Showing posts with label Psikologi. Show all posts
Showing posts with label Psikologi. Show all posts

Jun 22, 2018

I'm Officially Mak Anak TIGA!

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, aku selamat melahirkan putera ke-2/anak nombor tiga/bongsu pada 25 April lalu. Baru hari ni rajin nak update blog. πŸ˜


Oke saja la aku nak cerita sikit pengalaman bersalin yang nombor tiga ni. Sudi lah baca. InsyaAllah tak panjang sangat. Lebih kurang abang ngah tu jugak pengalamannya. Beza hospital je. hehe


Actually aku dah start rasa contraction sehari sebelum tu lagi. Malam 24 April tu perut aku duk mengeras2. Sepanjang malam aku asyik terjaga dari tidur, sebab perut mengeras. Berpeluh peluh aku tidur malam tu walaupun ON aircond! Bangun pagi memang lenjun baju aku. lol~


Alarm henfon bunyi macam biasa waktu subuh tu. Aku dah rasa semacam dah. Macam dah sampai masa je. So aku terus kejutkan laki, suruh dia siap cecepat! Garang gila aku pagi tu. kahkah~  Selamba je sound, "Bangun! siap cepat terus pi sepital. Nak beranak dah ni!" 


Laki macam biasa blur blur. Lepas mandi dia blur lagi, "macam mana ni? kenapa pi sepital bukan gi klinik dulu?". Kang bagi penampar jadi isteri derhaka pulak tapi geram jugak lah dengar soklan dia πŸ˜’


Kebetulan memang hari tu ada appointment untuk routine check up, so dah inform office awal2 nak MC. Lepas hantar anak2 pi sekolah aku ajak laki breakfast dulu. Kang nak guna banyak tenaga untuk tahan contraction and push. Laki layan kan je walaupun dia cuak sebenarnya. Heyy anak nak masuk tiga dah cuak mendeeee 


Sempat aku install apps untuk pantau contraction. Ada followers aku yang suggest apps ni. Thank you awak! Membantu sangat tau πŸ˜˜


Aku ajak laki pi breakfast dulu. Lapar. Masa ni dia was was lagi, betul ke kena pi sepital. Kang false alarm macam mana? eh ni bukan first time lah aku nak beranak. Confirm BUKAN false alarm. Memang baby nak keluar dah ni. haha~  Ikutkan masa ni kandungan baru 38 weeks. Belum due lagi tu dia macam was was semacam. hehh~


Tiba tiba dia ajak breakfast kat warung bunian. hahaha gigih sangat! Sekali ramai orang. heyy office hour pun ramai keeee? Korang masuk kerja pukul berapa? πŸ˜‘  Aku oke je nak beratur tunggu food. Tapi laki tak sanggup amek risiko. Dah tiap 5 minit contraction datang, muka aku pun ketat je bila contraction haa cuak lah dia. hahaha~  Aku cakap dah, selagi air ketuban tak pecah lagi takyah risau. Takde nya baby keluar tiba2. Unless air ketuban dah pecah baru la senang baby keluar. Tu pun tak tau ke?


So dia bawak aku pi gerai lain. Area warung bunian tu jugak lah. Aku order roti canai 2 keping dengan teh tarik. Takde selera nak makan, tapi paksa jugak! terkulat kulat aku ngunyah roti canai tu. Kejap kejap kang tahan contraction pulak. huhu


Setel makan terus pi sepital. Kali ni aku pilih untuk bersalin di Andorra Women & Children Hospital. Kat Seri Kembangan sana. Alahh korang google je nama Andorra Hospital. Baru bukak tak sampai setahun. Tapi sebab ada Doctor Khamsiah, doktor O&G yang agak famous dikalangan mak mak area sini, tu aku nak jugak bersalin situ. Laki redhooo. Siapa suruh bagi bini ngandung kan? kahkahkah


