Jun 15, 2017

Melawat Rumah Terbalik dan Jambatan Gantung Tamparuli

Assalamualaikum...


Sambungan entry Sabah Trip 2017 hari tu. Yaaa point utama nak pi Sabah sebab nak pi Kundasang atau dikenali juga sebagai mini Switzerland. Ate nak terbang pi Switzerland tak mampu, pi Kundasang aje lah yang mampu. huhu~  geram tengok orang share pemandangan cantik mount Kinabalu. So nak merasa sendiri tengok view cecantik kat sana ✌


Perjalanan dari Airport KK ke Rumah Terbalik dalam 50minit ke 1jam. Waze je Rumah Terbalik. Alhamdulillah tak sesat. Lagipun bila dah nak dekat sampai signboard sesepah. InsyaAllah susah nak terlepas sebab lokasi dia bebetul tepi jalan. Jalan pulak jenis jalan kampung 1 lane tu, jalan berliku lagi. Paham ke paham?๐Ÿ˜


 Plan asal nak singgah kejap je Rumah Terbalik. Singgah kejap tu maksudnya amek gambar signboard buat kenangan dah sampai sini, pastu blah.


Tapi, bila masuk je dalam, dak encem terus tukar fikiran nak masuk jugak. Alang² dah sampai katanya. Eh bukan kat KL cakap tiket mahal tak baloi ke masuk?? ๐Ÿ˜


Aku follow je dia. Dah dia yang membayar semua expenses. kahkah~


 ouh ada SURAU disediakan area parking lot. Beria lah kitorang singgah Petronas untuk solat. Ingatkan takde surau kat sini. huhu~  Tapi tak sure telekung ada disediakan ke idak.


So, ni lah harga tiket yang kami bayar. Untuk harga pakej² lain korang boleh usha website Rumah Terbalik ๐Ÿ‘ˆ klik


Kitorang masuk Rumah Terbalik je. 3D museum tak masuk sebab mahal nau! lari bajet ๐Ÿ˜


 Ni perkarangan rumah. Ouh seperti yang diwar-warkan, memang korang TAK DIBENARKAN amek gambar di dalam rumah! luar rumah je boleh posing sakan. Tu yang rasa tak baloi nak masuk tu.


Tapi bila dah sampai rasa rugi lak tak masuk. Rumah Terbalik Sabah ni merupakan rumah terbalik PERTAMA di Malaysia tau! kat PD and KL Tower pun ada rumah terbalik. Tapi harga tiket masuk jauh lagi mahal tak silap. hurmm~


 Lepas beli tiket bukan boleh terus masuk. Kena berkumpul kat luar rumah dulu. Dorang cuma limitkan dalam 10 orang gitu je untuk sekali masuk. Sebelum masuk ada laa taklimat sikit cerita sejarah rumah terbalik ni which aku tak ingat apa pun info yang dia cakap. Sibuk posing sana sini ๐Ÿ˜‚


Ding dong ding dong dalam 10 minit kurang lebih, selesai lah round seluruh rumah. Tapi kitorang saja buang masa lama sikit dalam tu, buat² jakun tengok susunan perabot dalam tu yang SEMUANYA terbalik (kecuali air-cond). hahahaha!


Pintu keluar


video


Lepas dah keluar jangan terus balik pulak. Sebab belah luar tu ada few binaan terbalik untuk korang amek gambar. cekidaut!


Toilet terbalik!


 Kereta terbalik!


Garden terbalik!


