Dalam entry sebelum ni aku tulis pasal adik baby warded untuk kali ke-4. Paling lama pulak tu, sampai 11 hari. Sejak baby dalam wad lagi aku dah discuss panjang dengan tok laki nak cuti jaga dia sakit. Taknak dah hantar pi rumah BS. Tak sanggup dah tengok anak keluar masuk wad tiap bulan. PENAT! Penat otak, penat emosi, penat fizikal. Semua penat! Kalau anak baru sorang steady lagi nak hadap. Anak aku dah TIGA! Kaklong dengan bang ngah pun perlukan mama papa dia jugak. Mana nak hantar dorang pergi sekolah, siapkan beg baju, check homework lagi eh macam² lah nak kena buat. T__T
Aku tak cakap la nak berhenti kerja. Tak mampu lagi nak berhenti. Komitmen banyak oi. Walaupun PTPTN aku dah habis bayar, tapi duit kereta, insuran tiap bulan, yuran tadika anak lagi, shopping lagi. Nak harap gaji laki berapa lah sangat. Dia mampu beli rumah je. ehh!
Spontan je aku tulis surat gini bagi kat bos. Bos aku duk Singapore. Ada sekali tu dia datang KL sebab ada site visit, so dia masuk ofis dulu discuss dengan aku pasal isu aku ni lah. Guess what dia cakap apa??
"I bagi u cuti 3 bulan. Starting March. So June baru u masuk kerja balik. U listkan semua projek² yang u handle, kita try distribute to other staff."
Nak nangis oke dengar bos cakap gitu. Kalau company lain ni confirm dah kena halau, dah kena berhenti paksarela. T__T Memang aku selalu doa semoga Tuhan murahkan rezeki bos aku sekeluarga. Susahhh jumpa bos memahami, tapi orang macam ni memang wujud sebenarnya. 1 in a million je lah kot? Rezeki aku walaupun diduga anak sakit, tapi dalam masa sama Allah bagi bos baik hati. Alhamdulillah. Nikmat tuhan mana lagi yang hendak kau dustakan?
Aku memang terus terang je dengan bos, aku tak mampu nak berhenti kerja lagi. Nak unpaid leave pun tak mampu lah sampai 3 bulan. Takat sebulan tu mampu lagi. Aku perlukan duit untuk bayar komitmen aku tiap bulan. So bos cakap nanti dia try fikir jalan lain, at least aku boleh bayar komitmen² aku. Sebab not fair untuk staff lain and dari segi disiplin pun mana boleh cuti tapi ada gaji. Aku faham situasi di pihak bos. Yelahh buatnya semua orang pun sibuk nak work from home, pengsan la bos aku. Yang ada anak nak request gitu aku faham lagi. Yang bujang pun sibuk nak work from home dah kenapa??
Actually, dalam memo je tulis orang lain kena tolong aku buat kerja. HAKIKAT nya, aku buat semua kerja² aku. Kalau ada meeting pun aku attend macam biasa. Report, proposal, semua lah aku buat sendiri. Tapi kat rumah. Takde pun aku suruh officemate lain buatkan kerja aku.
Jaga baby tak mudah ye wakk. Baby sangat clingy. Tunggu dia tidur baru aku boleh buat kerja² aku. Kadang lepas subuh terus buat kerja, sebelum baby bangun. Malam & weekend pun buat kerja lagi. Kerja aku ada dateline. So bila aku ada masa je terus buat kerja. Memang tak boleh releks sangat. Sebab bila baby bangun tidur je memang kena hadap dia je. Tengok fon dia bising kayyy!
Masuk hari ni dah almost 3 bulan aku cuti. Alhamdulillah progress adik baby memang baik baik je. Ada je dia demam, selsema and batuk on-off. Tapi masih terkawal. Sebab bila dia sakit je aku terus bagi pam ventolin. Kalau nampak teruk sangat kahak dia, terus bawak pergi klinik amek neb. Setiap hari aku sapu EO Dorado Azul kat dada, belakang and kaki, diffuse EO thieves hari², kadang RC & Peppermint. Yaa aku pengguna produk Young Living, tapi bukan ahli!! kahkah~
Kat bilik tidur memang on air filter 24 jam! Diffuser letak kat tingkat bawah, kat hall. Tu yang jadi terkawal agaknya. Aku cuba ikhtiar sebanyak boleh. Tak mengharapkan ubat doktor semata. Ilmu Allah ni luas wakkk, bukan yang ada dalam buku medik je baru nak iktiraf ilmu.
Since umur baby pun dah setahun, doktor nutrisi suggest amek probiotik. Hari tu ada pergi farmasi Caring kat IOI City Mall, tapi takde pulak jenis yang doktor tu suggest. Nanti try cari farmasi lain. Buat masa ni aku tukar susu dia. Sebelum ni minum S26. Now Nankids. Sebab ada probiotik dalam susu tu. hihi~ Kita cuba je lahh kan. Adik pun elok je tukar susu.
Kenapa aku cerita semua ni?? Sebab aku taknak lagi orang pm/dm aku promote produk korang. Water filter, air filter, diffuser semua aku ada dahhh. Supplement pun aku berani amek yang doktor suggest je. Supplement yang aku tak familiar aku takkan bagi anak² aku kayy. Tak kisah la dia kata produk islamik sekali pun. Tak konfiden aku. Penunggang agama bersepah akhir zaman ni. Better paranoid than sorry.
K sekian bebelan malam minggu. Terima kasih sudi baca sampai habis. haha~ Doakan bisnes SoBella and brownies aku asyukkk boleh la nak berhenti kerja jaga anak kat rumah.
Terima kasih sudi membaca!
11 comments:
Aamiin.InshaAllah..ibu yang baik niat jaga anak..Allah hadiahkan majikan yang baik juga kerana MAJIKAN PALING BESAR DAN UTAMA tahu semuanyakan.Moga apa yang sedang dijalankan dipermudahkan Allah juga.
kami doakan segala urusan dipermudahkan oleh Allah Taala. dilapangkan hati anda sekeluarga hendaknya. aamiin aamiin aamiin
semoga sihat dan success dalam apa jua.
Aamiin...
#jmbelog
Best dpt bos baik hati.. Ssh nk dpt. BTW,alaaa br nak promote produk hahaha.
Macam tu lah kita bila ada baby kecik...nak duduk goyang kaki tak mampu...
Aminnnn moga murah rezki
Alhamdulillah. Dapat bos yang baik. Dan ada option untuk work from home. Itu semua rezeki.
Alhamdulillah juga baby getting bettee. InshaAllah makin besar nanti makin ok. Antibodi makin kuat. InshaAllah aamiin.
Dan akhir sekali, semoga bisnes yana semakin maju dan jadi asbab Yana fully WAHM nanti.
semoga dipermudahkan urusan menjaga anak.. aminn..
alhamdulillah bos faham dan allow cuti 3 bulan.. susah nak cari management yang paham..
Best ada bos memahami macam tu..
Semoga anak kecil terus sihat..
Alhamdulillah dpt bos yg baik. Semoga segala urusan awak dipermudahkan.semoga baby sihat walafiat lepas ni
bila dah ada anak ni, cuti tu memang kena standby untuk anak-anak je kan
Post a Comment