Feb 14, 2019

Majlis Aqiqah Muhammad Aisy Zafri

Assalamualaikum...


Entry throwback bulan Jun 2018. Baru perasan tak update lagi cerita akikah adik baby. lol~


Jemput baca. Sis janji tak boring. πŸ˜✌


Macam biasa lah aku kalau menjemput orang datang rumah siap buat e-invitation bagai. Menunjukkan aku bersungguh² dan ikhlas menjemput. Gituu. Eh aku tak kata la kalau tak buat e-card ni tak ikhlas. Ni cara aku. Lain orang lain cara menjemput. Allah je yang tahu isi hati masing². Not me to judge lah. Sekarang ni nak tulis apa pun kena ada disclaimer siap². Makcik bawang ramai sangat.


Macam biasa jugak aku buat majlis akikah masa tengah cuti berpantang. Kalau ikut kiraan melayu dah habis laa 44 hari tu. Cuti kompeni bagi 60 hari (termasuk public holiday dapat lah lebih 60 hari). Kebetulan hari raya pulak time ni. Hoii aku kena ganti puasa sebulan oke beranakkan anak bongsu ni. pfft! Setakat hari ni dah ganti 17 hari. Wish me luck korang! πŸ’ͺ


So buat kenduri akikah + open house sekali. Ramai lahh jemputannya. Beza sikit je dari kenduri kahwin aku. lolz~


Buaian turun temurun . Mak aku ubah terus deko sebab deko lama dah berhabuk teruk. Aku dah slow buat sewa buaian. Tak rajin la nak menten deko. Tak kreatif pun satu hal. So takde la promosi and orang pun ingat aku tak buat dah sewa buaian tu. Udahnya berhabuk lerr deko bunga² tu. Semua mak aku buang! lol~  Kain alas tu pun semua tukar baru tau. Kecuali sarung tilam and bantal lah. Sarung² semua aku simpan leklok dalam almari. Karpet tu punn mak aku beli baru. Ya auloh mak ni. Aku plan nak guna karpet apa ada kat rumah tu je. Tiba² dia cakap dah beli karpet baru. Tak sempat nak halang. lol~


Tepat pukul 11am team marhaban datang. Kali ni amek team marhaban dari Seksyen 4 Tambahan, Bangi. Dapat contact dari kawan² jugak. Saja tukar angin amek team lain dari biasa. Kurang lah sikit isu membawang. kahkah! Lebih 10 orang jugak yang datang. πŸ˜


Sepanjang marhaban budak 2 ketul ni duk bekepit tepi baby. Zafran tu tak mandi² lagi tu. Papa busy set-up meja and food kat luar, aku kena duk jaga baby kat buai. Dia bukan nak orang lain mandikan. Kena either mama or papa je πŸ™„


Almost sejam jugak marhaban. lol~  Lupa nak pesan baca ringkas², pendek² je. haha~  Aku tak buat pun budaya yang kena pusing baby dalam bulatan pastu tiap orang gunting rambut baby sikit sorang, siap ada kelapa ke apa. Tu budaya hindu. Harommm kita ikut.✌


Habis marhaban, MAKAN TIME! yayy!


Percaya lahh jadi tuan rumah tak kenyang mana pun kau makan. Jamah pun asal sempat je. Busy oke layan tetamu. Orang tak putus² datang. Bukan takat sedara mara je, kawan² aku, kawan² laki, kawan² parents aku lagi. Ayah aku siap gathering dengan geng bas sekolah dia. Nasib baik dah prepare awal. Belajar dari pengalaman lepas, kali ni kitorang order katering untuk 500 orang terus. Alhamdulillah. Murah rezeki adik baby.


Cuzzies
Bini² tech aerospace. lol~
Teachers Zafirah and Zafran. Ada yang dah pindah pun. huhu
Kak Redmummy.
3 beradik. Zafirah tu peel sangat taknak posing bebetul. hahh padan muka gambar tak cantik πŸ˜’
Dah malam baru sempat amek family photo. Sebbaikk aku lumur pondesen Catrice. Memang tahan sepanjang hariii. πŸ˜

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Food habis! Ehh lauk je habis sebenarnya. lol~  Ayah aku order nasi arab 3 tong besar, lauk gulai kambing kot, tak ingat. Aku order nasi putih dengan ayam masak merah. Mak aku order menu breakfast, mihun and kuih muih. Lauk memang licin. Nasi arab ada lebih 2 tong. Nasi putih lebih 1 tong. Kitorang sedekah kat kedai makan depan rumah. hihi~  Kambing golek 2 ekor beli dari tempat sama dengan time qiqah Zafran dulu, kat Sg Tangkas sana. Mana tah tok laki dapat contact number dia. lol~


Terima kasih semua yang sudi hadir memeriahkan majlis. Mohon maaf mana² terkurang. Yang baik tu semua dari Allah, yang lemah itu dari diri aku sendiri. Lafff semuanya! Jangan kau tanya bila next akikah. Nak kena sembelih?





Terima kasih sudi membaca!

4 comments:

Azlinda said...

alhamdulillah, selesai. Moga jadi naka soleh ye, dik. EH adik ke?

Anum said...

alhamdullilah

Yaya Azura said...

alhamdulillah..meriah.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah..
Meriah majlis aqiqah Aisy..
Semoga menjadi anak yg soleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015