Showing posts with label Parents. Show all posts
Showing posts with label Parents. Show all posts

Nov 30, 2018

Tamat Sudah Alam Tadika Anak Sulung


Assalamualaikum...


Pejam celik, besar dah anak dara nan sorang tu. Rasa macam baru semalam daftar tadika, tiba² dah habis? halahh halahh~


So tahun ni kami attend lagi majlis ihtifal tadika kaklong. Tahun² sebelum ni datang sebab kaklong dapat anugerah pelajar cemerlang (nombor tiga). Tahun ni dia upgrade dapat nombor DUA wakkk!! Plus konvo sekali.


Aku memang tak mengharap apa² tahun ni sebab banyak sangat rintangan kitorang satu family. Dengan viral fever, lepas sorang, sorang sakit. Bergilir², berminggu². Dengan adik baby masuk hospital nya. Tak sempat nak fokus untuk ulangkaji and prepare final exam kaklong. Aku dah psiko dia awal², dapat nombor berapa² pun jangan sedih! Yang penting tahun depan dapat masuk sekolah idaman. Tu dah cukup! Dia angguk tanda faham.


Sekali masa dapat result dengan bangga nya dia cakap, "MAMA, KAKLONG DAPAT NOMBOR DUA!"
Allahu, mak mana tak bangga?? Walaupun tadika. Aku dulu tak pernah pulak dapat anugerah² bagai ni. hahaha~


Mama yang semakin kertu

Macam tahun² sebelum ni jugak, majlis konvo buat kat Dewan ILSAS, UNITEN. Gabung dengan ABIM² cawangan lain sekali. Ada dalam 5-6 tadika kot yang join majlis hari tu. Masa hari kejadian, kitorang keluar rumah agak lewat. Pukul 8am lebih kot baru gerak. Memang saja datang lambat sebab malas nak dengar speech. kahkah! *dasar*

Lepas hantar kaklong pergi kat teacher dia, aku dengan laki makan dulu kat belah luar dewan. Kitorang tapau siap² nasi lemak and mihun tepi jalan. Sesambil makan terrrrjumpa pulakk geng bas sekolah dulu. Ya tuhan panjang jodoh weii!!


Kawan 1 kelas, sekolah menengah Seri Serdang. Last jumpa lepas habis sekolah. Kuasa tuhan, terjumpa kat sini. Kawan aku ni duk Puncak Alam, tapi tadika anak dia join sekali majlis hari tu. Kemain jauh datang. huhu~

Setel makan, baru masuk dewan. Masa tu dah almost 9am kot. Tak habis lagi speech dari Ketua Abim wakkk. hahahaha~


Seat pun penuh maka duduk kat tangga je lah. Next year buat dewan lain pliss. Yang luas sikit. Every year pun masalah tak cukup seat tau.

Mula² kita tengok persembahan anak² dari setiap tadika. Comel²!! Paling aku kagum persembahan choral speaking. Hebat lahh teacher ajar bebudak tadika buat choral speaking. Budak 4-5 tahun pun join. Elok je dia follow arahan cikgu and ingat skrip. Well done teachers! πŸ‘


Lastttt sekali baru persembahan tadika Zafirah. yeyy! Mama is sooo excited!! Tadika dia buat persembahan tarian zapin Ya Salam. Kat rumah tu hari² dia tunjuk step tarian kat kitorang. Tak surprise langsung. lol~


err ikutkan teacher dah inform, pelajar perempuan kena pakai tudung KRIM. Tapi aku lupa! hahahaha~  Udahnya aku sarungkan je tudung hitam. Apa ada je lah kaklong. Tapi orang ingat dia pakai tudung lain sebab kena bagi ucapan mukadimah tu. kahkah~   punn boleh lahh!

Nak tengok full persembahan boleh tengok kat Youtube channel aku, YANAMIB. Subscribe lah sekali. πŸ˜


Setel persembahan, baru lah sesi penyampaian hadiah pulak. Mula² penyampaian untuk anugerah pelajar cemerlang (1,2,3).


