Pages

Sep 30, 2011

Tazkirah Hari Ini (Part 21)





4 Perkara yang merosakkan hati manusia ::

1.Berbahas dengan ORANG-ORANG JAHIL

2.Melakukan banyak dosa

3.Banyak bergaul dengan wanita yang bukan Mahram

4.Banyak duduk bersama orang-orang yang mati. Baginda S.A.W. ditanya, "Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang mati?" Jawab Baginda S.A.W. "Setiap orang kaya yang menjadi sombong kerana hartanya".

sumber::  http://zabid9897.blogspot.com/2011/01/4-perkara-buat-hati-kita-busuk-atau.html










p/s::  pergi klinik kesihatan lagi pagi ni...doktor suruh datang untuk scan nak confirm kan tarikh deliver...then pergi buat appointment cardio kat sepital Serdang...harap semuanya berjalan lancar...gigih bangun awal pagi takmo tunggu lama macam hari tu...huhu~






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 29, 2011

Kasih Ibu Membawa ke Syurga...Kasih Anak??

Entry ini aku copy dari blog yang paling TAK BEST di abad ini...blog DuniakuAbstrak...selalu jugak aku terfikir, "apehal aku letak link blog mamat ni kat sidebar aku??"  tapi bila baca entry TERbaru dia nih aku rasa berbaloi jugak la aku tepek link beliau kat bloglist aku  *hari raya kau tak boleh marah aku ayul...lalalalala~  =P *


*****************************************************************


ibu bapa kami...kredit gambar to abang Pejai~


"Apelah sangat tolong hantar mak kau kejap, dulu kau kecik-kecik mak kau jugak yang hantar kau pegi tuisyen dari bengap sampailah kau jadi pandai...."


hati kecil terus memutar kembali memori-memori silam


"mak kau jugak yang bagi kau makan nestum kenyang-kenyang sampai pipi kau tembam badan sihat"


"mak kau jugak yang belikan kau mainan lego"


"bapak kau jugak yang tolong belasah kau sebagai pedoman sebab kurang hajar dengan mak"


"mak kau jugak yang tolong kau buat kerja sekolah"


"bapak kau jugak yang tolong bagi birat badan sebab malas mengaji" (bab bapak je mesti brutal )


dan beratus lemon lagi jasa yang korang sendiri pun tahu..

Kenapa kita sebagai seorang anak mesti tercetus detik hati malas, menyampah, berat hati, rasa diganggu dan berbagai-bagai lagi cetusan berbaur negatif??

why bebeh??

Kenapa tidak membantu memberi khidmat segera dengan gembira dan berlapang dada?

Bila dah kurang hajar tu nanti lepas tu baru menyesal...( aku la tu)

Macam ni lah..cuba ketepikan perasaan tu..cetusan-cetusan negatif tu sedikit demi sedikit..

Cuba.

Sekurang-kurangnya kau mencuba, tidak mustahil lama-kelamaan ringan tulang untuk berjasa.


Kasih Ibu membawa ke syurga..kasih anak?
Berusaha lagi wahai anak untuk mengasihi ibu dan bapamu



*****************************************************************


Serius insaf baca entry beliau yang ni...err korang rasa insaf tak?? huhu~
lagi satu kalau mak ayah kita membebel, marah ke hape...
tak payah la nak melawan...
hei ada sebab la dorang membebel...
memang kadang² kita tak buat silap pun dorang masih membebel...
senyap je lah...bagi senyuman je...kurang² dapat lah sejukkan hati mak² yang tengah panas tu...
lagipun kau dapat apa kalau melawan betul tak???
oh...dapat DOSA! =.=
ingat senang nak jadi mak???
sekarang komplen senang laaa....
tengok nanti kau dah jadi mak lagi teruk membebel...kesian anak kau...iskisk~


yes dulu aku juga begitu...suka melawan...DULU~
kalau umur dah cecah 20-an masih melawan cakap mak...
fikirlah....otak kau letak kat kepala atau lutut...eh! @__@
fikirlah....bila kau dah ada anak sendiri sok, anak kau ikut perangai tak senonoh kau...
masa tu baru kau tahu langit tinggi rendah...






p/s Rasa keinsafan itu penting untuk timbal balik sifat dan perilaku diri kau  (ayat ni pun copy ayat Ayul..kehkehkeh~)  ^__^







