Mar 17, 2017

Pump It Milkbooster - Sapu je!

Assalamualaikum...


Sejak Zafran cecah setahun, aku perasan production susu dah mula drop...stok EBM dah makin kurang...sampailahhhh tahap dah licin stok EBM, kelam kelibut lah mencari ganti susu FM untuk Zafran...halahaii sedih sangat! tapi aku bersyukur, sebab aku masih lagi gigih ngepam walaupun stok tak banyak macam dulu....Zafirah dulu genap setahun je aku dah bagi FM...pastu terus stop ngepam...bagi direct je lepas balik kerja tu...siang² minum FM kat taska...


Yang Zafran niii...haihh~  macam² jenis susu dah aku beli...semua dia REFUSE! termasuk lah susu paling popular dan mahal, Pediasure tu...ramai gila suggest susu Pediature termasuk lah nurse KK and doktor nutrisi....


TAPI Zafran tetap refuse!! kadang² dia ada gak minum FM sikit²...itu pun susu Dugro yang dia lalu nak telan...pastu lama² dia mogok terus minum susu dalam botol...termasuk lah susu aku!! argh pening mak kau nakk!! dah la berat abnormal, susu pun nak mogok² takmo minum...haihh~


So sekarang, aku masih lagi breastfeed Zafran, cuma stok tu kais pagi kais petang gitu lahh....tak semeriah dulu...masih lagi gigih ngepam 2-3 kali sehari kat opis...tapi hasil dapat sebotol je kaooo (4oz)...sobss! tapi mujur jugak dia memang dah kurang minum susu, banyak makan and minum air masak je...kat rumah, DF macam biasa....


Then baru ni, ada orang kenalkan aku satu produk milkbooster yang hanya guna kaedah SAPUAN...pepaham je dia aku ni jenis pemalas nak makan supplement...haha~  so dia sarankan aku guna kaedah sapuan ni pulak...



Breastfeeding Survival Kit! kemain nama...haha~


Produk milkbooster pertama yang menggunakan kaedah SAPUAN...yaa puan-puan sekalian...anda tak salah baca...milkbooster ni tak perlu makan, tak perlu bancuh², telan²...hanya SAPU sahajaaa...ya ampun dah kenapa senang sangat??!!! πŸ˜


Ada 3 botol essential oil blend dalam survival Kit ni...setiap botol mempunyai fungsi tersendiri....meh dekat meh ahkak cerita details fungsi setiap satu botol tu...


MILK UP 
πŸ’•Jika susu merudum teruk, sapu kat breast setiap kali lepas menyusu/pump. 
πŸ’•Untuk maintain, sapu sehari 2 kali. 


RELAX MAMA 
πŸ’•Sapu kat bahagian belakang leher & belakang telinga. 
πŸ’•Boleh juga guna untuk buat urutan susu kat bahagian tulang belakang. 
πŸ’•Boleh juga titiskan di tapak tgn & sedut bau nya untuk relax.. 


SORE AWAY 
πŸ’•Sapu 1-2 drop kat bahagian puting yang merekah / melecet. 
πŸ’•Boleh juga digunakan untuk breast firming.




Aku dah try 2 daripada 3! yang Milk Up and Relax Mama...tak sampai seminggu lagi cuba....hasil?? setakat ni agak memberangsangkan...yang Relax Mama tu paling best! sebab bau oil tu memang bebetul buat kau relax...! eh emosi ibu pun boleh efek production susu tau! so ibu² kena relax, baru syok nak pumping and breastfeeding! yeyy!


Ni lahhh ingredients dalam setiap botol Pump It...semuanya guna essential oil...memang tengah trend orang guna essential oil zaman ni kan? takkan korang nak ketinggalan ketapi pulak....ishh rugi wooo😁


Bawah ni aku sertakan sekali beberapa testimoni pengguna² Breastfeed Survival Kit Milkwithlove...jangan terkejut pulak tau tengok result dorang...lain ibu lain result dia...depends pada badan memasing...tambah pulak kau kena disiplin sapu oil...kalau culas jangan nangis lah hasil pun tak seberapa...ngerti?? πŸ˜









Jeles betul baca testimoni mommies ni....haha~  yelahh aku baru pakai 2-3 hari takleh laaa lawan dorang punya testi...untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif, korang kena sapu sekurang²nya 2 kali sehari oke! jangan culas plisss~


Harga mahal tak??

erm untuk korang yang biasa dengar pasal Essential Oils mesti dah boleh agak roughly berapa RM....bagi aku harga memang mampu milik...untuk set kit ni kalau harga PROMO RM125 sahaja! sebotol oil tu berbulan korang boleh guna tau (berdasarkan pengalaman guna essential oil)


More, kalau nak beli sebotol je pun bolehhhh...tak perlu la beli set kit macam aku ni haa...beli mana yang korang rasa nak pakai je...harga lain² untuk setiap jenis oil...korang boleh refer website dorang kayy (link kat bawah)...


