Aug 10, 2018

Review Andorra Woman & Children Hospital

Assalamualaikum...


Hi korang, sorry lambat nak sambung cerita Andorra. Mood kelaut dalam sekarang. haha~  oke review ni berdasarkan pengalaman aku bersalin and bermalam kat wad sepital.


Hospital ni terletak betul² tepi highway Mardi. Kalau dari Bangi, jalan menghala ke SKVE tu. Kena buat u-turn sebab Andorra kat belah kanan. Kalau dari Puchong/SKVE, Andorra ni belah kiri korang. Alaa jalan yang ada kamera AES tuuu. Siapa familiar jalan tu mesti perasan hospital ni.


Start operasi tahun lepas, bulan berapa tah. Aku amek pakej time dia buat promo sebab baru bukak.


Ni harga masa promo. Aku amek pakej paling murah, yang 4 bedded tu. Laki suruh amek mur mur je. Baiklahh janji Andorra πŸ™„


More reason aku confident pi Andorra, sebab aku tau aku boleh bersalin normal. So insyaAllah bill takkan mencanak mahal gilerss. hahaha


Kalau refer pada entry lepas, aku sampai² je terus pi ER sebab dah ada contraction. Check bukaan dah 4cm, memang tak dan masuk wad dulu. Terus tolak masuk LR je. huhu~


OTW pi LR kat tingkat 2, nampak trolley luggage ni. wah wahh dah macam check in hotel πŸ˜


Ni rupa LR. Lawaaaa and besarrrr! TV tu tak on pun. haha~  Sepanjang duk LR, aku ditemani sorang midwife. Acik apa tah nama dia lupa dah. Umur 64 tahun! Katanya doc Kham insist acik tu kerja dengan dia, sebab dah lama kenal. Acik midwife tu akan teman melanguk dalam LR dengan aku, sampaiiiiii aku bersalin! Kiranya memang dia takkan tinggal kan aku sorang² or berdua dengan asben dalam LR tu. ffuhh!


Sesambil layan contraction tu dia bagi aku manisan arab ni. Kurma pun ada. Dia ajar aku cara betul makan kurma kena dalam bilangan ganjil (1,3,5 etc). Katanya kalau makan dalam bilangan genap, khasiat kurma tu tak jadi, tapi bertukar jadi gula. Aku tak reti lah nak explain. Ce korang tanya ustaz, ustazah. Acik tu cakap dalam sains pun ada penjelasan pasal tu. Bila contraction makin kuat je aku telan sebijik kurma. Pagi tu aku just makan roti canai je, memang tak cukup la nak bertahan sampai ke petang. Pukul 3pm baru baby keluar, menggigil jugak badan aku sebab tak lunch. adehh~


Sementara tunggu jalan bukak tu, ada nurse lain datang, Mak Mah nama dia, pakar penyusuan gitu. Dia akan ajar cara bernafas during contraction, during nak push baby. Ajar zikir² yang perlu dibaca. Siap dia doakan aku and baby. Allah masa Mak Mah bagi nasihat² tu berjurai air mata aku. Dia tengok aku nangis dia peluk aku kuat². Memang dia buat aku ni macam anak dia je tau. Sambil peluk sambail bagi kata² semangat + nasihat. Makin laju lah air mata aku keluar πŸ˜­


Sepanjang layan contraction, acik midwife pun tak jemu lah bagi kata² semangat kat aku. Siap usap² belakang bila contraction datang. huii laki aku pun tak reti nak usap gitu. Lega wehh bila kena usap. Sebab sakit tu memang tangkap bahagian pinggang.


