SOP Baru di Hotel Legoland
Gelapkan Kulit di Legoland Waterpark
Legoland Hotel (Premium Adventure)
Legoland Hotel (Premium Pirate)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Harga Tiket Legoland
Lego Ninjago di Legoland
Built a Boat di Water Park Legoland!
The Lego Movie 4D, New Adventure!
Program Pendidikan English Mania di Legoland Malaysia
Assalamualaikum...
Tiap kali aku datang Legoland, ada je benda baru / attraction yang baru buka. Yelah aku bukan nya pergi sini tetiap tahun. Laki aku tak rajin nak drive jauh² ye. 2 tahun sekali baru datang. Itu pun ikut mood dia jugak. Kalau korang nak kata attraction kat sini biasa je pun terpulang lah. Pengalaman masing². Aku cerita pengalaman aku. ok?
So attraction terbaru yang aku masuk kali ni adalah SEALIFE! Kali terakhir aku datang Legoland tahun 2018 (bulan Mac), dorang tengah buat lagi tempat ni. Rasanya akhir 2018 atau awal 2019 Sealife ni siap. Tak pasti pulak.
Jom tengok apa ada dalam SEALIFE.
Tengok banner belah kiri tu, basically itu lah yang akan korang pelajari bila masuk dalam Sealife. Banner belah kanan adalah show time yang dibuat dalam ni. Kitorang masuk sini dah lebih pukul 5pm. Memang takde show lah petang² tu. Orang dah ready nak tutup. huhu~
Macam biasa lah kat sini pun ada SOP yang diamalkan (NEW NORM). Kena jarakkan 1 meter antara family kita dengan orang lain. Bukan setiap orang jarak 1 meter ye. Kat sini dorang group kan ikut family. Yelah kalau 1 family ada 5 orang, nak jarak sampai 5 meter, jenuh jugak nak tunggu habis round 1 tempat ni. Sebab tu dorang group kan ikut family. Begitulah.
Boleh ambil gambar dan rekod video dalam ni. NO FLASH ALLOWED! Jangan sentuh² kaca akuarium tu. Pesan kat anak-anak ok!
Lampu dalam ni malap je. Gambar aku semua diambil menggunakan Iphone XR, then edit lighting guna Photoscape (komputer) atau Snapseed (apps phone). Tak, bukan nak show off pun. Biasanya akan ramai orang tanya, "sis guna fon/kamera apa, gambar terang lahh..."
So aku inform je lah siap². Kalau tanya lagi tu memang nak kena piat telinga!
So aku inform je lah siap². Kalau tanya lagi tu memang nak kena piat telinga!
Wajib pakai mask sepanjang berada dalam Sealife. Excuse adik baby. Mask dia duk pegang kat tangan. Kalau anak korang macam anak aku, pastikan jaga jarak sosial dengan orang lain. Sebab tu aku datang sini weekdays, time tak ramai orang. Bukan senang nak suruh baby pakai mask.
Sanitizer juga disediakan. Ada few stations sanitizer dorang letak sepanjang jalan. Korang digalakkan untuk selalu sanitize tangan sepanjang berada dalam ni. Kiranya tiap kali nampak mesin sanitizer ni, terus sanitize tangan korang especially anak² ok!
Siap ada tempat untuk kids main game. Game ni kita kena control turtle daripada terkena sampah sarap dalam laut. Kalau turtle tu terlanggar sampah, mati. Gitu lah yang aku faham pasal game ni.
Ada few tempat juga yang bebudak boleh hands on. Ada macam puzzle, coloring, learning tab. Sebab tu lah dorang sediakan sanitizer merata² ye. Berapa ramai pulak duk sentuh² skrin ni untuk main game. Lepastu anak² mesti nak pegang merata. Bukan boleh duk diam tangan bebudak kan?
