Jan 29, 2019

Parking Alternatif Hospital Serdang

Assalamualaikum...


Siapa biasa berurusan di Hospital Serdang mesti tau betapa hazab nya parking kat situ. Especially during visiting hours, boleh migrain! fuhh!


Maka ramailah orang parking di bahu jalan. Ramai gila sampai menyusahkan kenderaan lain nak lalu.


Ni gambar dari Google map. Sekarang siap ada construction sebelah hospital tu, separuh parking tutup. Lagi serabut kawasan ni oke! Bukan kereta je susah nak lalu, bayangkan kalau ada emergency? Ambulans, truck BOMBA, Polis etc nak lalu pun susah!


Alhamdulillah sekarang dah ada parking alternatif kat MAEPS sana. Jauh sikit lah.Tapi ada shuttle disediakan! Aku dah banyak kali guna perkhidmatan shuttle ni. Adik baby duk keluar masuk hospital je kan, so aku dah familiar sangat dengan parking alternatif ni. hahaha~  Serius tak mengecewakan. Sangat selesa. Shuttle full air-conditioned tau! Tak pernah lagi kena tunggu lama untuk shuttle pick up. Walaupun shuttle ada 2 van je, tapi cepat!


Tak tahu kat mana??


Alah alahh korang. SIGNBOARD SEPANJANG JALAN dorang letak tu amende?? Takkan tak nampak?? adudu~


 Daripada Hospital jalan straight sampai jumpa traffic light ke kanan ni.



 Lepas belok kanan, jalan straight lagi sampai jumpa kawasan lapang ni. Tak sampai 5 minit pun driving dari hospital tu.


 Parking berbayar. WAJIB ADA TOUCH & GO!


 Aku suka park area sini. Stop 1. Dekat dengan main gate pastu shuttle akan pick up sini dulu.


 Ada juga Stop 2. Belah hujung sana tu. Dekat dengan gate keluar. Ikut korang lah nak park kereta belah mana. Luas gila parking kat sini. Tak pernah penuh lagi sepanjang aku berulang ke sini. 


Tak pasti lah kenapa korang sanggup bersesak parking tepi² jalan tu banding parking tempat selesa macam ni? Shuttle tu bawak korang sampai depan lobi oke! Tak perlu nak berpanas, berhujan, berlengas, berpenat. 


For those yang bawak anak² kecil or orang tua check up, aku highly recommend gunakan perkhidmatan shuttle ni. Kesian tengok nenek tua terbongkok² melintas jalan. Uzur, tapi paksa jalan laju² sebab nanti kena langgar kereta T__T   Yang baby² and anak² kecik pun terpaksa berpanas melintas jalan. Alahaii tolong lahh ada rasa simpati dan empati pada 2 golongan ni. Jangan selfish! Pilihan ada depan mata je haa.🙄


 Kalau daripada hospital nak ke MAEPS pulak, korang boleh tunggu shuttle kat jalan depan lobi. I mean jalan yang hala keluar tu. Bukan lah betul² depan lobi. Ada signage jugak kat mana tempat nak tunggu shuttle. Van shuttle ada sticker macam dalam bulatan merah tu. Tak sesat aihh. Aku first time naik sorang² dulu pun helokk je jumpa shuttle. Mata tu alert lah sikit, jangan jalan menonong. Sorry lah garang. Sis nak bagi awareness dan educate korang yang tak tahu. Kalau dah tahu bagus lahh. Syabas diucapkan. Jangan lupa manfaatkan pengetahuan tu. Walk the talk orang London cakap. lols~


Malangnya, parking alternatif ni hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja. Weekend or public holiday TUTUP! 😩


Bayaran:
Percuma: 15 minit pertama
RM3.00: 2 jam pertama
RM1.00: Setiap jam berikutnya
RM8.00: Maksimum / Hari


Bagi aku baloi sangat bayaran tu dengan service yang aku dapat. Ni initiatif pihak MAEPS sendiri untuk sediakan parking dan shuttle. Eh aku dah sembang dengan driver shuttle. Driver tu pun staff MAEPS, bukan staff hospital. Kos maintenance shuttle dorang (MAEPS) kena tanggung jugak jadi jangan la pertikai kenapa ada bayaran tu. Kalau taknak bayar boleh mintak menteri kesihatan bagi subsidi. Negara demokrasi khenn, ayuhh suarakan suggestion korang ke saluran yang betulll. Aku mampu taip di blog je sebab orang confirm Google benda ni. Semoga menteri² pun baca artikel aku. Aminnn *beranganitufree 😁✌


Shuttle, van 9 seater tak silap. Syok ye dik naik van 😏


Harap lepas korang baca artikel ni takmo dah parking tepi² jalan ok! Manfaatkan kemudahan yang ada. Kita mudahkan urusan orang, nanti Allah mudahkan urusan harian kita. InsyaAllah.


kbye!





