Showing posts with label Papparazzi. Show all posts
Showing posts with label Papparazzi. Show all posts

Apr 24, 2013

Terima Kasih Prudential~!

Assalamualaikum...

Entry ni aku buat bukan lah untuk riak...tapi sekadar berkongsi dan bagi kesedaran jugak kat korang....aku yakin ramai lagi yang tak beli insuran....baik untuk diri sendiri atau untuk anak²....kan??  :)

Dulu aku pun takde kesedaran pasal insuran² ni....and sejak aku tengah sarat peknen tahun lepas, macam² pulak kes bebudak masuk sepital orang share kat FB aku....eh, aku tak mintak pun anak aku sakit....tak pernah berdoa atau terfikir nak masukkan anak dalam sepital....gila ke doa bagi anak sakit?? nauzubillah~  cuma aku yakin, 'sediakan payung sebelum hujan' itu lebih baik....   :)



Sebelum Zafirah lahir lagi aku dah beli insuran untuk dia....dah alang² aku pun baru nak beli insuran, so aku mintak agen aku bukak akaun anak aku sekali....aku amek insuran biasa je...bukan takaful....dah agen aku suggest gitu....aku follow je lerr...janji insuran....ngeh³~

Insuran untuk anak ni amek sekali dengan simpanan pendidikan...sok dia dah besar tak payah pinjam ptptipu...keluar je duit insuran bayar yuran kolej/U....giteww~  :)

Lepas setahun aku amek insuran, ditakdirkan Zafirah jatuh sakit...terpaksa masuk sepital...rata² agen insuran suggest pi KPJ...so kpj terdekat dengan kitorang is Kajang...bukan agen insuran je suggest pi kpj...doktor kat klinik panel pun suggest pi kpj....haha~

"kalau ada insuran pi kpj je terus...tak payah tunggu sepital gomen, klinik² panel...guna je insuran tu pi kpj..."

lebih kurang gitu lah ayat doktor klinik panel yang kitorang jumpa....aku yakin doktor tu pun amek insuran....ngee~

Kalau nak claim insuran, kita kena masuk wad....kalau takat check² biasa tu insuran tak cover....well, bukan Prudential lah...tak tau lah kalau ada insuran yang cover untuk pi klinik check biasa tu....aku tak amek insuran untuk klinik sebab dak encem dah ada panel UPM....bazir je amek insuran yang tak perlu....so masa korang nak beli insuran, beli pakej yang perlu je....yang tak perlu tak payah beli...bazir! tapi kpj BUKAN panel upm...sebab tu kena jugak guna insuran...  :)



5 hari 4 malam Zafirah duk dalam wad....doktor yang merawat Zafirah, doktor PAKAR kanak²....untuk check mata pun dia pi hantar ke doktor pakar jugak...doktor pakar mata lah....semua nak pakar²....mama papa pun tumpang consultation doktor pakar tu....abeh dah mama papa pun berjangkit dengan Zafirah nak buek camno....

Pastu ada x-ray, physio bagai, amek darah segala...eh semua tu ada charge tau....ada member aku cakap, kalau guna insuran memang dorang lagi tekan² harga....wallahualam...yang penting bukan aku yang membayar! muahahaha~

oh lupa nak cerita....walaupun guna insuran, kita kena bayar deposit....deposit ni depends pada sepital...macam kpj Kajang dorang mintak deposit RM500....then daripada total bil tah macam mana dorang kira aku tak paham sangat, samada kita kena tambah lagi duit atau dorang pulangkan balik balance daripada deposit RM500 tu....

Macam kes Zafirah, kitorang dah bayar deposit RM500 masa admit...bila discharge, kena tambah lagi RM144.40...so total kitorang kena bayar kat sepital is RM644.40...dorang cakap insuran tak cover amount tu....yang tu memang aku tak paham....kena berguru dengan agen aku dulu...huhuhu~

Ada sorang nurse ni cerita, dia punya pakej tak payah bayar deposit apa² pun...lepas tu elaun harian pun dapat tinggi...dia kata dia amek insuran biasa jugak...Prudential....yang tu pun aku kena tanya balik agen aku apesal nurse tu boleh dapat pakej lain pulak kan....haha~  masa beli insuran taknak paham kan betul²....padan la muka aku kan....huihuihui~   bukan saja² taknak paham...sebab aku tak terfikir langsung Zafirah akan masuk sepital...aku amek insuran pun lebih pada untuk saving di masa hadapan...sekali ditakdirkan Zafirah betul² masuk sepital...memang serabut otak aku....iskk~  -.-'