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 28, 2011

Beli Jugak Cangkuk Langsir Akhirnya~


Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaa langsir 'day curtain' kat rumah aku tu terperap tak digantung akibat kekurangan cangkuk langsir...asyik bertangguh, lupa segala....grrr~  semalam singgah jugak kedai hardware area opis aku nih...1 beg, 10 biji RM1...murah atau memang harga standard eh?? 1st time meh beli menatang ni...huhu...bagi aku sangat murah la...bukan nak pakai banyak pun...aku beli dalam 2 beg je... =)




ecece ayu sungguh awek sorang nih mencangkuk langsir...bini sape lah ni...ngahahaha~ 


Lepas dah gantung 'day curtain' tiba² TERperasan kain dia pendek...adoiiiii...
sliding door rumah aku ni memang pelik sikit...
lebih tinggi daripada biasa sebab ada tingkap tambahan kat atas sliding door tuh...
gila bughok ghope langsir yang digantung...
macam tak cukup kain jek...isk...
eh langsir² kat rumah aku ni bukan aku yang beli...
makcik aku bagi...sebab dia renovate rumah...dah tak guna langsir lama...
tu dia sedekah kat aku...hihi syukur...
ingat murah ke beli langsir?? huh!
kitorang just kena alter sikit je kat belah bawah tu
panjangkan sikit idak lerr nampak senteng semacam...
tapiiii...erm tah bila la ada masa nak alter...huuu~  (-_-")


*********************************************************************


oke jawapan bagi Wordless Wednesday tadi ialah...
aku lerr yang bawak kete...huhu~
kalau tengok logo kat stering tu
terang² dah nampak tu kereta Toyota...
celah mana driving school sediakan Toyota?? hahahahaha~
and kalau tengok pada gear terang² tunjuk ada 2 gear di situ...
kereta 4x4wd je ada 2 gear ye...hihi...
erm sebenarnya time tu aku masuk site kat Sabah....
nak tahu site macam mana boleh refer entry Sabah kat SINI << klik~   (^^,)












p/s::  semenjak dua menjak ni asyik sakit kepala je...adoiii...nak kata stress kerja tak jugak...erm~ T__T






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Wordless Wednesday #10


agak² siapa yang drive?? and kat mana?? hihi~  ^__^







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 27, 2011

Open House Cik Epal~

Minggu ni minggu terakhir kita berhari raya...betul?? so last weekend memang pulun la orang buat open house kenduri kendara segala...ekceli memang every weekend kitorang menepek kat rumah orang kembungkan perut...maklong lah duduk rumah pun berdua je...nak masak gas takde...bahahaha *alasan nyah!*  so bila lapar pergi je lah mana² rumah yang buat open house...lalalalala~  v(^___^)"




aku tak pasti kenapa muka aku macam ni  (-_-")


Sabtu lepas aku and dak encem attend open house cik epal...bapak jauh rumah beliau...rasa macam balik kampung pun ye jugak.. (-_-")





Macam² la makanan yang ada...agak besar²an jugak lah open house cik epal nih...pffttt~  yang pasti ayam masak merah dia sedap oke! aku bantai sampai 3 ketul...dak encem lebih kut...well dorang potong ayam kecik² ye...idak la pelahap sangat bila amek 3 ketul tu...ngeee~   =P


Actually special menu kat sini bagi aku ialah sate and kambing panggang...tapi aku macam takde mood nak makan kambing...sekarang ni macam trend kalau buat open house ke, kenduri kahwin ke mesti ada menu kambing...perasan tak?? huhu~




Air kelapa pun ada...not my favvy...tapi sedap pulak melantak isi kelapa nih...hihi terima kasih Saheizy Sam cik Epal sebab tolong belahkan buah kelapa ni...hikss  baik pakwe cik epal layan kitorang... (^^,)




Dari kiri::  cik epal gojes, awek Heidi Shafiq, YanaMIB, dak encem aka Ujang9897, Heidi Shafiq dan Saheizy Sam cik epal~  *prot aku dah nampak weiiii...wink wink~*


Lama jugak la melepak kat rumah cik epal...masa nak balik tu ada akak blogger Greenaple datang...tapi tak dapat amek gambar sama² sebab time tu dia tengah makan...takkan nak kacau ye dak? hihi terima kasih cik epal jemput kitorang datang rumah awak...walaupun jauh tapi sangat berbaloi sebab food sangat sedap! serius...tak tipu ni~  kalau bukan sebab dah kenyang rasanya nak je tambah lagi dan lagi dan lagiiiiiii...hihi~   =)


oh ni je gambar yang ada dalam kamera aku...gambar² lain banyak dalam kamera Saheizy Sam cik epal...aku nak makan mee goreng....lapar! okebai~!  (^___^)







