Sep 14, 2018

Breakfast di Verandah | Cyberview Resort & Spa

Assalamualaikum...


Ada lagi entry Cyberview. haha! Kan aku cakap tempat ni best. Susah nak move on.


Entry lepas tak cerita lagi pasal F&B kat resort ni. Dalam banyak² hotel yang aku pernah pi, aku paling suka F&B kat sini. Banyakkkkkk pilihan dan sangat sedap! Serius sedap! Bukan macam tipikal hotel punya makanan asal ada rasa je. Kat sini memang semua CUKUP rasa. Puas la kau melantak pepagi tu, bawak ke petang dia punya kenyang πŸ˜‚


Ouh FYI aku BAYAR sendiri ye untuk bermalam kat sini. Kang ada pulak membawang aku puji lebih² sebab dapat bilik free. No no. I bayarrrr oke. πŸ˜


 Verandah tu nama restoren dalam resort ni. Setiap bilik akan dapat free breakfast for 2 person (depends upon korang punya booking). Kids below 6 years kot FOC. Lebih dari tu kena bayar. Rate aku tak ingat berapa RM. Boleh refer website dorang lah kot.

Since aku stay resort ni 3 hari 2 malam, dapat la aku merasa breakfast kat sini 2 kali. Itu pun tak dapat nak jamah semua menu yang dorang sediakan!! Punya banyak! pfft~  Atau mungkin sebab aku ada anak² kecik especially baby. Terbatas lah pergerakan aku nak ulang alik buffet amek makanan. Padan la berat makin turun. ehhh!


Untuk 1st breakfast, ni je lah menu yang sempat aku jamah πŸ‘‡


Ikan salmon dengan daging tu sedap namateyyy!! nyesal amek sikit hari tu. Sebab hari kedua menu ikan tu dah takde. sobsob~

Mashed potato and scrambled egg. Alahh menu biasa je ni. Kat rumah boleh buat. Tapi lain rasa dia bila kau makan kat hotel. kahh!

Nasi lemak with ayam masak merah. Ya Allah sedapp! air teh o panas.

Haa tu je aku jamah. Sikit kan?? Tapi laki aku tetap kata aku makan banyak. πŸ™„  Dia cukup dengki tengok aku melantak. Mungkin sebab aku tak gemok² macam dia. kahkah~  nasib lahhh!


For 2nd breakfast (hari ke-3), tak sempat langsung snap gambar. Sebab kejar masa untuk aktiviti family day geng gojes. Mujur lah ada jugak kawan yang rajin snap gambar. Ni antara menu yang kawan aku sempat snap. Thanks Kerul bagi pinjam gambar πŸ˜˜


Tak sempat rasaaaa! Menjejeh air lior tengok orang lain makan. huwaaa!

Omelette dia pun sedappp. Penuh isi. Cheese pun kemain banyak dia tabur dalam tu. Walaupun ramai orang beratur, tenang je staff tu masak panas² situ. πŸ‘πŸ‘

Orang suruh makan, dia main! Kaklong yang ngajar! πŸ˜’  Nasib baik la budak ni bawah umur lagi so makan free. haihh!


Sebelum ni pun aku pernah buka puasa kat Verandah ni. 2 kali jugak aku berbuka kat sini. Tahun 2017 sekali, tahun ni pun ada jugak pi. Tapi tahun ni food review lah. kahh! Menu buka puasa pun banyakkk. Rambang mata nak pilih. Memang puas hati sangat. Menu seafood banyak. Gemok² seafood dia. haha~  Baloi lah dengan harga. Tu aku cakap F&B kat sini antara yang terbaik aku pernah rasa.


Memang nak kena repeat lagi datang sini. Next time boleh ajak mak ayah aku pulak ke. Tapi dorang mesti takmo sebab dekat sangat dengan rumah. πŸ™„  Takpe, boleh pujuk πŸ˜


k habis dah entry pasal Cyberview. Rasanya lahh. hahaha~


Semoga bermanfaat.




Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015