Aku tak menyesal amek insuran...aku bersyukur sebab kesedaran tu datang awal....kalau tengok pada bil, apa yang aku dah bayar tiap bulan selama setahun ni tak sampai pun amount 5k tu...untung kan amek insuran?? hihi~

Zafirah is a happy baby yaw! terima kasih Prudential sebab tolong bayarkan bil sepital yang super mahal tu....kalau self-pay memang tak mampu sangat! ye memang boleh pi sepital gomen...tapi kita nak kan keselesaan...dan paling utama, savings untuk pendidikan anak di masa hadapan....ai is tak reti menyimpan...selagi ada duit dalam bank selagi tu ai akan guna untuk shopping....sebab tu aku buat direct debit je...means tiap² bulan insuran potong terus duit dari akaun....aku tak nampak pun duit tu keluar...sama macam aku bayar ptptipu....potong gaji....nak harap bayar sendiri memang liattttttt!! hahaha~

Nasihat aku, sila lah amek insuran....kalau boleh pilihlah agen yang buat FULL TIME...bukan part time...sebab kualiti service lebih terjamin....tu pendapat aku lah....

oke tu je nak cerita....

bye!  v(^__^)







p/s:  ni bukan entry iklan....dan aku BUKAN agen insuran~   (^^,)


Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 19, 2012

Alahai Papa~















p/s::  Sesi mengemas rumah sendiri...Alhamdulillah ada jugak orang nak menyewa rumah kami nih...dia nak masuk cepat pulak tuh...pulun laaa nak angkut barang-barang keluar...huhu kalau Zafirah dah besar boleh gak tolong..err  =.=





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 15, 2011

Preview Filem LIBAS


Malam tadi kitorang laki bini dapat lagi tiket wayang free...kehkehkeh~  kali ni premier screening untuk filem terbaru yang bakal memecah panggung pada 29 September 2011 nanti...iaitu filem Libas! eh kitorang yang kategori bloggers and media siap dapat CD khas untuk tulis preview ni tahu?? ngaaa so aku tak payah susah payah search kat Google..guna je gambar² and segala info yang ada dalam cd...phewww~  ^__^



Sinopsis Libas::

Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti. Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah Negara? Nantikan kesudahannya...








Masa mula² aku tengok trailer kan, rasa macam, "ek eleh poyo gilerr cite nak sama macam shaolin soccer...lepas tu teknik CGI macam over la pulokkkk...nampak sangat nipunyeeee..."


aaa macam tu sekali tau komen aku...masa masuk wayang pun siap terfikir nak tidur sebab teringat trailer yang kurang menarik tu...=.=



Tapi bila dah tengok movie ni rasa best pulak...rasa macam trailer tu menipu je...haha mata ni pun tak rasa mengantuk tau...wahhh ajaib! hahaha~  serius weiii! aku bagitau ni sebab biasanya kita akan menilai sesuatu filem berdasarkan trailer kan?? tapi tu lah yang aku nampak...trailer macam tak nampak sangat motif keseluruhan filem ni...anak aku dalam prot ni pun ligat berpusing²  (^__^)




Kalau ada orang komen filem ni tiru shaolin soccer...bagi aku, so what?? pembikinan filem ni memang macam shaolin soccer...tapi jalan cerita tak sama pun...lagipun filem ni melibatkan sukan tanah air...berapa banyak lah sangat negara dalam dunia ni yang ada game takraw... ?? alahh kalau negara lain buat gini bukan main kome puji...asal Malaysia buat je semua nampak tak best...hehhh susah la macam tu... =)




Nak kata effect CGI yang melampau sangat pun tak jugak...semua effect CGI dalam filem ni selari dengan jalan cerita...bak kata Rosyam Nor, "saya nampak hebat gila main takraw dalam filem ni...padahal saya bukan reti sangat main takraw..."


haaaa macam tu sekali tau effect CGI dalam filem ni...bayangkan Scha Alyahya pun nampak gempak gila duk libas² bola takraw...pfftttt~  ^___^




