Showing posts with label KL. Show all posts
Showing posts with label KL. Show all posts

Dec 5, 2017

Bercuti Dalam KL | Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum...


Aku ni kalau boleh tiap bulan nak pi bercuti. Bukan nak perasan orang have have pun tapi saja bonding times with kiddos. Sebab bagi aku, bila bercuti tu aku lebih banyak luangkan masa dengan anak² compared bila duk rumah. Kat rumah ada je kerja aku nak buat (house chores yang TAKKAN pernah habis). Walaupun cuba untuk abaikan, tapi mata ni asal terjeling bakul baju belum berlipat, belum basuh, sinki ada pinggan belum cuci, ada kotoran atas lantai, tangan ni otomatik nak bekerja. Dah tu, hari cuti je aku boleh buat segala maknek house chores tu. Hari bekerja tak larat lah nak pulun buat semua. Tak perlu lah aku elaborate schedule harian aku kan. Common sense je ni. hihi~


Kebetulan jugak bulan 10 hari tu parents aku nak pi UK. Ayah aku ada conference, alang² tu bercuti lah sekali. Of course mak aku ikut sebab UK kannn. Dekat sangat dah dengan adik aku. Memang dorang dah siap plan nak bercuti ke 'tanah ais' sekali. Aku mampu tatap je lah gambar² dorang. Bilangan ahli dalam keluarga pun makin bertambah ni, kena pandai² bajet kewangan keluarga. Tapi aku tak suka nak sekat² sangat belanja, jimat takpe tapi sampai menyekat especially bab makan and bercuti ai is takkk setujuuu. haha~  Dah tahu keinginan untuk berbelanja tu tinggi, usaha pun kena lah tinggi jugak ye dak? mana ada duit turun dari langit? πŸ˜œ


Disebabkan parents aku bakal bercuti lamaaa, aku pun saja la nak bercuti jugak. Sunyi pulak rumah mak aku takde. Lagipun aku memang takde plan nak ke mana² bulan 10 tu, saja la aku survey² hotel murah², yang penting ada swimming pool. Zafirah dah banyak kali berzikir nak mandi swimming pool. huhu~


Then kawan aku bagitau Traveloka ada buat promo! Up to RM80 diskaun (t&c applied)! wohoaa!


 Masukkan code 'DEEPSTAY' and wallahh enjoy your holiday dengan harga terlajakkk murahhh! Baloi wehh. πŸ˜  (promo ni takde dah sekarang. hihi)


 Aku bayar harga RM135 tu tau. Bukan free ye. haha Ramai confuse tengok list ni πŸ˜


Lepas hantar parents aku pi KLIA (pukul 9am), kitorang balik rumah untuk setelkan packing, then terus gerak pi KL. err almost tengah hari jugak lah baru keluar rumah, dalam kul 11am gitu kot. haha~


Ingat nak stop lunch ikan bakar Bellamy belakang Istana tu, sekali tengok ramainya orang. Aku mintak laki tapaukan je nanti makan kat hotel sebab bebudak mentido masa ni. Kesian pulak nak kejut. Sekali dia kata lauk banyak habis. Tinggal yang bakar² tu je πŸ˜‘


Entah kenapa otak jem pulak masa ni tak boleh fikir kat mana lagi tempat makan best (laki prefer nasi campur) dalam KL. Last² terus pi hotel je. Paling koman pi je lah Sunway Putra seberang hotel tu. Jalan kaki je. huhu~


Sampai hotel pukul 2.30pm tak silap. Boleh terus check-in, yeyy!


 Anak² pun dah bangun tidur, dah recharge energy kemain lah happy memasing. Terlompat², terjerit² πŸ˜’



 Bilik yang besar dan cozyyyy! πŸ˜


Lepas solat, kitorang keluar cari makan. Yelah tak lunch lagi kan? Sakit dah kepala aku masuk angin. Laki aku takmo pi Sunway Mall. Tanya reception if ada food court area hotel, dia kata ada. Sebelah hotel tu, jalan kaki je. Macam food court situ, tapi peniaga semua indon lah kan so dah tentu masakan pun indon style. haha~  Jadilah kan janji kenyang dah laki nak sangat nasi campur πŸ™„


Lepas lunch, masuk bilik tukar baju mandi pulak yeahoo! Zafirah tu tak habis² berzikir nak swimming, nak swimming eh stress pulak dengar. Ajak balik kang baru tau πŸ˜’


Berendam sampai kecut. Heaven sebab pool tak ramai orang. Yelahh bukan musim cuti pun. kikiki~  Aku cakap kat laki bagi je dorang berendam puas². Takyah ajak naik selagi dorang takmo naik. gituu~  Tapi aku tak larat nak berendam lama². Berair hidung. Laki aku pun sama. Dah tu siapa nak jaga dorang kalau kitorang tak join berendam? πŸ˜‘


Dalam pukul 6pm kot ajak jugak naik. Mandi manda. Lepas solat Maghrib pi dinner kat Sunway Putra Mall. Syok jugak jalan malam² dengan anak² tetengah KL. hihi~


View waktu malam dari lif hotel.