Sampai sepital terus pi emergency. Check bukaan dah 4cm! ya tuhann kejap nya. Dah boleh masuk labour room. Jarum tu sebenarnya in case of emergency. Takde masuk drip apa-apa pun. Cucuk sesaja. haha  Masa check bukaan tu doc ada tanya, nak dia paksa lagi tak bukak bukaan tu. Laju je aku jawab, taknakkkk. Sakitttt. hahaha~  Doc pun relek je jawab, "oke takpe, kita tunggu je dia bukak sendiri k".  Wow! masa bersalin Zafran kat HUKM dulu doctor yang buat pilihan untuk kita. hurm


Plan asalnya laki nak tengok Infinity War dengan Zafirah lepas aku setel check up. Dah inform Zafirah awal nanti balik school tengah hari tengok wayang dengan papa. Tapi perancangan Allah takde siapa tahu. Dah tiba-tiba aku nak bersalin pulak. Postponed lah tengok wayang tu.


Sementara tunggu pindah LR, aku layan contraction kat ER tu. Baring mengiring sambil baca zikir nabi Yunus. Dengan harapan bila masuk LR dah boleh terus push. haha~


Sepatutnya LR tingkat 3, tapi FULL! LR VIP ni je yang available. Rezeki aku. Cantik sangat bilik LR.


Last gambar waktu 'gemok' πŸ˜


Lama jugak lah aku contraction. Bila dah tengah hari tu, bukaan dah 7-8cm. Tapi air ketuban tak pecah lagi, so aku boleh tahan lagi contraction tu. Midwife yang jaga aku siap bagi ubat cuci usus bagai. Aku relek lagi main wasap, berjalan gi toilet pun releks lagi. haha~  Then doc datang untuk check lagi bukaan, pastu dia tanya, "nak saya pecahkan air ketuban atau nak tunggu pecah sendiri??"


Ffuhh mencabar gila soklan doc! Aku blur, laki aku lagi la blur. Tapi dia jawab gak, "saya ikut dia lahh dia yang sakit." kahkah ngek!


Aku mintak pendapat doc, which is better. So doc Kham pun explain,
"kalau pecahkan awal, kita boleh tengok baby dah berak dalam perut ke belum, kepala baby pun senang turun sebab sekarang kepala baby tinggi lagi ni. Tapi terpulang pada mama nak macam mana."


So i've made my choice. Aku suruh doc Kham pecahkan air ketuban. Tak sabar lah nak beranak cepat. Tunggu pecah sendiri kang entah pukul berapa aku nak melanguk dalam LR tu kang. hahaha


Tepat jam 2.58PM lahirlah amanah Allah paling berharga. MasyaAllah.


Ni lah dia budak yang melekat kuat kat rahim mama walaupun mama kemain lasak masa ngandungkan dia. hihihi πŸ˜


6 hours after labour. Tak pernah terfikir lah akan jadi mak anak tiga. haha~  Alhamdulillah aku takde masalah apa apa lepas bersalin. Baby pun sama. G6PD pun negatif, so boleh discharge macam biasa. Syukur!


InsyaAllah nanti aku buat entry khas review hospital ni k. Banyak benda aku nak cerita, tak muat sumbat dalam entry ni. Tapi aku memang HIGHLY recommended korang bersalin kat sini. Best gilaaaaa!!! Service tip top. Fefeeling Kate Middleton lah kejap. hahaha


k tu je nak cerita. tata!






Terima kasih sudi membaca!

Aug 6, 2013

Ucapan Raya 2013!

Assalamualaikum...


Air tak selalu jernih,
begitu juga ucapanku...

Kapas tak selalu putih,
begitu juga hatiku...

Langit tak selalu biru,
begitu juga hidupku...

Jalan tak selalu lurus,
begitu juga langkahku...

Jika maaf itu boleh diungkap hari ini,
untuk apa menunggu hari raya tiba??

Sedangkan hembusan nafas pun kita tak pernah tahu bila akan berhenti!

Maka dari itu ku ingin memohon maaf atas kesalahan kekhilafan...
mahupun perbuatan yang sengaja dan tidak sengaja...
yang membuat sakit hati kalian...




Sebelum Ramadhan pergi...
Sebelum Aidilfitri datang...
Sebelum operator sibuk...
Sebelum internet hang!
Sebelum aku bercuti esok!  :p

Diri hendak memohon maaf atas semua kesalahan...