Johan sebagai penyeri filem Libas...bukan lah dia sorang je penyeri...maksud aku watak dia yang sengal² ubi tu memang penyeri laaa..bukan takat dalam filem je...time conference pun dia boleh buat lawak...haha ai loike! pssttt:: bini dia lawa kaooo! pompuan lawa memang suka laki yang sengal tau..eh!  v(^___^)"





Bagi aku kekuatan filem ni sebab ada Rosyam Nor sebagai hero...nama besar kut Rosyam Nor nih...dia memang hebat la berlakon...kalau tak hebat takkan boleh menang banyak kali anugerah pelakon lelaki terbaik kan?? huhu~  cuma kali ni watak yang dibawa agak ringan lah...sebab filem ni ada komedi...jiwang² ni nan ado! kalau ada pun macam tak perasan sangat sebab sikit je scene jiwang...aku suka filem macam ni...kalau nak lebihkan scene jiwang baik buat filem cinta terus! tak payah la aksi² segala nih...serabut je...ye dak??  =)




Senarai Pelakon Libas::


Pelakon Utama

ROSYAM NOR - RAJA LIBAS
SCHA AL-YAHYA - RATNA
JOHAN RAJA LAWAK - HAMADI
BEEGO - MEGAT
FADZLY KAMARULZAMAN - KUMOK
MOHD RAZIB SALIMIN - JURULATIH MALAYSIA


Pelakon Pembantu

MOHD ZABRI IBRAHIM - AK NANGKHON
YUSWAISAR - PRATAPOL
ADAM CORRIE LEE - PROPCHAI
SALLEHUDDIN ABU BAKAR - SUKCHAI
ZULKARNAIN ZAKARIA - SOMPON PULAPOL
YANG KASSIM - JURULATIH SIAM


Pelakon Undangan

SABRI YUNIS - HJ HASBULLAH AWANG
SATHIA - MAMAK
JOHAN ABDULLAH - MR WILSON
YUSMAN GHAZALI - MR. YAKUZA
ZAZALI MAJID - DALI


Pelakon Kanak-kanak

MUHAMMAD HARITH JUREY - RAJA LIBAS JR



pelakon² utama Libas... =)




Tenaga Produksi Libas::

PENERBIT - MOHAMED AZLAN GHAZALI & ROSDI MAT YUSOF
PENERBIT EKSEKUTIF - JUREY LATIFF ROSLI
PENERBIT PENYELARAS - AL FATTAH MOHAMAD
ARAHAN/KONSEP/IDEA - JUREY LATIFF ROSLI
SKRIP - MARTIAS MOHD ALI
OLAHAN SKRIP - ASMAT SULAIMAN
PENGURUS PENTADBIRAN - NORNAIMAH NORASIT & ROZANA JAHIDIN
TERBITAN - MEDIA DISTRIBUTION ADVERTISING GROUP
(MDAG SDN BHD)


Production Team::

PENGARAH - JUREY LATIF ROSLI
PENOLONG PENGARAH 1 - ASMAT JUHAN SULAIMAN
PENOLONG PENGARAH 2 - SHAHARUL ARIFFIN
PENGURUS PRODUKSI - MISNIN MOHD EHSAN
PENOLONG PM - W.NORHILA W. SULAIMAN
KONTINUITI - SUHAIZA ABDUL AZIZ
PENGARAH SENI - AZWAN IBRAHIM
PEN. PENGARAH SENI - MAZALAN ZULKIFLI
PROPMASTER - MOHD AZLI IBRAHIM
PROPMAN - MOHD AL HAFIZ BIN AZLIM, HALIL HUSAIRI, KELIWOON & HAFAZI CHE ROSE
JURUSOLEK & PAKAIAN - MAIZURAH KAMARUDIN
PEN. JURUSOLEK 1 - FAZREE AZRIN SHAH @ DIDDY
PEN. JURUSOLEK 2 - AZMI MOHD MOKHTAR
PEN. PAKAIAN - M.REDZUAN MUSTAFA ALUDIN
PEMBANTU AM 1 - AHMAD SHAMSUDIN BIN HUSSIEN
PEMBANTU AM 2 - RAJA MOHD SALLEH BIN RAJA HAMZAH
JURUGEGAS 1 - MOHD AIZAD BIN MOHD ROSLI
JURUGEGAS 2 - MOHD FADLULLAH BIN MOHD TERMIZI
JURUGEGAS 3 - AZIZI JAAFAR
PELATIH UNISEL - RAFIQ EMIR MISWAN, WAN SYAFIQAH & HAZIRAH WAN OMAR
PELATIH UITM - SHAFIEQ HASHIM