Scroll tu acah² je. Turun pentas kena pulang balik. hahaha~


Next, baru sesi konvokesyen. aww!!


Top 3 students dalam kelas Zafirah. Memang dorang 1 geng dalam kelas, sampai kan sekolah rendah pun rezeki dapat 1 sekolah dorang ni. Kawan sampai bila-bila ye anak². Jadi macam mama, sampai sekarang besfren dengan kawan tadika mama *mamabangga*

Thank you so much teachers sebab tolong ajar anak saya sampai pandai! Semoga Allah merahmati segala usaha² teacher dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. AMIN.

Tahniah to cinta hati mama papa! Our first love, first experience, first struggle, our harta dunia dan akhirat! Terima kasih bagi mama pengalaman manis dan pahit yang cukup indah untuk dikenang! Semoga terus minat belajar dan berjaya dunia akhirat serta menjadi contoh terbaik buat adik². Dah dah la tu gaduh dengan adik. Migrain mama hari² dengar korang gaduh. haihh~


Tak sabar tengok dia masuk darjah 1. πŸ˜


kbye!





Terima kasih sudi membaca!

Feb 28, 2018

3rd Pregnancy, Alhamdulillah

Assalamualaikum...


Eh aku tak pernah cerita pun kan aku pregnant lagi? Sekadar selit² dalam entry je. bahaha~  Ikutkan memang malas nak buat entry khas, tapi kang anak² aku dah besar, dorang baca blog aku, sentap pulak yang sorang tu takde entry khas pasal dia. Anak nombor 3 pulak tu kan. Perangai lain machiam sikit. kahkah~


Aku dapat tau pregnant by 31 Ogos 2017. Tu pun sebab period delay seminggu. Eh bukan delay tapi dia keluar spotting je, 2 hari. Then stop! Sebijik macam masa pregnant Zafirah dulu. Dah anak ketiga pulak lah kan, takkan tak pepaham lagi ada 'isi' dalam rahim? huhu~  Lagipun period aku memang teratur. Aku siap boleh install apps untuk trace bila next period, bila waktu subur etc. That's why senang nak tau pregnant.


Macam biasa laki acuh tak acuh. Man will always be man. Blur, sengal, lembab especially bab bab nak tambah anak ni. Dorang tau derma sperma je πŸ™„


So aku decide untuk beli je UPT kat Guardian walaupunnnn laki kata, "sure ke?"  Eh rahim aku apehal kena mintak izin kau pulak? hahahaha


Esoknya terus check.


 Wallaa! double line! Confirm lah tu pregnant. Nak fikir amende lagi? Tapi ku tetap pi klinik untuk scan. Yelahh nak convince kan tok laki yang super slow. Tu lah dulu dalam kelas sains tidur, dah tu kahwin tak pepaham pulak sistem peranakan wanita. Ada gelfren nurse pun taknak korek ilmu. Rugi jeπŸ˜‘


Tapi lepas kandungan dah 2 bulan lah baru boleh scan. Kalau awal sangat bukan nampak apa pun. Kantung pun tak nampak.


At first, aku tak happy pun mengandung. Like, seriously TAK HAPPY! Kemurungan wehh. Sebab unexpected and aku takmo anak dah. hahahaha~  Memang plan nak 2 je, cukup! Kalau nak tambah pun tunggu la Zafran besar sikit. Dah sekolah rendah ke. gituu~  Dengan macam² benda jadi tahun lepas, sumpah la tak ready nak menambah² anak.


Tapi tu lah, Allah sebaik-baik perancang. Dalam taknak taknak tu lekat jugak roh sorang dalam rahim. Ingat tak entry zumba aku? haa masa tu aku memang dah pregnant. Jangan kata zumba, macam² aktiviti lasak aku dah buat. Makan minum memang aku tak jaga langsung. Macam minum air gas, SELALU! Tapi tetap lah anak ni pegang kuat rahim aku. Taknak lepas! Allahu. Eh sebak pulak bila teringat apa aku dah buat. Jahilnya aku! T___T


