap apa yang parents bagi. Cikgu² sekolah rendah/menengah aku macam takut² nak bagi hadiah sebarangan. lol~
Sejadah kecik beli kat Shopee. Sehelai tu dalam RM3+ gitu. Panjang kisah sejadah ni sebenarnya. haha~
Asalnya kitorang beli tahun lepas, sempena akikah adik baby. Khas untuk team marhaban yang datang. Kira souvenir untuk team marhaban gitu. Masa deal, acik tu cakap team dorang ada 10 orang. So kitorang pun beli ngam² 10 helai sejadah. Last minit beli, kenduri hari Sabtu, Jumaat malam baru kitorang amek sejadah ni kat Puchong. Kau rasa?
Memang tak sempat nak pos, kitorang amek kat rumah seller kat Puchong sana. Mujur seller nak layan and dia ada ready stock. Biasa kalau beli kat Shopee kan dorang tak bagi number wasap. Tapi untuk kes ni dia bagi la number wasap. Bagus seller ni, sejadah tu dia import dari Turki ke mana tah and dia ada jual borong sejadah kekecik ni. Aku tak tau nama kedai dia apa. Nanti lah aku cari balik.
Malam tu jugak lah gulung², ikat reben bagi semenggah sikit. Takkan nak bagi gitu je kan? Nak beli paper bag tak sempat dah sebab dah malam, kedai dah tutup. pfft! Dah la tangan tak berseni, gigih la kitorang laki bini kerjakan sejadah ni bagi nampak 'cantik'.
Esoknya tu, bila team marhaban sampai, ada LEBIH 10 orang!! 15 orang to be exact! Mana cukup sejadah hoi. Memang kitorang beli ngam² 10. aiyooo~ Menggelabah la aku sorokkan sejadah² tu. hahahaha~ Adoii bila ingat balik memang eeiii siapa suruh buat kerja last minute? Aku tak salah kan la acik yang deal dengan aku tu, mungkin ada ahli yang last minute cakap boleh join. Husnuzon je lahh. Aku bayar dorang, bukan free ye. Pastu bagi makan siap. Oke la tu kan? kikiki~
Tu yang this year, aku rasa nak bagi je sejadah² tu as teacher's day present. Hope teacher² suka. Ikhlas ni tauu
Kali ni aku decide nak letak dalam paperbag sebab tak cantik kat mata aku bagi sejadah gulung² walaupun letak reben. haha~ Paperbag saiz kecik ni ngam² muat sejadah. Aku beli kat Mr. DIY, 90 sen je uols!
Wish notes/tags, macam biasa lah print dari Pinterest je. Edit sikit letak nama Zafran, setel!
Ni hadiah yang aku bagi tahun 2018. Dalam tu ada tudung bawal. Both teacher Zafirah & Zafran aku bagi hadiah sama. Aku tengah pantang adik baby masa ni. Mujur kenal tokey butik, dia bagi je paperbag banyak², takyah fikir dah nak beli paperbag lain. lolz~
By the way butik tu dah tak wujud sekarang ye. Tokey fokus bisnes baju 5 Waktu je. Tapi aku suka tudung² dia, kain sejuk and senang bentuk. Harap tokey boleh pertimbangkan jual tudung jugak kat butik 5 Waktu tu
Yang ni pulak hadiah aku bagi masa tahun 2017!! Masa ni opismet aku baru² join Young Living. Essential Oils pun tengah in sangat time tu. So aku pun terjebak la nak bagi hadiah essential oil jugak kat teacher. Amboi~ Semua ni jenis dilute, idak ler mampu nak bagi hadiah minyak pati tu even 5ml sekalipun. gulp! Aku beli kat @diana.saudagar.minyak
Beli pouch kecik² untuk letak minyak dilute tu. Pouch ni beli kat Mr. DIY. Oil gini untuk teacher² Zafran.
Rose mist pulak untuk teacher² Zafirah. Kenapa lain²?? Sebab masa ni Diana tak cukup stok rose mist. Ikutkan semua aku nak bagi rose mist sebab lagi best. Spray² je. Wangi lak tu. Yang dilute tu aku risau teacher tak reti pakai and takmo pakai. Yelahh bukan semua orang boleh terima bau essential oil tambah yang tak pernah guna. huhu~ Tapi dah takde stok nak buat macam mana kan. Redho aje lahh.
Oke tu je idea untuk hadiah teacher's day takat ni. Hope bermanfaat.
Share lah jugak korang bagi hadiah apa kat cikgu? Tulis kat komen kayy. Thank you korang!
Terima kasih sudi membaca!
3 comments:
Wahhh ni pon dh ok utk hadiahh
adiah camni pon rasenya ckgu2 yg dpt mmg hargai sgt2 dh..
ank sy kecik lg.. tp excited jgk nk bg adiah kat ckgu2 dia nt..
haha
menarik semua hadiah2 tu... good idea (thumbs-up)
Post a Comment