Nov 16, 2018

Pengalaman Jaga Anak Penumonia

Assalamualaikum...


Dua minggu lepas,  2 November 2018, adik baby semput. Dia tak batuk, tapi nafas dia semput macam orang asthma tu. Malam tak lena tidur, asyik terjaga. Stress gila aku sebab tak cukup tidur. Pagi tu BS wasap kata nafas baby laju. Bila dia bernafas perut dia turun naik tinggi. So aku decide untuk half day. Lepas Jumaat kitorang laki bini bawak baby pi As Salam untuk amek neb.


Sian baby, susah sangat nak bernafas. Minum susu pun kurang. Terus demam sebab kurang air kot. alahaii


Lepas neb, doktor suruh datang balik klinik lepas 4 jam, means pukul 8pm nanti. So, pukul 8pm kami datang lagi. Sadly doktor kata takde progress. Kahak still teruk. Dia taknak buat neb lagi, tapi dia suruh kitorang pi hospital terus. Admit ward. Doktor bagi referral letter and kitorang decide untuk pi hospital Kajang. Well, adik baby takde insuran lagi, tu kena pi govt. hospital. hihi~  Alaa mana nak tau dia akan sakit camniii T__T


Kitorang tak pi hospital Serdang sebab situ susah giler nak admit patient. Sebelum ni pernah je datang sebab adik baby demam lebih seminggu + batuk berkahak. Dorang bagi neb and amek darah je. X-ray pun tak buat. Alasan, based on result darah tak perlu x-ray. Antibiotik pun tak perlu katanya so dia suruh balik je. herm.


Beza dengan hospital Kajang, kat sana senang admitted tambah baby baby. Jauh pun jauh lahh. Jem punnn belasahh. Memang mengharap kan baby admit ward, teliti sikit pemantauan dari yang 'AHLI'.


Sampai emergency, dorang terus bagi neb sebab last neb hari tu pukul 3pm kat As Salam. Amek BP and oxygen reading, amek darah sekali. Urat baby halusssss! Banyak kali percubaan amek darah. Belum lagi nak cari line untuk drip. Alala sedihhh tengok baby kena cucuk sana sini T__T


Oxygen tak cantik, so MO letak tube T__T~  Percubaan masukkan iv masih diteruskan, sebab dah confirm kena warded ni. Tak dapat kat tangan, cucuk kat kaki. Tetap jugak tak jumpa line. T__T   Yang berkudis² kat tangan tu kesan chicken pox. Besar betul dugaan baby. Lepas viral fever, chicken pox, now pneumonia pulak. Little fighter!!


Portable X-Ray uols. Kagum pulak aku tengok. hahaha~


Kalau tengok kat mesin tu jam dah pukul 1 pagi. Masih menunggu untuk naik wad. Biasa lahh hospital govt kann. Full manjang. Baby pulak dapat tidur kejap² je. Tu pun kena berdukung, takleh letak. Dia macam trauma kalau kena cucuk lagi. Lengan mama dah lenguh gilaaa T__T


Lepas bagi susu oke laa dia nak letak kejap. Kejap je ye! huhu~  Laki dengan 2 anak lain kena duk luar. Tak boleh masuk ER. Bila dah pukul 2am tak masuk² wad lagi, laki aku balik rumah sebab bebudak dah ngantuk. Sian dorang. Aku suruh je laki balik amek baju² aku dengan baby.


Bila dapat result darah and x-ray, dorang cakap baby positive bronchitis Pneumonia. Allahu. Sebak pulak rasa.


Almost 4am jugak lahh baruuuu kitorang boleh naik wad. Tuhan je tau betapa penat nya aku masa ni. T__T


Sampai wad, aku selesakan diri, susun² barang semua, bancuh susu, tidokan baby. Then aku pi toilet cuci muka. Melekit² wehh! Kat ER ada ekon, tapi aku kena dukung baby, so berpeluh jugak lahh. Dalam wad TAKDE ekon. Kipas semata! Wad pediatric hospital Kajang agak uzur. Tak boleh pilih wad kelas 1 ke apa. Berjemaah lah dalam 1 wad yang besar. Ada tirai je sebagai pembahagi katil.