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 26, 2011

Duit Raya Lagi...! hoyeahh!



weewewewewewe~  dapat duit raya BE dari Nuffnang...ngee~
eh kelmarin kan masa pergi beraya rumah paksu dak encem...
dia bagi kitorang duit raya jugak...
RM10 sorang pulak tuuuuuuuuuu...wallaaaaa~
so total duit raya tahun ni RM14 lah...yang RM4 tu tok sedara bagi [baca SINI]  auwww~
mak bunting dapat duit raya...siapa tak peghakkk kannnn?? hehehe~  =P


errr tengah blurr sebenarnya nak bebel apa kat blog hari ni...errrrr~  @__@
lepas makan nasi lemak baru datang idea kut...
jemput makan sume! nyum nyum~  (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 24, 2011

Hanya Kita Berdua~

dak encem nampak selimmm dalam gambar ni  =P


DIA mungkin bengis seperti singa, 
tapi DIA menangis tonton cerita korea, 

DIA mungkin keras bila bersuara, 
tapi DIA jujur dengan apa adanya, 


AKU LAGI KENAL DIA.....


AKU lebih bengis dari sang naga, 
Tapi bisa nangis semata dari cinta, 

Suara AKU keras tak berbahasa, 
kerna AKU rimas gedik mengada², 

AKU mudah baran tidak semena, 
mana boleh tahan angin cemburu buta, 

dan AKU sengaja tunjuk keras kepala, 
AKU punya manja kau saja boleh rasa...


HANYA KITA BERDUA~


Copy dari status FB kawan aku...hihi~


Saja nak berjiwang² di hari Sabtu...eh cuti² ni la best berjiwang² dengan pasangan...tak gitu?? hikss~
hari ni kami berjiwang shopping barang rumah then touch-up² rumah...next week nak buat kenduri doa selamat...sedara mara nak datang...kena la bagi molek molek sikit rumah ni...tak gitu??  sesi menerjah rumah kawan² mungkin akan diteruskan...bergantung pada tahap kerajinan dan stamina diri masing²  =)


Apa aktiviti korang hari ni??  (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 23, 2011

Masalah² ni Bahaya Untuk Baby dan Juga Ibu (ketika bersalin) =.=

"beb tu buku merah kau ke?? kenapa ada pelekat hijau atas tu?? selalu ada pelekat tu kalau ada masalah je..."  <<  komen Ida kat FB...

kalau nak tengok rupa buku merah aku and apa yang kawan aku cakap tu...
boleh klik SINI k~


Berdasarkan result yang aku dapat selepas check up semalam...
agak banyak jugak lah yang ditulis menggunakan pen merah dalam buku tu...
kalau guna pen merah maksudnya tak bagus kan?? adeh~
ada 3 perkara yang di highlightkan semalam...

1.  berat badan tak cukup...44kg je derr...
     -  yes memang sejak azali aku ada masalah berat badan...nak turun bukan main senang...tapi nak bagi naik tu masyaAllah azab weiiiii!~  =.=


2.  masalah jantung...masyaAllah~
    -  yang ni aku tak pernah tahu...doktor cakap jantung aku ada bunyi yang kuat...kemungkinan normal bagi ibu mengandung...tapi untuk pengesahan, doktor suruh pergi jumpa pakar kat Hospital Serdang...siap ada surat untuk appointment bagai...adeh~  memang keturunan aku ada penyakit jantung ni...mak aku pun ada...tapi tak kritikal...ermm harap² bunyi kuat tu sebab peknen lah...amin~


3.  bacaan hemoglobin (HB) rendah...means kurang darah lah~


     -  yang ni aku dah aware lamaaaa dahhhh...bukan takat tak cukup darah, tekanan darah pun rendah...sebab tu aku senang rasa pening...berdiri lama² tengah panas pun tak boleh...tapi bila dah peknen baru rasa yang masalah aku ni sebenarnya agak kritikal...iskisk~  so doktor bagi ubat iron (macam dalam gambar)...fungsi ubat ni untuk tambah darah lah...kena makan sekali sehari...kalau nak ambil sebelum makan, kena selangkan sejam...kalau nak ambil selepas makan, kena selangkan 2 jam....