Sampai lah umur baby 14 weeks, aku rasa tak berkurang sangat pun kemurungan. Aku cuba redha especially masa first time tengok gambar scan. Elok je dia baring dalam tu. Alahai kuatnya anak mama T___T


Syukur lah ada geng Gojes (GBSB). Aku decide untuk luahkan dalam tu. Sebab ahlinya semua MAK-MAK. Hanya mak-mak je paham perasaan mak-mak ni tau! Walaupun latar belakang kami berbeza, tapi tujuan kami sama! Memberi yang terbaik buat anak². More, pendapat dorang ni telus, ikhlas. Kalau kau mintak dikeji, memang ayat² keji lah kau dapat! Kalau nak motivasi, ayat paling padu, paling menusuk kalbu dorang bagi. Menangis² aku baca ayat² motivasi dorang. Syukur ya Allah bagi aku kawan² yang sangat supportive. Rasa kurang lah sikit beban kemurungan lepas luah dalam tu. T___T


Aku cuba jalani hidup aku macam biasa *ecewahh ayat novel*. Bab makan minum takde la jaga sangat. Aku makan je apa aku rasa nak makan. Vitamins tetap ambil hari². Time awal² dulu tekak ni memang teringin fast food je. Nasi nasi tak selera wehh. Pi kedai makcik jawa yang lauk dia sedap nak arwah pun aku boleh tak habis makan. Rasa nak muntah! Aduii. Dalam few months jugak lah duk mengadap fast food, air gas. Eh aku perasan pregnant kali ni aku suka betul minum air gas. I knowww tak sihat! Sugar level tinggi yadayada. Tapi tekak dah suka nak buat macam mana πŸ˜’  Mujur lah ofismet jenis tak cerewet. Dia ikut je lah selera aku nak fast food hari². Biasa pi Pizza Hut lah. Eh pizza hut takde la fast food sangat kan? Roti je tu. Aku pantang pun mak aku bagi makan pizza πŸ˜œ


Tapi sekarang tekak dah oke nak terima nasi. Dah boleh makan lauk pauk. Alhamdulillah.


 Buat buku merah bulan 12. Lepas balik dari Yogya tak silap. 2 anak sebelum ni memang full check-up kat KK. Kali ni aku decide pi klinik swasta. Guna panel laki. Lagipun pi klinik swasta boleh mintak MC. Takde la aku rushing habis check-up nak pi opis pulak. Opis dah la jauh, nak berpanas terik tu lagi. Migrain. Umur dah kertu ni tak larat lah nak workaholic sangat. Asal tak menyusahkan ofismet lain je sudah lahh.


Umur kandungan hari ni. Yaa dah 7 bulan. Lagi 2 bulan je nak bersalin. haha~  Hospital pun dah booking. Kali ni pilih nak bersalin hospital swasta. Andorra sana. Hospital baru. Saja perabih duit laki, bagi dia rasa struggle sikit. Daripada berjoli tak tentu hala kan? Baik saving untuk bini bersalin kat tempat yang selesaaaaaaa πŸ˜


Doakan semoga dipermudahkan aku bersalin nanti ye korang. Yang penting dapat normal macam Zafran dulu. hihi~  Doakan juga anak aku membesar bak juara. Seorang yang kuat iman, kuat berpaut pada al-quran dan sunnah sebagaimana dia kuat berpaut pada rahim aku. Aminn ya rabb!


Oke mak tacing. Tak sabar nak tengok muka anak yang super kuat genggaman dia tu😘





Terima kasih sudi membaca!

Nov 30, 2017

Kos untuk Birthday Party

Assalamualaikum...


