Showing posts with label Dash Box. Show all posts
Showing posts with label Dash Box. Show all posts

Nov 28, 2018

Family Day Aerospace | Dash Box Hotel, Cyberjaya

Assalamualaikum...


11 November hari tu, few days lepas adik baby warded, kitorang pi family day geng ofis papa. Actually every year dorang buat family day ni. Lokasi, aktiviti semua dah plan awal. Kebetulan pulak adik baby sakit and Alhamdulillah dia sihat betul² sebelum tarikh family day. Alahh bukan buat aktiviti apa sangat pun. Sebab tu aku tak kisah nak teruskan jugak join.


Tahun ni dorang pilih Dash Box, Cyberjaya untuk bermalam. Tapi macam biasa lah, aktiviti pagi BBQ dulu. nyum nyum.


Dorang pilih Sungai Tekala untuk buat BBQ. Anak² boleh berendam sambil melantak. Dulu tempat ni pernah kena tutup sebab kencing tikus. Aku tak pasti bila dorang bukak balik sungai ni. Ramai orang woo! Mujur datang awal pagi, dapat la port dekat dengan pintu masuk. Malas nak naik tinggi² kang susah nak angkat² barang dari kereta.


Menu utama BBQ, ayam dan kambing! wohoaa! Dorang perap 3 hari awal. pehh maveles!


Zafran tu first time mandi sungai. Dorang suka, tapi takut². lol~


Anak² je berendam. Makpak sibuk membawang sambil melantak. bahaha~  Tak kuasa lah nak basah². Kat hotel kang nak berendam lagi.


Kitorang lepak sungai Tekala sampai tengah hari. Then baru gerak pergi Dash Box. Alahh check-in time pun lepas pukul 3pm. Ada yang balik rumah dulu salin baju, solat semua, pastu baru datang Dash Box. Memasing duk area situ je. Dekat sangat nak ulang alik rumah. haha!


Tepat pukul 3pm kitorang sampai Dash Box. TAPI, takde bilik yang tersedia! what?!!


Posing dulu. Papa kata dorang pilih bilik garden view. So beria lah kitorang duk area² bilik. Tapi satu pun belum siap lagi. grrr~


Almost sejam jugak kitorang tunggu bilik ready. Kemon Dash Box, dah tau weekend full house, hired la staff ramai sikit. Takkan kau harapkan sorang dua kemas berpuluh² bilik?? Sudahnya orang lain kena check-in lewat. Tapi check-out tak bagi pulak lewat?? πŸ˜’


Ramai jugak guests bising sebab kena tunggu lama. Aku kena bagi kredit to staff yang jaga reception, tenang je dia layan guests yang tengah marah. Aku tak salahkan staff situ, MANAGEMENT lah kena do something!!


Laki aku insist jugak dia bagi mana² bilik yang dah ready. Lepas 2-3 kali ulang alik jumpa receptionist, last² dia bagi bilik Deluxe, betul² depan pool. haha! Kalau ikutkan rate lagi mahal dari apa yang kitorang booking. Dah tu siapa suruh lambat sangat kemas bilik kan? Panas lit lit oii masa ni. Dengan bebudak ni dah resah gelisah nak terjun swimming pool πŸ™„


Kitorang dapat bilik level atas tu. Memang luas! Actually ni kali kedua kitorang pergi Dash Box. First time hari tu masa birthday Zafirah, bulan Februari hari tu. Tapi kitorang duk bilik jenis CABIN. Kocik comel je saiz bilik. Orang bujang sesuai laa duk bilik gitu. Kalau dah ada family, tambah dengan tentera yang agak ramai, better amek bilik Deluxe or Studio (tingkat bawah). Check out their website untuk tengok beza ketiga-tiga bilik tu oke!


Bukak pintu terus serang katil, main lompat² πŸ˜‘



Katil King. Bear hijau tu memang hotel punya.



Iron & iron board disediakan.