Selamat menikmati hari² terakhir Ramadhan....



Jazakallahu khair...~











p/s:  copy mesej dari wassap...ngee~   :p

p/s:  esok opis cuti woii!! yabedabeduuuu!! boleh teruskan misi mencarik baju raya! iols sangat cerewet memilih baju...hehh~  -.-'



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Feb 20, 2013

Pengalaman Mencari Taska untuk Zafirah

Aku rasa aku dah skip cerita pasal taska ni...hehe~
mahap ye...
anda anda masih lagi di siaran yang betul...
sila jangan tukar channel anda~  :p

**********************************************************************


erm...awal² dulu, lepas habis pantang,
aku hantar Zafirah ke babysitter (bs)...
makcik² aa...
muda sikit dari mak aku...
tapi still pangkat makcik la kan...huhu~
makcik ni seorang balu...
anak² dia ada 7 orang...
semua dah besar²...
paling kecik pun darjah 6...
aku kenal makcik ni pun sebab dia ada bau² bacang dengan family mak aku...
rumah dia kat area Sungai Ramal Dalam tu je...
dekat sangat dengan rumah mak aku...
tapi makcik ni orang Kelantan...hehe~
dia duk sini pun sebab anak² dia belajar and bersekolah kat area Bangi...


tapi~


makcik tu dah pesan awal² takmo jaga Zafirah lama²...
dia takmo ada komitmen jaga anak orang lama²...
takut dia nak cari kerja tempat lain...
eh makcik ni memang jaga anak aku sorang je tau!
kiranya segala perhatian dan kasih sayang hanya tertumpu kat anak aku je...
haa paham? hahaha~

Makcik ni ada buat katering sambilan...
means amek tempahan memasak untuk kenduri kecik²...
arwah uwo (nenek) aku dulu selalu order kuih kat makcik ni setiap kali bulan pose...
sekarang mak aku pulak rajin order kuih kat makcik ni...
kiranya makcik ni memang pandai la memasak...
tapi kan....walau macam mana terer sekali pun dia masak,
aku tetap akan masak sendiri makanan² Zafirah!
aku nak Zafirah makan air tangan mamanya!
berkat wooo ko masak untuk anak ko!
kepuasan yang tiada tolok bandingnya bila tengok anak ko kenyang hasil masakan ko...
tak percaya? CUBALAH!  ^_^


*oke lari topik tiba² cerita pasal masak pulak...ngee~*


*sambung~*


Asalnya makcik ni cakap nak jaga Zafirah sebulan dua je...
tapi aku ni risau yang amat nak hantar baby kecik², lembik² tu ke taska yang serabut...
penuh dengan kanak² yang pelbagai pe'el...haihh~
tapi Alhamdulillah,
makin lama, makcik tu pulak jadi sayang kat Zafirah...
bila aku cuti panjang, dia pulak jadi rindu dengan Zafirah...huhu~
anak² makcik tu pun seronok bila aku hantar Zafirah pi rumah dorang...
Zafirah pulak memang jenis ramah,
suka main agah², main kejar², lambung² *errrrr*  :p
lagiiiii lerr seronok dorang melayan...
senang cerita, Zafirah dilayan bak puteri raja lah selama dia duk dengan makcik bs tu....giteww~

Masa Zafirah nak masuk umur setahun, aku jadi serba salah dah dengan makcik tu...
sebab dia pun dah banyak kali tanya, "adik tak habis belajar lagi ke?"
aa maksudnya, bila adik aku habis belajar,
adik aku lerr yang tolong jaga Zafirah...
sebab selama ni kalau adik aku cuti,
memang dia lerr yang menjaga anak buah dia tu...
tapi soklan makcik tu double meaning la kan...
aku pun pepaham sendiri je lah...
so gigih la kitorang laki binik merayap area Bangi mencarik taska untuk Zafirah...
kitorang cari yang dekat dengan rumah mak aku je...
sebab tak kose la nak merayap jauh² hantar anak pi taska...
lepas tu nak redah jem pi kerja lagi...hoihh letih tahu??? *tsk*

Maka ketemulah kami dengan Taska Aulad, Seksyen 8...



Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan...
owner situ cakap kalau umur setahun masih ada kekosongan...
kalau baby bawah setahun je dorang ada limit...
erm owner tu cakap total bebudak yang ada termasuk baby dalam 32 orang gitu...
ramai nya!!!!!!
tapi teacher² pun ramai jugak aku nengok...
lupa lak nak tanya sorang teacher jaga berapa orang budak...
tapi memang ramai la pekerja² kat sini...
siap ada uniform bagai...
memang teratur lah...
and semua pengasuh² memang tidur dalam rumah tu, kecuali owner...
kat dalam rumah siap ada cctv lagi...
well dak encem lah yang perasan cctv tu...
aku ni jalan menonong memang apa pun tak perasan! kahkah~  :p

Segala makanan, tempat tidur pun disediakan....
tapi macam biasa lah...
aku tetap akan sediakan makanan Zafirah...
cuma bekpes dengan minum petang tu je aku serah kat taska untuk handle...hehe~

Lagi satu, taska ni agak mahal...
rate untuk budak baya Zafirah RM300 sebulan...
erm tu oke la lagi...
sebab sebelum ni aku bayar bs pun RM300 jugak sebulan...
cumanya yang mahal tu bila ada yuran tahunan...
yuran tahunan RM50 tu pasti!
tapi lain² yuran, macam bukak fail (RM2), event tahunan/bulanan (RM50 tak silap)
and ada lagi beberapa yuran lain...
so total yuran tahunan dah jadi RM140 something...
lupa dah haaa banyak urat putus gitu...hohoho~

Then kitorang pun try la cari lagi taska lain...
saja la survey² kut la dapat jumpa yang lebih baik...



yang ni Taska Adik...
area seksyen 8 jugak...
tak jauh pun dari Taska Aulad tu...

bila tanya rate, jauh lebih murah...
rate bulanan still sama, RM300 sebulan...
tapi yuran tahunan cuma RM50!
takde pun segala mak nenek tambahan² tu...
lepas tu bebudak kat sini pun tak ramai...
erm pengasuh pun tak ramai...
masa aku datang tu ada sorang je pengasuh yang ada...
sedikit berumur...
macam dari indonesia pun ada * aku dengar accent dia gitu*
akak pengasuh tu sorang je yang tidur dalam rumah tu...
pengasuh lain semua balik rumah sendiri kat tempat lain...


cuma~


tempat ni macam tak berapa nak teratur...
belah dalam rumah nampak agak buruk...
takde renovation apa²...
pintu toilet belah atas dah terkopak²...
dinding pun tak semenggah je warnanya...ermm~
bila tanya mak mak, memasing cakap,

"biarlah harga mahal sikit, janji selesa...anak ko jugak yang nak duduk...biar dia selesa..."


oke pasrah~


eh masa aku pi lawatan tapak kat taska Adik ni kan,
ada sorang baby ni ya Allah comel gila!!
gila pun tak comel cenggitu...
baby girl...
umur 7 bulan...
aku saja tanya pengasuh tu pukul berapa mak dia datang amek...
sebab masa aku datang tu dah pukul 6.30pm gitu...
tau pengasuh tu cakap apa??
mesti la tak tahu kan...bahahaha~  :p

"dia ni balik lambat...kadang² pukul 9pm...paling lambat mak dia amek pukul 11pm..."

what??!! 11 PM??!!!
terus jadi sayu tengok muka baby tu...
rasa nak nangis pun ada....
serius wehhh...
muka dia suci, inesen tahap dewa...
well ahli syurga memang lah muka inesen! (-.-")
terus aku rasa bersyukurrrrrr sangat² dengan kerjaya yang aku ada sekarang...
walaupun gaji tak besar mana...
janji aku dapat luangkan masa yang panjang dengan anak aku...
bagi aku, MASA bersama keluarga adalah lebih mahal dari gaji yang lumayan...!
siapa yang bertuah dapat jadi suri rumah sepenuh masa tu,
kamu patut LEBIH BERSYUKUR!
masa yang ko luangkan tu tak boleh dibeli pun dengan wang ringgit!
percayalah!
aku sebak ni teringat muka baby tu...tsk tsk~  T_T