Terima kasih sudi membaca!

Jan 28, 2019

Itinerary Yogyakarta 4 hari 3 malam

Assalamualaikum...


Sebenarnya tak habis lagi entry Yogja aku. Tempat best kan tu ada banyakkkk entry. hahaha! Ada lagi 2-3 entry kot. Nanti lah update slow². Throwback pun lantak situ. Janji orang Google, jumpa blog aku dorang boleh baca and dapat sesuatu. Aaagituu 😁


So hari ni nak share itinerary yang aku buat sepanjang duk Yogja 4 hari 3 malam. Kot nak follow, silakann. Sis izinkan copy paste. Semoga bermanfaat ✌




YOGJAKARTA (9-12 DECEMBER 2017) 4 DAYS 3 NIGHTS

DAY 1 (9 DECEMBER 2017 – Saturday)  
9.40AM : Depart to Jogjakarta
11.15AM : ETA Jogjakarta – Adisucipto International Airport
11.45AM : To Hotel, The 101 Yogyakarta Tugu
1.00PM : ETA Hotel, check-in and freshened up
3.00PM : To Kalibiru, lunch along the way
5.00PM : ETA Kalibiru
6.30PM: Back to hotel, dinner along the way

DAY 2 (10 DECEMBER 2017 – Sunday)
6.30AM : Breakfast
8.00AM : To Borobudur
9.30PM : ETA Borobudur
12.30PM : To Mount Merapi, Lunch at Sekar Kedhaton Kotagede
3.00PM: ETA Mount Merapi
6.00PM: Back to Hotel
7.30PM: Company Dinner at Gubug Makan Mang Engking Soragan Castle
10.00PM: Back to hotel and rest

DAY 3 (11 DECEMBER 2017 – Monday)
6.00AM : Breakfast
7.00AM : To Parangritis Beach
8.00AM: ETA Parangritis Beach
9.30PM: To Gumuk Pasir
10.00PM: To Jurang Tembelan
11.00PM: To Rumah Hobbit
12.00PM: To Hutan Pinus
1.00PM: To Puncak Bercici, lunch
3.30PM: To Bukit Pengger
4.30PM: To Gareng T-shirt
5.30PM :Back to Hotel, freshened up
7.00PM : Dinner at Bumbu Desa
8.30PM : To De Mata Trick Eye Museum at Umbulharjo – Pandeyan
9.30PM: Back to Hotel and rest

DAY 4 (12 DECEMBER 2017 – Tuesday)
7.00AM: Breakfast
8.00AM: Ready to Adisucipto International Airport
11.45AM : Depart to KL
3.20PM : ETA Kuala Lumpur




Terima kasih sudi membaca!

Jan 25, 2019

Warded Kali Ke-3

Assalamualaikum...


Cerita New Year hari tu. Aku ada mentioned dalam entry, Zafirah Darjah 1 yang adik baby warded lagi sebab sesak nafas. Bukan kitorang tak jaga persekitaran dia. Rumah aku memang takde KARPET OR PETS (kucing or any haiwan berbulu). NONE!! Sebab aku pun ada sinus memang alahan habuk² and hama ni.


Biasa memang tak tunggu lama, pagi dia batuk, amek neb, lepas 4 jam batuk lagi, neb lagi. Masuk kali ke-3 neb doktor kat klinik memang suruh refer terus. Tambah nafas dia dah start laju and dada berlekuk bila dia bernafas. Ayuhh check-in hospital!