Dah, tu je yang terbalik yang boleh amek gambar ๐Ÿ˜


Babai rumah terbalik. Rasanya taknak datang dah. Kecuali dapat tiket free. hahaha~  eh tapi untuk first timer aku sarankan korang labur lah sikit duit untuk masuk dalam ni. Saja experience. Tapi lain orang lain minat ye dak? Next time kalauuuuu ter-datang lagi Sabah, nak try masuk 3D museum pulak. InsyaAllahhh. Doakan murah rezeki kami untuk datang Sabah lagi ✌


Next, kitorang gerak pi Jambatan Gantung Tamparuli. Thank you Aty sebab share pasal jambatan ni. Last minute masuk dalam itinerary. Sehari sebelum fly baru sibuk wassap Aty tanya pasal Kundasang. Aty pun pernah pi Kundasang. Boleh baca blog dia banyak dia cerita tempat² menarik kat sana. Lebih kurang je macam entry aku kot. hahahaha~๐Ÿ˜


Oke daripada Rumah Terbalik tu dalam 10 minit gitu je untuk ke Jambatan Gantung Tamparuli. Macam biasa lah guna Waze je ok. Signboard jambatan pun sesepah sepanjang jalan. Lagi la susah nak terlepas ke apa.


taraaa ni lah Jambatan Gantung tuuu (lihat anak panah). Unik sangat jalan nak seberang sungai tu. Aku pernah jumpa jalan seumpama ni masa kerja di Keningau 7 tahun lepas! wohoaa! mujur ada blog boleh laa tengok balik kenangan duluuuu.๐Ÿ˜œ


Kitorang parking kat area pasar malam. Boleh tahan tinggi jambatan ni. Dah la bergoyang²!!! kahkah  mujur ai kental. Tak gayat pun. Tapi kalau jenis gayat memang gigil gak kepala lutut.


Macam Zafirah tuuu. Dia boleh bantai nangis meraung atas tu. Mintak papa dukung lah. Keras kejung dia berdiri atas jambatan ๐Ÿ˜‘   Zafran jugak relek. Siap nak pegang tali tepi² tu. Aku pulak gayat tengok dia berani cenggitu. haihh~  mungkin la dia tak faham lagi apa erti gayat.


Ouh nak naik jambatan ni FREE je. Takyah bayar apa². Actually jambatan ni untuk pejalan kaki seberang sungai. So memang akan sentiasa ada orang guna jambatan ni. Dorang hari² guna relek je kan. Tu aku tak takut walaupun masa berjalan atas tu bergoyang² ๐Ÿ˜‚


Dalam 10 minit je kot lepak atas jambatan. Ate anak dara takut sangat nak turun cepat ๐Ÿ™„


Then, kitorang terus gerak pi Pekan Kundasang. On the way tu hujan lebat ya ampunnn


Lebat selebat-lebatnya. Mujur kereta tak banyak. So releks sikit driving.


Perjalanan dari KK ke Kundasang dalam 2 jam lebih. Campur stop untuk solat, kat Rumah Terbalik, Jambatan Gantung, jadi 3 jam lebih jugak perjalanan. huhu~


Next entry aku cerita kat mana kitorang bermalam, InsyaAllah.


Till then. tata~




Terima kasih sudi membaca!

9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknya sabah

PeRdU cINta said...

Ikut pengalaman kawan-kawan yang dah oergi mereka kata best sangat...huhu..jeles pulak..

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

Bestnya....dah lama dah nak p..rezeki tak ada lagi....

Chekgu Azrine said...

rindu nak naik jabatan ni...last naik masa darjah 5 kot..kalau tak silap...heheheeeee

mas saari said...

Memang tak berbaloi masuk rumah terbalik ni, tak padan dengan harga tiket. Dahlah tak boleh bergambar, pastu masuk kejap jer. Akak pun pi sekali cukuplah!

Norliza Nordin said...

lame dah teringin nak g sabah ni..

YB Shehan said...

Ujang takut tak naik jambatan tu? Hahaha

Radhia Razali said...

bestnya Sabah ni...

Zie Azi said...

klu ikutkan hrga tiket masuk rumah terbalik not resonable la kan, tapi kalu dah sampai sini jauh2 tak masuk, rugi jugak rasanya..bab naik jambatan tu, i gayat also..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015