*meleret sangat dah cerita aku ni...kekeke~*


*sambung lagi*


oke dari pemantauan kami ke kedua² taska ni,
kami nekad pilih Taska Aulad tadi...
awal² hantar Zafirah elok je pe'el dia kena tinggal dengan teacher...
kemain seronok, bahagia dapat kawan² baru...
tapi elok je lepas cuti CNY hari tu, 
terus dia mogok takmo pi taska...



setiap pagi, asal hantar taska je,
mesti menangis...
dia peluk aku kuat² takmo pi kat teacher...
alunan paling syahdu, paling sedih la dia buat...
kalau dia reti bercakap aku rasa ayat ni yang keluar dari mulut dia,

♪♫"sampainya hati mama tinggalkan Zafirah kat tempat niiiii!!"♫♪  *ala² bersyair gitu...hakhak~*


err terlebih tengok drama kot aku nih...kekekeke~  :p
eh tapi betul tau...
sayu je dengar dia nangis...
mula² risau jugak fikir kenapa la dia tiba² berubah jadi gitu...
ada membe yang suruh terjah buat spot check kat taska...
nak tengok apa yang teacher² situ buat kat dia...
kot la Zafirah kena marah or kena buli dengan bebudak lain....
dia kan tak reti bercakap! halahaiiii~
tapi taska tu jenis berkunci pagar depannya...
means kalau aku datang, aku tak boleh main terjah masuk je..
kena tunggu teacher bukak kunci baru aku boleh masuk...
takkan nak suruh aku panjat pagar pulak kan??
ada jugak keluar video kat youtube, "mama hot panjat pagar taska!"
pheww~ hot lah sangat kan! hahahaha~  :p

dak encem pun macam sedih je tengok Zafirah nangis gitu...
tapi sebenarnya kejap je dia nangis...
bila teacher bawak dia jumpa bebudak lain elok pulak dia diam...
buat muka nak join main sekali...giteww~
erm orang kata naluri ibu ni kuat kan...?
kita boleh rasa kalau anak kita sakit or dicederakan or apa² yang malang² lah...
so far naluri aku kata Zafirah selamat je kat taska...
aku yakin teacher² jalankan tugas dengan baik...
mungkin selama ni Zafirah duk dengan bs dilayan bak puteri,
segala perhatian tertumpu pada dia sorang...
bila masuk taska, kena kongsi² la perhatian dengan bebudak lain...
tak boleh la nak suruh teacher melayan karenah dia sorang je...gitu~

tengok la lagi 2-3 bulan akan datang macam mana...
kalau still tak oke, terpaksa la hantar taska lain...
kadang² yang luarannya buruk tu lah yang terbaik...
wallahu'alam....
tapi aku harap tak perlu lah nak tukar taska...
satu hal lah pulak nak bagi dia serasi dengan tempat baru...
dan aku perasan, ramai je bebudak yang menangis masa makpak hantar pepagi tu...
mungkin tu reaksi normal...
teacher² pun macam dah lali dengan situasi gitu....
erm...aku hanya mampu berdoa....
mohon pada Ilahi semoga segalanya baik²...
InsyaAllah~




p/s: panjang gilerrr aku taip...korang letih baca?? aku lagi letih menaip sambil membaca... O__o'



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 14, 2012

Umur Saya Sebulan Hari ni~!!


14 Mac...genap sebulan umur baby Zafirah! Alhamdulillah...
berat terkini 4.3 kilo...pffttt~
semoga semakin bam bam dan semakin sihat anak mama yeee~  =)


Tadi kitorang bawak Zafirah pi Az Zahrah untuk cucuk imunisasi (Hepatitis B dos 1)...
masuk 2 bulan nanti kena cucuk lagi...Hepatitis B dos 2 pulak...
aku tengok buku pink baby tu, setiap bulan kena cucuk...adeyy~
dah la dia tengah sedap tidur tadi...
sekali doktor cucuk...
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
panjang harakat anak aku menjerit tahu??!
sampai tak bernapas! hehhh~
nak gugur jantung aku tengok dia menjerit gitu...
kita yang dah dewasa kena injection pun sakit...ni kan pulak baby...bayangkannnnn~!
doktor cucuk kat area peha...dekat-dekat dengan bontot...
memang sakit la bahagian tu...adeyy~
papanya tak berani tengok...dia duduk jauh-jauh...ceh! (-__-")