Sampai emergency, bagi referral letter and mykid kat kaunter, staff bawak terus pergi Red Zone! Orang lain tengok bunga api, kita dengar bunyi mesin dalam hospital. hurmm~


 Kagum jugak la MO kat sini, sekali cucuk je terus boleh dapat line. haha~  Mungkin jugak sebab baby dah pernah kena cucuk BANYAK KALI sebelum ni so line tu memang dah wujud. 😩


Baby fobia wakkk! Dia dah tau rasa takut. Asal doktor datang nak check amek BP, check suhu dia dah takut, nangis². Apa lagi kena cucuk. Tu yang berdukung je sepanjang masa. Memang tak boleh letak langsung atas katil. Mama is sad! Tapi mama acah² kuat T__T


Alhamdulillah kitorang tak tunggu lama pun untuk naik wad. Mungkin sebab dah ada rekod. Lagipun doktor pakar tak round malam tu. Biasa kena tunggu doktor pakar review dulu baru boleh naik wad. Dorang cakap doktor datang esok je. Doktor pun nak celebrate new year agaknya. hihi~


Dalam pukul 2am dah masuk wad. Legaaa! Laki pun boleh balik awal tidur. Ouh macam biasa abang & kaklong dia tinggal rumah dengan mak aku. Dorang dah mentido pun masa ni. Memang kitorang tidur kan dorang siap² baru keluar pergi hospital. Bila dapat check in wad awal memang lega lah. Risau jugak anak² aku kacau mak aku tengah² malam tu. huhu~




FOOD

Macam biasa aku bila masuk wad mesti ingat makanan. kahh! Well, yanamib dan makanan berpisah tiada. Lagipun memang dah tau food kat Hospital Serdang sedap sedappp! Siapa pernah warded sini mesti setuju. Kan? kan? 😝


Breakfast hari pertama

Lunch hari pertama

Breakfast hari ke-2

Lunch hari ke-2


Hari pertama tu, lepas lunch memang laki aku datang hospital. Gilir² lahh jaga anak sakit. Takkan pandai buat anak je kan? kahh! Tu lah masa aku nak mandi, rehat, siapkan kelengkapan sekolah Zafirah etc. Lepas Maghrib, aku datang hospital dengan mak aku. Sebab malas cari parking. Mak aku jaga kereta dengan bebudak tu.


Hari ke-2 pun sama, laki datang time lunch gitu. Sebab tu takde gambar menu minum petang and dinner. Laki aku kan tak sentimental. Dia mana suka amek² gambar ni 😒


Tapi malam hari ke-2 tu turn laki pulak tidur hospital. Aku nak hantar bebudak pergi sekolah pagi tu.


 Baby pun dah getting better masa hari ke-2. Oxygen tube pun dah boleh cabut. Tu tergantung gitu sebab selotep kuat sangat pulak. Kena cabut sikit². Sian baby pedih pipi dia. Drip tu just untuk standby je. Memang tak pernah guna pun sepanjang dia duk wad. Yelahh dia bukan kena on antibiotik je or ubat apa², neb semata.


Sampai merah² oke pipi baby sebab lekat selotep tu. Seminggu jugak baru hilang merah² tu. Alalala sian sangat baby mama ni T__T


Petang hari ke-2 tu jugak baby dah boleh tukar wad lain, wad untuk pesakit yang dah stabil. Wad kat tingkat 6. Takde ekon wakk. Eh wad tu ada 2 bahagian sebenarnya. Ada bahagian yang air-conditioned, ada yang berkipas je. Bahagian ekon untuk pesakit² jantung. Bahagian berkipas untuk pesakit biasa² je yang dah getting better tunggu masa untuk discharge je. Gituu. Boleh kata jiran katil sebelah² semua pindah wad tingkat 6 hari tu. Tapi takde ekon pun tetap lah jauh lebih selesa banding hospital Kajang tu haa. hihi~


Masuk hari ke-3, dalam tengah hari tu, laki wasap baby dah boleh discharge! Allahu happy gilaaa aku masa ni. Tengah hari tu amek Zafran kat tadika (sebab dia drama pagi tu so aku janji nak amek dia awal), lepas amek dia terus shoot pergi hospital.


Ikutkan budak below 12yo tak boleh masuk walaupun waktu melawat. Budak boleh naik sampai tingkat 6 tu, tapi kena duk luar wad je. Tapi sebab baby dah boleh discharge, nurse bagi je Zafran masuk. Guard follow cakap nurse. kikiki~  Bukan sesaja seronok masuk wad, aku nak tolong laki pack barang, siap² kan baby. Dia pun tak mandi lagi. Lepas siap packing semua, kitorang terus blah. Takde la melanguk lama² dalam wad tu. Barang pun banyak, memang tak cukup tangan laki nak angkut sorang. Nak dukung baby lagi. pfft!


