Showing posts with label Huda's Haven. Show all posts
Showing posts with label Huda's Haven. Show all posts

Feb 18, 2019

Short Vacay di Huda's Haven Sempena Cuti CNY

Assalamualaikum...


Masa cuti CNY hari tu, mak aku ajak gathering kat Huda's Haven. Sepatutnya adik aku balik Malaysia 1 Februari hari tu. Tapi terpaksa postponed sebab dia ada interview kerja 5hb. Motif pergi Huda's Haven ni pun sebenarnya nak bawak adik aku lerr dia request nak mandi sungai. Sekali dia tak dapat join halahh halahh. Takde rezeki. Kami lah tolong mandikan untuk dia. ehhh! πŸ˜


Ni kali ke-2 aku bercuti ke Huda's Haven. First time dulu family ayah aku buat family day kat situ. Ada aku buat entry pasal tu. Klik > Family Day Haji Omar 2015


Kali ni dorang ada villa baru. Tu yang mak aku nak pergi lagi sekali. Saja nak try stay kat villa baru. Kali ni gathering dengan family belah mak aku. Adik beradik mak and sepupu² rapat. Entry review tempat ni pun aku pernah buat. Jalan masuk macam mana, lalu mana semua aku ada cerita. Klik je mana² word 'Huda's Haven' dalam entry ni untuk baca review aku tu πŸ˜


Kitorang stay sini 1 malam je. Betul² hari raya cina tu, Selasa-Rabu. Selasa pagi tu kitorang gerak dari Bangi seawal mungkin. Perjalanan sejam lebih jugak. pfft! Aku rasa check-in time standard je dengan mana² resort, pukul 3pm gitu. And kalau datang awal, if ada bilik dah ready boleh je check-in awal. Memang masa kitorang sampai dalam pukul 11am lebih tu semua bilik yang kitorang booking dah siap dikemas. So boleh terus check-in yeyy!


 Ni lah villa baru tu. Atas sikit dari resort yang lama, kena masuk ke dalam and naik bukit sikit. Villa ni lagi dekat dengan sungai. Ada lebih 10 unit jugak rasanya. Boleh pilih nak unit tingkat ground or tingkat atas. 1 unit muat up to 4 pax:
🎈 1 queen bed
🎈 1 sofa bed (boleh request extra tilam)


 Sofa bed with extra tilam. Memang request awal² nak extra tilam. Aku share bilik dengan parents aku. Dorang tidur kat katil, aku anak beranak tidur area sofa bed. Alaa macam tidur kat living hall je. Ada tv jugak area sini. Ekon and kipas pun ada. Muat la tidur 5 beranak area ni πŸ˜


Cumanya waktu tengah hari ya Auloh panas leting wehh dalam villa. Udara kat luar lagi sejuk. lol~  Kalau amek unit tingkat bawah tak panas sangat. Ni kitorang amek unit tingkat atas. Dia takde siling, terus bumbung je. Panas bahang! Ekon tak rasa apa. haha~  So waktu tengah hari toksah la lepak bilik. Pi berendam dalam sungai ok πŸ‘Œ


 Cute je rak baju. Lengkap lah semua disediakan.


 Bahagian dapur. Pun lengkap! Korang nak masak² dalam ni pun boleh. Tapi dapur kena bawak portable dapur sendiri kot. Tak pun bawak pressure cooker, multicooker or rice cooker. Macam² dah gadjet dapur sekarang ye dak?


 Toilet. Sabun mandi and syampu disediakan. Tapi aku bawak je sabun mandi sendiri. Lagi best. hihi~


 Balkoni. Setiap bilik ada balkoni. Masa aku datang ni, ada jugak bilik yang belum ada lagi balkoninya. Well, memang baru sangat unit villa ni. Masih ada yang belum lengkap, construction still on going masa aku datang hari tu. Mungkin owner buat berperingkat.