Almost 5am baru aku boleh tidur. Untuk baby umur 6 bulan macam anak aku, dorang bagi baby cot yang agak besar. Kau tidur lah sekali atas baby cot tu. Dah macam memerang tidur je gaya sebab tak boleh luruskan kaki. T__T 


Pukul 6.15am doktor kejutkan untuk bagi neb and cucuk iv lagi sekali *mata panda*


Aku suka doktor tu (lupa amek nama). Dia bagi je aku masuk sekali dalam bilik rawatan untuk pegang anak aku sambil dia cucuk iv. Sekali cucuk je terus jumpa line. Padahal masa kat ER 2 orang doktor cuba cari line tak jumpa. Well done doktor! πŸ‘


Kat sini takde balut² iv dengan bandage. Doktor pakar tak bagi katanya. Nanti tak nampak lebam. So dorang suruh balut guna pampers je. Masalahnya senang tercabut oke! Anak aku lasak namateyy πŸ™„


Lepas neb, bagi upah susu. Shayanggg dia! πŸ˜˜


Setel cucuk iv and bagi neb, ingat nak sambung tidur balik. Baru nak baring, datang team cleaner kemas² katil, selak tirai. Wad bercampur² gitu macam mana aku nak baring? Katil depan aku apak jaga, segan lah nak baring² depan orang ramai. T__T *sisredho*


Dalam pukul 7am lebih gitu breakfast sampai. Kuey teow goreng and milo panas potong kaki. To my surprise, food kat hospital Kajang sedap oke!! Tak puas pulak aku melantak kuey teow banyak tu. kahkah


Pukul 10.30am gitu laki datang. Bergilir jaga baby. Aku nak balik mandi. Tandas hospital tak selesa. ngeee~  Lagipun nak cod brownies. Eh jangan salah faham, aku dah buat brownies tu sebelum kitorang pi hospital lagi. Mana la nak tau anak kena warded kan. Kalau tau memang lama dah aku cancel order customer tu. Tapi tak dapat lah aku letak topping macam yang dia request. Mampu bagi plain brownies je. Mujur lah dia faham.


Setel mandi, pack barang apa² yang patut, cod brownies, aku gerak pi hospital balik. Singgah KFC drive thru tepi Metro Point tu tapau lunch untuk laki. Hospital bagi nasi lauk ayam masak merah. Tapi dia nak kfc jugak. Haa layan je lahh.


Ni menu minum petang untuk hari Sabtu and Ahad. Hari Isnin tak sempat makan menu petang sebab dah pindah hospital.


Untuk malam ke-2 and ke-3, laki aku jaga baby kat hospital. Dia yang volunteer ye. Bapak mithali tu. Siapa nak masuk line sila lahh. Aku oke je. Tapi taknak madu. kahkah~


So sepanjang petang tu, aku duk hospital lagi. Laki balik rumah nak sambung rehat katanya. Fine! Sis tidur tak sampai 2 jam wakkk! Emosi terganggu sangat masa ni. Dengan kepala ting tong ya tuhann. Tapi fikir, malam kang aku boleh balik tidur kat rumah, gagah kan jugak lah tahan mata.


As expected petang hari ke-2 tu, IV tercabut! Yelah dah dorang tak balut leklok jarum tu πŸ˜‘  Tapi doktor yang cucuk anak aku petang tu kekwat namateyy! Aku nak masuk bilik rawatan tengok anak aku, dia halau keluar. Halau dengan kasar oke! Takde adab punya doktor! Eh memang lah tu kerja kau, taknak parents kacau konon, habis HAK aku as mak dia macam mana?? Nak kena tengok balik SOP or akta akta pulak ke?? choii~


