Apr 11, 2018

Susun Atur Kitchen Cabinet yang Sentiasa Berubah

Assalamualaikum...


Agak malas nak menaip. Tapi nak update entry jugak! Saja cuci 'sawang' kat blog ni. lol~  Entry paling senang nak buat, entry susun atur. hahaha


Dulu aku pernah jugak update entry susun atur KC rumah mak aku ni. Ce klik link ๐Ÿ‘‰ "Rak Atas Kabinet Dapur". Actually ada few entry pasal KC aku dah update. Alaa klik la link tu korang, pastu scroll sampai habis entry haa nanti ada la link link entry seumpama tu keluar. Faham ke faham? ๐Ÿ˜


 Ni wajah terbaru bahagian KC yang aku pernah update dulu tu. Makin banyak pulak gadjet² dapur kat situ. Kalau letak rak tu jugak nampak semak sangat. Sakit mata nengok. So aku alihkan rak ke tempat lain.


Dulu macam gitu lah keadaan KC belakang tu. Mata aku nampak semak.


 Ni pulak bahagian dekat dengan sinki. KC mak aku ni bentuk L-shape. Agak panjang jugak so memang macam² benda boleh lambak atas tu. haha~  Tapi aku ada sejebis OCD yang aku rasa sakitnya mata tengok banyak barang lambak-lambak gitu.


So masa mak aku pi umrah hari tu, minggu yang sama aku susun atur bilik air bagai tu (refer entry sebelum ni), haa pulun lah aku ngemas KC. Mak aku punya typical hobi macam mak mak orang lain. Suka beli barang Tupperware. kahkah~  Sampai sekarang oke kalau Tupperware buat sale tiba² dia balik bawak SET Tupperware baru. SET ye bukan seketul² dia beli. Syukur lah tak menurun hobi tu ke aku. Sebab aku dah rasa macam mana hazabnya nak cari space untuk susun segala maknek Tupperware yang berlambak² tu *headache*


 Lepas dah sumbat semua Tupperware dalam KC baru lahhh tenang mata masuk dapur. Menitik² peluh jantan weii! Dah la aku tengah sarat, duk ngemas dapur bagai ya ampun. Aku tunjuk gambar ni kat adik aku, terus dia tanya, "simpan mana semua tupperware tu??" LOL dia tak tahu kakak dia ada kuasa ajaib bab susun atur ni. *flipshawl*  Eh KC mak aku besar! Kalau susun betul² memang banyakkkkk sangat benda boleh sumbat dalam KC. Cara susun tu kena betul. Kalau main sumbat je pun tak jadi jugak. giteww~


haa rak yang asalnya letak kat gambar mula² tadi aku alihkan letak kat bahagian sini. Lagipun kawasan ni dekat dengan filter Coway, so lagi mudah nak bancuh² air. Lepas tu dekat dengan sinki. Kadang time bancuh air ada tertumpah² la, senang la nak lap lap. Anak nak masuk 3 dah wakk. Semua kerja kena cepat dan efisien. Aku kena pastikan tiap pergerakan aku cepat. Tu lahh terjadinya susun atur gini. Memudahkan pergerakan aku jugak. ✌


Susun atur kat dapur ni sebenarnya tak pernah kekal. Asal bertambah/berkurang gadjet, mesti berubah susunan. Depends pada mood rajin jugak. Banyak lagi tempat lain nak dikemas, bukan dapur je. Cuma sejak aku dah start meniaga brownies, aku perlukan suasana yang tenang untuk buat kerja. Suasana yang tak menyakitkan mata and memudahkan pergerakan aku untuk capai² barang. Now ada produk baru pulak, baked mac & cheese and lasagna. Pi lah follow @daridapuryanamib for more updates ye korang. Selagi belum beranak memang aku amek je order orang. hihi~


k tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Liyana said...

sama laa tak boleh nengok barang byk2 kat KC, semak mata mak haha. Selagi boleh sorok memang nak sorok kehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015