Bila dah pukul 1pm, acik midwife nak lunch, so datang lah pengganti dia. Ada 2-3 orang jugak la nurse lain datang teman aku dalam tu. Laki aku pulak rajin borak. Meriah weii dalam LR. Aku punya penat menahan contraction sampai rasa nak tertidur dalam tu πŸ˜‚  Alhamdulillah tepat pukul 2.58, baby lahir. This time, doc Kham pulak peluk aku erat and wish, "tahniah mami" πŸ˜


Sementara doc Kham jahit epi, nurse² bersihkan baby, timbang semua. Laki azan, tahnik semua siap dalam LR tu. Nurse tolong guide. Bahan² untuk tahnik (kurma & air zam zam) siap dorang prepare. Uri pun nurse tolong cuci siap selawat, siap bungkus elok, balik tinggal tanam je. Kalau korang nak cuci uri tu lagi sekali pun boleh. Takde hal.


Lepas bersalin, aku ingat dorang dah ready kan menu lunch, sebab consider aku dah check-in lah sebenarnya kan walaupun duk LR je? Rupanya tak. Aku kena tunggu dorang hidang food untuk dinner terus.  Sebab bahagian wad macam tak link pulak dengan bahagian LR. Lapar. sobsob~  Laki nak beli food kat kedai luar, dia tak reti pulak apa yang orang pantang boleh makan. Ada la dia beli roti, air milo dalam botol tu. Aku minum tu je lah walaupun sejuk. bahaha~


Then aku request je milo 3 in 1 and biskut kering kat nurse. RM10 kaoo kena cas untuk milo 3 in 1 tu. pfft! Aku tau pun lepas dah discharge, tengok bil. Sarung tangan yang dorang guna dalam LR pun charge lain oke. Sepasang RM5 ke berapa tah. Apron yang dorang guna, eh banyak lah charges yang tak termasuk dalam pakej. Tapi bila terkenang service² yang dorang provide, tak heran pun ada charge lain² tu. kihkih


Budak baik. Sama macam abang ngah. Tak banyak ragam. Elok je tidur sepanjang duk sepital. πŸ˜


Dalam pukul 6pm lepas bersalin tu, nurse ajak mandi. Aku ingat mandi sendiri² lah kan. NOOO!! NURSE TOLONG MANDIKAN!! kahkahkah~  Memula tu terkejut jugak aku. Siap cakap, "eh takpe saya boleh buat sendiri..."


Nurse jawab balik, "takpeee saya buatkannn!" Dah bergaduh pulak dengan nurse dalam toilet. hahaha! Sabun, syampu semua nurse buat. Kau duduk je diam² dalam toilet tu (ada seat khas disediakan). Letak ubat kat luka epi pun dia sapukan wakkk. Malu oke. Ngilu pun ada err! Tapi nurse confident, "Dah beratus orang saya cuci ni puan. Releks je"  ya tuhann tak tau nak releks camne. hahahaha!


Sepanjang duk wad, aku guna toiletries yang Andorra bagi. Both aku and baby dapat 1 set toiletries (travel set). Sejak dari tu jugak lah aku kenan dengan sabun Sebamed. Sampai sekarang aku pakai sabun tu. Mahal namateyy. Tapi aku suka bau dia! Bila bau sabun lain hidung aku jadi gatal. tiberrr!


Towel pun Andorra provide! Dalam beg aku cuma ada kain baju and pad je. Baju tu pun pakai bila dah discharge. Dalam sepital pakai baju sepital lah. Kaler pink lagi aww! haha~   Pad tu pun kalau nak mintak hospital punya pun boleh. Memang dorang bagi sepeket pad bersalin tu. Aku tak suka pad tu, leceh nak pakai. Memang dari anak pertama aku pakai pad biasa je lepas bersalin. Baju baby, bedung, pampers pun Andorra gak provide. Time check out, baru baby pakai baju sendiri and balance pampers tu boleh bawak balik. Dorang guna pampers Huggies medium pack tu. Banyak jugak lah.