Lagi buat aku emo, bila time aku terjah masuk tu nampak banyak plaster² kat tangan baby. Lepas dah setel dia cabut semua plaster² tu. Nak sorok apa?? Takut aku bising ke kenapa cucuk banyak sangat??! Jangan buat rules gila boleh tak? Selama ni elok je aku pegang anak² aku masa doktor or nurse cucuk iv. Anak² aku lagi tenang bila aku ada sebelah. Elehh korang dulu kecik² jumpa doktor tipu laa tak kisah kalau mak takde kat sebelah. Takyah sombong boleh? puii


By maghrib or lepas isya gitu laki datang balik hospital, tukar shift dengan aku. Gitu lah rutin kitorang setiap hari. Malam ke-2 tu, aku sampai je rumah rasa kosonggggg! Sebak sangat! Rinduuuu adik baby. Tengah mandi berjurai² air mata. Alahh alahh hati tisu sangat nii. Maybe sebab tak cukup rehat buat emosi terganggu sekali. Malam tu aku ajak kaklong dengan abang Zafran tidur satu katil. Aku peluk dua². Sayangggg semua anak² mama!


Duk hospital takde buat apa ye. TV pun nan hado maka main henfon aje lah. huhu~


Esoknya tu, hari ke-3, bila aku datang nak tukar shift dengan laki, tengok iv dah tukar kat tangan pulak. Tapi takkk tahan lamaa. Petang tu kot tercabut lagi πŸ˜‘


Cucuk lagi untuk kali ke-4.


CABUT LAGI!!! πŸ˜’


Tapi masa hari ke-4 tu aku request untuk tukar hospital swasta. Lagipun doktor pakar cakap baby dah stabil. Oxygen dah boleh kurangkan, neb dah boleh jarak ke 4 jam sekali. So konfiden lah nak tukar. Aku request nak tukar Hospital Annur, sebab dekat dengan rumah. MO siap tanya options lain in case Annur tak terima kes anak aku. Terbaikk doktor!


FYI, untuk tukar hospital (govt - swasta), kena MO yang call hospital dan berbincang dengan doktor pediatric hospital yang nak ditukar tu. MO yang akan bagi details anak kita (condition, jenis ubat etc) pada hospital yang nak ditukar. Sebab tu kena pastikan MO bagi kerjasama yang baik so takde sorok² info dan anak kita tak perlu lalui proses check-up berulang (blood test, x-ray etc) bila pindah hospital.


Untuk kes adik baby, KPJ Kajang je yang terima kes dia. Annur and KPMC tak terima. Cis!πŸ˜’   KPJ pun KPJ lahh. Walaupun jarak sekentut je dengan hospital Kajang tu. Takde beza, jem hazabedah jugak nak ke situ. Janji SELESA! Tu je point utama nak tukar hospital swasta. Kalau nak cerita bab servis, GH lagi better kot. Kau ingat KPJ tu bagus sangat ke servis dia? kikiki~


Saya tak tahu nama doktor dan maafkan saya sebab curi² ambil gambar. Tapi saya nak doktor tahu, betapa saya bersyukur ditemukan dengan doktor. Doktor banyak mudahkan urusan saya untuk transfer anak saya ke hospital swasta. Walaupun ramai gila patients doktor nak kena layan, berkejar sana sini, tapi doktor willing untuk call sampai 3 jenis hospital untuk pastikan anak saya selamat dipindahkan. Doktor pastikan ada ambulans yang datang pick up anak saya. Doktor sanggup layan karenah suami saya yang tak puas hati sebab senang sangat doktor transfer anak saya (alkisah pagi tu dia jumpa MO kekwat tak bagi transfer, dia ingat semua MO sama kekwat ke?πŸ™„)

Doktor tak kisah untuk transfer film x-ray dan details check up anak saya pada pihak KPJ (setengah MO tak bagi ye file anak kita). Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan harian doktor. *hugss!!*


Pukul 3pm doktor call, pukul 5pm lebih ambulans sampai. Hujan lebat masa ni. Tak heran lah kalau ambulans lambat.


Aku tak bawak beg apa² pun masa ni. Semua laki bawak balik sebab nak restock baju bajan. So nurse kata tinggal kan je barang² yang aku tak boleh bawak kat loker. Lepas Maghrib laki memang kena datang hospital jugak untuk bagi GL. So dia amek sekali barang² kat wad.


