Malam tadi kitorang laki bini dapat lagi tiket wayang free...kehkehkeh~ kali ni premier screening untuk filem terbaru yang bakal memecah panggung pada
29 September 2011 nanti...iaitu filem Libas! eh kitorang yang kategori bloggers and media siap dapat CD khas untuk tulis preview ni tahu?? ngaaa so aku tak payah susah payah search kat Google..guna je gambar² and segala info yang ada dalam cd...phewww~ ^__^
Sinopsis Libas::
Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.
Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti. Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah Negara? Nantikan kesudahannya...
Masa mula² aku tengok trailer kan, rasa macam,
"ek eleh poyo gilerr cite nak sama macam shaolin soccer...lepas tu teknik CGI macam over la pulokkkk...nampak sangat nipunyeeee..."
aaa macam tu sekali tau komen aku...masa masuk wayang pun siap terfikir nak tidur sebab teringat trailer yang kurang menarik tu...=.=
Tapi bila dah tengok movie ni rasa best pulak...rasa macam trailer tu menipu je...haha mata ni pun tak rasa mengantuk tau...wahhh ajaib! hahaha~ serius weiii! aku bagitau ni sebab biasanya kita akan menilai sesuatu filem berdasarkan trailer kan?? tapi tu lah yang aku nampak...trailer macam tak nampak sangat motif keseluruhan filem ni...anak aku dalam prot ni pun ligat berpusing² (^__^)
Kalau ada orang komen filem ni tiru shaolin soccer...bagi aku, so what?? pembikinan filem ni memang macam shaolin soccer...tapi jalan cerita tak sama pun...lagipun filem ni melibatkan sukan tanah air...berapa banyak lah sangat negara dalam dunia ni yang ada game takraw... ?? alahh kalau negara lain buat gini bukan main kome puji...asal Malaysia buat je semua nampak tak best...hehhh susah la macam tu... =)
Nak kata effect CGI yang melampau sangat pun tak jugak...semua effect CGI dalam filem ni selari dengan jalan cerita...bak kata Rosyam Nor,
"saya nampak hebat gila main takraw dalam filem ni...padahal saya bukan reti sangat main takraw..."
haaaa macam tu sekali tau effect CGI dalam filem ni...bayangkan Scha Alyahya pun nampak gempak gila duk libas² bola takraw...pfftttt~ ^___^
Johan sebagai penyeri filem Libas...bukan lah dia sorang je penyeri...maksud aku watak dia yang sengal² ubi tu memang penyeri laaa..bukan takat dalam filem je...time conference pun dia boleh buat lawak...haha ai loike!
pssttt:: bini dia lawa kaooo! pompuan lawa memang suka laki yang sengal tau..eh! v(^___^)"
Bagi aku kekuatan filem ni sebab ada Rosyam Nor sebagai hero...nama besar kut Rosyam Nor nih...dia memang hebat la berlakon...kalau tak hebat takkan boleh menang banyak kali anugerah pelakon lelaki terbaik kan?? huhu~ cuma kali ni watak yang dibawa agak ringan lah...sebab filem ni ada komedi...jiwang² ni nan ado! kalau ada pun macam tak perasan sangat sebab sikit je scene jiwang...aku suka filem macam ni...kalau nak lebihkan scene jiwang baik buat filem cinta terus! tak payah la aksi² segala nih...serabut je...ye dak?? =)
Senarai Pelakon Libas::
Pelakon Utama
ROSYAM NOR - RAJA LIBAS
SCHA AL-YAHYA - RATNA
JOHAN RAJA LAWAK - HAMADI
BEEGO - MEGAT
FADZLY KAMARULZAMAN - KUMOK
MOHD RAZIB SALIMIN - JURULATIH MALAYSIA
Pelakon Pembantu
MOHD ZABRI IBRAHIM - AK NANGKHON
YUSWAISAR - PRATAPOL
ADAM CORRIE LEE - PROPCHAI
SALLEHUDDIN ABU BAKAR - SUKCHAI