Tapi lepas habis cucuk dia terus diam...
tapi muka sedih la...huhu
sumpah comel~!! (^^,)
masuk dalam kereta dia terus tidur tak sedar diri...
sampai je rumah terus besar mata...haihh
seronok pulak dia berjalan...=.=
tunggu habis pantang laaaa mama dengan papa bawak Zafirah jalan-jalan oke??  =)



bye~!  (^__^)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 29, 2011

Kasih Ibu Membawa ke Syurga...Kasih Anak??

Entry ini aku copy dari blog yang paling TAK BEST di abad ini...blog DuniakuAbstrak...selalu jugak aku terfikir, "apehal aku letak link blog mamat ni kat sidebar aku??"  tapi bila baca entry TERbaru dia nih aku rasa berbaloi jugak la aku tepek link beliau kat bloglist aku  *hari raya kau tak boleh marah aku ayul...lalalalala~  =P *


*****************************************************************


ibu bapa kami...kredit gambar to abang Pejai~


"Apelah sangat tolong hantar mak kau kejap, dulu kau kecik-kecik mak kau jugak yang hantar kau pegi tuisyen dari bengap sampailah kau jadi pandai...."


hati kecil terus memutar kembali memori-memori silam


"mak kau jugak yang bagi kau makan nestum kenyang-kenyang sampai pipi kau tembam badan sihat"


"mak kau jugak yang belikan kau mainan lego"


"bapak kau jugak yang tolong belasah kau sebagai pedoman sebab kurang hajar dengan mak"


"mak kau jugak yang tolong kau buat kerja sekolah"


"bapak kau jugak yang tolong bagi birat badan sebab malas mengaji" (bab bapak je mesti brutal )


dan beratus lemon lagi jasa yang korang sendiri pun tahu..

Kenapa kita sebagai seorang anak mesti tercetus detik hati malas, menyampah, berat hati, rasa diganggu dan berbagai-bagai lagi cetusan berbaur negatif??

why bebeh??

Kenapa tidak membantu memberi khidmat segera dengan gembira dan berlapang dada?

Bila dah kurang hajar tu nanti lepas tu baru menyesal...( aku la tu)

Macam ni lah..cuba ketepikan perasaan tu..cetusan-cetusan negatif tu sedikit demi sedikit..

Cuba.

Sekurang-kurangnya kau mencuba, tidak mustahil lama-kelamaan ringan tulang untuk berjasa.


Kasih Ibu membawa ke syurga..kasih anak?
Berusaha lagi wahai anak untuk mengasihi ibu dan bapamu



*****************************************************************


Serius insaf baca entry beliau yang ni...err korang rasa insaf tak?? huhu~
lagi satu kalau mak ayah kita membebel, marah ke hape...
tak payah la nak melawan...
hei ada sebab la dorang membebel...
memang kadang² kita tak buat silap pun dorang masih membebel...
senyap je lah...bagi senyuman je...kurang² dapat lah sejukkan hati mak² yang tengah panas tu...
lagipun kau dapat apa kalau melawan betul tak???
oh...dapat DOSA! =.=
ingat senang nak jadi mak???
sekarang komplen senang laaa....
tengok nanti kau dah jadi mak lagi teruk membebel...kesian anak kau...iskisk~


yes dulu aku juga begitu...suka melawan...DULU~
kalau umur dah cecah 20-an masih melawan cakap mak...
fikirlah....otak kau letak kat kepala atau lutut...eh! @__@
fikirlah....bila kau dah ada anak sendiri sok, anak kau ikut perangai tak senonoh kau...
masa tu baru kau tahu langit tinggi rendah...






p/s Rasa keinsafan itu penting untuk timbal balik sifat dan perilaku diri kau  (ayat ni pun copy ayat Ayul..kehkehkeh~)  ^__^







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 9, 2011

Siapa Laila Faisal???

