Oct 7, 2019

Cameron Trip 2019

Assalamualaikum...


Entry throwback lagii. Untuk rujukan di masa hadapan. Senang nak tau bila kali terakhir aku sampai Cameron. kahh!


So lepas attend wedding makcik aku kat Perak, kitorang terus gerak pergi Cameron. Kitorang booking homestay kat Crown Imperial Court, Brinchang. Aku pernah buat entry pasal homestay ni (refer entry πŸ‘‰ Cameron Highland Trip 2016). Memang recommended. Kebetulan memang datang ramai² tu kitorang booking lagi homestay ni. Plan asal booking 2 unit (owner lain²) sebab ada banyak family. Tapi last minute 2 family tak dapat join sebab masalah kesihatan. Lepas kenduri dorang terus balik KL. Last minute jugak cancel homestay. Patutnya kena burn lah deposit kan? Or at least kena bayar half harga sewa. Tapi kebetulan ada orang lain booking last minute so owner pulangkan semua duit deposit. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki owner πŸ˜˜


Zafran umur 1 tahun 6 bulan, Zafri 1 tahun 1 bulan. Abang dulu behave sangat. Elok je duk diam bila nak snap gambar. Adik baby? Meligannn je kerja πŸ˜’


See! Mana maunya dia duk diam walaupun seminit!! Aku kena snap gambar laju² tau. hehh!

Lepas check in, aku ajak cousins aku jalan² kat strawberry farm. Dah agak lewat masa ni. Musim hujan masa kitorang datang ni so kena tunggu hujan berhenti baru boleh keluar.


Alahh kemetot nya Zafran dulu. Duk dalam carrier nampak topi je. bahaha~  Sekarang pun kemetot jugak walaupun umur nak masuk 4 tahun akhir bulan 10 nanti. Tapi akal panjanggggggggggggggg. Adik baby dah dekat sama saiz dengan dia. lol~


My sepupu² kpop πŸ˜


Time tengah baik. Kalau tengah gaduh tu habis puting beliung tempat tu nanti. haha~


Menu wajibbbb kalau datang strawberry farm. nyumss!


Waktu malam kitorang pergi pasar (night market). Bukan depan Crown Imperial tu dah. Sekarang dah tukar lokasi, jalan hala ke Tanah Rata. Aku tak ingat nama tempat dia. haha~  Malam tu hujan renyai², gigih jugak pergi pasar sebab nak shopping makanan. Family aku memang baka kuat makan agaknya. Semua gigih pergi pasar demi makanan. kahkah~  Sejuk² sedap melantak. Makan ramai² pulak lagi lahh asyikkk! 


Ni suhu waktu pagi. Sejuk wehh! Sebab musim hujan. Berkabus lagi.


Kabus teballll. Tak payah pergi negara lain, Cameron pun boleh dapat view macam ni πŸ˜


Kitorang tunggu sampai hujan reda, terus check out and singgah makan scones kat kat Kg. Sedia. Datang Cameron kalau tak singgah Kg. Sedia macam tak lengkap tau.😁


 Ahh tengok gambar je pun dah kecur air liur. Rindu Cameron!



 Beloved!


 Anak² aku pun banyak makan nasi lemak. Scones dorang tak berminat pulak ye. Hurm bagus juga, mama boleh makan banyak sikit. kahh!


 Gambar throwback lagi. 2014 umur 3 tahun (aku tengah pregnant Zafran kot masa ni) vs 2019 umur 7 tahun. Allah kejap nya besar anak mama ni πŸ˜


Tiap kali datang mesti bergambar kat sini. Malas pulak nak selongkar album lama cari gambar throwback. Yang atas² tu pun makan masa sepanjang pagi ye nak menggodek google photo/blog. hahaha~


Next, kitorang singgah restoren Abang kot nama dia. Nak beli nasi lemak strawberry. Memang tak reti kenyang ye? lol~  Sekali sampai, letrik takde, so tak boleh makan kat situ. Dia bagi tapau je. Tapi limited lah. Dorang habiskan apa yang sempat masak sebelum tu je. By the time sampai turn aku tinggal 2 pack. Ingat nak amek dua² (aku satu, mak aku satu). Sekali ada abang sebelah tu cakap wife dia ngidam. So laki aku cakap takpe lah, kita amek satu je, lagi satu bagi la wife abang tu. Sian pulak. ngee~


Next, singgah Bharat Tea. Sekarang dah kena charge ye nak turun tengok ladang teh tu. Ni mesti banyak kes vandalism so banyak kos maintenance. Hurm. RM2 kot per head. Tak ingat dah. Tapi takde la mahal. Kids free rasanya. Gigih ye turun, dah la baru lepas hujan, jalan licin. Gambar kenangan tu penting. Lagi mahal dari entrance fee tu. hihi~


Parents aku tunggu dalam kereta. Dorang malas nak turun.


Ayuhh posing!


 Pegang tangan mama sampai syurga ok! πŸ˜˜


Tangan apak menggigil tu duk lambung Zafran. Banyak kali snap jugak tu. Tapi demi gambar macam ni, gigih ye πŸ’ͺ


 Bila tengok muka anak², memang aku tak percaya aku boleh mengandung kan and beranakkan dorang. Belum cerita bab parenting lagi. pfft! Nikmat tuhan. Syukur Alhamdulillah πŸ’•


Kena beratur nak amek gambar kat sini. Lepastu main suruh je sapa² tolong snap kan gambar. haha~  Nasib lah budak tu pandai amek gambar. Lelawa gambar kitorang dia amek. Tq dik! πŸ˜


Oke tu je kisah Cameron 2019. Tunggu tahun depan pulak kot baru datang lagi. Laki aku bukan rajin nak drive jalan kona kona tu. haha~  Ini pun sebab dah alang² balik kampung, tu singgah.


Till next entry, tata!





Terima kasih sudi membaca!

8 comments:

Anum said...

salam
singgah pagi isnin
jom mulakan hari ini dengan senyuman :)

zarul farhana said...

Aduhhh.. Mmg kena p lagi cameron ni

Liyana said...

mama maintain je comel :)

Cik Nor said...

bestnya g cameron..lagi tak jejak kaki kat sana..:)

Azlinda said...

wow..wow..rajin throw back gambar semua hehe

Umi Nazrah said...

destinasi wajib cuti sekolah dan jalan2 semestinya cameron. alhamdulillah masa berkualiti dengan keluarga tercinta <3

Mommylotte said...

Takat merasA nasi lemak strawberry jah masa pergi. Lain kali nak cuba yang ice blended tu lah:D

cikguzim said...

Sejuknya ditambah musim hujan skrg ni lgi sejuk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015