Aug 14, 2019

Hari Terakhir di Langkawi | Mahsuri International Exhibition Center

Assalamualaikum...


Hari ke-4, hari terakhir kami di Langkawi. Kalau bawak anak, 4 hari 3 malam tu kira just nice lah. Kalau stay 2 malam rasa macam rushing sangat. Pada aku lah rushing. hihi~


Plannya hari ni nak pi MIEC untuk tengok exhibition aerospace. Sebab hari ke-4 ni baru dorang open to public. 


TIPS: Korang kena check betul² jadual LIMA, bila dorang open exhibition MIEC to public sebelum korang beli flight tix. Laki aku salah tengok jadual, dia ingat kan hari ke-2 public dah boleh masuk. Rupanyaaa hari nak balik KL baru open to public. Udahnya kelaut itinerary asal.πŸ˜‘


Lepas breakfast kat hotel, kitorang terus siap² and check-out terus. Flight balik pukul 5.30pm (last minute AA tukar asalnya balik pukul 3pm), so memang sempat lah nak terjah MIEC sebab sebelah airport je pun. Boleh jalan kaki pergi airport. Pukul 10am gitu kitorang check-out.


 Tapiiiiiiiiiiiiii jalan jemmmm merata²!! Ya aulohh 2km je pun 37minit. Jem melekat ok! Sesambil jem tu tengok je lah air show dari dalam kereta. Untung perumahan yang dekat² airport tu. Jengah dari tingkap je nak tengok air show. huhu~


 Sampai tertido hahh adik baby. Punya lama melekat dalam jem. adehh~  Ouh btw adik baby sihat sepenuhnya hari terakhir ni. Alhamdulillah.


 Sebab lama sangat duk dalam jem sampai sejam lebih, aku ajak laki lunch dulu. Lapar la pulak. haha~  Kitorang pi kedai biasa lah kalau dari airport, jalan hala ke Beras Terbakar, kedai ni belah kanan. Masa ni baru pukul 11.30am kot, lauk tak banyak sangat. Tekak aku ni asal ada sambal dah cukup. Takyah lauk fancy² pun takpe.


Lepas makan, redah jem lagi hala ke airport. Jem hoi! Parking toksah cakap la, memang takde ni sebab dah tengah hari kan. So laki turunkan kitorang 4 beranak kat entrance MIEC, dia pi cari parking. Idak la aku tunggu dia cari parking yang agak mustahil tu. Aku teruskan je beli tiket and masuk dalam exhibition hall dengan anak² aku. Lagipun nak kejar masa, kena standby kat airport at least pukul 3pm.


Kenapa gigih jugak nak masuk walaupun rushing?? Sebab anak² wakkk! Motif datang LIMA semua sebab anak². Dorang suka gila tengok aeroplane, so mama papa bawak tengok real aeroplane. Macam² jenis ada. Semua dorang boleh tengok kat MIEC.


Entrance fee RM20 (adults), RM10 (kids) << Rasanya lahh. Aku tak ingat tau! hahaha~


 Zafirah behave gilaaaa! Panas berdenting don't care! Mama suruh posing je dia senyum manissss. Good girl! Zafran tu je lah drama. Aku letak payung atas lantai pun dia ngamukkk. Risau payung terbang. Korang tengok la gambar² dia nanti semua pegang payung kayy. πŸ™„


 Sebelum masuk kawasan ni korang kena lalu security macam kastam kat airport tu. Ada scanner bagai kot korang bawak besi ke, pistol ke. Botol air TAK DIBENARKAN bawa masuk ye. Makanan pun tak boleh bawak masuk. Semua kena tinggal kat tempat scanner tu. Ramai lah tentera² yang jaga. Tapi kalau korang bawak botol Tupperware or botol air baby dorang bagi je lepas. 


 Abang PASKAU (Pasukan Khas Udara) pun tolong pegangkan payung. LOL~ Zafran...Zafran...


 Mama's ootd taken by Zafirah! Yelahh papa takde kan pi cari parking. Zafirah je lah boleh harap tolong snap gambar mama. πŸ˜


 Zafran dan payungnya πŸ˜


 Ni dalam US Air Force. Ada ekon! yahooo! Ramai orang melepak dalam ni. Zafran tu mula² taknak naik. Sebab bunyi engine kuattttt sangat! So dia takut. grrr~  Aku dah la dukung adik baby, mana dan nak dukung dia pulak. hishh~  Sebbaik dia tak meraung kat depan pintu aeroplane tu. Ouh btw tu BUKAN botol air kami. Siapa tah takde tamadun buang sampah dalam tu. hurm.


 Amek nafas kejap je dalam ni. Lepastu sambung berjalan lagi. Luas tau kawasan ni. Banyak jet and aeroplane korang boleh tengok.


 Helikopter Bomba pulerr.


