Showing posts with label Kegel Device. Show all posts
Showing posts with label Kegel Device. Show all posts

May 9, 2012

Senaman Kemutan | Review Vibrance Kegel Device

Sebelum ni aku ada cerita pasal otot lantai pelvik...kalau tak ingat boleh klik SINI~
Hari ni aku nak review pengalaman aku membuat senaman kemutan selama sebulan menggunakan Vibrant Kegel Device...=)





Vibrant Kegel Device mempunyai 3 level penyelarasan...mula-mula kita guna level 0 (A)...bila rasa² kemutan dah semakin kuat, kita UP pergi level 1 (B) di mana tahap anjalan getahnya sedikit tebal dan memerlukan kita mengemut dengan sedikit kuat berbanding level 0 tadi...bila dah rasa otot makin kuat, kita up lagi pergi level 2 (C) sampai lah seterusnya...



boleh baca dengan lebih lanjut cara penggunaannya di SINI~



Masa mula-mula guna memang rasa kekok sikit..biasa lah benda baru kan...hihi~  korang kena guna hari-hari, 3 kali sehari...dan amalkan senaman ni secara konsisten...baru lah dapat hasil yang dikehendaki  =)



semua sarung-sarung getah ni diperbuat dari Medical Grade Silicone Rubber spesifikasi tertinggi...jadi jika ada yang allergic dengan rubber sekali pun tak perlu risau sebab memang takkan ada effect punya! boleh baca lebih lanjut spesifikasi Vibrance Kegel Device di SINI~



Setelah sebulan menggunakan Vibrance Kegel Device aku dapati::

1)  Otot pelvis semakin kuat

2)  Kemutan vagina semakin kuat  *ehem ehem*

3)  Sentiasa cergas
-  aku selalu kena attend meeting...setiap minggu mesti ada je meeting kat luar kena pergi...Alhamdulillah badan aku boleh bertahan sampai ke malam...balik rumah boleh main² dengan baby, buat kerja² rumah, pump² susu, layan somi lagi...EH!  =P

4)  Sukar merasa letih
-  walaupun tak cukup tidur...yelah aku selalu bangun tengah² untuk susukan anak aku...kadang² sampai 2-3 kali kena bangun...biasanya kalau tak cukup tidur mesti aku rasa letih kat tempat kerja...sekarang tidak lagi! yeyy~!


Tadi masa baca blog kak Ina, dia cakap kak Yanmie pregnant lepas sebulan guna alat ni...wallaweeeyyy!! terbaekk!! *senyum gatal...rawwrrrr~*



muka eksaited nak guna Vibrance Kegel Device..kehkehkeh~


Since anak aku baru sorang, dan aku masih muda mungkin lah otot pelvik aku masih kuat...tapi jangan terlalu selesa dengan keadaan ni...

"prevention is better than cure"

So apa tunggu lagi...layari mybiofinity.com untuk membeli secara online atau dapatkannya di SHINS outlet, pusat² kecantikan terpilih atau di major hospitals pada harga RM498 sahaja! Boleh juga hubungi khidmat pelanggan di1700 -81-0321...para suami juga boleh membeli alat senaman ni untuk isteri anda...kalau sayang isteri apa lah salahnya labur sikit...hasilnya nanti korang jugak yang rasa...oppss! lalalalalalala~  v(^___^)"


~Bila dalaman kita cantik, otomatik luaran juga cantik~






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 11, 2012

Dapatkan Keintiman Dengan Otot Lantai Pelvik Anda~!



 lokasi Pelvic Floor Muscle (PFM)


Kesinambungan daripada entry sebelum ni...hikhik maaf lah lambat cerita..berukband buat hal..grrr~ okeh rasanya ramai tak tahu apa itu otot lantai pelvik atau pelvic floor muscle (PFM)...pada hari Khamis lepas aku ada attend event anjuran Biofinity...



Lokasi majlis di GTower Hotel, Kuala Lumpur...bermula jam 9.30 pagi dengan registration dan refreshment and majlis dengan rasminya bermula jam 10 pagi...


