Mar 8, 2018

SusunAtur: Wall-shelf Tanpa Rosakkan Dinding

Assalamualaikum...


Lama tak buat entry susun atur kan? Sejak makin bertambah ahli keluarga ni tak rajin nak snap snap gambar sebelum selepas menyusun. hihi~  Weekend baru ni macam kena rasuk dengan mambang mengemas, habis satu rumah aku punggah and susun balik elok². Lepas tu perut cramp! kahkah~  Geram sebenarnya, duk opis tak banyak bergerak, tiap kali hari Jumaat kaki mesti bengkak, sakit pinggang semua. Bila weekend balas dendam lah buat kerja macam². Tak sedar diri dah sarat membuyong. Sekali terlebih bergerak! Mujur tak terberanak awal. lol


Udahnya aku MC hari Selasa & Rabu. Since 28 weeks gitu dah mula datang Braxton Hicks. Hari Isnin hari tu lepas balik kerja dia punya cramp teruk sangat. Sampai nak duduk pun tak boleh. Kena baring je. Esoknya terus jumpa doktor mintak MC dua hari. Doc pun faham tengah sarat tak larat nak pi kerja. Tapi duk rumah tetap jugak nak mengemas! arghh! Penyakit weii penyakit! Bukan selalu datang penyakit mengemas ni. Tapi sekali dia datang, tak boleh stop! Allahu.


Kalau korang follow IG @yanamib aku ada update gambar² sebelum selepas kat IG story. Blog lambat sikit lah update. Nak karang² ayat lagi. hihi~


Salah satu tempat yang aku susun ialah dalam toilet.


 Selama ni aku lambakkan je segala maknek sabun mandi, syampu kat atas jamban and sinki. Toilet aku ada wall cabinet. Aku ada buat entry pasal kabinet tu. Klik πŸ‘‰ Kabinet Toiletries


Tapi ruang dalam kabinet terhad. Kalau sabun besar² tak muat letak dalam kabinet. Tu yang jadi lambakan atas jamban and sinki.


So aku beli shelf ni kat ezbuy. RM12 (tak termasuk pos).


 Lepas pasang dan susun. Sedap mata memandang! Shelf ni guna pelekat je untuk gam ke tiles. Setakat ni baru guna beberapa hari, elok je tahan. Sabun² aku tu mostly penuh lagi tau. Ada yang baru bukak so memang berat! Mungkin design dia ada kaki bawah tu untuk bagi lebih kukuh. Eh puas hati lah beli.😍


Untuk sabun kekecik macam pencuci muka semua tu aku beli Snap Up shelf ni. Mr. DIY ada jual. RM19.90 tak silap.


 Nice sangat letak kat corner gitu.πŸ‘   Aku dah pakai shelf ni setahun dah. Ke lebih? Alhamdulillah tahan. Takde pun terjatuh². Dia guna kekdah kedap udara gitu. Takde gam or pelekat apa². Just kedap udara. Eh tak reti lah nak explain. Ce tengok Youtube. Search Snap Up Shelf.


Aku beli shelf jenis gini sebab tak perlu drill, skru bagai sampai rosak berlubang dinding toilet. Kalau korang duk rumah sewa elok sangat guna shelf gini. Nak cabut and basuh bila² pun senang. Nak alih² tempat pun senang jugak!


 Selalu jugak aku basuh snap up shelf ni. Elok je kena air tak tertanggal pun.


 Cuma bila dah terlalu lama melekat kat tiles dia jadi susah gila nak bukak! Dah macam permanent pulak melekat situ. hahaha~  Rasanya boleh kot tanggal. Kena guna kudrat yang banyak lah kotttt πŸ˜


More, snap up shelf tu boleh lekat atas ANY SURFACE! Susah nak percaya kan? Laki aku skeptikal jugak bila aku cakap gitu awal² dulu. Aku tengok dari Youtube lah yang dorang cakap boleh lekat kat any surface. So marilah cuba sendiri betul ke idak iklan dorang tu.


yup terbukti sahih! kahkah~  Dah berbulan lekat kat dinding batu Alhamdulillah elok tahan. Beban yang aku longgok atas tu pun lebih kurang je dengan beban dalam toilet. Tak pernah lagi terjatuh πŸ‘πŸ‘


Pandangan atas *ecehh*


Oke tu je pasal susun atur hari ni. Lain kali cerita susun atur tempat lain pulak, insyaAllah.


Bye!






p/s: Bab nak menten kan susunan paling mencabar. Kalau harap kau sorang mengemas, kau jugak nak menten kan kekemasan rumah memang boleh stress. Kena kerah seluruh ahli dalam rumah untuk sama² menten kan susunan. Kalau tak kang kau patah pinggang sebab penat mengemas pun orang takkan faham!



Terima kasih sudi membaca!

4 comments:

Mi said...

Sis, teraturnya tempat susun barang macam tu...Sejuk mata memandang barang tersusun macam ni

Izafiza said...

Kemas je yanaπŸ‘πŸ‘

fizafantagiro said...

Kfiza pun suka yang jenis lekat mcam tu je. tak payah nk drill paku bagai.

Liyana said...

eh sukanya dua-dua benda alah tu... haha. Tq share :)
Paham sgt dgn perangai gile mengemas tu sbb iols pun ada penyakit sama hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015