More, aku suka dengan interior villa ni especially perabot² yang dorang guna. Bukan macam setengah resort, 'asal ada' perabot je. Kat sini mostly aku tengok owner guna barang² IKEA. Sofa bed, towel, pinggan mangkuk, blanket, eh banyak lah guna produk IKEA. Toilet pun jenis high quality and mahal. Bukan biashe biashe. Sampai ke toilet aku tengok kaoo. hahaha~   Baloi lah dengan harga per night. Pendapat aku lah ye.


 View dari balkoni bilik aku. Khemah tu dorang letak basikal and ATV. Free je main basikal kat sini. ATV tu je kena sewa tak silap. Tak pasti pulak. huhu~


Ada jugak unit yang ada indoor swimming pool. Puas la anak² berendam dari pagi sampai malam. haha~  Tu kazen² aku, sampai ke tengah malam berendam. Nak tidur baru naik. lol~


Video dari open swimming pool, ke private swimming pool.


 Kawasan parking yang luas. Villa yang aku duduk ada belah kanan tu.


 Ni pulak macam kantin. Betul² depan villa yang aku duduk. Kitorang makan ramai² kat sini. Selesa sangat! Sinki, sabun basuh pinggan, sabun basuh tangan, mesin Coway pun ada disediakan. Boleh amek air panas dan sejuk FREE FLOW! Terbaikkk! πŸ‘


Sepanjang stay resort ni kitorang tak amek pun pakej makanan. Semua bawak dari rumah and masak kat sana. Untuk first day, kitorang buat pot luck. Ada bawak nasi lemak, lauk², nasi putih semua lahh. Sampai resort tinggal ngapp je. Air pulak kitorang bawak 3 in 1 je. Dah kata air panas and sejuk free flow kan. Bancuh je lah. Nak air sejuk minum air mineral Coway. Tak bawak pulak kordial. Takpe lah. Healthy sikit minum air mineral. Tapi bila dah petang tu memasing cari air ais. kahkah! So kazen aku kot keluar pergi beli ais. Ke request kat ofis je? Entah la. Aku tau tiba² je ada ais kat situ. LOL~


Tapi kitorang bawak je alatan memasak macam portable dapur gas, pressure cooker, rice cooker. Untuk dinner mak aku buat maggie thailand. Beli kat Lazada. Mak aku memang gila membeli kat Lazada. Pokok pun dia beli online wakkk. Allahu~  Then kazen aku buat cekodok ikan bilis and bawang. Siap 2 versi. haha~


Tu toke Huda's Haven. Apa tah nama dia. Husband and wife duk run resort ni. Actually owner resort ni kawan ayah aku. Satu tempat belajar kat Liverpool dulu. Berani la dorang invest buat resort gini. Salute! πŸ‘


Sebelah kantin ada gazebo. Luas gak kawasan keliling kantin ni. Bebudak boleh main lari², main badminton. Anak² aku siap main nyorok². haha~  Kawasan ni memang hutan. Tapi aku bukan lah seorang yang superstitious so aku tak kisah anak² aku nak main apa² pun. Asal berpada dan tak rosakkan alam sekitar.


Ni part paling best. MANDI SUNGAI! OMG memang kitorang looking forward sangat aktiviti berendam dalam sungai. Musim panas wei. Air sungai tu tak rasa sejuk sangat tapi nyamannnn gilerr! Puas berendam tau. Hilang migrain! Sooo tiap kali migrain nak kena cari sungai ke camni ni?πŸ€”


Adik baby tu aku bagi jugak lah celup² kaki sikit. Alahh air sungai kan mengalir. Tak sama macam mandi swimming pool. InsyaAllah takde virus pelik² dalam sungai. Aku yakin benda² nature ni semua elok untuk kita. hihi~


Bukan bebudak je happy, tok nenek punnn happy! haha~  Eh tok nenek sedara aku pun ada jugak masa ni. Umur dah 84 tahun. Masih gagah mandi sungai. Allahu~  Dorang memang asal kampung, jenis berkebun, memburu semua tu. Tok sedara aku ada je lagi senapang untuk dia menembak ular. Ya tuhan meremang dengar cerita makcik² aku macam mana tokcik tangkap ular kat kebun dia. Adehh~  Tu yang badan taff sampai sekarang. pfft!