Toilet. Kemahennn besar. Kalau ramai sangat orang boleh bentang toto tidur dalam toilet kot πŸ˜


Untuk bilik kitorang ni, bilik nombor 303, air panas dan air sejuk TERBALIK! Biasa air panas dia mark as warna merah, sejuk kaler biru kan? haa bilik ni terbalik ye! Berasap² bilik aku masa baru² check-in tu. Ingatkan air sejuk, aku pulas habis ke warna biru tu. Sekali panas menggelegak. choii~


Toiletries. Sabun, syampu, conditioner pun ada lengkap semuanya.


Kettle, air mineral, 3 in 1 semua lengkap.


View dari bilik. Ada balkoni besarrrr. Cukup untuk sidai kain baju basah. lol~


Setel punggah barang masuk bilik, solat semua, AYUHH terjun kolam!


Berani lahh hero mama ni!! Selamba dia je terjun gitu. haha! Well done abang!


Slides ni pun tah berapa puluh kali dia ulang² main. Sikit pun dia tak takut!! Good job Zafran!!


Kitorang memang lepak pool adult je. Hari pertama tu oke lagi tak sesak sangat. Hari kedua tu, penuh orang. Kids pool tu nampak huru hara. Dengan bebudak tak reti beratur untuk turun slides. Parents ada duk tercongok tepi pool tapi tak pantau anak memasing. Bahaya oke! Last² aku suruh dorang lepak adult pool je. Main slides pun yang adult punya. Walaupun still ramai orang, tapi takde la huru hara. Reti lah beratur ikut giliran. gituu~


Adik baby duk tepi je wakk. Dia kan baru keluar hospital aje gila aku nak bagi dia berendam tempat sesak gitu. Dia pun bukan faham apa pun keseronokan mandi swimming pool. Sikit pun dia tak heran. huhuhu~


Geng bini bini technical aerospace! Thank you kak atie sudi pegang baby so mama boleh join anak² lain berendam. Merasa jugak lah naik slides! kahkah!


Sebelum check-out. Sementara tunggu abang & kaklong mandi pool sempat la dia mentido dulu.


Kitorang tak amek pakej breakfast, so papa tapau roti canai and megi goreng kat kedai luar. Makan tepi pool.


Breakfast kat sini BUKAN jenis buffet. Kena order ala carte. Tapi konsep sama macam buffet, "eat all you can". So korang boleh order banyak² kali. Chef akan masak panas² food tu. Konsepnya dah bagus. Mungkin nak elakkan pembaziran. Well, biasanya style buffet memang banyak membazir. Cumanya servis jadi LAMBATTTTT!!


Macam aku dah mentioned kat atas tu, weekend is full house. Sepatutnya pihak hotel sediakan lah staff secukupnya. Dah macam lipas kudung staff² korang tu buat kerja tahu? Mujur food OKE!


Pukul 12.30pm kitorang check-out. Reception bagi extra 30 minit je untuk check-out. Hari tu kata boleh check-out lambat ikut pukul berapa kitorang check-in? πŸ€”


Bye bye korang! Jumpa lagi family day tahun depan. Plan ke Melaka pulak kan? Semoga tercapai. aminn!


Overall aku puas hati stay kat hotel ni. First time pergi time ramai orang, tak sangka lah servis slow macam ni. Tapi layanan staff tetap terbaik!


Untuk staycation memang aku recommend korang datang sini. Swimming pool best sebab ada slides tu. Harga pun mampu milik. Bilik Deluxe tu dalam RM300+ per night. Aku biasa booking thru Traveloka and Booking.com


K tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

Feb 27, 2018

Zafirah turns 6!!

Assalamualaikum...