Technical Department::

DOP/CAMERAMAN - MOHD SHAUFE BIN A.WAHID
1ST ASSISTANT CAMERAMAN - AZLAN T.H BIN SAAT
2ND ASSISTANT CAMERAMAN - AZNAN BIN ISHAK
GAFFER - MOHAMMAD SAAT BIN ADBUL HAMID
BEST BOY GAFFER - EZAMI RAZALIN
SPARK - MOHD HUSHIN BIN YUSOF
KEY GRIP - MOHD FAIZAL BIN MOHD ALI
BEST BOY GRIP - AMIRUDIN BIN SHAN
GRIP - MOHD YUNUS BIN MD NAPIAH
GENERATOR - BATUMALAI A/L L.RAMASAMY
LIGHTING TRUCK - MOHAMMAD RIDZUAN BIN OSMAN


Sound Department::

LOCATION SOUND RECORDIST - MOHD ZEID BIN YUSOFF
BOOM OPERATOR - MOHD ZULFIKAR BIN KAMARUL ZAMAN
ASSISTANT / RECORDIST - AHMAD AFIQ BIN MOHD SALLEH
ASSISTANT / CLAPPER - KHAIRUL AZAHARUDDIN BIN ARIFFIN


Post-Production::

OFFLINE EDITOR - AFFANDI JAMALUDDIN
(MIRAGE POST SDN BHD)
ONLINE EDITOR - SIAM FILM DEVELOPMENT Co.,Ltd


Audio Post-Production::

SOUND DESIGNER - NURZAIDI ABD RAHMAN
(GEMERZIK MUSIC & SOUND WORKS SDN BHD)
FOLEY - MOHAMAD NAPI DOLLAH


Making of Libas::

DIRECTOR - AL FATTAH MOHAMAD
EDITOR - MD NOR AZREIN




Syabas kepada penulis skrip encik Martias Mohd Ali...asben kepada kak Mak Dara dari Bicara Mak Dara...tak kering gusi dengar skrip² yang diucapkan setiap pelakon...serius best skrip yang abang Martias buat...it's an honoured tau jumpa penulis skrip...kut la dapat berkat sikit kat anak aku sok dia dah besar jadi penulis skrip jugakkkk...muehehehe~  =P




Overall aku bagi 8/10 bintang...

banyak kannnn bintang aku bagi?? tu maksudnya filem ni memang best!! tak rugi pun tengok...ajak la sedara mara, jiran tetangga sekali tau! suruh dorang baca preview ai nih...ngahahaha~  v(^___^)









p/s::  abang ipar dah bersuara jangan tengok wayang selalu...haha padahal Isnin depan ada lagi dapat tiket free...adeh~  kena pass je lah kat orang lain   =)





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jul 16, 2011

Kagum lah Dengan Aizat~

Masa aku pergi Digi wwwow Award hari tu, bukan setakat penyampaian hadiah je ada...siap performance bagai...yang paling aku suka ialah performance from Aizat!! weehuu~  bila dia keluar je stage kan, dak encem dan cik epal adalah orang paling TERpsiko melihat tubuh badan Aizat yang super duper kurus...




Ini dikira super duper kurus lah kan...sebab dulu mamat ni kan gemok..bukan berisi ye, tapi gemokkk!!! sebab tu lah dak encem dan cik epal macam terkesima melihat Aizat...kehkehkehkeh~  aku?? dah lama aku tau dia kurus...lalalalala~  v(^___^)"







Ini lagu Sungai Lui yang aku rekod guna henpon Nokia 3310 cap unta *baca boleh, percaya jangan*...oh sila abaikan suara² latar yang ada...huhuhu~  serius best lagu ni...dah la dia terer main gitar, bila nyanyi live pun sedapppppp!! perghhh ilmu apa yang kau pakai Aizat?? jatoh cinta aku dengar nyanyianmu..ecewahh~  =P


