Siapa yang follow IG aku mesti tau aku suka sediakan bekal untuk Zafirah pergi sekolah. Selalu upload gambar bento kat situ. hihi~
Zafirah tu picky eater. Menu bento dia tak variety pun.
Roti telur cheese
nugget
chicken ball
chicken popcorn
coco crunch
buah
Pusing² gitu je lah menu dia. Cuma minggu ni aku saja try buat chicken popcorn. Mula² dia macam taknak. Eksyen pulak dia kan. Aku siap pesan, kalau taknak bagi je la kawan makan. Padahal dalam hati mendidih dah sampai hati cakap mama masak tak sedap
Banyak jugak aku letak, memang saja suruh dia share dengan kawan². Sekali bila balik sekolah dia cakap,
"sedap la bekal mama bagi tadi. Habis kaklong makan. Kawan amek satu je, yang lain semua kaklong makan sorang"
Sebagai mak dah tentu lahh aku happy gila anak cakap gitu. Baloi lahh berpeluh pepagi sediakan bekal dia. hahaha~
Esoknya tu dia mintak nak bekal chicken popcorn lagi. Takde hal lah kaklong. Mama dah expert buat. Zup zap zup zap je. Siap!
Kali ke-2 dah pandai sikit. Helok sangat kejadian.
Balik sekolah dia mintakkk lagi nak chicken popcorn. Halahh halahh. Lemah laa bila anak request² ni. Bab makan memang aku tak kisah. Sebab dia pun jenis susah gila nak makan. So kalau dia siap request nak makan apa tu hahh terus bagi jeee.
Boleh kata hari² jugak lah dia request ayam popcorn tu. Dah kena mandrem ke? hahaha~
Oke meh aku share resipi dan cara².
Senang gila korang. Tak sempat berpeluh pun dah siap ayamnya Try la buat. Sedap dan mengenyangkan!
Zaman sekarang ni siapa yang tak suka or tak pernah selfie?? Handphone makin canggih takkan la taknak selfie or wefie? Tipu lahh kan. hihi~ Tapi tiap kali selfie mesti kena edit dulu gambar baru post. Sebab apa? Sebab muka kusammm, jerawat/jeragat sana sini. Dah tepek pondesen pun takmo hilang. Alahhh alahh fake betul rasa. Kalau aku rasa fake lahh dalam gambar nampak flawless, jumpa depan² kusam sebenarnya. hurm
Sebenarnya memang ada produk yang boleh bantu masalah kulit kusam dan jerawat/jeragat. Ye banyak produk seumpama kat pasaran. Tapi aku nak cerita produk yang aku pernah guna je lahh. gituu~ Bila umur dah masuk 3 series ni lagi lah kena jaga muka oii. Dah la aku ni bekerja. Asap kereta, asap rokok, habuk, panas matahari semua tu memang 'makanan' harian muka aku haa. So tiap malam rutin aku sebelum tidur tu mesti sapu serum dan night cream. Serum tu wajib oke wajibbb! Night cream tu membantu serum tadi bagi tindakbalas yang baik pada muka. Tak percaya cuba lah sendiri.
DR. BEAU dari Teja Herbs ni merupakan salah satu serum yang aku guna
Ni lah produk yang aku maksudkan! Siapa pernah cuba?? Komen sikit
Kandungan Dr. Beau:
Vitamin E ialah vitamin yang baik merawat kulit.
Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Packaging dia comel gila oke! First time aku jumpa skin oil dipek dalam bentuk kapsul / softgel macam ni. Senang untuk bawa travel. Takde la risau tertumpah ke, botol bocor ke. Sekaligus kualiti kebersihan juga terjamin. Sebiji softgel cukup untuk sapu seluruh muka dan leher. Brilliant ai tell yu!
Kelebihan VITAMIN DrBEAU:
Perlindungan daripada sinar UV
Tona kulit menjadi lebih sekata
Menggantikan tisu yang rosak dan daki lama
Mencerahkan kulit secara semulajadi
Membantu masalah kulit sensitif seperti eczema
Mengatasi masalah jerawat
Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
Kulit lebih glowing dan berseri
Memudarkan parut
Manggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
Mengatasi masalah whitehead dan blackhead
Membantu mengurangkan eyebag
Mengawal masalah kulit berminyak dan kulit kering
Mengatasi masalah jeragat
Melambatkan proses penuaan
Since packaging dia tulis SKIN OIL, aku ada jugak letak kat tumit kaki! Kulit tumit mengelupas wehh! Lepas sapu serum ni elok lembut je kulit tumit. Takyah pi spa ke pedicure. Sapu oil jeee. Sebelum tidur malam tu sapu, esok pagi korang rasa lah perubahan tumit tu. Of course lah kena kerap guna baru nampak efek dia. Jangan la harapkan sekali sapu je kulit terus moist, glowing bagai. Nipu sangat tu. huhu
Fungsi dan kesan:
Tidak berminyak
Tidak bercapuk ketika berpeluh
Membantu make-up tahan lama
Kulit nampak glowing dan cerah
Mampu menghilangkan parut-parut jerawat, jeragat dan sebarang cela
Mudah dicuci dan mesra solat
Melindungi kulit dari sinaran UV
Sesuai untuk semua jenis muka.
Jom tengok antara testimoni pengguna² Dr. Beau!
Wowww! Beza oke! Tapi macam aku ada mentioned atas tu, korang kena konsisten guna baru nampak kesan dia. Kena istiqomah ok!