Haihh malas betul nak update entry sekarang. Banyak benda nak cerita tapi penyakit M tu ya ampunnn kalau lah ada ubat khas untuk penyakit tu. Kalaulahhh πŸ€•


Oke seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, aku akan share berapa kos yang aku guna untuk buat birthday party Zafran. Bukan nak riak ke apa ye, sekadar berkongsi. Untuk rujukan aku jugak di masa hadapan. Dah kata blog ni sebagai pengganti memori yang hilang. lol😝




1. Door gift

Aku beli children's cutlery set ni kat IKEA. 1 set tu RM5.50 je. Ada 6 set dalam tu, so satu set jatuh dalam RM0.90 je! Murah oke! Jemputan kekanaks ada la dalam 80 orang. Kawan² aku ramai yang produktif, satu family minima 2 orang anak, maks 4-5 orang. wohoaa!πŸ˜‚  So aku beli 15 set. Lebih takpe, aku boleh pakai walaupun memang dah ada set ni kat rumah. huhu~  


 Kali ni aku takmo guna paper bag or bag goodies biasa tu. Aku balut je cutlery set tu dengan tisu. Idea ni aku dapat dari Pinterest. Macam yang aku mentioned dalam entry sebelum ni, memang aku banyak cedok idea dari Pinterest. Kreatif² dorang ni. Tisu tu kebetulan memang ada kat rumah. Zaman bila tah mak aku beli. Elok berbungkus dalam plastik lagi. Tak elok membazir, baik lah guna ye dak? πŸ˜  Tapi aku perasan IKEA ada jual tisu tebal² gini.


 Taraa! dah siap balut! Cara balutan pulak aku tengok kat youtube. Alahh search je 'how to fold cutlery with tissue'. Something like that πŸ˜  Ada banyak cara, aku follow mana yang palingggggg mudah! haha~  Wei balut sendiri je tauu. Ada 80 set pulak tu nak dibalut. Krem tangan ahkak πŸ˜­


 Budak nyibuk.


Ni pulak untuk lekat kat set yang dah dibalut. Takde la nampak kosong je kan. Semua ni print kat Pinterest. Print atas kertas biasa je, then potong and lekatkan double sided tape. Nak print direct atas sticker papers mahal uiiii. Banyak lagi benda lain nak dibeli so jangan bazir! Tapi kalau korang memang ada bajet lebih boleh la print atas kertas sticker terus. Kena tempah kat kedai and biasanya amek masa few days untuk siap. Bukan boleh siap immediately😜  


 Dah siap tampal! haa baru lahh berseri-seriiii door gift kiteeee😍  Memula laki aku agak skeptikal dengan idea aku ni. Tapi yelahh kau argue dengan orang perempuan mana mungkin kau boleh menang? bahahaha! Eh masa hari kejadian, ramai puji door gift comel, cute, lawa semua yang indah² lahh. Oke la mungkin korang akan cakap dorang amek hati jeee. Tapi bebudak semua cakap cantikkkk. Bebudak tak pandai nipu oke. Dorang jujurrrr. Kembang kempis hidung acik dengar tetamu² kecik puji. Berbaloi rasa kepayahan membalut, menampal semua tu πŸ˜˜


 Ni door gift aku beli khas untuk sambutan kat taska. Saja lah selit dalam entry ni jugak. hihi~  Roti sosej bajet nama diberi. Seketul tu kau tau berapa RM??


SERINGGIT sahaja!


yaa korang tak salah baca! Memang RM1 jee harga seketol bun sosej tu. Aku beli kat @ida_bakery. Dia duk area Kajang sana. Delivery ke rumah aku dia cas RM10. Oke lah sebab murah sangat dah roti dia tu.


Yang tag lego tu aku print sendiri and stapler sendiri. Aku just mintak baker tu balut roti aku cara gitu senang aku nak menampal tag. Tag Lego tu pun amek dari Pinterest. hehe✌


 Sekolah Zafran ada dalam 50 student, aku bagi extra 10 roti untuk teachers. Sedap weh roti dia. Gebu gebas lagi. Tahan for 4 days in room temperatureπŸ‘πŸ‘


So total damage untuk door gift roti je dah RM60. Print tu tak ingat berapa. Murah jugak sebab aku pi kat area flat ikan Seri Serdang sana. Banyak kedai print memurah situ.