Apa-apa pun aku suka tengok Aizat perform...cukup² lah kuruskan badan kau tu ye...kering sangat pun tak lawa (macam cakap kat diri sendiri) =.=


eh tu je aku nak update...haha hari ni busy attend kenduri...okbai! ^_^

Jun 26, 2011

Pra-Tonton "Sekali Lagi" Bersama Metrowealth | Cinta Itu Milik Kita



Ingat tak entry aku pasal game Lisa Surihani?? well cousin aku yang super duper busy, workaholic tahap dewa ni boleh pulak dapat highest score main game tu...aku main banyak kali pun tak dapat highest score...grrr~  =.=


Bila dah dapat highest score, dah tentulah ada hadiah...hadiah dia macam status kat atas ni lah...kazen aku ni tak dapat pergi sebab prents dia sakit...nasib la aku cepat perasan status dia ni...lajuuuuu je reply cakap "NAKKKKKK!!!!"  hahaha eksaited kaoo nak jumpa artis punya pasal!! phewww~  =P




bersama Cik Epal


oke untuk ke sekian kalinya aku dapat tiket wayang free...pffttt~  *ayat nak bagi jeles*  kali ni BUKAN dari Nuffnang ye...tapi dari Sofy...dari game Lisa Surihani tuh...ada je dari agensi lain tapi aku tak ingat!! hahahaha eksaited punya pasal~  =P





Masa sampai ni masyaAllah ramainyaaaaaa orang!! macam semut jumpa gula!! susah nak bergambar dengan artis² tahu?? berebut²~  =.=




bersama David Teo...oh beliau sangat humble...





Wayang start pukul 9pm...dah la free seating, bila dapat masuk je memang berebut tahap dewa macam kanak² sekolah nak masuk kelas lepas waktu rehat...hihi~  kitorang duduk kat Hall 5...masuk² je tengok setiap seat dah siap terletak air dan pop-corn...perghhhh...kalau tahu dapat air + makanan free tak payah la kitorang beli...ceh~  =.=





Bront Palare, yanamib, Din, Farid Kamil dan Cik Epal...


Lepas habis wayang, tunggu dalam sejam baru dapat jumpa artis² lain hokay! dorang ada conference dengan media lah pulakkkk...grrr~   oh kalau korang nak tahu, Farid Kamil ni tinggiiiiiiii orangnya! kalah lah dak encem ai tu tahu?? tapi dia tak berlakon pun dalam cerita ni ye...maybe dia dijemput untuk bagi support kat member² kut...ada je lagi artis² lain yang datang, tapi aku tak amek lah gambar dorang..hihi~   ^_^





bersama Lisa Surihani...muka Cik Epal terpaksa di crop...semakkkk! hahahahaha~  eh eh! Yusry pun ada sekali tau masa ni...auwww~  tapi kitorang tak bergambar dengan dia sebab dia nak balik cepat...balik together-gether dengan Lisa yu...wewiitttttttt~  haishh cepat lah naik pelamin Yusry dan Lisa oiiiiii~  ^_^



Untuk review filem ni sila baca entry Ujang...aku malas nak taip *aci tak macam tu?*  yang pasti, aku menangis masa tengok filem ni...noktah! (-_-")


Filem ni sebenarnya ada kelakar dan sedih...tapi part sedih tu memang sangat terkesan di jiwa ai yang sangat lemah lembut dan romantis ini...tsk tsk~


NAH!! saksikan trailer filem Sekali Lagi...komen aku, adik Mia sangat comel...tu je~ ^_^








8 / 10 bintang dari aku~   ^_^


Sep 7, 2010

Janganlah Malas Pasang Lampu Kereta Bila Waktu Hujan



Semalam hujan dari pagi sampai ke petang...bukan lah berterusan, tapi cukuplah untuk jadikan cuaca sangat sejuk sampai jadi sangat liat untuk bangun pagi tadi...sedap weh berselubung dalam selimut...ffuuhh nikmat tidur...huhuhuhu~

Gambar tu aku ambil masa on the way nak balik rumah...hujan renyai² tapi cuaca memang mendung...*kalau polis nampak aku snap snap gambar time driving tah berapa la saman dia nak bagi kan...hehehehe~  =P*

Apa yang cuba aku sampaikan di sini ialah, ramai pemandu yang MALAS untuk pasang lampu ketika waktu hujan...oke mungkin akan ada yang bebal akan cakap, "nak buat apa pasang lampu, saya nampak je jalan..."