Lagi satu trick aku nak share, oil ni jugak boleh dijadikan sebagai pewangi kereta...titiskan je kat cotton ball pastu sumbat cecelah ekon kereta...siap! aku titiskan oil Relax Mama sebab aku suka sangat bau dia.... ehh ni tricks biasa untuk pengguna² essential oil tau...bau dia lagi wangi dan menyamankan otak banding perfume kat kedai tu....kau seduttttt dalam² aromaterapi oil tu, insyaAllah takde la kau meroyan stress sebab kena redah jem berjam²...hehe~


Kalau jenis busy mommy yang sampai tahap kena pam susu dalam kereta lagi digalakkan guna kekdah ni...sambil pam sambil kau sedut bau oil...nyaman wehh


Apa lagi mommies, takkan tengok je?? jom kita usaha kembalikan production susu yang banyak sama macam dalam pantang dulu! πŸ’ͺ


Klik link bawah ni untuk pembelian

Web: www.milkwithlove.com.my





Terima kasih sudi membaca!

Mar 8, 2017

Konichiwa Cafe, Restoren Jepun Halal di Bangi

Assalamualaikum...


Siapa yang biasa datang Bangi atau memang duk Bangi memang dah sedia maklum, Bangi ni syorga makanan! restoren² tumbuh macam cendawan oiii! kadang tu sampai pening nak pilih nak makan apa sebab banyak sangat pilihan...hahaha~


Baru ni aku perasan ada pulak restoren JEPUN baru bukak...HALAL pulak tu...ramai kawan² aku share kat facebook dorang makan kat restoren ni....sebab taknak ketinggalan, ku hajak dak encem terjah jugak restoren ni...lagipun dah lama tak makan makanan Jepun especially sushi...aku memang peminat sushi...tapi dak encem tak suka makanan tak masak ni tu yang asyik ngidammmm je...lol~


 Ni lahh restoren yang dimaksudkan...KONICHIWA CAFE....terletak sebaris dengan restoren D'One Steak...eh orang bangi mesti kenal D'One Steak...


Pemilik KONICHIWA CAFE sememangnya Melayu asli dan ISLAM! chef² yang diupah juga semuanya MELAYU ISLAM...begitu juga pekerja² nya...jadi kalau dah background toke dan pekerja semuanya Melayu Islam, dah tentu lah bahan² yang mereka gunakan untuk setiap masakan adalah dari sumber yang halal...😁


Kalau korang perasan pada signage cafe ni, ia bukan sahaja menyediakan menu² Jepun...ada juga menu² barat dan tempatan! bak kata owner, dalam satu family, bukan semua orang suka makan makanan Jepun....kadang anak² suka sushi, tapi mak nak makan mee kari, ayah nak chicken chop...jadi boleh kata, Konichiwa cafe menyediakan menu berkonsepkan FUSION...sesuai mengikut citarasa ramai orang! sebab tu laaaa dak encem rela follow bini dia nak makan kat sini...kalau takde menu lain kau ingat dia nak bawak?? dalam mimpi je lahh...hahaha


 Suasana kedai yang cozy...boleh muat dalam 30 pax untuk satu² masa...


Sementara tunggu food siap, posing dulu dengan background comel ni...mekaseh papa amekkan gambar yang cantik ni...tak senget langsung! πŸ™„


oke jom cekidaut antara menu yang kitorang order...mohon jangan terliur πŸ˜



Makanan Jepun:

 Saba Bento - RM22.90


Agedashi Tofu (Deep Fried Soft Tofu) – RM8.90


Assorted Sushi – RM3.90/pcs hingga RM18.90/pcs (Jumbo Roll)...buat masa ni dorang tak sediakan lagi menu platter macam ni...mungkin akan datang, kalau demand tinggi gituu...


Grilled Beef Udon - RM17.90


Okonomiyaki – RM15.90...biasa dengar Takoyaki kan?? yang bulat² tu...haa ni Takoyaki versi Pizza bersaiz 8"...haha~  kena try okeh!


Chicken Teppanyaki - RM23.90



Makanan Barat:

Black Pepper Grilled Chicken Chop - RM16.90...fries dia tu buat sendiri...bukan yang frozen punya...


 Cheezy Tori Karagae - RM10.90...ayam goreng tepung disalut dengan cheese...berebut Zafirah and dak encem makan πŸ˜‘



Makanan Tempatan:


Mee Udang Serai - RM15.90


Mee Kari Bonda - RM15.90...highly recommended!! sedap and pedas! πŸ‘


Konichiwa Fried Rice - RM16.90



Minuman:

Antara minuman yang kami order, dari kiri, Kopi (Hot - RM2.90, Cold - RM3.90), Ice Mata Kucing - RM6.90, Coffee Float (tak silap) and Chocolate milkshake - RM9.90



Banyak kan kitorang makan?? perut raksasa memang gini...kahkah~


Kitorang datang ramai² dengan geng blogger jugak...tu meriah kemain makanan...tapi best la, dapat merasa semua menu sikit sorang...nyum nyum!


