Jun 16, 2017

Zafran kena BULI?

Assalamualaikum...


Semalam, before berbuka anak teruna aku tu berak. Then masa basuh dia pi main air paip. Habis lencun baju πŸ˜‘


Makanya terpaksa la bukak baju dia untuk keringkan. Lagipun kang time buka puasa mesti dia pun sibuk nak makan, kotor baju. So biar je lah tak pakai baju. Kang kotor senang cuci. hahaha dasar sangat maknya πŸ˜


Masa bukak baju tu aku perasan ada lebam kat lengan kanan dia. Aku belek², macam kesan kena gigit. Pastu time turunkan dia ke bawah nampak belah belakang pulakkk ada lebam²! Allah, siapa pulak 'dera' hero hensem mama nii? πŸ˜±


 lebam kat lengan kanan.


 kat belakang badan. Bagi aku BUKAN kesan gigit ni. Macam kena cakar, cubit atau cucuk dengan benda tajam. Aduii seram nak fikir T_T


Actually, sebelum ni pernah jugak terjadi lebam gini kat lengan Zafran. Tapi sikit je, takde la banyak gini. Aku pun lupa nak tanya teacher punca lebam tu. Lagipun Zafran takde pulak trauma pi sekolah, takde nangis² kesakitan bila aku tekan² tempat lebam tu. So aku husnuzon je lah mungkin dia sendiri yang lasak and terlanggar something. Atau kakak dia buat. Eh kaklong dia pun boleh tahan main kasar dengan adik πŸ˜‘


Tapi kali ni jadi lagi and makin BANYAK! Lelaju aku wassap teacher yang jaga Zafran. Walaupun dah almost buka puasa, aku kena wassap jugak. Kalau tunggu lama² takut lupa nak tanya. Maklumlah dah banyak urat putus πŸ˜


Aku tak harapkan pun teacher reply wassap aku ASAP. Yelah paham nak berbuka kan. Kot busy memasak ke apa. Cuma aku harap dia akan baca dan aware dengan keadaan anak aku.


Surprisingly teacher reply jugakkk πŸ‘‡



Kisahnyaaaa. Ada budak hyper rupanya. Erm. Aku agak kurang senang lah bila jadi macam ni. Risau bila berlarutan Zafran jadi takut nak pergi sekolah. Walaupun ada setengah korang anggap benda ni kecik je, "BIASA LAH BUDAK², BUKAN TAU APA"


Tak kena kat anak kau boleh la cakap πŸ™„


Untuk kes ni aku tak salahkan teacher 100%. Mungkin dia leka. Alahh aku anak baru 2 orang pun kadang leka jugak. Dorang nak jaga sampai 10 budak. erm~


Cuma aku nak mintak pendapat korang, sebagai masyarakat, sebagai mak bapak, apa patut buat untuk kekanak hyper yang suka sakitkan budak lain?? yes dorang kecik lagi. Tapi bukan ke kita patut "melentur buluh dari rebungnya..?". Sama macam kes buli yang tengah viral sekarang ni. Kalau tengok family pembuli yang datang mahkamah macam semua orang baik². Jadi mana silapnya??


Zafirah dulu pun pernah kena gigit kat tadika. Bukan lah selalu. Tapi setahun sekali gitu. Mungkin kah anak² aku comel sangat sampai kekanak pun geram? haa kan dah terpuji anak sendiri πŸ˜


Meh luahkan pendapat korang kat komen. Kita bincang secara santai dan ilmiah. No provokasi allowed! πŸ˜˜


Al-fatihah buat adik Zulfarhan.







p/s: entry ni sekadar bercerita. Untuk kenangan masa depan. Takde nak blame sesiapa pun ✌ 


Terima kasih sudi membaca!

14 comments:

Mummy Audya said...

belum ade pengalaman kt anak sendiri.. tp kalau ade buah penah terjadii.. biasalaa budak budakkan.. kkdg kite tak tahu.. die gigit sebab geram ke sebab ape.. hihihi

Anum said...

belum ada pengalaman lagi nak komen atau bagi pandangan

yanamib said...

tapi ni bukan kena gigit...lebih dari gigit ni :)

careno said...

Tak reti nak komen sbb xde pengalaman lagi. Aku lagi risau kalau ank aku buat anak orang... huhuu... Kes Zafran ni kena tanya gak ticer tu yg buat tu umur brapa, kalau dah bsr 5 6 thn mmg patut kena gertak sikit.. Tp kalau sebaya diorang x tahu apa pun, bebudak nakal ni mmg luar kawalan...

Chekgu Azrine said...

kalau tgk dri kesan kat badan zafran ni dia kena cakau sis..kuku bdk tu panjang ke?banyak plak tuh..ish..tak syok nak ckp tp kalau akk mmg mtk cikgu tu pantau bdk tu jgn bg terlepas pandang la..sebab dah tau kan bdk tu jenis suka buat orang...so mmg kena extra care skt...pastu kena inform jugak parents bdk yg suka buat orang tuh...supaya sesama blh ambik tindakan susulan..sekadar pendapat je ye sis..akk pun takde pengalaman jugak..:-)

Nurul Syahirah said...

alahai.. kesiannye.. semoga tak jadi lagi macam ni.. risau budak tu nanti jadi fobia..

diary_ciknaa said...

siannya zafran..ikut kata hati yana..sebab kadang2 kite tak tau ape yg jadi sebenarnya..

mrs kayrul said...

anak aku dulu selalu kena kat tadika...aku akan automatik call teacher...teacher pun bg tau hal yg sama..ada budak yg hyper...diorg dah asingkan...sudahnya kang lama2 dia berkawan balik ngan budak hyper tu...skrg klu ada aku nampak pelik2 kat badan dia..aku tanya..dia x berani nak cakap kawan buat..dia xmo kawan kena marah ngan teacher dah...alahai anak

mila said...

Kalo sy, sy akan minta cg dia bg perhatian lebih kat budak tu dan x kasi anak sy bkwn rapat dgn dia.. kalo ank kita sakat bdk tu, ckp kt cg jgn bg anak kita sakat dia..

Sb ank sy pnh gak kena gigit. Cg kata bdk tu mmg suka gigit org.. punca gigit sb ank sy amik bantal bdk tu.

So sy mmg pesan kat cg jgn bg anj sy sakat bdk tu dan jauhkan depa berdua. Hehehe.

Alhamdulillah lps tu mmg xde da kejadian gigit2 lg.. hehe

ERAZ FADLI said...

Kesian Zafran.. Hrp2 lepas ni tak jadi lagi..
.
Eraz Fadli
.
Entri Terbaru : http://www.erazfadli.com/2017/06/bojen-raya-elak-last-minute.html

Unknown said...

antar le anak tu ke klas seni bela diri utk bina keyakinan diri dan mengawal diri.

yanamib said...

anak baru 2 tahun ler long grafik..alala nk komen pun baca ler habis dulu..jgn baca tajuk je...haihh melayu

Liyana Anuar said...

anak saya saya hantar kat pengasuh dari dia baby sampai nak masuk 3 tahun ni, pengasuh tak jaga ramai budak..ada dalam 3 org je..alhamdulillah setakat ni takde kena macam tu..cuma dia je lah yg kuat nyakat baby yg pengasuh jaga. Jeles sangat dengan baby tu..xtaulah nak dapat adik nanti camne T_T

cahayahidupku.blogspot.my said...

Gigit mcm ni..
Anak akak nabil masa kecik selalu kena..
Hyper juga budak tu..
Last letak dia bilik asing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015