eh HELLOOOOOO!! ko ingat tujuan lampu kereta tu untuk bagi ko sorang je ke nampak jalan???  meh sini cikgu yanamib jelaskan especially pada yang tidak tahu fungsi lampu dipasang ketika hujan...mana tau baru dapat lesen, cikgu kat driving school tak pernah jelaskan....hurm hum.... >_<

Bila time hujan, cuaca adalah mendung dan agak gelap ye anak-anak...air hujan yang turun juga menyebabkan penglihatan agak terhad...tak boleh nampak dalam jarak yang jauh....jadi WAJIB lah pasang lampu, bukan semata² untuk pemandu tu sendiri nampak jalan...tapi nak bagi pemandu² lain nampak kereta kamu!! faham anak murid sekalian??!!






Cuba teliti gambar kat atas...nampak tak perbezaan kereta yang pasang lampu dengan tak pasang lampu (bulatan merah)??  ofkos la yang tak pasang lampu tu nampak blurrr je dari jauh...lepas tu bila eksiden salahkan orang lain...sengal!! -____-'

Aku selau jumpa pemandu² selfish macam ni...kalau kereta tu kat depan oke lagi...kadang² bila nak tukar lane, tengok side mirror clear, tiba² dengar bunyi hon...apakah?!! nasib la aku ni jenis pemandu yang cool lagi macho...bila tukar lane slow and steady...kalau aku main terjah je masuk lane tu dah berlanggar pulak walaupun hakikatnya bukan salah aku, boleh tuntut claim kat orang tadi, tapi sayang la kereta aku kemek...tak hensem dah, segan nak bawak jalan²  T___T

Jadi pada kamu kamu yang ada kereta, TOLONGLAH pasang lampu ketika hujan...raya nak dekat ni... mesti ramai yang balik kampung...kat highway tu speed limit 110km/hr tapi korang tekan minyak sampai 140km/hr  *aku pun sama..ngee~*   

So kalau taknak terjadinya eksiden PASANGlah LAMPU ketika hujan!!! tak rugi apa pun kan pasang lampu tu...tak luak pun bateri kereta korang tu oke!!





Sekian~







P/S:: terasa macam buat pesanan khidmat masyarakat....hehe  ^_^



Sep 1, 2010

Typo....Sesiapa Pun Boleh Mengalaminya




err korang rasa apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh pekerja tu?? huhuhu~    oh gambar ni aku ambil masa buat site inspection hari tu....^_^

'Kontol' = control.....atau jika dieja dalam bahasa melayu akan jadi, 'kontrol'.....erm biasanya bila berdepan dengan pekerja buruh yang rata² memang buta huruf, dalam otak kita cuma akan fikir, "dorang ni tak reti eja kut..."   ish tak baik tak baik...bulan² puasa ni kena sentiasa berfikiran positif...mungkin dia terlupa nak letak huruf 'r'....typo/typing error...oke la tu kan, janji dorang faham...sebab dorang yang buat kerja...tee hee~ 

Alah korang pun mesti pernah buat...kalau time berchatting ke kan, bila tangan laju nak taip atau sambil menaip otak duk pikir ke lain, mesti jadi typo...lepas tu malu sendiri...kan....kan.....kan... ngaku je la wehhh...bwahahahaha~   Cuma kalau blogging mungkin boleh cover sebab boleh edit²...lalalala~  =P

Meh aku tunjuk versi² typo, dak encem ai semangat print scrin letak kat facebook lagi kaooo...aku pulak upload kat sini untuk tatapan umum...ngee~ 






 ::  'biak'....?? atau 'baik'?? kuang...kuang...kuang.. :: 




::  'tume'....??  atau 'time'...??  huahuahua...  ::




Cukup lah dua ni je aku share....kalau si typo ni baca entry aku mamtik aku jadi daging salai untuk juadah berbuka beramai²....miahahaha~  *lalalalalarikkksss~*  \/(^_^)











P/S::   Esok pergi buat site inspection lagi...kali ni wakil dari Bomba pun ada...hurm...terpaksa berkorban tekak menahan dahaga, tabahkan hati tahan dugaan bila ternampak pekerja² buruh minum air sirap ais..pehhh mengancam kaler merah tu kaooo   -_______-'