14 Februari lepas, genaplah umur anak sulung, my only anak dara, 6 tahun. Kejapnya masa berlalu. Tak sangka dah 6 tahun jugak aku pegang title MAMA! *I feel old😩*


Plan asalnya nak bagi dia celebrate secara besar²an kat sekolah (sebab dah tahun akhir di tadika), tapi papa pi booking hotel pulak 14 haribulan tu. Siap ngajak anak dara dating tengok wayang The Black Panther. huk alohh! Tak jadi lah celebrate kat sekolah. Celebrate 4 beranak je. huhu~


Pagi 14 haribulan tu, aku pi kerja macam biasa, Zafran pun pi sekolah macam biasa. Zafirah je dating dengan papa tengok wayang sebab papa dah beli tiket pukul 11.30am. Sejak umur dah kertu ni kurang lah minat nak jejak panggung wayang tu. Walaupun ramai kata cerita Black Panther tu best, tapi herm tak terasa pulak nak tengok. Faktor umur + hormon barangkali. Plus, aku memang tak confident nak angkut Zafran masuk wayang. Dah banyak kali dia buat perangai dalam tu. Bukan tantrum tapi dia suka buat bising. Menyanyi, membebel, menjerit, kacau orang seat depan, turun naik tangga *headache*. Baik lah tengok tv kat rumah. huhu~


By noon aku balik. Kira aku kerja half day je lah hari tu. Zafran pun sekolah half day jugak. Balik rumah packing² barang, terus gerak pi hotel. Kemain celebrate birthday kat hotel. kahkah! Kitorang pi Dash Box, Cyberjaya je wakk! Dalam 30 minit je perjalanan dari rumah. Biasa check-in hotel pukul 2pm ke atas, tu yang aku gigih pi kerja jugak pagi tu. Sayang cuti oii. Kompeni bagi cuti CNY setengah hari je, hari Khamis tu. Bos² jenis workaholic kekdahnya. lol~


Macam biasa lah kitorang rahsiakan percutian ke hotel tu dari Zafirah. Sepraissss!😜


Ni lah bilik yang papa booking. Jenis cabin. Kocik je lahaiii. Mujur lah anak beranak slim. Kecuali papa dorang lah gemok. kahkah~


Bilik jenis cabin ni oke je bagi aku. Bersih dan selesa. Toilet pun best sebab shower jenis macam kat rumah. Air lajuuuu! Cuma saiz je lah tak sesuai untuk family. TV pun takde wei! Kelengkapan memang BASIC sangat. Eh tapi sejadah disediakan. Well done Dash Box! πŸ‘


Ouh ada drama sikit masa sampai. Boleh pulak laki aku tertinggal luggage kat rumah!!! choi! Spoil mood betul. Dah la Zafran memberak masa sampai tu. Pampers semua dalam luggage. Hangin betul aku! Lepas check-in terus dia balik amek beg. Tau takut tengok muncung bini. Aku tunggu kat hotel dengan Zafran. Tak kuasa nak ikut patah balik. Masa aku tenyeh mekap kat rumah dah pesan banyak kali bawak masuk barang dalam kereta dulu. Dia sibuk tengok fon amende tah. Eh nasib lah bercuti kat Cyberjaya je. Kalau dah sampai Melaka ke, Johor ke takkan nak patah balik??πŸ˜’


Lepas dia dah amek luggage pi hotel, terus siap² kan bebudak ni untuk swimming. Haa memang motif utama pilih hotel ni pun sebab swimming pool tu laaa. Kids dan pool berpisah tiada. Kasi can laa berendam puas². Sempena birthday kekdahnya.😏


Kalau datang dengan family, korang kena pilih bilik yang bebetul depan pool (macam dalam gambar πŸ‘†). Saiz bilik situ besar sikit lah compared cabin yang aku duduk tu.


Swimming pool dia ada bahagian cetek (for kids) dan bahagian dalam. Tapi yang bahagian dalam tu takde la dalam sangat pun. Sampai paras dada aku je. Mostly kawasan pool air cetek je. Memang kids friendly lah pool dia.