Nak dijadikan cerita lagi, aku terjatuh masa kali ke-2 nak turun sungai. Jatuh tergelincir sebab jalan dari villa tu turun bukit. Berbatu and berpasir. Licin. Aku jatuh sambil dukung baby oke. Dah macam kerang busuk. grr~  Nasib lah takde orang masa jatuh tu. Cik ponti je kot nampak aku jatuh. lol~  Lebam jugak la tangan aku. Masa jatuh tak rasa sakit. Hari ke-3 baru datang sakit² kaki, sakit badan. Macam mana nak jadi taff sampai umur 80an ni?? πŸ˜‘


Kalau taknak mandi sungai, boleh pergi open swimming pool. Tak tahu macam mana nak cerita lokasi dia. Korang tengok lah map. hahaha~  Ada 2 pool, untuk adults and kids. Untuk kids tu tinggi pinggang Zafran je. Tinggi Zafran 90cm. haa boleh bayang? πŸ˜


Hari esoknya tu, makcik² aku buat sandwich sardin. Mak aku buat nasi lemak, guna pressure cooker. Sambal semua panaskan balik yang hari sebelum tu. Dalam bilik kan ada microwave, haa senang panaskan je lauk² yang berlebih tu. Fridge pun ada untuk simpan lauk lebih so takde la basi. Memang saja masak sambal lebih. Letih la kalau nak menumis kat resort. Baik masak siap² kat rumah.


Kazen aku buat lagi cucur bawang dia. Sedap oi makan panas². Kejap je licin. Tak tahu la berapa kg tepung dia bawak hari tu. haha~


Tukar giliran dengan mak, guna tangan je wakk. Lagi puas katanya. hahaha  baiklahh!



Cucur bodoh je. Tapi bila makan ramai² tu sedap lain machiamm. πŸ˜


Dalam pukul 1pm kot baru kitorang check-out. Ada lah budi bicara owner masa ni. Patut check-out time pukul 12pm ye. hihi~


My familia! Walaupun ramai yang tak dapat join especially kazen² aku yang dah kahwin, tapi tetap lahhh meriahh!


Next time kita gathering cari sungai² lagi ehh. Janda Baik perhaps? Tazzabarrr πŸ˜


K tu je nak cerita. Korang nak tengok more info pasal resort ni boleh cari kat Facebook dorang. Taip je Huda's Haven ok?


Tata!




Terima kasih sudi membaca!

Mar 2, 2015

Family Day Hj Omar 2015 @Huda's Haven

Assalamualaikum...


 Ingat lagi entry pasal Huda's Haven?? tak ingat boleh klik >> Huda's Haven...


Sini lah lokasi pilihan untuk event family day keluarga besar Haji Omar bin Buyong..oke sebelum cerita details meh nak kenalkan dulu siapa Haji Omar ni??


Haji Omar is my moyang...ayah pada atok aku....full name atok is Haji Baharuddin bin Haji Omar...nama glemer atok Anjang Aki...ngee~  so family day ni kira gathering semua adik beradik atok, anak menantu, cucu, cicit, piut...pheww~  ramai gilerrr! tak sangka seramai ni yang hadir...maybe dekat dengan kampung halaman (Kg. Mahkota) tu yang ramai sanggup datang...kot? huhu~


Tarikh pilihan, cuti CNY lepas...pukul 9.30 pagi berkumpul kat rumah nenek Chah kat Sg Tua...then konvoi ramai² dari situ...dorang sewa bas...ada yang naik bas, ada yang drive sendiri...aku rasa majoriti naik kereta sendiri...more convenience gitu...TAPI aku and dak encem gerak dari Bangi lepas Zuhur...err almost pukul 4pm kot baru gerak...bukan lepas Zuhur kot tapi sebelum asar...HAHAHA!