    -  aku kena elakkan terus minum air berkafein macam teh dan kopi...sebab apa?? minuman berkafein akan mengurangkan penyerapan hemoglobin dalam badan...so jangan gatal² nak minum teh or kopi lepas ni...faham??!!  kalau nak minum air bersusu or soya pun kena jarakkan dengan waktu makan...sebab susu dan soya juga boleh mengurangkan penyerapan hemoglobin ke dalam tubuh...contoh kalau aku minum susu/soya waktu pagi...selangkan beberapa jam baru amek makanan...ngerti?? dan sila banyakkan minum air buah, makan sayuran hijau dan kerang...juga lebihkan minum air mineral...noktah!






Yang ni pula vitamin tambahan bagi setiap ibu mengandung...masa 1st trimester dulu (3 bulan pertama) doktor bagi acid folic...tapi bila dah masuk 2nd trimester, kena tukar lah vitamin kepada Obimin...besar kottttt ubat niiii...macam panadol menstrual kaler pink tu...panjanggggg...acid folic kecik je...macam saiz ubat selsema...tertekan jugak la aku nak menelan Obimin nih...grrrr~  >_<


Masa muda mudi dulu bajet taffff sangatttttt! sekali hamekkkk tak normal kau ni sebenarnya  T___T  Hopefully aku tak lupa lah nak makan ubat² doktor nih...risau jugak apa² jadi kat aku masa bersalin nanti...kalau jadi apa² kat aku sorang takpe lagi...takut effect ke baby pulak...nehi~ nehi~  *sekarang baru reti nak risau??! ngengggg~*  (-_-")






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Tazkirah Hari Ini (Part 20)



Akhwat yang cantik di sisi Allah adalah::

~ melukis kekuatan melalui masalahnya...

~ tersenyum di saat tertekan

~ tertawa di saat hati sedang menangis

~  tabah di saat terhina

~ mempersona kerana memafkan

~ mengasihi tanpa meminta balas

~ bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 22, 2011

Perihal Buku Merah~



Buku yang digilai ibu² mengandung...
tapi dalam kes aku si suami yang gila buku merah...hahaha~
buku ni juga penyebab aku masuk opis lambat...
update blog pun lambat...grrr~
dari pukul 8.30am, selesai urusan pukul 1pm...
boleh tengok 2 kali wayang...=.=


Meh aku cerita sikit pengalaman aku buat check up kat klinik kesihatan  =)


nurse::  awak ada buat check up kat mana² tak sebelum ni?? pernah buat scan??

aku::  ada..saya pergi Az-Zahrah, Bangi...

nurse::  oh ada gambar scan?? bak sini nak lekat sekali dalam buku....

aku::  ada ada...nah~

nurse::  macam dah besar je anak awak ni...ikutkan berapa lama dah mengandung??

aku::  erm masa scan tu doc cakap dah 4 bulan lebih...

nurse::  bila last awak period??

aku::  erm tak ingat la nurse...last bulan 5...bulan 6 tu peot dah tak betul...

nurse::  kenapa dah lambat baru nak bukak buku??  *dah agak dorang akan tanya soklan gini..ceh~*

aku::  saya tak tau pun saya peknen...masa saya check mula² dulu, doc tu kira ikut tarikh last saya peot yang tak betul bulan 6 tu...kalau ikut kiraan doc pertama tu patutnya bulan ni baru 3 bulan saya peknen..bila dah scan baru tau baby dah besar...

nurse::  awak dah tahu peot dah tak betul kenapa tak check je terus??

aku::  suami saya tak percaya saya mengandung...

nurse::  *senyum sinis*

aku::  serius! memang dia tak percaya...sebab tu check up pun lambat...saya pun takde alahan apa²...mana nak tahu mengandung...  *ingat aku menipu ke?? tak kose nak layan*

nurse::  jangan nanti nak bersalin pun suami tak percaya udah lerr..terberanak je la awak kat rumah nanti..huhu~

aku::  *wakluuuu~*



Kenapa aku nak jugak bukak buku merah??
ini namanya langkah berjaga²...
memang kami merancang nak bersalin di hospital swasta...
tapi aku tak tahu masalah apa akan jadi pada aku nanti...
hospital swasta ni kalau ada kes dorang tolak pi gomen jugak...
kalau takde rekod aku rasa mesti nurse² kat gomen tu malas nak layan aku...
bukanlah meminta untuk dapat masalah kritikal masa bersalin...
setiap hari aku berdoa agar urusanku dipermudahkan...
tapi manusia hanya merancang..Allah menentukan bukan??  =)