Lepas mandi, dapat pulak free massage dari nurse. Dia tolong sapukan minyak panas kat kaki, perut. Pastu tolong pakaikan stokin. Duk wad mana² pun sama je aku rasa service dia. Lepas nurse habis massage, laki pulak sambung. kahkah~  Eh ingat tak sakit ke bersalin?? Rengat tu rengatttt. Kaki cramp some-more. Aku pun tak tahu lah kenapa tiap kali lepas bersalin kaki cramp. Sepanjang preggy TAK PERNAH cramp tau. Allah nak hapuskan dosa aku agaknya. Redhoooo!😩


Ini menu breakfast esok pagi tu. Pancake. Ramai tanya tak gatal ke makan telur? LOL~  Aku tak pernah pantang pun telur. Dari anak first mak aku bagi je makan telur masa pantang. Selain pancake, mak aku pun pernah buat scramble egg untuk breakfast. Oke je. huhu~  Ikut orang lah kot eh bab gatal² ni. Jus oren tu sejuk. Aku tunggu dia jadi suhu bilik baru minum. hihi~


Semua food dalam wad, served by Chef Zubir Restaurant. Menu² semua ohsem! Rambang mata nak pilih. haha~


Ouh lupa nak cerita, dalam pukul 6am gitu nurse dah kejutkan untuk mandi. Kat sini, nurse remind sekali untuk mandi wiladah. Allah bagusnya. Sebelum ni kawan² aku yang ingatkan. Mandi sendiri kat rumah. hihi~  Pagi tu pun, nurse jugak mandikan. Gosok gigi je buat sendiri. hahahahahaha! Lepas mandi macam biasa, dapat free massage. huii lega rasa.


Surprise visit by kak Azlinda! Terkejut gila tetibe dia muncul depan katil. Sabar je lah. hahahah~  Thank you sudi visit saya kak! Opismet aku @diana.saudagar.minyak pun datang gak time ni. Bagi aku pinjam diffuser YL and bagi hadiah minyak. wohoaa! Thank you bebeh! πŸ˜˜


Ni pulak menu lunch, steak. Laki aku yang order menu ni. Konon² nak rasa. Tapi dia tak dan pun datang visit aku time lunch hour. So aku lah makan. Sedappppp!


Budak baik tengok je mama makan. hahaha


Dalam lepas Zuhur gitu, doc paed datang inform baby oke, takde masalah. G6PD pun takde. Syukur Alhamdulillah. Then, kena tunggu doc Kham pulak buat final visit untuk pastikan aku betul² boleh discharge. haa part ni lama jugak lah tunggu. Yelahh patients doc Kham bukan 10-20 orang je. BERATUS oke! Dengan klinik lagi, LR lagi, wad lagi. Semua tempat dia kena cover. And yet, aku tak pernah nampak muka dia stress and penat overloaded walaupun aku tengok dia buat kerja pun dah penat. Doc Kham sendiri pernah cakap dengan aku, dia minat dengan kerja dia sekarang, sebab tu kot dia tak rasa penat, tapi dia seronok.


Sementara tunggu doc Kham datang, Mak Mah datang jugak untuk tengok baby boleh DF ke tak. Dia akan ajar sampaiiiii baby and mak betul² boleh BF sendiri. Dia ajar jugak cara urutan, siap doa² untuk permudahkan penyusuan ibu. Nak nangis lagi aku masa Mak Mah datang. haha~


Haa ada satu part yang aku agak terkilan, bila ada sorang nurse inform Andorra akan buat lawatan ke rumah (postnatal check up), macam nurse KK selalu buat tu. Aku pelik lah watpe nurse Andorra datang, sebab aku akan deal dengan KK je lepas ni. Tapi dia cakap seolah² nurse visit tu dah include dalam pakej. Aku angguk² je lah masa dia cakap tu.


