Untuk malam pertama kitorang kat Kundasang, kitorang bermalam kat Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Booking kat MiTA Fair masa dorang bukak booth kat Mines bulan Februari dulu kot. Tak ingat dah. Dapat la rate murah sikit. Campur diskaun untuk govt servant lagi. Laki aku tu lerr keje gomen boleh la dapat diskaun sikit.
Actually resort ni ada hotel dan chalet. Aku amek hotel sebab harga jauh lagi murah. RM169.60 per night (including GST), NO breakfast. Kedai makan sesepah kat Kundasang. Alhamdulillah sepanjang duk sana takde masalah nak cari makan. Paling koman pun belasah KFC. kihkih~
Sampai Kundasang dalam pukul 6pm gitu kot. Tapau KFC dulu, baru naik hotel. Hotel ni atas bukit. Lagipun hujan + capek. Dah masuk hotel malas dah nak keluar². Kitorang just keluar amek angin malam je depan hotel. Tapi kejap gila sebab sejuk sangat. Baru lepas hujan kekdahnya.
Ni lah rupa bilik RM169.60 tuuu
Ni lah rupa bilik RM169.60 tuuu
2 katil single. Kitorang rapat kan muat jugak la tidur 4 beranak. Hotel ni TAKDE family room. Kalau nak bilik besar kena sewa chalet kot.
Waktu malam takde aktiviti apa sangat. Lepas mandi, solat, makan, tengok tv, tidur...zzzz~
Keesokan pagi~
Waktu malam takde aktiviti apa sangat. Lepas mandi, solat, makan, tengok tv, tidur...zzzz~
Keesokan pagi~
View dari bilik kami. Waktu ni pukul 6am. Nampak la sikit puncak gunung Kinabalu belakang pokok² tu. Rasa nak tebang je pokok² tu bagi better view
Cantik kan chalet tu? macam dalam kartun. Tapi still tak nampak mount KK. Pokok tu kacau
Kitorang bangun awal. Anak² pun bangun awal. Hari sekolah kemain liat korang bangun kan. hehh~ Tapi lepak bilik je. Sampai lah time check-out pukul 11 pagi baru keluar. kihkih~ Breakfast pun dalam bilik. KFC yang beli malam sebelum tu banyak lebih. Takde selera sangat nak makan. Sakit hati yang melampau. Hati ni bukan takat luka sikit². Tapi pecah hancur habis. Memang kena siat², remuk², dah takde rupa hati dah! giteww~
Ada jugak jambatan gantung dalam kawasan hotel. hahaha~ Pujuk Zafirah jangan takut sebab jambatan ni rendah jeeee. Tak bergoyang sangat pun macam sebelum ni. Mujur dia nak dengar
Actually jambatan ni connected dari parking lot from main building (hotel and reception) untuk ke chalet². Ada la parking yang dekat dengan chalet tapi still kena menapak jauh. So jambatan ni route paling dekat untuk ke chalet. Gituu. Leceh jugak lah buatnya beg berdoyon² patah pinggang nak hangkut. Rasanya concierge khas untuk hotel je. Untuk chalet takde servis concierge.
Dorang lah kekuatan aku untuk terus senyum dan acah² happy. hahaha~ my nyawa, harta dunia akhirat. Sorry kadang² mama terlepas marah kat awak berdua. Irreviu so much!
Bagi aku hotel ni selesa and worth every penny. Walaupun building nampak dah kuno, tapi bilik selesa (takde ekon just bukak tingkap je dah sejukkkk), bilik bersih, bilik air pun bersih, water heater fully function, tv ada banyak siaran, ada kettle, minuman 3 in 1, 2 botol air mineral, towel 2 lai.
Lokasi pun betul² kat Pekan Kundasang. Nak keluar cari makan senang, nak pi tempat² pelancongan lain pun senang. Tak caya kau tengok google map
Lokasi pun betul² kat Pekan Kundasang. Nak keluar cari makan senang, nak pi tempat² pelancongan lain pun senang. Tak caya kau tengok google map
Babai hotel. Ada jodoh lain kali jumpa lagi. InsyaAllah
Till next entry. tata~
Till next entry. tata~
Terima kasih sudi membaca!
6 comments:
kalau pergi kundasang mmg kawasan tak hidup sangat malam kan? sebab macam kampung2..kena duduk kinabalu pine resort..view gunung kinabalu mmg terbaiklah..puas hati~
lawa. nampak selesa.
Nampak okey bilik seusai dengan hargan yer .. ehhh kenapa gambar tu di letak icon ..hahaha..
tgh riki nak pergi, tq sharing
Thanks for sharing this review yana... Nanti saya nak tido kat sini lah bila pergi Kundasang nanti
besar jugak bilik ni. Saya ritu duduk ayana holiday resort. Dekat dengan kaki gunung. Rindunyaaa kundasang
Post a Comment