Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Aug 29, 2017

Raya #Day 21&22, Open House Kawan²

Assalamualaikum...


Sukan SEA pun dah nak habis, aku tak habis² lagi up entry raya. lol~  Kalau annoying cepat² tutup tau. Semua ni untuk simpanan hari tua aku.✌


Alkisahnya untuk raya hari ke 21 & 22 ni tak banyak pi rumah orang. Jadi lum sum kan aje 1 entry. gituu~


Raya Day 21 (Sabtu):

Ex-classmate masa kolej dulu, Dayah, buat makan² kat rumah dia. Saja dia ajak kawan² kolej and opismet dia. Rumah dia kat Desa Pandan sana. Lepas Zuhur kitorang keluar rumah sebab Dayah cakap dia masak menu lunch. Ayuh lunch kat rumah Dayah je!😁


Sampai² terus makan. lol~  kebuluran. Dah breakfast, tapi macam² kerja buat pagi tu, so by noon dah lapar balik lerrr.


Banyak gila food dayah masak. Dia MASAK SENDIRI semuanya! wohoaa! Untuk orang tak biasa masuk dapur memang aku rasa WOW sangat lah mampu masak banyak² untuk tetamu. Lagipun aku tak konfiden la nak bagi orang makan masakan aku kecuali family sendiri. hahahaha


 Menu utama, nasi lemak and mihun goreng.


 Desserts. Kek lapis tu je BUKAN Dayah buat. Tu beli. huhu. Kek coklat tu sedapppp! Katanya 1st time buat. Mujur menjadi. haha~


Lepas makan lepak², borak². Ingat nak tunggu geng² lain datang, tapi dorang daripada Pahang nun. Ada yang dari Pekan, ada dari Bentong, ada jugak dari Damansara tapi sebab ada urusan lain so terpaksa datang lambat. Dak encem nak pi rumah kawan dia pulak kat Sentul. adeyy~  takde rezeki lah nak gathering dengan orang lain.


Pukul 3pm gitu kitorang gerak pi Sentul. Geng² lain tu sampai rumah Dayah pukul 6pm gitu kot. pheww~  Sepanjang duk rumah Dayah, Zafran mentido je dalam bilik. Memang time tido dia. Seronok aku melantak tanpa gangguan. kahkah~


Kat Sentul ni rumah kawan yang kenal thru media social, Jack nama dia. Nickname je tu. Dia bukan blogger, bukan juga influencer, tapi dia banyak naikkan rating page² facebook gitu. Aku pun tak faham sangat kerja dia hahaha~  Tapi selalu la dia jumpa dengan dak encem discuss hal² kerja² online ni. Cara nak dapatkan income thru online semua tu. Aku tak pernah dengar conversation dorang. Banyak layan anak main jeπŸ™„


Banyakkkkk sangat mainan kat rumah Jack. Anak dia 3 orang. Yang sulung baya Zafirah tak silap. Heaven laa anak² aku dapat menan sesepah gini πŸ˜


Lepak rumah Jack sampaiiii Maghrib. Lama gila oii! Tah hape discussion si Ujang dengan Jack tu pun tak tau laa. Mujur aku tak tertidur kat sofa tu haa. Duk ulang pi meja makan je amek makanan, minum air, pastu main henpon, layan anak main. Dah penat ulang balik pi meja makan. Tu je lah kerja aku sepanjang duk rumah Jack. Wife dia ada je borak² dengan aku. Tapi kadang dia masuk bilik nyusukan anak dia yang kecik.


On the way balik rumah, singgah cuci kereta yang dah serupa tong sampah πŸ˜‘  Then, terus balik rumah je. Capek! Patutnya ada lagi satu jemputan kat Semenyih. Tapi dah malam tak kuasa pulak nak merayau sampai ke Semenyih. Sambung esok la pulak berjalan.




 Raya Day 22 (Ahad):

 Hari ni jemputan open house area Semenyih. Bukan rumah yang sama menjemput hari sebelum. Ni rumah orang lain pulak. huhu~   Anak beranak tema merah makngah hari ni😁


 1st house, rumah blogger Dkna. Ekceli ni rumah kakak Dkna. Dia baru habis pantang, tu yang saja join jamuan raya rumah kakak dia. Meriahh. Yang penting makan sedapppp! hehe~


Next, pi rumah kazen aku pulak, kak Nita. Area Semenyih jugak.