Aku gerak asing² dengan parents aku....parents aku gerak awal...dak encem malas datang awal² dia takot bosan...dia tak tahu makcik² aku dah plan baekkkk punya aktiviti nak dibuat sepanjang family day berlangsung...


So dalam pukul 5pm gitu kot sampai lah kitorang kat Huda's Haven...sampai² tengok orang tengah main bola sepak...takpe takpe...kita jumpa dulu sedara mara lain, salam² semua...


Ada t-shirt lagi...dengan tema "Sg. Tuo, Kau Ado"  wohoaa! ^_^


Lepas letak luggage dalam bilik, tukar² baju, membuang apa² yang patut, solat asar...jommm lah kita beramas mesra dengan sedara mara yang lain...time ni la aku perasan ada sedara yang aku tak kenal...yang tak kenal tu sebab dorang tak friend dengan aku kat FB...kuang²...eh media sosial is very convenience tau to get connected dengan relatives and long lost bff....bukan takat berkawan dengan blogger jewww...kofkof~


layan bola sepak pulak...ada 4 team tak silap...by the time aku sampai dah nak habis match pun...sempat tengok kejap je..kuikui...


Pastu Zafirah ajak mandi swimming pool...layannn!


aku and dak encem tak join berendam...air dia a bit kotor...maybe bebudak ni dah banyak kali keluar masuk sungai - swimming pool - sungai...belasah lah...janji dorang bahagia...  :)


dannnnnnnnnnnnnnnnnn terjadilah babak mencemaskan!! boleh pulak dia macam tergelincir dalam tu pastu tenggelam...2 kali pulak tu!! first time tenggelam reti pulak dia tahan napas...kali kedua, dia terminum air klorox tu...haihh dalam taknak berendam tu basah jugak seluar baju aku...ate nak menyelamatkan anak daripada kelemasan kan...haha~  now dia macam fobia nak mandi swimming pool...kahkah! belajar ler berenang Zafirah oiii...normal la tergelincir, terjatuh...bangun la balik and belajar lagi! takmo fobia² kayyy! selagi mama bernapas, mama sihat, mama jaga awak...takkannnn lah mama sanggup biarkan intan payung mama lemas kann...hishh~


Dah 2 kali tenggelam takmo dah dia mandi swimming pool...aku ajak dia tengok bola lagi...last team pulak lawan! err papa tak main pon...dah siapa suruh datang lambat kan? tengok je lah orang main...haha~


bukan dia nak tengok sangat pun...dia nak MAIN sepak sendiri!! grrr~  bila orang dah habis main bola dia ajak pi tengah² padang tu nak main sepak² kat situ...saja tak pakaikan dia selipar...sekali sekala bagi dia merasa kaki ayam...syok kan? ^_^


Then ajak dia tengok tok sedara aku mancing...tuuu belakang tu jee...nampak tak?? :)


penuh tanda tanya...first time tengok orang mancing...jakun kemain...eh mama pun jakun!! hahaha~  :p


"onyang, fish tu tak makan ke??"
"fish tu mati ke??"
"fish tu taknak naik ke??"
"ni apa ni onyang??"


berderetttttttttttt soklan dia tanya onyang...penuh kesabaran onyang jawab soklan² Zafirah...haha~   jangan la pelik tengok Zafirah pakai swimsuit...dah kata baru lepas mandi swimming pool kan...tu lah gunanya beli swimsuit sopan sopan untuk anak...idak la malu lepas mandi dia hulu hilir dengan swimsuit dia...giteww~  :)


letak umpan...betul la orang cakap memancing ni kena sabarrrrrrrr...bukan senang nak bagi ikan makan umpan kau...kadang² ikan ni bijak...umpan kau dia makan, tapi dia tak melekat pun kat cangkuk tu...dasat akal ikan ni...hahahaha~


Tapi, sepandai² ikan berenang, akhirnya terjerat jua! ehh! :p


boleh tahan banyak hasil tangkapan atok! wohoaa! orang lama katakan...pengalaman itu berharga...ecece~


eh FYI ni atok sedara aku tau! bukan Anjang Aki...konpius lak kang...aku ada ramaiiiiiiiiiiiiiiii tok sedara....kadang aku pun konpius ni pakcik ke atok? ngeee~   :p


Aku tak pasti sampai pukul berapa dorang layan memancing...sebab bila langit dah mula gelap aku ajak Zafirah masuk bilik, mandi manda segala...dia boleh nak melanguk tengok orang mancing lama²...haihh budak bijak ni kan....