Di hari kelahiran dia yang ke-6 tu jugak lahhh dia dah pandai menyelam! yeyyy! Selama ni mandi pool tak pernah basah kepala. Punya takut lemas. hahaha~  Kali ni baru la nampak swimming nye. Maybe jugak aku start bagi dia guna pelampung yang kat lengan tu. Kalau guna pelampung bulat tu memang dia takut nak berenang sendiri, duk bergayut kat pelampung je. Kalau yang sarung kat lengan tu haa baru dia belajar. Tau tau dah reti menyelam. wahh! Well done kaklong! Mama is so proud!😘


Dalam pukul 6.30pm tu ajak naik bilik. Aku belum Asar lagi.


Dah siap mandi manda, tukar baju, ready untuk potong kek!


Order red velvet dari Sally's Kitchen. Saja request tema Little Poney sebab Zafirah banyak kali sebut nak kek little Poney. And dia suka jugak makan red velvet. Eh mama nya pun sama! Eh Zafran pun sukaaa! hahaha~


halah halahh big girl sangat dah πŸ˜


10 minit pertama πŸ˜œ  Aku bawak jugak bekas kosong, untuk bagi² kek kat orang. Yelahh kitorang 4 beranak je mana mampu nak telan semua kek tu. Sedekah la kat sesiapa yang kitorang jumpa malam tu.


Lepas makan kek, solat Maghrib, dorang ajak nak mandi pool lagi. Tapi malasnya nak basah² baju. Rasa nak baringggg je. Tapi duk bilik boring pulak. Takde hiburan. sobsob~  Moh la jalan² amek angin malam.


Pemandangan waktu malam. Kawasan pool tutup pukul 9pm gitu.


Sebelah pool ada mini slides. Sambil mandi, sambil main slides. Macam Zafirah takut naik slides dalam pool tu. So boleh la main slides kecik comel ni πŸ™„


Kitorang dinner kat restoren Medina Thai Tom Yam, Putrajaya. Aku order tomyam daging. Tapi tekak aku tak rasa la sedap sangat tomyam dia. Tak pedas satu hal. Daging dia potong besar² sangat. Lembut, tapi aku kurang berkenan lah. huhu~  Aku lagi suka tomyam kat Slero D Timur, Ayer 8. Lagi kaww tomyam dia. Pendapat aku lah ye. Selera memasing ye dak?


Lepas makan, lepak kat Bubbles n Beans, Ayer 8. Ada banyak mainan berlampu situ.


Sewa beca. Papa rajin nau nak mengayuh. πŸ˜


Penat kayuh beca, ajak balik. Zafirah takmo! Nak main lagi. Kalau lah murah sewa mainan² kat situ memang pejam mata je mama bayar. adeyy~  Lain kali bawak basikal sendiri lah main kat situ. Unlimited time boleh kayuh. hihi~


Esoknya tu, bangun pagi terus memasing berzikir nak mandi swimming lagi. adohaii~


Kali ni memang dorang je berendam. Mama papa perhati je dari tepi. Tapi last² papa berendam jugak. Sebab ngajar dorang naik slides. kahkah~


Then pukul 11am kot aku naik bilik untuk bersiap. Ate, nak tepek mekap bagai kan. Bagi can la mama bersiap lama sikit. Papa berendam lagi dengan bebudak sampai pukul 12pm gitu. Check-out paling lewat dorang bagi pukul 12.30pm.


After check-out Zafirah ajak pi mall. Tapi halahh halahh malasnya nak berjalan. Badan mama makin berat ni nakkk πŸ˜‚  Last² pi lunch kat Azura, seksyen 3 sana. Dalam kereta anak² mentido. Lepas lunch dorang ajak berjalan lagi. oihh dah dah la tu! Mama pun nak tidur jugak! πŸ˜’


Balik rumah memang aku tidur pun. Alahh kejap je. Take a nap gitu. πŸ˜  Bebudak ni main sesama dorang. Sampai lah aku bangun. Pastu ajak papa pi makan lagi. Well, tidur pun guna tenaga jugak what😝


Oke tu je nak cerita. Lepas tu memang aku tak ingat dah aku buat apa. kahh!


Tata!




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015