Zafran pun suka makan kat sini....will definitely repeat!! bawak mak ayah, adik, ipar duai, geng kepoci sisterhood forever! bahaha~   selama ni kemain susah nak cari makanan Jepun yang halal...now dah tau lubuk mana nak membeli sushi, senang lah hidup aku pasni...


Thank you Konichiwa Cafe for having us...


More info:

Jalan 6/7b, Seksyen 1,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor,
Malaysia
Phone: +60 12-200 2090
(landmark sebaris dengan kedai makan D'One Steak bangi )


Waktu Operasi:

Isnin: Tutup
Selasa – Khamis: (12.00 tengahari hingga 10.00 malam)
Jumaat: (2.00 petang - selepas solat Jumaat hingga 11.00 malam)
Sabtu – Ahad: (2.00 tengahari hingga 11.00 malam)


Facebok: Konichiwa Cafe
Instagram: Konichiwa Cafe





Terima kasih sudi membaca!

Mar 6, 2017

Pendaftaran Online Kemasukan Darjah 1

Assalamualaikum...


Did you know, anak yang dah mencecah umur 5 tahun perlu didaftarkan untuk kemasukan darjah 1?? yaa itu lah hakikatnya...bukan tunggu 6 tahun baru daftar ye...tapi 2 tahun sebelum dah kena daftar...mungkin memudahkan urusan pihak sekolah mengawal kuota kemasukan pelajar...tambah pulak sekolah² HOT, siapa cepat dia dapat lah kan...pfft!


Alhamdulillah, aku dah selesai register anak dara bertuah tu untuk intake 2019...register online je wehh...mudah sangat...meh aku cerita step by step camne nak register...cekidaut!


 Mula² bukak website https://public.moe.gov.my/ ...jika first time nak daftar, klik kat bahagian 'Pengguna Baru'...


Akan keluar paparan ni...isi segala details...bila dah lengkap akan dapat satu emel verification...lepas tu baru boleh log-in macam biasa....eh mudah sangat...macam register Instagram jugak....lol~


Lepas log-in akan keluar paparan macam ni...klik kat bahagian TAHUN 1...


For your info...aku memang guna Google Chrome..setakat ni lancar je lah proses registration...


klik pada 'Permohonan Baru'...kot tetibe lepas dah siap isi, esoknya tu rasa macam ada salah kat mana², boleh klik kat bahagian 'Semak Permohonan'...boleh kemaskini data kat situ....


Paparan pertama, kena lengkapkan details murid...means details anak korang yang nak didaftarkan tu lahh...


bahagian ni paling mencabar sampai sakit kepala...mohon JANGAN hilangkan buku imunisasi anak okeh!! simpan sampaiiiii lah dia sekolah menengah pun guna lagi wehhh! *aku pun baru tau..pfft!*  mujur buku imun Zafirah ada lagi simpan dalam lemari...walaupun menggagau gak aku mencari ingatkan tak pakai dah buku tu...mujur tak buang...hehh~


NOTE: if ada maklumat yang tak lengkap especially part yang dia tanda '*' tu, korang TAK BOLEH klik next...! tu yang buat sakit kepala tu πŸ˜‘


Lepas dah berjaya isi segala maklumat kesihatan, tarikh vaksin segala tu, baruuuu boleh klik Maklumat Penjaga pulakkk...


Kalau nampak pop-up begini jangan cemas!! mungkin dorang ingat kau orang London...kahkah...klik je 'Teruskan'...nanti ada la nombor ic korang kat column tu...


Lepas dah lengkap semua, klik NEXT!


oke last ni....pilih sekolah mana yang korang nak masukkan anak korang...list sekolah based on alamt rumah korang tau...kalau nak masukkan sekolah lain mungkin kena buat surat lain kot ke pihak KPM...not sure lah...


Lepas dah lengkap, klik 'SIMPAN'...


wallaa! boleh print surat permohonan yang dah lengkap...


Sediakan semua dokumen² ni, pastu bawak sekali bersama surat permohonan yang dah dicetak ke sekolah pilihan korang! yaa kena bawak sendiri surat dan segala maknek dokumen ni ke sekolah....sediakan sekali sampul berukuran A4 tak silap dan setem singgit...lekatkan sesiap setem kat sampul...yang tu untuk kegunaan pejabat...πŸ™„


oke tu je nak cerita...ini cuma pendaftaran SEKOLAH KEBANGSAAN ye...untuk sekolah agama tak silap kena pi sendiri sekolah tu untuk register...


Semoga bermanfaat...


Good luck parents!!





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015