Rupanya tak wehhh! Laki aku bagitau masa nak bayar bil tu dia saja tanya ada tambahan cas apa² tak? haa masa tu lah orang kaunter bagitau, ada amek service nurse visit ke? terkejut laki aku sebab amount RM100+ jugak. Ehh for what aku bayar memahal sedangkan aku akan deal dengan KK je lepas ni. Lebih 10 kali nurse KK datang visit rumah. FOC lagi tau. grrr~


Lepas seminggu discharge pun Andorra call cakap nanti nurse nak datang. Bila aku cakap aku tak amek nurse visit dia macam pelik. Ke buat² pelik tak tau lah kan. Seolah², mana boleh cancel benda ni kan dalam pakej? haa gitu lah maksud ayat dia. TAKDE langsung dia bagitau, "this is optional, kalau amek kena bayar, tak amek pun takpe." TAKDE! tu manipulate namanya wakkk! haihh~


Tu je lah satu benda yang aku tak kenan dengan Andorra. Benda kalau optional, ada additional charge, inform je lah pada patient. Kenapa nak paksa jugak patient amek pakej tu??


Pukul 6pm++ baru dapat discharge. Masa doc Kham buat final visit tu, dia check lagi jahitan epi, and check belah dalam kot ada bengkak apa². Alhamdulillah aku oke. Semua oke lah senang cerita. Syukur! Lagi sekali, doc Kham peluk aku erat and wish, "Selamat berpantang mami". Macam mana la aku nak kata tak best sepital ni wei!! Asyik kena pelukkk je. Balik rumah laki pulak peluk. ehhh! hahaha


Tu beg purple sangkut kat almari belakang tu pun Andorra bagi. Set susu Anmum. Ada susu untuk ibu, and formula milk untuk baby.


Ni haa beg tu. Besar and lawaaaa. Susu fm tu kadang aku guna jugak masa pantang. Dasar pemalas nak nyusukan anak gitu lahh. kahkah~  Eh yang nombor 3 ni aku tak plan pun nak BF beria. Tapi laki kemain supportive pulak kali ni. So sampai sekarang Alhamdulillah masih bf. Lain machiam supportive laki aku sekarang. Baru tau ke bf tu menjimatkan? Spa mana spa? πŸ˜


Sebak weh nak tinggalkan sepital. hahahaha! Eh serius, aku enjoy sangat bermalam kat sini. Walaupun laki tak teman, sebab aku amek 4 bedded kan. Nak jaga aurat patients lain. Kalau amek single bed sahaja baru laki boleh teman bermalam. Aku pun taknak laki aku teman. Anak aku lagi dua orang tu kang siapa nak jaga. Nak angkut semua sekali tidur hospital tak selesa pulak. Alahh 1 malam je. Tidur kat rumah selesa sikit.


Secara keseluruhan memang aku puas hati sangat bersalin kat sini. 3 orang anak, 3 jenis hospital aku dah pi. FPP, semi govt and private. Of course lah private tu paling best. Kau tengok harga dia pun best! hahaha~  Tapi total² yang laki bayar tak sampai RM3k pun. Bagi aku oke dah tu. Alahh dia tak usik pun duit gaji bayar bil sepital. Bila kau tak berkira dengan bini, macam² rezeki datang tau. 2-3 bulan sebelum bersalin tu macam² job dia dapat. Payment baloi pulak tu. Duit kerja² sampingan tu lah yang dia guna bayar bil sepital. Allah tu adil kan?


Ni harga TERKINI hospital Andorra. Beza dalam rm200 jugak dari harga promo yang aku amek.


OTW balik laki singgah beli cendol. Sebelah Shell tu je. Walking distance dari Andorra. Dia cakap sebab tengok nurse² Andorra minum dalam sepital, so dia nak rasa sedap sangat ke. Nasib baik aku memang tak minat cendol. πŸ˜’


oke tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

4 comments:

Cik Puan Eka said...

teruja i baca hokeh hehe part kena peluk je tu sebak huhuhu

Hunnys Seraphine. said...

Best laa ur story pasal deliver kat andorra ni...banyak info bleh dapat..tp blog u memang best ponn..hehehe..congratz on ur new born yaa..

Juls Julie80 said...

selamat berpantang yana..comel gilsss babynyer..alhamdulillah... sejuk perut ibu ngandung...bersalin plak kat andorra..lagi bertambah sejukkk..ekekeke

Yana MIB said...

@juls julie80: entry throwback ni..baby dah 3 bln pun skrg..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015