Event ni menjelaskan dengan lebih detail tentang pelvic floor muscle (PFM) dan memberi kesedaran kepada para wanita mengenai penjagaan PFM since ramai wanita di luar sana mengambil mudah dengan masalah PFM ni...korang pun mesti tak tahu pasal kewujudan PFM dalam badan korang dan betapa pentingnya kita sebagai seorang w.a.n.i.t.a untuk menjaga PFM kita...kan?? hihi takpe takpe...teruskan membaca..aku akan jelaskan pasal PFM ni nanti  =)




Antara blogger yang hadir, kak Ina, Puanbee, kak Lily Putih, kak Yanmie, kak Emlia..aa tu je yang aku tahu..kikiki ^__^




Kami dibahagikan kepada kumpulan...aku dalam kumpulan F yang diberi nama JOY GLORY! rawwrrr~  aku ni first time tahu pasal Kegel Device ni...so agak teruja bila buka kotak tu...huhu~




Wakil daripada Biofinity (M) Sdn Bhd, Ms. Lee Xiao Qin selaku Market Development Executive menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai produk Vibrant Kegel Device...alat peranti ini khas untuk wanita yang sudah berkahwin, yang sudah mempunyai anak khususnya...tetapi tidak disarankan kepada anak dara ye...hihi~


Jelas Ms Lee, ramai wanita tidak tahu cara kemutan yang berkesan bagi membuat senaman otot lantai pelvik (PFM)... jadi Vibrant Kegel Device ni memudahkan dan membantu kita untuk membuat kemutan yang tepat bagi membuat senaman otot lantai pelvik (PFM)....kalau sebut 'kemut' semua orang faham kan?? tapi bila suruh kemut, adakah betul cara kemutan tu?? adakah yang dikemut tu otot dasar pelvik atau punggung?? haaaaa  =)


Kenapa kita perlu buat senaman otot dasar pelvik (PFM)???

1)  untuk dapatkan kekuatan pengecutan vagina
2)  menguatkan otot cerut pundi kencing
3)  membantu memperbaiki kualiti kehidupan seksual bersama suami
4)  menambah baik postur badan
5)  mencantikkan tona otot abdomen
6)  mengembalikan bentuk badan ideal


Semua sifat di atas memang perkara yang diimpikan setiap wanita yang sudah berkahwin...betul?? jadi sedarlah dan ambillah tahu mengenai kesihatan otot dasar pelvik (PFM) anda!! (^^,)




Wakil dari HUKM, Pn. Suhaila dari bahagia fisioterapi turut hadir untuk menjelaskan betapa pentingnya senaman otot lantai pelvik (PFM)...dia turut berkongsi pengalaman bersama pesakitnya yang mempunyai masalah kerap kencing...biasanya orang tua-tua yang ada masalah kerap kencing kan?? itu sebenarnya otot lantai pelvik mereka lemah! begitu juga dengan masalah berat badan berlebihan bila umur semakin meningkat...biasa orang cakap, "standard la lepas bersalin memang la gemuk.."  "anak makin ramai so makin gemuk.." erm itu adalah tanggapan yang SALAH ye awek awek di luar sana! dan paling mengecewakan bila kepuasan bersama suami makin berkurangan...hurmm semua tu terjadi bila otot lantai pelvik kita lemah...=(


Dengan melakukan senaman kemutan, kita boleh elakkan perkara-perkara yang aku sebutkan tadi...dan Kegel Device membantu kita membuat senaman kemutan dengan betul dan berkesan...kalau nak bersenam dan mendapatkan hasil yang maksimum, mestilah senaman tu dilakukan secara konsisten...betul?? jadi dalam sehari cuba amalkan 3 kali...pagi, tengah hari dan malam...mudah bukan?? =)




Ada juga testimoni daripada 2 orang pengguna Vibrant Kegel Device...yang belah kanan ni umur dah agak lanjut..tapi body maintain je...kulit pun glowy je...daripada apa yang dijelaskan beliau, selepas guna alat Kegel ni kehidupan dia lebih bertenga!  orang kata nak jaga suami ni senang je...cuma 3 perkara diperlukan...

1)  jaga pakaiannya
2)  jaga makan dia
3)  jaga permintaan seksnya


lengkap 3 perkara kat atas ni insyaAllah takde lah laki korang cari bini lain...kui kui kui...dan daripada testimoni pengguna Kegel mereka jelaskan kehidupan bersama suami dan keluarga lebih mesra selepas menggunakan Kegel Device ni...amazing kan??  ^__^




Habis je talk dan segala teori-teori tu, kami dibawa ke gym...Puan. Suhaila nak tunjukkan senaman yang sesuai untuk menjaga otot lantai pelvik...




Macam-macam pergerakan yang Pn. Suhaila ajar...semuanya untuk kami faham cara kemutan yang tepat dan berkesan dalam membuat senaman kemutan nih...




Lepas habis bersenam, kami dijamu dengan hidangan yang lazat! yummieeee~  memang seronok tengok makanan...tapi aku dapat merasa sikit je sebab dak encem sampai cepat time ni...aku pun memang nak balik cepat...rindu kat baby Zafirah...sian baby kena tinggal dengan nenek dia kat rumah...huhuhu~  =P

Siapa berminat untuk beli device ini sila layari Biofinity (M) sdn bhd 

Akan datang aku akan ceritakan pengalaman aku pulak gunakan Vibrant Kegel Device...(^^,)







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015