Apa-apa pun aku tetap serik nak menunggu sampai 4-5 jam semata² nak buat check up =.=
lepas ni nak pergi klinik panel jekkkk...
bila nurse dah call tanya
kenapa tak datang check up...
baru aku pergi balik klinik kesihatan tuh....
tak pun tunggu je nurse datang rumah...
dah dorang cakap nak datang rumah buat check up/spot-check segala...
saya tunggu kat rumah je la yeeeeeeeee~  huhuhu~  =P






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 21, 2011

Wordless Wednesday #9 | Aisyaa Syakira


Anak sedara saya...


expression semasa menonton hantu bonceng..teeheee~  (^__^)"







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 20, 2011

Yana Gangster dan Yana Boyot =)


Baiklah, entry ni kira entry terakhir cerita pasal wayang dan artis...atau mungkin juga second last...atau 3rd last...errr aku ada lagi 5 bulan sebelum bersalin...kalau tengok wayang sebulan sekali, ni kira entry preview yang ke-5 terakhir lah...boleh??  (-__-")




Terima kasih MIG bagi badge yang comel ni...Yana as in Yana Samsudin...salah seorang watak utama dalam filem Bini-biniku Gangster...bagus jugak bagi badges tulis nama "Yana"...tak payah la saya susah payah nak buat badge sendiri...bahahaha~  =P


eh lain kali bagi lagi badges² macam ni tau...asyik tengok badges Nuffnang je...nak jugak kumpul badges company lain...  v(^__^)"



Yana Gangster dan Yana Boyot...kehkehkeh~  eh aku nampak pendek sebab Yana pakai boot gangster daaaa...ada la dalam 2 inci kut tinggi heels nya...grrrr~  tunggu la baby ai dah keluar sok ai angkut dak encem pi soping kasut!! nak tinggi mana? jenis apa? semua ai sebat! ngaaaa~ *pitam!*  Nisa Kay pun dah berjaya hasut aku untuk soping kasut...haha fine! fine! 5 bulan je laghikkkkk...~  =.=



Aku pernah baca kak RM cerita pasal Yana Samsudin dalam blognya dan sekarang aku pun nak bercerita benda yang sama...she is sooooo damn sweet! serius! takde bodek² hokay! bukan dapat apa pun aku bodek beliau...ye dak?? haha~  saya sangat kagum dengan sikap ramahnya *tiba² tukar kata ganti nama jadi saya*  walaupun diterjah wartawan dan bloggers, dia layan je lah both parties dengan elok dan tenang...yelah wartawan sibuk nak interview...kitorang bloggers ni sibuk nak amek gambar...huhuhu~  tahniah sebab awak dah buat saya TERminat dengan awak...tiba² nak jadi fans boleh??  v(^___^)


"Yana" lain yang aku jumpa malam tu ialah cik Yana Yassin...wewiittt wewiittt! alaaa gambar dengan Yana Yassin takde..iskisk pi la terjah blog dia kut kut la ada tersesat gambar aku...huhu~  nice to meet you Yana Yana sekalian...nanti ai dah bersalin meh la datang jumpa anak ai...kut la dapat kenan kecomelan dan ke-sweetan u kat anak ai...ececeeee~  =P






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 19, 2011

Kenapa Orang Mengandung Tak Digalakkan Tengok Wayang Selalu??



oke oke..malam ni lasttttttttttt kita tengok wayang tau...pomish! v(^___^)
kan abang ipar dah pesan jangan tengok wayang selalu...
kenapa?? aaa meh aku jelaskan mengikut apa yang aku baca lah ye...
orang tua² kata nak melentur buluh mesti dari rebungnya...tak gitu??
jadi dalam kes anak-anak ni, dari dalam perut lah kita kena mula didik dia...
nak dia jadi macam mana...
kalau dah mak pak kaki wayang....
tak mustahil anak yang lahir sok bakal ikut jejak mak paknya juga...betul??
bukan lah nak kata haram tengok wayang...tapi jangan selalu  =)


Aku pernah TERbaca satu entry kak Diana yang anak dia sangat hebat membuat puzzle...
macam mana boleh jadi macam tu??
sebab masa kak Diana mengandung dia asyik main puzzle je...haha~
memang kelakar bunyinya...
tapi kalau kamu kamu nak tahu, orang Yahudi memang mengamalkan didikan sebegini rupa...
padahal didikan macam tu adalah ajaran Islam sendiri...
contoh kalau mereka nak anak mereka jadi pakar matematik...
mak pak akan usaha membaca dan belajar segala ilmu matematik....
sebab apa yang mak dan ayah amalkan memang akan effect pada anak yang dikandung...
kalau tak percaya boleh lihat gugel, siapa tokoh² hebat alaf ini...
majoritinya orang² Yahudi kan??
sila betulkan kalau aku salah ye...tapi ustaz pun ada cakap...
bila bini tengah mengandung...bapak jangan selalu pergi stadium...
nanti anak suka pada bola...bukan suka pada al-Quran....
aaa macam tu perumpamaanya ye...^__^