Oke lagi aku nak selit cerita door gift aku buat masa birthday Zafirah dulu. Door gift untuk tadika sebab celebrate kat rumah kecik² je. Among family members je tak payah door gift lah kan. haha


 Aku beli bag gift ni kat MR. DIY. RM1.90 untuk 12 pcs. So sekeping jatuh RM0.20 je. Kenapa aku kata DIY lagi murah? Sebab dulu aku pernah beli bag yang sama kat kedai borong area Bangi ni, RM2.50 untuk 10 pcs. Boleh baca kat >SINI<


Ada macam² corak lagi. Pilih la mana kenan di hati. Tapi material jenis senang koyak. So kena hati-hati masa nak masukkan barang dalam beg tu. 


Dalam beg tu aku isi air kotak satu and pensel tak silap. Masa ni aku mendemam ingat nak isi benda lain lagi dalam tu tapi tak larat nak pi kedai. Nak survey pun tak larat dah. Jadilah dua benda tu je dalam goody bag. Janji ado. Total student 75 orang gitu. pheww~  Air kotak beli kat Giant, tak ingat berapa sen sekotak. Almost singgit jugak kot. Pensel beli kat DIY pun tak ingat harga. kahkah~πŸ™ 


*********************************************************************************


oke habis dah cerita selingan. Sambung to party Zafran. hehe~





2. Sudu Garfu


Set sudu plastik beli kat MR. DIY. Ni yang paling murah. Benda pakai buang kan amek yang mur mur sudahh.


Pinggan mangkuk polisterin beli kat kedai borong kat Sungai Ramal. Tak ingat harga. haha~  Cawan, tisu pun beli area Bangi je.







3. Hiasan

Untuk hiasan² ni semua print dari PINTEREST! Berapa banyak daa word Pinterest dalam entry ni? hahaha~  Tali untuk menggantung banner, paku semua recycle apa ada kat rumah. Belon and batang dia tu beli kat DIY. Tak ingat harga. Ninjago eye tu pun print dari Pinterest wehh! Plan asal nak print atas sticker papers senang sikit nak menampal. Tapi kerja semua buat last minute, print je lah atas kertas biasa pastu gam kan aje atas belon. Melekat jugak. kihkih~


Hiasan lego² tu recycle je anak aku punya. haha~  Yang macam pasu IKEA tu, haa tu lama dah aku beli. Beli kat kedai RM2. Aku kirim kat Sue. eh lama dahhh~  Masa umur Zafirah setahun kot. Lama sangat! Tak pernah guna pasu tu. Duk simpan je dalam almari. hihi~  Aku letak sudu garfu and belon yang belum ditiup dalam tu. Alkisahnya tak sempat nak meniup semua belon. Lupa beli pam belon, so kena tiup manual. Semput oke! Dapat tiup 10 pcs pun dah syukur sangat. Janji ado! Bebudak yang nak belon sila tiup sendiri ye πŸ˜






Kos-kos lain:
Kuih Nona (100pcs) + roti jala (2kg) + Sandwich egg & tuna = RM225
Brownies bite (plain + choc chips), 150 pcs (mamakayrul) = RM105
Birthday Lego cake (break_N_fast) = RM135
Nasi putih + ayam masak merah (RM4.5 per head x 60) = RM270
Khemah + set kerusi meja  + buffet table = RM350


Jemputan aku untuk majlis birthday Zafran 150 orang. But of course lah bukan semua yang dijemput datang kan? hehe~  Tapi food habis woo Alhamdulillahhh.


TOTAL Damage (include yang aku dah bebel panjang atas tu) = RM1,375.10


Sebab tu tak daya nak buat birthday party tiap tahun. Anak aku dua orang, dua² lahir bulan lain². Sorang awal tahun, sorang akhir tahun. Bankrup lah setahun sampai dua kali buat party. hahaha~  Dapat merasa sekali tu oke laa tu kannn. Next time pulak. Tengok lah bila dorang dah besar sikit. πŸ˜


k tu je nak cerita. tata!






p/s: takde paksaan untuk bukak dan baca blog ni. Kalau tak suka boleh tekan button 'x' atas tu. Lagi better takyah baca langsung. Ni dah tak suka tapi sibuk baca dan komen. Banyak benda lain lagi aku nak fikir daripada serabut fikir hal orang lain. Get a life please!



Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015