Hari tu aku ada dapat emel kategori SPAM...demmit sungguh orang yang menghantar emel SPAM kat aku...haishhh~  tah mana dia dapat emel address aku pun tak tahu...adakah dia pembaca blog aku?? itu yang kita tak tahu! hehh~ =.=





ni lah ghope emel tu...jelas tak apa yang ditulis??  siap ada attachment tu yang tak tahan! kunun-kunun minah ni betul-betul wujud lah...entah gambar siapa dia cilok pun tak tahu...adeh la~  =.=




yang paling aku musykil, kawan opis aku, Diana pun dapat emel yang sama!! dia kata selalu jugak dapat emel-emel macam ni...cuma kali ni orang tu siap letak gambar sekali...lepas Diana tunjuk emel macam ni, malam tu aku aku check inbox tengok aku pun dapat emel yang serupa..apakah???


Aku cerita kat dak encem pasal ni...dia cakap ni macam sindiket nak kenakan awek-awek tempatan lah ni...nak mencuri ke, merogol ke, dirogol ke...haishh..na'uzubillah...sebab aku sayang kawan-kawan awek aku, makanya aku siarkan emel orang psiko ni dalam blog...entah-entah ramai yang dapat emel serupa kan?? ke korang dapat emel lain tapi motif yang sama?? hurmmm~



Apr 28, 2011

Jemputan Walimatul Urus YanaMIB

~klik gambar untuk lebih jelas~


Dengan ini saya, YANAMIB ingin menjemput rakan² yang jauh dan dekat ke Majlis Perkahwinan Saya dan Ujang9897


Pada : 30/4/2011


Lokasi :Dewan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Jalan Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor.






comel kan bunting ni...?? hihi~  =P











p/s::  malam ni kutepek inai tebal² di jari jemari ku...yeayy~  ^_^


Mar 15, 2011

Takde Kad, Taknak Datang Kenduri Kau!!

Peringatan::  klik setiap gambar untuk zoom yang bergaya  ^_^



~gila burok buat muka sentap...dak encem paling huduh!! kahkahkah =P~



B:: aku ni kawan rapat dia...kenapa dia tak bagi kad??


P::  kau tau tak dia kahwin bila?? rumah dia kat mana??


B::  tau....tapi aku nak kad jugak...


P::  kenapa kau tak mintak sendiri kat dia??


B:: ah buat apa...dia la patut cari aku...dia yang nak kahwin...dia la kena jemput aku...kenapa aku pulak kena mintak??


P::  bodoh!! sia-sia dapat kawan macam kau....



helloooo...kalau kau betul kawan rapat, kenapa kau sendiri tak support kebahagiaan kawan kau?? hanya kerana sekeping kad kau sanggup abaikan kawan kau tu??? siapa yang lupa kawan sekarang???


oke tu cuma mukadimah...panjang lagi ceritanya ni...aku copy status bakal abang ipar aku...hehe...macam menarik je topik ni untuk dikongsikan....siapa² yang makan cili aku taknak bertanggungjawab bila kamu kepanasan dan kepedasan! lalalalalala~




Pakai facebook takde ADAB ??  =_=









ADUN Bangi pun tak kecoh tak dapat kad...hurmmm~








Kalau tak bagi kad maksudnya takde adab ke orang tu?? hurmm~  >_<



Macam aku ni, kad jemputan yang aku beli 1000 keping je...kawan² mak ayah dan sedara mara adalah lebih penting dari kawan² aku...korang ingat famili aku ada 30 orang je ke?? kawan² ayah aku lagi ramai...ayah aku ni bukan sebarangan orang ye...entah² tak cukup pun kad yang 1000 keping tu...hahaha~  


Jadi bagi aku, kalau tak dapat kad, jangan lah sentap-sentap sampai keluar statement, "aku tak datang kenduri kau sebab takde kad..."