Aku nak anak aku jadi apa??
aku nak anak aku jadi jurutera paling hebat pada abadnya....
kalahkan mak, ayah and atoknya...hihi~
apa usahaku??
main game The Sims kat FB...eh! O__o'
yang paling penting, JANGAN TINGGAL SOLAT!!  (^^,)













p/s::  sekali lagi aku ulang...JANGAN SELALU amalkan perkara² lagha'...bukan haram terus tau! tapi selalulah amalkan perkara² kebaikan macam baca al-quran, baca kisah² nabi dan para sahabat etc etc...wallahu'alam~  =)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Canggih Air Tin ni...huhu~


Air tin jenama apa tah...ayah aku bawak balik 2 tin...satu perisa coklat, satu lagi perisa kopi...1st time jumpa air tin macam ni...so tahap keterujaan adalah agak tinggi...haha~  biasanya kalau harta benda mak ayah aku memang aku suka nau rompak..dah dorang suka membeli tapi tak guna/makan/minum...so aku la tolong settlekan...tak elok membazir...ye dak?? hahahahaha~  *motiffff sangat!*  =P




Ayah aku cakap dia beli kat Petronas kat highway...aku lupa nak tanya highway mana...sebab aku tengok kat Petronas area rumah aku takde lak jual air tin nih...ngee~  nak tau apa yang best sangat pasal air tin ni sampai aku buat entry??? haha air tin ni mampu jadi air panas dalam masa 5-10 minit sahaja...cuma ikuti langkah yang tertera kat bawah tin *macam dalam gambar* then air dalam tuh akan bertukar menjadi air panas...mabelesssss!! ^__^


Ada satu tahap yang air dalam tu akan panas menggila...masa tengah panas tu aku dengan dak encem macam dah cuak...takut la tin tu meletop ke hape...hahaha siap cari button untuk adjust temperature lagi..gilo! haha rupanya dia memang macam tu...biar je lama² nanti dia akan sejuk sendiri...LOL~  =P





Harga memang mencekik!! walaupun air coklat dia sedap tapi takde la aku nak pi beli sendiri...tunggu ayah aku je beli nanti aku paw la se-tin...kui kui kui~   v(^__^)"


errr korang pernah minum tak air tin ni?? ke aku sorang je baru tahu?? ngaaaa~  =.=
















p/s:: Hari ni bawak bekal lauk asam pedas yang mak mertua saya masak...lauk favvy tuh...nyum nyum~ jimat duit belanja hari ni...hoho terima kasih mak!! ^___^






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 16, 2011

Tazkirah Hari Ini (Part 19) | Doa Buatmu Anak





Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,
Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau,penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya
secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan,
cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya,
merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.


amin ya rabbal alamin~







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 15, 2011

Preview Filem LIBAS


Malam tadi kitorang laki bini dapat lagi tiket wayang free...kehkehkeh~  kali ni premier screening untuk filem terbaru yang bakal memecah panggung pada 29 September 2011 nanti...iaitu filem Libas! eh kitorang yang kategori bloggers and media siap dapat CD khas untuk tulis preview ni tahu?? ngaaa so aku tak payah susah payah search kat Google..guna je gambar² and segala info yang ada dalam cd...phewww~  ^__^



Sinopsis Libas::

Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti. Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah Negara? Nantikan kesudahannya...








Masa mula² aku tengok trailer kan, rasa macam, "ek eleh poyo gilerr cite nak sama macam shaolin soccer...lepas tu teknik CGI macam over la pulokkkk...nampak sangat nipunyeeee..."


aaa macam tu sekali tau komen aku...masa masuk wayang pun siap terfikir nak tidur sebab teringat trailer yang kurang menarik tu...=.=



Tapi bila dah tengok movie ni rasa best pulak...rasa macam trailer tu menipu je...haha mata ni pun tak rasa mengantuk tau...wahhh ajaib! hahaha~  serius weiii! aku bagitau ni sebab biasanya kita akan menilai sesuatu filem berdasarkan trailer kan?? tapi tu lah yang aku nampak...trailer macam tak nampak sangat motif keseluruhan filem ni...anak aku dalam prot ni pun ligat berpusing²  (^__^)