Solat Maghrib dan isya berjemaah kat surau...sejadah² tu memang ada disediakan kat surau ni...ada jugak sejadah yang kitorang bawak sendiri...lepas solat Maghrib ada tahlil dan tazkirah ringkas by my ayah...  :')


Ekceli surau ni bukan lah 100% surau...dia macam multipurpose hall gitu...boleh jugak jadi library (sebab ada buku²), boleh jadi tempat karoke, tempat main karom etc... :)


Setel solat isya, ada jamuan makan malam...eh makan time is a wajib punya aktiviti tau! hahaha~


cafe kat sebelah surau je...semua ni waris Haji Omar kayy...meriah gilerr...


setel dinner, ada sesi perkenalan setiap ahli keluarga anak menantu, cucu cicit piut haji Omar...emcee by my vogue makcik, acik Nurul...aww! ehh bagus tau sesi perkenalan ni...especially untuk menantu² macam dak encem...pening jugak layan soklan laki aku...

"yang kembar tu apa hubungan dia dengan ayah??"

"yang tu sepupu ayah ke anak sedara ayah??"

"atok tu dengan atok baha adik beradik ke??"


bla bla bla...tapi seronok la tengok dak encem bersungguh² nak kenal family aku...sampai aku pun konpius kadang tu "yang kurus ni pakcik ke kazen??" bahahaha~  ramai nau sedara...pangkat pun dah bersepah²...tok sedara Zafirah paling muda umur belasan tahun...bayangkan sok Zafirah dah sekolah, tetibe tok nak kahwin...kena la cakap kat cikgu,

"saya nak cuti tok saya nak kahwin..."

agak² apa yang terlintas dalam kepala otak cikgu?? bahaha~


Then freestyle! ewahh~


hadiah untuk acara sukan siang tadi... :)


piala pusingan...kelasss kau jah ada piala bagai...hahaha~  aku tak tunggu pun sampai penyampaian hadiah...aku duk dalam bilik rasanya...tak ingat pulak..haha~


yang gents duk layan ping pong...dah kata baru lepas solat kan haruslah berkain pelekat bagai...ko mampu?? hahaha~  tak jatuh pun kain tu dun worry...laki aku dah biasa berpelekat kat rumah...takat berpelekat sambil main ping pong no hal lah! ewahh eksyen! hahahaha~  


eh boleh tahan dak encem team dengan kazen aku tu, Isyraf...juara bertahan kaoo! wohoaa! sampai tengah pagi kot dorang layan ping pong...aku tak tunggu lah kan...dah mentido dengan Zafirah...haha~   tak sangka ramai family aku feminat ping pong...pheww~


Keesokan harinya ada aktiviti lain lagi...dasat perancangan makcik² aku...mostly aktiviti for kids lah kan...dah kata ramai nau cucu cicit piut...memang boleh buat sukaneka kanak²...Zafirah pun seronok join walaupun dia tak layak lagi nak join...haha takpe lah nak...at least awak dah tau apa itu sukaneka...senang join sukan taska nanti...hehe~


 lepas bekpes nasi lemak terus sukan tiup belon? seriously acik Nadia?? hahaha~  nasib la tak muntah bebudak ni... ^_^


Comel oke tengok aksi dorang!! tu yang tak nampak kelibat belon tu sebab tak reti tiup belon...dorang tiup angin je...hahaha  Zafirah ofkos la tak join...aku tau dia tak reti tiup belon...kang dia sedih malas aku pujuk...kahkah~  :p


ni sukan tiup belon sampai pecah oke...aku pun seram main game gini...aku memang takut belon meletop...hahahaha~  *booo! :p


bila belon dah pecah lari laju² ke garisan penamat...! yeyy! ^_^


NEXT sukan buat origami kapal terbang...kapal terbang siapa fly paling jauh dikira menang! yang ni kacang putih so aku bagi la Zafirah participate...walaupun syarat penyertaan tak boleh parents tolong...tapi alaahhh anak ai baru 3 tahun kot...hahaha  belasah je...aku tolong buatkan kapal terbang, pastu Zafirah baling...