ZULKARNAIN ZAKARIA - SOMPON PULAPOL
YANG KASSIM - JURULATIH SIAM
Pelakon Undangan
SABRI YUNIS - HJ HASBULLAH AWANG
SATHIA - MAMAK
JOHAN ABDULLAH - MR WILSON
YUSMAN GHAZALI - MR. YAKUZA
ZAZALI MAJID - DALI
Pelakon Kanak-kanak
MUHAMMAD HARITH JUREY - RAJA LIBAS JR
pelakon² utama Libas... =)
Tenaga Produksi Libas::
PENERBIT - MOHAMED AZLAN GHAZALI & ROSDI MAT YUSOF
PENERBIT EKSEKUTIF - JUREY LATIFF ROSLI
PENERBIT PENYELARAS - AL FATTAH MOHAMAD
ARAHAN/KONSEP/IDEA - JUREY LATIFF ROSLI
SKRIP - MARTIAS MOHD ALI
OLAHAN SKRIP - ASMAT SULAIMAN
PENGURUS PENTADBIRAN - NORNAIMAH NORASIT & ROZANA JAHIDIN
TERBITAN - MEDIA DISTRIBUTION ADVERTISING GROUP
(MDAG SDN BHD)
Production Team::
PENGARAH - JUREY LATIF ROSLI
PENOLONG PENGARAH 1 - ASMAT JUHAN SULAIMAN
PENOLONG PENGARAH 2 - SHAHARUL ARIFFIN
PENGURUS PRODUKSI - MISNIN MOHD EHSAN
PENOLONG PM - W.NORHILA W. SULAIMAN
KONTINUITI - SUHAIZA ABDUL AZIZ
PENGARAH SENI - AZWAN IBRAHIM
PEN. PENGARAH SENI - MAZALAN ZULKIFLI
PROPMASTER - MOHD AZLI IBRAHIM
PROPMAN - MOHD AL HAFIZ BIN AZLIM, HALIL HUSAIRI, KELIWOON & HAFAZI CHE ROSE
JURUSOLEK & PAKAIAN - MAIZURAH KAMARUDIN
PEN. JURUSOLEK 1 - FAZREE AZRIN SHAH @ DIDDY
PEN. JURUSOLEK 2 - AZMI MOHD MOKHTAR
PEN. PAKAIAN - M.REDZUAN MUSTAFA ALUDIN
PEMBANTU AM 1 - AHMAD SHAMSUDIN BIN HUSSIEN
PEMBANTU AM 2 - RAJA MOHD SALLEH BIN RAJA HAMZAH
JURUGEGAS 1 - MOHD AIZAD BIN MOHD ROSLI
JURUGEGAS 2 - MOHD FADLULLAH BIN MOHD TERMIZI
JURUGEGAS 3 - AZIZI JAAFAR
PELATIH UNISEL - RAFIQ EMIR MISWAN, WAN SYAFIQAH & HAZIRAH WAN OMAR
PELATIH UITM - SHAFIEQ HASHIM
Technical Department::
DOP/CAMERAMAN - MOHD SHAUFE BIN A.WAHID
1ST ASSISTANT CAMERAMAN - AZLAN T.H BIN SAAT
2ND ASSISTANT CAMERAMAN - AZNAN BIN ISHAK
GAFFER - MOHAMMAD SAAT BIN ADBUL HAMID
BEST BOY GAFFER - EZAMI RAZALIN
SPARK - MOHD HUSHIN BIN YUSOF
KEY GRIP - MOHD FAIZAL BIN MOHD ALI
BEST BOY GRIP - AMIRUDIN BIN SHAN
GRIP - MOHD YUNUS BIN MD NAPIAH
GENERATOR - BATUMALAI A/L L.RAMASAMY
LIGHTING TRUCK - MOHAMMAD RIDZUAN BIN OSMAN
Sound Department::
LOCATION SOUND RECORDIST - MOHD ZEID BIN YUSOFF
BOOM OPERATOR - MOHD ZULFIKAR BIN KAMARUL ZAMAN
ASSISTANT / RECORDIST - AHMAD AFIQ BIN MOHD SALLEH
ASSISTANT / CLAPPER - KHAIRUL AZAHARUDDIN BIN ARIFFIN
Post-Production::
OFFLINE EDITOR - AFFANDI JAMALUDDIN
(MIRAGE POST SDN BHD)
ONLINE EDITOR - SIAM FILM DEVELOPMENT Co.,Ltd
Audio Post-Production::
SOUND DESIGNER - NURZAIDI ABD RAHMAN
(GEMERZIK MUSIC & SOUND WORKS SDN BHD)
FOLEY - MOHAMAD NAPI DOLLAH
Making of Libas::
DIRECTOR - AL FATTAH MOHAMAD
EDITOR - MD NOR AZREIN
Syabas kepada penulis skrip encik Martias Mohd Ali...asben kepada kak Mak Dara dari
Bicara Mak Dara...tak kering gusi dengar skrip² yang diucapkan setiap pelakon...serius best skrip yang abang Martias buat...it's an honoured tau jumpa penulis skrip...kut la dapat berkat sikit kat anak aku sok dia dah besar jadi penulis skrip jugakkkk...muehehehe~ =P
Overall aku bagi 8/10 bintang...
banyak kannnn bintang aku bagi?? tu maksudnya filem ni memang best!! tak rugi pun tengok...ajak la sedara mara, jiran tetangga sekali tau! suruh dorang baca preview ai nih...ngahahaha~ v(^___^)
p/s:: abang ipar dah bersuara jangan tengok wayang selalu...haha padahal Isnin depan ada lagi dapat tiket free...adeh~ kena pass je lah kat orang lain =)
Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!