Aug 16, 2018

Zafran Masuk Barber Shop

Assalamualaikum...


Lama tak update cerita abang ngah tu. Makin besar ni makin panjang akal dia. Anak nombor 2 kan. Lain macam peel. Huru hara, tapi membahagiakan. haa tepokkk! 👏


Kalau korang follow blog or socmed aku mesti perasan aku memang simpan panjang rambut anak teruna tu. err takde la panjang sangat, ala ala kpop tak siap je. kahh! 


Bila dah serabut sangat, kitorang gunting sendiri je kat rumah. Sebab dia takutttttt pi barber shop. Dia boleh bantai menjerit. Baru duduk dia dah jerit 😒   Biasa mak aku lah rajin menggunting rambut cucu nan sorang tu. Budak laki kan, rambut herot herot pun apa ada hal. SENI!😝


 Ni masa bulan puasa hari tu (baju dari @kwinkel_kl). Tak panjang sangat tapi herot herot. Yelahh nenek dia bukan ada skill gunting rambut orang pun. Dah la Zafran tak reti duk diam. Sesambil dia tengok tv je mak aku gunting. Tak pun sesambil breakfast, haa kat meja makan pun jadi. Mak aku serabut tengok rambut dia tutup² mata 😂  Aku memang takde la nak gunting rambut dia. Aku nak biar panjang je. Biar dia rasa rambut panjang puas². Sok dah masuk sekolah takde la jakun nau nak rambut panjang. Mama dah bagi rasa kan? 😏


 Ni masa aku dalam pantang, bulan puasa hari tu. Rambut tak panjang sangat tapi boleh la diikat ikat. hahaha~  Nasib lah awak ada kakak je untuk main. Main ikat ikat rambut pun layan je 😂


Lepas aku habis je pantang, aku decide nak gunting leklok rambut Zafran. Nak gunting sendiri memang tak retiiii. Skill nan hado. Dia dah besar, kalau pakai baju melayu, rambut pendek, mesti hensem namateyyy *lantak situ puji anak sendiri*   


Kitorang aim barber shop kat Tesco Saujana Impian sana. Sebab ada disediakan seat for kids. Menarik lah kan. Banyak kali gak kitorang datang barber shop situ bagi Zafran familiar. Bukan senang okayy nak bawak anak pi barber shop. Banyak proses nak kena lalui. hahahaha  Eh kaklong dia dulu tak pernah ada masalah macam ni. Yang bang ngah ni je anti sosial sangat.


Selepas banyakkk kali percubaan....


 Alhamdulillah, dia nak duduk! yeyy finally! Walaupunnn kena pegang tangan and bagi tengok youtube. Layan kannnn asal rambut tu hensem. bahaha


 alolo cebek cebek lak dia. Cubit kang!


Camtu laaa anak laki. Gentle lah Zafran. Good job!! 👏


Baru lahh smarttt, kemasss, hensemmm 😍


Honestly, aku rindu rambut panjang dia. Sebab aku rasa bila rambut dia pendek, dia nampak matang. Bila rambut panjang nampak baby baby. wuwu~  Sejenis mama yang takleh terima hakikat anak dah besar 🙄


Lagipun bila rambut pendek ni akal dia makin meligat pulak. Makin pening tengok perangai dia 😑


k tu je nak cerita. Buat lepas rindu kat anak nombor DUA tu. 😁





Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

Nurul Ashikin said...

Dah bersalin ya. Lama tak blogwalking sebenarnya. Acely budak laki mmg takut kat barber. Anak lelaki saya pun last month gunting rambut haiyoooo dia nangis sampai melelh air mata. Adehhhhh. Harap minggu depan jumpa mamak guntinh rambut @vetri dia tak nangis lagi

Aku adalah aku said...

Comel.. Sila lah dtg ke blog saya.. Http://akuman85.blogspot.com

Blog AzlindaAlin Bicara Mummy said...

Comel ..dh besar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015