Thank you semua staff nurse, MO dan doktor² pelatih yang bertungkus lumus pastikan kesihatan anak saya bertambah baik. Memang terbaik servis kat sini. Bab keselesaan je lah jadi masalah. Kalau aku kaya, aku nak sumbang kekayaan aku untuk upgrade wad pediatric yang uzur ni. Kalau aku dah kaya, korang bagi balik ayat ni kat aku tau!


Actually, ni lah main reason aku tukarkan Zafri ke hospital swasta. Mak aku sedih tengok condition wad paed kat Kajang tu. Dia rasa serabut sangat and tak sampai hati cucu dia duk situ. hahahaha~  Standard lahh nenek² punya perangai kannn.



Elok je dia duk diam dalam ambulans. haha~


Sampai je KPJ, dorang letak adik baby kat ER sementara aku pi register. Lambat gilaa oke nak tunggu register. Aku bayar sendiri kot bukan guna insuran pun. Kalau cash pay kena bayar deposit RM2,000. Lepas register kena melanguk lagi kat ER. Alasan dorang, "tak cukup orang nak tolak katil"


Seriously KPJ?? Aku pun boleh tolak katil tu.😏 Dengan nurse kat ER tu tak membantu langsung. Ada sorang nurse lelaki ni je lah yang banyak tolong tengokkan baby sementara aku pi register and bayar deposit. Ada sorang nurse perempuan ni duk jalan hulu hilir laju² macam bz nau padahal takde kerja pun dia. Patient kat ER tu bukan ramai macam kat GH. Poyo je buat² bz sampai aku tanya bila nak naik wad pun dia jawab acuh tak acuh. Eh hospital Kajang tu jauh lagi busy pun dorang boleh layan aku leklok tau. Shame on you!


Sepatutnya, bila dorang dah accept kes anak aku, dorang dah prepare siap² wad and segala benda yang related. Sebelum kitorang datang kan memang dah call dulu ada wad kosong ke idak, dah discuss dengan MO bagai. So lepas register patut boleh terus masuk wad. Tak perlu pun tunggu lama². SOP kelaut ke camne ni?


Pukul 8pm lebih baru baby dapat naik wad. Doktor pulak lambat datang. Kitorang bising lagi sebab antibiotik last pukul 1pm, neb last pukul 3pm. Sepatutnya lepas 6 jam kena bagi lagi antibiotik and neb (3 jam sekali). Nurse cakap kena tunggu arahan doktor baru dorang boleh proceed bagi neb and antibiotik. Memang doktor on call malam tu. Tapi tak tahu datang wad ke tak. Eh boleh pulak gitu. Habis MO kat ER tu buat apa eh?? grrr


Mungkin kitorang duk ulang² tanya nurse doktor mana, doktor mana, so pukul 9pm lebih gitu baru doktor datang. haiyaa~


Ni lah wad adik baby. Betul² sebelah kaunter nurse. Sebab dia kena on oxygen tu yang kena dekat dengan kaunter nurse. Senang nak pantau gitu.


Masa doktor datang, kitorang argue lagi, why kena pasang drip? Sebab kat hospital Kajang dah off drip tu since adik baby dah oke minum susu. MO kat ER la suruh jugak pasang drip. Doktor pakar baca file adik baby, dia bagi arahan kat nurse untuk cut-off drip. Neb dah boleh jarak ke 6 jam sekali. Tube Oxygen pulak by esok dah boleh cabut sebab bacaan dah oke. Syukurrrr!