Almost tiap tahun kak Nita buat jamuan raya kat rumah dia. Tahun ni dah 3 kali kot aku pi beraya rumah dia. Nama je duk Semenyih tapi takde la selalu jumpa pun!😝 


Ni lah kak Nita. Dari dulu sampai sekarang camtu lah beutipul dia.😘


k tu je nak cerita. Thank you semua yang sudi menjemput kami beraya ke rumah memasing. Food semua sedap, marvelous sehingga menjilat pinggan! haha~  eh serius semua terer masak.πŸ‘


Jumpa lagi raya tahun depan. Atau kat kenduri siapa² πŸ˜œ





Terima kasih sudi membaca!

Aug 23, 2017

Raya #Day 20, Jamuan Raya Kat Rumah Sendiri

Assalamualaikum...


Sama macam tahun lepas jugak, tahun ni pun buat jamuan kecik² kat rumah. Khas untuk kawan² rapat. Tak larat dah nak buat open house besar²an. Tak puas melayan tetamu. yelahh jemputan ramai sangat, nak kena layan SEMUA. Perasaan tu tak puas. Siapa pernah buat kenduri mesti faham maksud aku. huhu~


Tapi tahun ni punya tetamu tak seramai tahun lepas. Sebab ramai yang tak available, suami outstation, balik kampung etc. Tapi aku teruskan jugak dengan jamuan ni. Mana yang free datang lahh. Tetamu tahun ni macam biasa lah geng² kepochi and opismet dak encem. Takde blogger sebab semua yang kitorang invite tak free, ada yang anak sakit, etc.


Kalau last year menu spesial pengat durian, this year punya menu special isπŸ‘‡


 Lemang PERIUK KERA! First time dengar lemang ni dan first time juga makan. Tak pasti negeri mana yang mulakan menu lemang periuk kera. haha~


 Dimakan dengan rendang. Rasa dia lebih lemak dan lebih lembut dari lemang biasa tu. Kalau ikut tekak aku gitu lah ye. Mak aku beli dari opismet dia. Sebiji RM2. Mak order 50pcs. Rendang ayam seekor, pun order kat orang sama. Sedap gila rendang ayam.


More, ada jugak nasi lemak mertua aku masak. Nasi lemak lauk telur goreng je. Nasi lemak habis licin, aku tak makan pun nasi malam tu. Rendang pun habis licin. Lemang je banyak lebih. Sebab saiz lemang periuk kera ni besar tau. Makan seketul pun dah kenyang. Tu banyak lebih kot. Tapi boleh je simpan dalam fridge, nak makan panaskan je dalam microwave or oven. Tahan berminggu². bahaha


oke jom tengok gambar pulak πŸ˜


 Opismet aku, Diana.


 Siti, kawan sekolah dak encem. Anak² dia dua² satu sekolah dengan Zafirah. Sorang 6 tahun, sorang lagi 4 tahun. Siti ni balu. Asben dia meninggal 2 tahun lepas kot. Sebelum asben dia meninggal, pak mertua dia meninggal. Tu dia rapat dengan mak mertua dia tu. Selalu nampak dia pi memana mesti mak mertua dia follow sekali.


 Ex-schoolmates. Yang baju kelabu tu dari Shah Alam nun datang. Thank you so much beb! Jangan serik tau.😁


 Bebudak main pop-pop luar rumah. Dak encem memang beli sekotak besar mercun pop-pop. Dalam kotak tu ada 50 lagi kota kecik pop-pop. Beli kat Mydin RM20 gitu. Beli khas untuk jamuan gini lahh. Kawan² kitorang majoriti ada anak kecik. Dah macam taska rumah aku malam tu. Suara bebudak meriah nau. 


Gambar atas ni baru 1st batch. Lepas dorang balik, ada lagi 2nd batch bebudak, anak² opismet dak encem pulak. Lagi meriah sebab  dorang dah agak besar, sekolah rendah gitu. Ramai boys pulak tu. Mujur jiran aku bujang and kerja malam. Idak la serba salah mengganggu ketenteraman malam. haha~


 Ni je lah geng kepochi yang available malam tu. Tak semeriah tahun lepas. Tapi banyak ni pun sama je meriah nya. Mulut memasing tak reti stop bercakap. bahaha~  eh kitorang borak pasal hal² family memasing je. Takde la duk gosip² artis ke hape. Kena cerita kang orang salah faham dah la nama geng pun 'kepochi' tak pasal kena label "makcik bawang". Tak tak, tak usik pun hal kain batik orang lain. Buang masa ✌