Jauh ke???


alolo 'jauhnyaaaa'!! sampai anak panah merah tu je kapal terbang dia terjelepuk jatuh! KAHKAHKAH~  mengekek aku gelak time ni...hahahahadoyaiii...ampunnn Zafirah...kenot help it...awak memang kelakar! muka inesen tu paling win! nanti kita belajar main kapal terbang kertas lagi kayyy...mama ajar awak skill baling kapal terbang kertas baekkk punya! ^_^


Dah kalah kan...? so jommm lah berendam dalam sungai...dah lama tak mandi sungai...eksaited! ^_^


Zafirah memula sampai kemain takut dia...kaki cecah air sungai pun dah menjerit...sejuk + fobia tenggelam semalam...hahahaha~  aku tak suka tengok anak aku penakut...belum cuba dah takut...ehh pantang keturunan mama mengalah sebelum mencuba tauuu! so aku dukung dia and paksa dia mandi....bahahaha~  memang ler sejuk kan...badan aku pun terkujat kena air sungai...tapi bila dah lama berendam jadi biasa je...takde la sejuk menggigil² pun... :)


Tapi idak ler aku tenggelamkan dia...sungai ni ada kawasan cetek...ada kawasan dalam...aku nak Zafirah merasa mandi air sejukkkkk...kat rumah asyik mandi air water heater je kan...kena air sejuk sikit dah menggelabah...haishh~


Cubaan mama berjaya! lama² dia oke je nak berdiri sendiri...pegang pasir sungai pun tak geli dahhh...yeyy!


acik anje and pokcik acap melayan Zafirah...hewhew~  i'm a happy mama! ^_^


err aku rasa macam tak betul cerita aku ni...macam tak ikut kronologi...rasanya kitorang mandi sungai dulu then baru bersukan...hahaha  eh lantak disitu...malas pulak nak edit²... :p


Lepas solat Jumaat kat masjid berhampiran (yes ada masjid dalam ni...sebab memang ada kampung² pun keliling resort ni...), kitorang siap² and terus balik...family yang lain balik pukul 6pm...papa letih katanya so nak balik awal....ai follow my driver je...hehe~


family photo of Haji Omar's biggggg family!! kitorang takde dalam gambar...dah kata balik awal kan....padan muka! T_T


Syabas to AJK terlibat sebab berjaya mengumpul lebih 100 orang ahli keluarga join family day kali ni...conquer pulak seluruh resort...wohoa! tu pun ada jugak few families yang tak hadir...and ada jugak yang tak tidur resort sebab sesak sangat...kitorang memang tidur berhimpit²...yang lelaki tidur kat surau...papa kata sejuk gilerr tidur belah luar...mujur lah lemak dia banyak mampu panaskan badan...ehh! >_<


Aku rasa kalau lengkap korum seluruh waris Haji Omar gathering memang tak muat lensa kamera biasa untuk amek group photo...kena guna extra wide lense...hahaha~


Please please buat lagi family day ni...tak puas kenal sedara mara...adik aku pun dapat join dari jauh....hari Jumaat pagi tu aku skype dia...tunjuk kat semua orang....haha jadi lahhh... :p


k tu je nak cerita...ingat nak masukkan jugak gambar² dari album sedara² lain...tapi entry ni pun dah berjela²...kang korang malas scroll pulak kan...haha  so cukup lah setakat ni dulu...kot aku rasa nak buat entry tambahan nanti aku buat lah...


tata! (^^,)





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015