Mar 21, 2010

Masalah Dalaman Sentiasa Ada di Mana-mana


Bila ada kisah-kisah yang hot and spicy yang boleh mengundang kontroversi haruslah ditaip during weekend sebab difahamkan tak ramai yang online on weekend....yeke??ish3..sangat mengharap ni (~_~)




Pada entry aku yang menceritakan kisah tragis dan sadis dan sangat kontroversi especially to my office mate lah pasal aku eksiden tu kan (sila klik di SINI)....memang ada one of my office mate yang baca. Kalau takat baca je aku tak kisah, tapi siap mintak entry tu di'PRINT' nak report kat bos gamaknya. Tapi takde orang yang sanggup print sebab macam no point...So entah apa dia pergi bawa mulut kat bos and manager aku sampai aku ni dicop "orang yang tak reti jaga maruah orang lain" *sigh*. Sangat terkezut oke bila dapat tahu. Memang nampak sangat hamba Allah sorang ni takde keje lain yang lebih menarik nak dibuat dalam hidup dia *sigh again*.




Dalam entry itu juga aku ada memarahi manager dan bos aku. Kat sini aku nak jelaskan, aku marah sebab nyawa aku terancam semasa eksiden. Kalau aku mati company nak tanggungjawab ke uruskan jenazah aku??ke nak roh aku kacau semua staff sampai 7 keturunan??!!
Even orang-orang POLITIK pun menggunakan blog atau forum untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka kan...so apa bezanya aku???



Dan setahu aku tak pernah lagi aku bercerita tentang company tempat aku bekerja kat blog aku ni. Nama company pun aku tak pernah letak. So ofkos la orang takkan tahu siapa manager and bos aku kannnn...abes yang ko nak kecoh sangat tu pehallll??!! grrrrrrrrr~



Rasanya takde pula ayat aku memaki hamun orang. Aku cuma meluahkan rasa marah. Korang kalau ada anak atau adek beradek korang sendiri la kan, apa korang akan rasa bila tengok diorang tu eksiden dengan sangat dahsyat semasa menjalankan tugas?? RISAU??MARAH???SEDIH???TAKUT??? 



Mesti semua perasaan ada kannnnn....Tapi parents aku takde pula nak datang serang2 bos ke, manager ke apa sedangkan aku eksiden adalah disebabkan tayar tu dah botak. Kalau kitorang dapat duit awal, dapat tukar tayar awal mungkin takkan jadi eksiden tu..Tapi ada ke aku jaja cerita tu kat semua orang, KOSMO ke, TV3 ke??ada ke HUH??!! Tapi kenapa hamba Allah tu macam dengki sangat dengan aku maybe sebab aku jauh lebih cantik dari dia sampai kasi pressure kat aku suruh aku 'blah' cepat dari company tu.




Lagi satu aku nak minta maaf sekiranya ayat yang aku tulis agak kasar dan telah menyinggung hati yang berkenaan...bak kata orang tua2 siapa makan cili dia terasa pedasnya. So memang ada yang sudah terasa pedas...terima kasih kerana mengaku...huhuhu~





Aku telah dipanggil berbincang dengan manager aku face to face, 4 mata...walaupun dia pakai spek mata so jadi 6 mata...oke nonsense! (-_-")  hanya kerana entry aku yang hot and spicy tu! Dan daripada perbincangan itulah aku tahu memang ada duri dalam daging. Manager aku agak professional. Cara dia handle masalah dan berdepan dengan pekerja kejam macam aku ni pun sangat professional. Aku sangat menghormati cara dia menangani masalah. Terima Kasih en Z atas teguran dan nasihat anda....