Kitorang tanya jugak dokor pakar (PAED) bila boleh cucuk vax Pneumococcal? Paed cakap tunggu after 2 weeks. Bagi dia betul² sihat.


So lepas 2 weeks, kitorang follow up check-up kat hospital. Jumpa Paed kat wad 5B je. Tak sampai 30 minit pun. Seronok gila! First time berurusan dengan sepital kerajaan tak sampai 30 minit. bahahaha! Paed cakap peparu cemerlang! Boleh dah cucuk Pneumococcal. yahoo!


Tapi bila pergi klinik, lupa bawak buku vaccine! duhh! Tangguh lagi cucuk. 😑


2 hari lepas tu datang balik semput tu!! Ya tuhan!


Kali ni aku sangat stress sebab punca dari karpet & kucing. Or either one! Entah lahh.


Masa hari kejadian, aku balik kerja lambat, ada meeting kat KL Sentral. Habis meeting hujan lebat. Aku pulak pergi meeting naik Grab, so kena patah balik opis untuk amek kereta. Nak pergi opis pun jem! Sampai opis almost 6pm, solat asar dulu baru gerak balik.


Tok laki pulak mesej cakap kunci hilang! Aku dah la tengah puasa time tu, penat! Penat kerja, penat driving dalam jem + hujan, penat sebab puasa, nak kena amek dia kat opis pulak. Eh lain kali nak suruh dia balik naik Grab je lah. Dah siapa suruh cuai? 😑


So anak² aku, dia pi suruh adik dia amek dari tadika and rumah BS bawak balik rumah mil. Aku tak sedap hati dah masa ni. Well, naluri mak mak kan. Boleh je hidu something is wrong somewhere. Aku tak expect pun adik dia amek anak² aku sebab aku boleh roger je teacher kalau balik lambat. Bayar je lah OT apedehal. Lepas amek laki, pi mekdi drive thru nak tapau food. Sampai rumah 7.40pm gitu kot. Laki terus keluar amek bebudak kat rumah mil.


Bila dia balik, baby dah batuk²! Makin lama makin kerap. Aku penat sangat so aku tak bawak dia pergi klinik amek neb. Udahnya malam tu baby tak boleh tidur lena. Time ni aku dah hangin, siapa suruh adik dia amek bawak pergi rumah mil?? Rumah mil aku ada both KARPET AND KUCING! Serious aku rasa stress sangat! Common sense takde ke?? hehh


Dah pagi baru kitorang pergi klinik untuk neb. Aku wasap bs, terkejut dia sebab katanya sepanjang dia jaga hari sebelum tu takde batuk langsung! Yee takde! Baby sihat walafiat. So maknanya memang dapat dari rumah mil aku lah kan? Urut dada aku masa ni. Belum lagi dengar cerita dari Zafirah macam mana baby main kat rumah tu. 😑


But Alhamdulillah, kali ni batuk dia terkawal. Kitorang sambung bagi ubat syrup Salbutamol, Prednisolone and Singulair selama 5 hari berturut². Memang konsisten bagi tiap hari. Sedih tengok ubat² masuk dalam badan dia. Nak buat macam mana? Nak sihat kena bagi ubat lah kan? T__T


 Rawatan ALTERNATIF pun aku buat ye. Gambar ni kitorang buat Sonotron. Korang boleh google je untuk tau sonotron tu apa. Sapu essential oil, mandi lemon, eh macam² lah aku buat. Jumpa bomoh je belum lagi 🙄


Alhamdulillah lepas 5 hari semput dia berkurang. Then kitorang laju² pergi klinik untuk cucuk vax Pneumococcal. Takmo tangguh² dah. Serikkk!



Since baby dah 9 bulan, dia kena amek 3 dos vax. Harga 1 dos RM255. Kitorang amek kat klinik As Salam. Untuk cucuk additional vax, panel tak cover. Bayar lah sendiri. huhu~


Oke tu je lah cerita pasal adik baby. Takyah membawang aku nak malukan orang ke apa. Laki aku pun dah pesan kat family dia pasal ni. Dorang pun dah simpan semua karpet kat rumah tu. Ada sorang adik tok laki dah ada baby, dia risau jugak kesihatan anak dia. Biasa la tu dah ada anak sendiri baru paham masalah orang lain. Kucing je tak alihkan sebab tu adik yang lain bela. hurm~


k bye!





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015