Kalau ada orang komen filem ni tiru shaolin soccer...bagi aku, so what?? pembikinan filem ni memang macam shaolin soccer...tapi jalan cerita tak sama pun...lagipun filem ni melibatkan sukan tanah air...berapa banyak lah sangat negara dalam dunia ni yang ada game takraw... ?? alahh kalau negara lain buat gini bukan main kome puji...asal Malaysia buat je semua nampak tak best...hehhh susah la macam tu... =)




Nak kata effect CGI yang melampau sangat pun tak jugak...semua effect CGI dalam filem ni selari dengan jalan cerita...bak kata Rosyam Nor, "saya nampak hebat gila main takraw dalam filem ni...padahal saya bukan reti sangat main takraw..."


haaaa macam tu sekali tau effect CGI dalam filem ni...bayangkan Scha Alyahya pun nampak gempak gila duk libas² bola takraw...pfftttt~  ^___^




Johan sebagai penyeri filem Libas...bukan lah dia sorang je penyeri...maksud aku watak dia yang sengal² ubi tu memang penyeri laaa..bukan takat dalam filem je...time conference pun dia boleh buat lawak...haha ai loike! pssttt:: bini dia lawa kaooo! pompuan lawa memang suka laki yang sengal tau..eh!  v(^___^)"





Bagi aku kekuatan filem ni sebab ada Rosyam Nor sebagai hero...nama besar kut Rosyam Nor nih...dia memang hebat la berlakon...kalau tak hebat takkan boleh menang banyak kali anugerah pelakon lelaki terbaik kan?? huhu~  cuma kali ni watak yang dibawa agak ringan lah...sebab filem ni ada komedi...jiwang² ni nan ado! kalau ada pun macam tak perasan sangat sebab sikit je scene jiwang...aku suka filem macam ni...kalau nak lebihkan scene jiwang baik buat filem cinta terus! tak payah la aksi² segala nih...serabut je...ye dak??  =)




Senarai Pelakon Libas::


Pelakon Utama

ROSYAM NOR - RAJA LIBAS
SCHA AL-YAHYA - RATNA
JOHAN RAJA LAWAK - HAMADI
BEEGO - MEGAT
FADZLY KAMARULZAMAN - KUMOK
MOHD RAZIB SALIMIN - JURULATIH MALAYSIA


Pelakon Pembantu

MOHD ZABRI IBRAHIM - AK NANGKHON
YUSWAISAR - PRATAPOL
ADAM CORRIE LEE - PROPCHAI
SALLEHUDDIN ABU BAKAR - SUKCHAI
ZULKARNAIN ZAKARIA - SOMPON PULAPOL
YANG KASSIM - JURULATIH SIAM


Pelakon Undangan

SABRI YUNIS - HJ HASBULLAH AWANG
SATHIA - MAMAK
JOHAN ABDULLAH - MR WILSON
YUSMAN GHAZALI - MR. YAKUZA
ZAZALI MAJID - DALI


Pelakon Kanak-kanak

MUHAMMAD HARITH JUREY - RAJA LIBAS JR



pelakon² utama Libas... =)




Tenaga Produksi Libas::

PENERBIT - MOHAMED AZLAN GHAZALI & ROSDI MAT YUSOF
PENERBIT EKSEKUTIF - JUREY LATIFF ROSLI
PENERBIT PENYELARAS - AL FATTAH MOHAMAD
ARAHAN/KONSEP/IDEA - JUREY LATIFF ROSLI
SKRIP - MARTIAS MOHD ALI
OLAHAN SKRIP - ASMAT SULAIMAN
PENGURUS PENTADBIRAN - NORNAIMAH NORASIT & ROZANA JAHIDIN
TERBITAN - MEDIA DISTRIBUTION ADVERTISING GROUP
(MDAG SDN BHD)


Production Team::