Ada few tempat juga yang bebudak boleh hands on. Ada macam puzzle, coloring, learning tab. Sebab tu lah dorang sediakan sanitizer merata² ye. Berapa ramai pulak duk sentuh² skrin ni untuk main game. Lepastu anak² mesti nak pegang merata. Bukan boleh duk diam tangan bebudak kan?
Banyak juga ikan aneh² dipamerkan dalam ni. Bukan anak² je teruja, makpak pun teruja tengok ikan² tu! Ikan² dari pelbagai negara ada kat sini. Bukan ikan dari Laut China Selatan je. haa Bersiap sedia lah nak menjawab soalan² kbat anak². gulp!
Paling aku suka interior dalam akuarium. Bukan kaleng kaleng interior dia. Ada ala ala shipwreck, ada patung Lego tengah swim. Awesome gilaaaa!!!
Aku cuba bercerita kat Zafri jenis-jenis ikan yang ada dalam akuarium tu. Entah dia faham ke idak apa aku cakap. LOL~
Bahagian ni ada tapak sulaiman atau star fish. Mungkin ramai pernah tengok star fish kan? Tapi korang pernah SENTUH tak star fish tu?? With your barehand!! haaa kat sini korang diberi peluang untuk sentuh permukaan starfish. wohoaa!!
Did you know?? Starfish TIDAK mempunyai:
❌ Otak
❌ Mata
❌ Darah
Aku pun baru tau hari tu. hihi~ Kalau korang ada apa² soalan, tanya je staff yang bertugas kat situ. Macam² dorang boleh explain. Bukan anak je bertambah ilmu, makpak pun dapat ilmu baru juga
Aku geli gilaaaa nak pegang!! Tapi bila tengok staff tu relek je sentuh siap tunjuk mana mulut, mana kaki, mana badan semua. Tiba² datang keberanian, "kalau dia boleh pegang, kenapa aku tak boleh??". Gituu ye ayat saiko diri sendiri. hahaha~
Macam mana rasa badan starfish tu?? Kalau nak tau, kena lah datang sini, cuba pegang sendiri. kahkah! You'll thank me later
Bahagian ni pun ada sediakan aktiviti for kids. Anak-anak boleh mewarna guna tab yang disediakan kat meja tu. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat! Gitu konsep dia. Kalau lambat sila beratur. hahaha~ Tab memang ada banyak, tapi SOP baru, kena jarak 1 meter, so ada few tabs je yang dorang bagi guna.
Lepas warna ikan dalam tab, klik "SUBMIT' nanti hasil ikan yang anak korang warna tu akan keluar kat skrin besar depan tu. Macam ada spesis ikan baru masuk dalam akuarium. haa canggih oi! Kena bawa anak² datang sini ok!
Terowong akuarium. Ramai dm aku cakap ala ala aquaria KL**. Aku tak pernah masuk aquaria so tak tau nak compare.
Baby shark! Ada 2 jenis jerung yang dipamerkan dalam Sealife. Black Tip Reef Shark dengan Sebra Shark. Tapi aku tak jumpa mana Zebra Shark. haha~ Kalau korang datang, jangan lupa tanya staff yang bertugas kat situ mana ikan jerung tau.
End of our tour.
Kitorang spend masa kurang 1 jam, sebab datang dah lewat petang. Tak puas tengok ikan, tak puas bergambar. Bebudak ni suka tengok ikan lama², lepastu tanya soalan macam². Belum berhenti untuk bergambar lagi. huhu~ So kalau datang sini, aku suggest spend dalam 1 jam / sejam setengah baru ngam!
Opening hours: 10am-6pm
Macam biasa lah, ada video aku upload kat Youtube, Yanamib Channel.
Cekidaut!
Cekidaut!
Link: https://bit.ly/3kA3MOX
Terima kasih sudi membaca!
1 comment:
Wahh bestnyaa.. kalau nak compare lokasi tu, susah sikit.. sebab setiap tempat ada kelebihan masing2...
Post a Comment