Malam pertama kat KPJ laki tidur hospital. Malam kedua, turn aku pulak jaga adik baby. Syukur jugak dapat pindah hospital swasta, dapat la adik baby mandi. Kat hospital Kajang dia tak mandi² dari hari pertama weii! Nurse tak bagi bawak dia pi toilet sebab dia kan on tube oxygen tu. Nurse tak bagi cabut. Huk alohh cabut kejap je bukan lama pun mandikan baby πŸ˜©   So kitorang lap lap je badan dia. Tetap melekit² wehh takat lap lap tu. Dah la situ panassss. hurmm


Malam kedua tu, kaklong pun sibuk nak teman baby jugak. Mujur boleh request babycot. Ingatkan dia bagi babycot saiz kecik tu, sekali dia bagi yang gedabak gitu. Same saiz masa duk hospital Kajang! So kaklong lah tidur atas cot tu. hahaha~  Ouh malam tu dia lapar pulak. Cafe dah tutup. Nasib baik aku beli maggie cup siap². Macam pi vacation kat hotel lak siap bawak megi  πŸ™„


Alhamdulillah hari ketiga di KPJ, doktor cakap adik baby dah boleh discharge.


Aku order brownies and lava kek kat geng blogger gojes, Kayrul, untuk bagi kat staff nurse and doktor. Sehari sebelum dia siap bagi aku sandwich ayam and muffin. Masa duk hospital Kajang pulak aku order tauhu begedil kat dia. hahaha~  Duk hospital selera taknak kalah kayy! Mujur lah ramai kawan² menjual makanan. Tinggal order je. Thank you very much kerul!! Air tangan dia tak pernah mengecewakan! Korang nak try order pi roger @mama.kayrul sendiri.


ouh btw, food kat KPJ tasteless. Kemon KPJ, bil hospital mahal kot. Please do something with your F&B. Tukar chef ke.


Total lost: RM2,300. RM2k mak aku bayar, balance laki bayar. Segan dia semua mak aku nak sponsor. LOL~  Sebenarnya kalau kita inform nurse yang kita cash pay patient, dorang akan cuba sehabis baik untuk cut cost ubat²an kita. Tapi bukan bermakna kita tak dapat amount ubat yang sepatutnya. Cuma dorang pepandai la guna balance ubat patient lain ke haa gitu. Beza lah kalau korang guna insuran memang semua benda dorang nak bagi kau. Faham ke faham?


Ikutkan lama lagi adik baby kena duk wad, sebab doktor paed cakap pneumonia ni lambat nak recover. Tapi sebab baby dah tak perlu on oxygen, tak perlu drip, just amek antibiotik (12 jam sekali - Rocephin) and ubat ventolin (ganti neb), tu yang doktor bagi discharge je. Thank you doktor!


Memang kitorang disiplin bagi antibiotik and ventolin kat adik baby selama 5 hari berturut². Alhamdulillah lepas 5 hari, hilang kahak dia.


Syukurrr dengan pengalaman ni. Perit tapi sangat bermakna buat kami sekeluarga. Doakan semoga adik baby terussssss sihat dan kuat!





Terima kasih sudi membaca!

5 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah dah sembuh baby ye Yana..
Mak boleh lega sikit..

Hosp. Govt mmg ada yg ok tapi lmbt lah sikit..

Azlinda said...

Moga cpt sihat dan sihat selalu. Baby mmg senang kena bronchitis.. And Sabar byk2 ddk spital govt. Hehe.

Julia Johari said...

Terkesan sgt2 hati orang baik mcm doktor yg boleh senang je uruskan urusan tukar ke hospital swasta, hebat kan dia. Nenek pun bagus nak tanggung cucu dia...bertuah sgt yana, tetiba sebak rasa hati baca entry yana ni, nampak kasih sayang tak bertepi utk anak tersayang di landa ujian positive bronchitis Pneumonia.

Ya betul tu urat baby mmg halus, abg Qi pun ada pengalaman warded mcm ni sehari 1k...mujur lah sehari semalam warded sbb kes cirit je x serius sgt mcm baby yana kena tumpuan penuh tu tau.

Semoga anak2 dan kita semua sihat selalu kan yana...bila jadi ujian mcm ni insurans la membantu. Take care yana.

ExoL ( Exo for Life ) said...

Saya ada soalan nak tanya....bagi bayi yang terima rawatan pneunomia di hospital, seberapa kerap kena susukan bayi

yanamib said...

menyusu mcm biasa sis..klu bf elok kerap kot..ank sy minum fm so ikut dia nk minum time bila..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015