PENGARAH - JUREY LATIF ROSLI
PENOLONG PENGARAH 1 - ASMAT JUHAN SULAIMAN
PENOLONG PENGARAH 2 - SHAHARUL ARIFFIN
PENGURUS PRODUKSI - MISNIN MOHD EHSAN
PENOLONG PM - W.NORHILA W. SULAIMAN
KONTINUITI - SUHAIZA ABDUL AZIZ
PENGARAH SENI - AZWAN IBRAHIM
PEN. PENGARAH SENI - MAZALAN ZULKIFLI
PROPMASTER - MOHD AZLI IBRAHIM
PROPMAN - MOHD AL HAFIZ BIN AZLIM, HALIL HUSAIRI, KELIWOON & HAFAZI CHE ROSE
JURUSOLEK & PAKAIAN - MAIZURAH KAMARUDIN
PEN. JURUSOLEK 1 - FAZREE AZRIN SHAH @ DIDDY
PEN. JURUSOLEK 2 - AZMI MOHD MOKHTAR
PEN. PAKAIAN - M.REDZUAN MUSTAFA ALUDIN
PEMBANTU AM 1 - AHMAD SHAMSUDIN BIN HUSSIEN
PEMBANTU AM 2 - RAJA MOHD SALLEH BIN RAJA HAMZAH
JURUGEGAS 1 - MOHD AIZAD BIN MOHD ROSLI
JURUGEGAS 2 - MOHD FADLULLAH BIN MOHD TERMIZI
JURUGEGAS 3 - AZIZI JAAFAR
PELATIH UNISEL - RAFIQ EMIR MISWAN, WAN SYAFIQAH & HAZIRAH WAN OMAR
PELATIH UITM - SHAFIEQ HASHIM


Technical Department::

DOP/CAMERAMAN - MOHD SHAUFE BIN A.WAHID
1ST ASSISTANT CAMERAMAN - AZLAN T.H BIN SAAT
2ND ASSISTANT CAMERAMAN - AZNAN BIN ISHAK
GAFFER - MOHAMMAD SAAT BIN ADBUL HAMID
BEST BOY GAFFER - EZAMI RAZALIN
SPARK - MOHD HUSHIN BIN YUSOF
KEY GRIP - MOHD FAIZAL BIN MOHD ALI
BEST BOY GRIP - AMIRUDIN BIN SHAN
GRIP - MOHD YUNUS BIN MD NAPIAH
GENERATOR - BATUMALAI A/L L.RAMASAMY
LIGHTING TRUCK - MOHAMMAD RIDZUAN BIN OSMAN


Sound Department::

LOCATION SOUND RECORDIST - MOHD ZEID BIN YUSOFF
BOOM OPERATOR - MOHD ZULFIKAR BIN KAMARUL ZAMAN
ASSISTANT / RECORDIST - AHMAD AFIQ BIN MOHD SALLEH
ASSISTANT / CLAPPER - KHAIRUL AZAHARUDDIN BIN ARIFFIN


Post-Production::

OFFLINE EDITOR - AFFANDI JAMALUDDIN
(MIRAGE POST SDN BHD)
ONLINE EDITOR - SIAM FILM DEVELOPMENT Co.,Ltd


Audio Post-Production::

SOUND DESIGNER - NURZAIDI ABD RAHMAN
(GEMERZIK MUSIC & SOUND WORKS SDN BHD)
FOLEY - MOHAMAD NAPI DOLLAH


Making of Libas::

DIRECTOR - AL FATTAH MOHAMAD
EDITOR - MD NOR AZREIN




Syabas kepada penulis skrip encik Martias Mohd Ali...asben kepada kak Mak Dara dari Bicara Mak Dara...tak kering gusi dengar skrip² yang diucapkan setiap pelakon...serius best skrip yang abang Martias buat...it's an honoured tau jumpa penulis skrip...kut la dapat berkat sikit kat anak aku sok dia dah besar jadi penulis skrip jugakkkk...muehehehe~  =P




Overall aku bagi 8/10 bintang...

banyak kannnn bintang aku bagi?? tu maksudnya filem ni memang best!! tak rugi pun tengok...ajak la sedara mara, jiran tetangga sekali tau! suruh dorang baca preview ai nih...ngahahaha~  v(^___^)









p/s::  abang ipar dah bersuara jangan tengok wayang selalu...haha padahal Isnin depan ada lagi dapat tiket free...adeh~  kena pass je lah kat orang lain   =)





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 14, 2011

Rezeki Anak...Alhamdulillah~



Pakcik Nuff macam tau tau je aku tengah preggy...kihkihkih~
syukur sangat...walaupun starting tak tinggi...
biasa dapat RM2 ke atas...
tapi tak kisah la...
daripada takde langsung kan?  =)
kena mula menyimpan untuk anak dah sekarang...pheww~  (^^,)












p/s::  malam ni tengok wayang kat Wangsa Walk...cerita apa tah...esok aku story k  =)





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!