Teacher Zafirah pun aku ajak sekali. Teacher school Zafran je tak ajak sebab rumah jauh sian pulak dorang nak datang. eh dorang ni mana ada transport tau! Tu datang rumah aku pun jalan kaki je. Mujur lah sederet je sekolah dengan rumah. Owner tadika aku lupa nak ajak. bahahaha  ampun! Tak sengaja. Banyak sangat benda dalam otak sampai lupa.πŸ˜‘


Apa pun thank you semua yang sudi datang. Semoga kenyang, maaf andai terkurang mana². Jangan serik datang lagi😘


Ni lah kesan pop-pop malam tu. Dah macam medan perang. hahaha~


Sebelum mak bebel baik sapu cepat!😝


ok tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

Aug 22, 2017

Raya #Day 19&20, Jamuan Raya Tadika Anak²

Assalamualaikum...


Dalam minggu ni ada jamuan hari raya kat tadika anak² aku. Hari Khamis majlis kat tadika Zafirah, Jumaat kat sekolah adik pulak. Untuk jamuan kat sekolah kaklong aku tak prepare apa² pun. Dah dorang inform last minute. Macam la aku rajin nak memasak pepagi tu. lol~  Nak order kat orang pun dah tak sempat sebab last minute sangat, more, takde idea nak order apa. Last² papa cakap, takyah bagi apa², sebab dorang cakap ikut ikhlas nak bagi apa. Kita ikhlas tak tau nak bagi apa so takyah la bagi.πŸ˜’


Ramai je parents kirim makanan. Banyak sangat dah aku tengok. Macam la bebudak tu makan banyak sangat kan. kihkih~ *sedapkan hati sendiri*


Maka pada hari kejadian, eksaited lah anak dara tu bangun awal, sebab nak pakai baju raya pi sekolah.😏


 alolo omey sangat anak dara mama niii. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dak?😘


Aku tak tahu apa aktiviti dorang kat sekolah. Teacher just wassap gambar je. cekidaut! πŸ‘‡


 Rajin nau teacher menyusun bebudak ni untuk bergambar. Dorang pun elok je layan. amboi sangat kan😏


 Besfren Zafirah, Aisya😍


Esoknya tu, hari Jumaat turn jamuan sekolah Zafran pulak. Haa untuk sekolah Zafran sempat la aku order sandwich kat kak Earna. Aku biasa order makanan dengan kak Earna. Servis terbaik woo. Kali ni aku cuma order sandwich, egg mayo and tuna. Order dua kotak. 1 kotak ada 25 pcs gitu.


Yang tuna tu untuk aku sebenarnya. Nak bawak pi opis untuk breakfast. bahaha~  Egg mayo tu je aku bagi sekolah Zafran. Tu ada balance sikit egg mayo dalam bekas aku tu sebab tak muat dah kak Earna susun dalam pinggan. So rezeki aku lah merasa jugak egg mayo sikit. hihi~  Sandwich banyak² ni idak la aku makan sorang. Share² dengan opismet sikit sorang. Sekali sekala berkongsi rezeki dengan orang lain syok jugak tau. Sama² kenyang😁


Macam biasa aku mintak teacher wassap gambar² Zafran. Tapiiiii tau apa teacher cakap??


"Zafran takde mood la kak hari ni. Dia asyik nangis je, nak berdukung. Gambar dia semua takde yang senyum."


hurmm anak nombor 2 kan. Perangai memang lain machiam sikit. Aku suspect dia mengantuk tu cranky. Tapi teacher bagi jugak la gambar apa yang dia sempat snap. huhu~


alala anak oii. Baju dah hensem, mujur mama tak sarung sampin and kopiah bagai. Kemain masam muka dah kenapa?


oke kawan² lain pun serius jugak. Teacher je senyum πŸ˜


Menangis mintak dukung la tuπŸ˜’


why so serious??πŸ˜‘


Teacher dukung baru senyum. Mata berkaca sebab baru lepas nangis πŸ˜’


Anyway, terima kasih banyak² teacher melayan karenah anak² saya dan sudi snap gambar anak saya banyak² walaupun dia tak senyum. hahaha


k tu je nak cerita. tata~




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015