WTFish!!! orang tak ramai kawan boleh la kan bagi kad kat semua orang...lalalalala...sentap lagi  =P


APA KATA ANDA??? korang nak aku bagi jemputan macam mana untuk korang?? bukan semua orang aku add kat facebook   =)


Nak kad jugak??? kalau ada lebih aku bagi...kalau takda, aku send e-card by emel je oke?? 


peace! v(^^,)



Feb 10, 2011

Banyak Cara Ucapkan "Maaf"~



Ingat nak update pasal make up e.l.f pagi ni...tapi tadi terdengar topik kat Hot.fm pasal isu meminta maaf...so saje la nak kongsi dengan uols pendapat aku pasal isu ni  ^_^


Aku ni bukan la baik sangat...tapi kalau orang minta maaf memang aku lupakan terus dosa beliau padaku...ecewahh...suci sungguh hatiku...ngee~  =P    tapi apa yang korang faham dengan perkataan "M.A.A.F"??  adakah dengan ucapan 'maaf' dah memadai?? bagi aku depends pada kesalahan orang tu....





Contoh paling tragis aku amek, kalau ada mat rempit dah rogol adik kau ke anak kau, then lepas rogol dia minta maaf....boleh terima ke??? kalau macam tu hari² orang buat jahat...sebab dengan hanya meminta maaf, orang boleh lupakan kesalahan kita...tak mungkin macam tu kan?? =)


Minta maaf memang ada pelbagai cara...pernah sekali aku bergaduh dengan sorang jejaka yang tak berapa nak hensem sangat sampai dia merajuk dengan aku...wah laki kalau merajuk memang sangat over oke! menyampah ai nyah!! >_<


Aku ni jenis yang susah jugak la nak ucap perkataan maaf tu...erm jangan tanya kenapa...aku ada sebab tersendiri...panjang kisah tragis yang jadi kat aku sampai susah sangat nak ucap perkataan maaf tu...huhu~   tapi tengok orang la...bukan la semua orang aku buat perangai macam tu...tak elok sebenarnya...peace! v(^_^)





Disebabkan aku susah nak ucap perkataan maaf dan tak tahu nak ucap macam mana...ye lah takkan nak ucap, "sorry"....pehtu blah...settle masalah...hei tu bukan cara aku la...setakat sorry baik naik lori...bahahahaha~   Jadi aku telah membeli sepotong kek Secret Recipe dan tertulis di atas kek itu perkataan sorry...beli sepotong dah la..sepotong pun mahal oke! nak dekat rm10 jugak! grrr~ >_<





Kenapa kek?? sebab kek manis...orang tengah marah mukanya kelat! bughok gilerrr ghope deme! hohoho..jadi bagi benda manis dengan niat orang itu akan tersenyum kembali....ecewahh romantik tak ai?? lalalalalala~





Tapi kan....jejaka tak hensem tu lembab daaaaa~   dia tak anggap pun kek tu sebagai tanda maaf..cis cis cis... bagi dia minta maaf tu hanya dengan ucapan "maaf"....adeh la~   rugi duit sepuloh hengget aku taw! T__T    Lepas dari kejadian tu aku memang tak beli apa² dah untuk minta maaf dengan orang...aku buat dekkk je...hahaha  fadan muka siapa yang jadi pasangan aku sekarang...pfffttt~  =P


Apa pendapat uols pulak??  pendapat kita mesti tak sama kan?? share your thoughts peeps...especially bagi yang dah kahwin tu...mesti lagi mesra cara minta maaf dengan encek asben kan kannn...hihi~  ^_^



Jan 17, 2011

Minggu Yang Serabut!

Salam readers...


wallahhh seharian tak online rasa macam setahun tak jumpa uols...ecewahh...sweet kan ayat tu?? *lempangggg*  =P


erm erm...otak aku sekarang ligat berfikir macam-macam benda...malam² mesti susah gilerrr nak tidur....rasa macam banyakkkk lagi yang tak settle...



Comel kan bila bangun tidur tengok rupa jadi macam ni?? kui³ =P   



Sampai satu tahap aku rasa macam nak buat loan kat bank...kenapa?? sebab otak aku duk fikir, "money is everything.."


Well not really everything la...tapi dengan duit, kita boleh selesaikan setiap masalah dengan sangat mudah! betul tak??


Macam mana lagi nak buat supaya urusan aku dipermudahkan....hehh~  dugaan....dugaan~  (-__-")


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015