 Masuk balik US Air Force. Papa cakap dah dapat parking, otw datang exhibition. So tunggu papa kat dalam ni je lah. Sejuk sikit. huhu~


 yay papa dah sampai bawak susu baby. hahaha~


 Jet Sukhoi.


Last posed sebelum keluar. Dah keluar baru jumpa gerai² jual makanan minuman. Kitorang tak beli pun sebab memang dah bawak bekal air siap².


Papa kata dia park dalam airport sebab fikir kalau terlambat keluar dari Exhibition takyah risau kena redah jem lagi. Dah janji dengan owner kereta nak pulangkan kunci by 3pm. Makanya ayuhhh, kita jalan kaki pergi airport. Ada lah dalam 10 minit perjalanan. Tak jauh tapi bila dukung anak + panas terik terasa jauh jugak lahh. huhu~


 Sampai airport, aku siap mandikan baby. Aku pun tukar baju sekali sebab pampers baby bocor kot. Lenjun je baju aku. Tukar je lah. Memang aku bawak spare baju semua orang. Yang lain tak tukar baju pun. Malas lah nak selongkar bag. Setel re-packing luggage, pergi wrap pulerr, then baru check-in semua bag.


 Flight delay sejam masa ni. Laki aku dah bising kat staff AA, pastu staff cakap control tower tentera yang handle, dorang takleh buat apa kalau dorang tukar schedule. hurm Baiklahh~


 Finally, boarding! yayy!


Adik baby dah selamat mimpi sebelum take-off. Aku mengharapkan kaklong and bang ngah menyusul lepas tu.


 Dorang aktif wakkk! Siap mintak nak makan. Allahu. Masa balik aku tak order food langsung! Laki aku laa tak bagi order. Dekat je, boleh makan kat airport, kang bazir tak makan eh macam² alasan dia. Sekali hahh! Memasing kebulur. grr~  Next time memang takleh dengar cakap laki. Merapu lebih. πŸ˜’


Last beli je lah kudap². Dah tu je meal yang ada. Nasi² semua habis dah.


 Alhamdulillah dalam pukul 8pm gitu sampai KLIA2. Solat dulu kat surau, then gerak balik. Aku nak dinner kat airport, laki takmo. "Mahal lah, kat Bangi je makan." Haa yelah tu. Dalam kereta semua anak² tidur. Memang tak makan langsung lah malam tu. Hangin betul aku.


Asalnya nak naik Grab, sebab dah malam, capek! Tapi anak² aku request nak naik train pulerr. Haihh. Mama pun tak pernah lagi naik train dari KLIA tu. hurm jom lahh kita try.


Yamboii sengih kemain bang ngah tu. Happy sangat dorang dengan trip kali ni.


Kitorang stop kat Bandar Tasik Selatan (BTS), ke Putrajaya?πŸ€”


Sampai BTS/Putrajaya, kena book Grab. Laki aku noob gila dengan Grab ni. Awal² dia dah suruh booking. Aku cakap dah sampai tempat kita tunggu tu nanti baru booking, bukan lama pun kena tunggu. Dia duk bebel risau kang lambat, kang itu, kang ini. Sejenis suka risau. Tak paham aku. Aku malas nak gaduh dengan orang noob yang nak menang jugak, dia je lah betul so aku book jugak lah. Udahnya driver grab yang menunggu kitorang. Sebab kitorang tak jumpa jalan keluar. Mana pernah sampai BTS tu, dengan renovation nya, dengan penat nya, memang ler sesat.


Nasib la driver Grab tu baik, boleh tolak ansur. Uncle India. Dalam kereta kena tazkirah dengan uncle. Dia explain kat laki aku jangan book awal sangat sini takde masalah pun nak dapat Grab bukan kawasan kampung. Aku kat belakang dah sengih², padan muka aku cakap takmo dengar kan. Biar uncle tu yang tazkirah kat dia. wakakaka~


Eh tapi uncle tu cakap leklok laa. Walaupun laki aku melawan dia nak menang jugak kan. Kengkonon tak tau, first timer. Dah kau tak dengar cakap aku siapa suruh. Sila dengar ceramah orang lain.


Sampai rumah, angkat bebudak masuk bilik, semua tak sedar apa dah. Memang penat sangat lah tu. Dinner tah kemana. Lagi hangin aku malam tu. Lepastu laki boleh tanya kenapa aku marah?? Kau ghase?


K tu je kisah percutian ke Langkawi 2019. Nasib baik lah dah hujung² baru ada drama tak best. Dapat tidur atas katil sendiri memang hilang lah sakit hati tu. Home sweet home gitu.


VLOG UPDATED!! Check out my channel > https://www.youtube.com/watch?v=2CH0aT_nFUg


Till next entry. Bye!😘





Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Azlinda said...

Menarik LIMA ni, nxt anak dh bsr boleh tgk LIMA. BTW, kita sama lah haha. Laki Kdg2 mcm tu, xpe la makan nanti.. Nanti.. Dia tak tahu.. Bdk2 kang tido.. Tido dlm lapar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015