Dalam minggu ni ada jamuan hari raya kat tadika anak² aku. Hari Khamis majlis kat tadika Zafirah, Jumaat kat sekolah adik pulak. Untuk jamuan kat sekolah kaklong aku tak prepare apa² pun. Dah dorang inform last minute. Macam la aku rajin nak memasak pepagi tu. lol~ Nak order kat orang pun dah tak sempat sebab last minute sangat, more, takde idea nak order apa. Last² papa cakap, takyah bagi apa², sebab dorang cakap ikut ikhlas nak bagi apa. Kita ikhlas tak tau nak bagi apa so takyah la bagi.
Ramai je parents kirim makanan. Banyak sangat dah aku tengok. Macam la bebudak tu makan banyak sangat kan. kihkih~ *sedapkan hati sendiri*
Maka pada hari kejadian, eksaited lah anak dara tu bangun awal, sebab nak pakai baju raya pi sekolah.
alolo omey sangat anak dara mama niii. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dak?
Aku tak tahu apa aktiviti dorang kat sekolah. Teacher just wassap gambar je. cekidaut!
Rajin nau teacher menyusun bebudak ni untuk bergambar. Dorang pun elok je layan. amboi sangat kan
Besfren Zafirah, Aisya
Esoknya tu, hari Jumaat turn jamuan sekolah Zafran pulak. Haa untuk sekolah Zafran sempat la aku order sandwich kat kak Earna. Aku biasa order makanan dengan kak Earna. Servis terbaik woo. Kali ni aku cuma order sandwich, egg mayo and tuna. Order dua kotak. 1 kotak ada 25 pcs gitu.
Yang tuna tu untuk aku sebenarnya. Nak bawak pi opis untuk breakfast. bahaha~ Egg mayo tu je aku bagi sekolah Zafran. Tu ada balance sikit egg mayo dalam bekas aku tu sebab tak muat dah kak Earna susun dalam pinggan. So rezeki aku lah merasa jugak egg mayo sikit. hihi~ Sandwich banyak² ni idak la aku makan sorang. Share² dengan opismet sikit sorang. Sekali sekala berkongsi rezeki dengan orang lain syok jugak tau. Sama² kenyang
Macam biasa aku mintak teacher wassap gambar² Zafran. Tapiiiii tau apa teacher cakap??
"Zafran takde mood la kak hari ni. Dia asyik nangis je, nak berdukung. Gambar dia semua takde yang senyum."
hurmm anak nombor 2 kan. Perangai memang lain machiam sikit. Aku suspect dia mengantuk tu cranky. Tapi teacher bagi jugak la gambar apa yang dia sempat snap. huhu~
alala anak oii. Baju dah hensem, mujur mama tak sarung sampin and kopiah bagai. Kemain masam muka dah kenapa?
oke kawan² lain pun serius jugak. Teacher je senyum
Menangis mintak dukung la tu
why so serious??
Teacher dukung baru senyum. Mata berkaca sebab baru lepas nangis
Anyway, terima kasih banyak² teacher melayan karenah anak² saya dan sudi snap gambar anak saya banyak² walaupun dia tak senyum. hahaha
k tu je nak cerita. tata~
k tu je nak cerita. tata~
Terima kasih sudi membaca!
1 comment:
alololooo..nanges2 pun mentel comel gitewwww <3
Post a Comment