Aku ni cuma budak hingusan je yang baru nak kenal dunia. Banyak benda yang perlu aku pelajari dan fahami. Jadi tolonglah beri tunjuk ajar. Sudah tentu aku akan buat silap dan mungkin kesilapan aku tu terlalu nonsense sehinggakan aku terasa seperti nak terbang pergi England je untuk menenangkan fikiran...(-_-")  Tapi tak perlu kut nak tegur dengan cara yang sangat keji macam kutuk belakang² ke, pergi gosip2 kat orang lain (macam mami jarum) sedangkan benda yang digosipkan adalah benda2 yang tidak benar sama sekali...hurmmm..macam ni agaknya perasaan artis2 yang digosip bukan2...mungkin tak lama lagi aku akan jadi artis kut...hek3...aminn (^_^)





Aku cuma tak puas hati je dengan hamba Allah yang busuk hati...kita sesama melayu seIslam weyyy..apa yang anda dapat dengan menjatuhkan saya???kalau saya berhenti kerja pun apa yang anda dapat???kepuasan hati??manusia tak pernah puas weyyyy!! hurmm...mungkin hari ni adalah hari anda menjatuhkan orang, mungkin akan datang hari anda pula akan jatuh. Ingatlah Allah tu Maha Adil, dia mendengar setiap doa hambaNya dan doa orang teraniaya itu mudah dimakbulkan..err aku ni kira golongan teraniaya ke??ehem2 (^_^)


Selingan-- Korang rasa orang yang kahwin lambat ni (especially pompuan) memang ada masalah jiwa ke?? jiwa kacau atau ringkasannya JK...huahuahuahua~ \/(^_^)





Sekarang ni aku redha dengan masalah yang menimpa. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Mungkin aku akan jadi lebih kuat dan lebih matang lepas ni. Cuma perlu yakin pada yang SATU (Allah) dan yakin dengan pertolonganNya.



Selingan lagi-- sepatutnya orang yang dah pergi ke Mekah tunaikan Haji hati mereka sepatutnya lebih baik, lebih bersih kan??hmm....


Lagi dengan selingan-- tak salah kut merendah diri dan ngaku salah walaupun pangkat kita manager...kalau bodoh sombong lagiiii orang mencik! hilang respek hokay!! haktuihh~  @_@



Feb 16, 2010

Bila kawan menjadi L.A.W.A.N

Musim perayaan ni mesti ramai yang cuti..Selalunya bila cuti tak ramai yang online..Jadi tiada masalah kut kalau aku nak post entry yang hot and spicy sebab confirm tak ramai yang baca..hahaha...boleh tak camtu? ngee~

Kalau musim perayaan mestilah akan ada cuti umum..Tapi buruh paksaan macam aku ni tiada cuti. Waktu bekerja aku 24 jam, 7 hari seminggu..Gaji dalam rm300 je sebulan...silalah kasihani aku...sob3~ T__T

Bila dah bekerja terlalu lama, badan pun jadi letih. Bila badan letih, mata pun mesti ikut letih. Jadi bila mata sudah letih...apa kita nak buat??? ofkos la kita tido...ish3~ soklan budak tadika je tu tak kan tak tahu...huhuhu~

Tapi paling TAK BEST bila kita sudah feel nak lena, sambil bermimpi putera katak yang bakal menjadi putera raja yang sangat hensem (macam jacob..awwww~), ada pula gangguan makhluk2 yang sangat kejam! Siapa makhluk2 itu???haaaaaa...itu lah orang2 yang kusangkakan kawan, tapi rupanya telah menconteng arang ke mukaku...In English we say, "they have drop my water face"  (-_-")


..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..








aaaaaaaaaaaaaaaaaaa...malu oke!! jadi untuk menjaga my water face, gambar terpaksa dikaburkan (tapi still jelas muka huduh aku time tido..huakakaka~). Oke fine...gelak lah! aku tak marah, tapi kalo korang duk depan aku kompem kena tendang...hiarrgghhh..dush2!!

Sampai hati korang amek gambar saya macam ni..sob3~ T_T  Kalo amek gambar rupa macam sleeping beauty oke gak...ish..camni la kawan...takmo lanje korang seafood...fadan muka..HUH! (~_~)

Ikutkan ati nak je aku publish gambar kawan2 aku yang telah drop my water face kt sini..semua ada gambar time tido oke..hahahaha..jadi lepas ni masing2 be extra careful bila nak tido dalam kete sebab papparazzi ada di mana2...tambah2 si Zam tuh ada DSLR..lobang idung pun nampak dengan jelas, terang dan nyata oke...huhuhu~




p/s: Clutch kete rosak la plak..Time2 cina raya ni kedai kompem aa tutop..adeh la..Tu la bos, sapa soh bli kete satu je...kalo sok kedai tak bukak gak, terpaksa cari kete sewa nak pergi Sempoerna (-_-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015