Aku request nak makan Nando's. Kebetulan boleh redeem chilli reward half chicken tak silap. Ouh aku memang makan Nando's guna tangan. Tu pun lepas tengok pak arab makan pakai tangan. Nikmat tak terkata! hahaha~  Zafirah tak makan. Eh dia makan roti sosej Auntie Annie. Anak dara tu bagi roti memang laju dia makan. Kalau nasi² ni haihh aku boleh migrain tengok dia makan. Sebutir² amek masuk mulut, cukup 10 butir terus cakap dah kenyang πŸ€•


Anak teruna sorang ni pulak makan main². 1 masuk mulut, 10 jatuh atas lantai. grrr~  Tapi dia memang gila jagung. Sebab masa ngandungkan dia apak dia duk ngidam jagung tahap kronik. Kalau tak dapat tu memang kemurungan lahh. Now berebut² makan jagung anak beranak. Aku perhatiiii jeeee😏


Lepas makan, singgah Jaya Grocer kot depan Nando's tu. Beli stok roti and megi untuk makan esok pagi. Aku tak amek pakej dengan breakfast sebab bilik aku sewa tu untuk 2 pax je. So breakfast pun untuk 2 pax. Zafirah dah 5 tahun kena cas RM15 kot untuk breakfast. eh rugi lahh dia bukan makan banyak pun bazir je. So kitorang decide beli je roti² kat kedai untuk breakfast dalam bilik.


Morning view bandar KL. Eh orang KL mana bangun pagi kan? hahahaha~  Elok aku nak sambung mentido anak² aku bangun. Serentak pulak tu bangun. πŸ˜‘


Dorang bangun je sibuk nak roti lah, nak air lah. Eh terpaksa lah kitorang bangun sekali. haihh~  Tapi oke laa sesambil makan, santai² tengok tv, guling² atas katil. kiki~  Zafirah ajak swimming lagi, tapi kitorang takmo. Aku malas dah nak basah² kan baju. Laki pulak tetibe sakit kaki. Hak alaa macam la buat akrobatik bagai, berendam je punπŸ™„


Dia tengok kaklong ikat rambut, dia pun sibuk nak ikat rambut. Dalam bilik je laa aku bagi ikat. Nak keluar bukak balik. Dah la orang ramai confuse jantina dia, nak suruh ikat rambut, lagi laa orang confuseπŸ˜‚


Dalam pukul 12pm kitorang siap² untuk check-out. Terus pi IKEA pulak. Lunch kat sana pastu cuci mata. Time ni lah aku beli door gift birthday Zafran tu rasanya.


Then balik, setelkan laundry and iron baju. Back to normal lifeπŸ’ͺ


k tu je nak cerita. Tapi kan booking hotel thru Traveloka memang banyak jimat lah. Tambah² time ada promo gini. ffuhh~  Tiap bulan holiday pun takpoo πŸ˜




Terima kasih sudi membaca!

Aug 18, 2017

The Original Boat Noodle, KL Gateway

Assalamualaikum...


Dah lama tak pi Boat Noodle. Hari tu perasan ada satu outlet dalam KL Gateway. Sebelum ni datang KL Gateway lunch kat KFC je. Bila dah tau ada Boat Noodle, terus plan next visit nak lunch sini pulak. Aku berkawan dengan orang yang suka makan dan tak kisah makan apa pun dan di mana saja. Kalau salah sorang teringin nak makan something, yang lain follow je. Next time follow tekak orang lain pulak. Gilir² gitu lah. Janji makan. haha~


 Ni lah kedai dia, level 2 tak silap. Biasa datang sini hari Jumaat. Sebab nak dating dengan mak minyak kak Pora. hahaha~   opis aku bukan macam opis gomen hari Jumaat rehat lama. Waktu rehat hari² sama je pukul 1-2pm. Tapi opis aku fleksibel. Nak keluar awal boleh, nak balik lewat sikit pun boleh. Cuma jangan la kau melebih² sangat keluar pukul 12pm, pastu pukul 4pm baru masuk opis balik. Melampau lah kan. Pandai² ejas masa lunch tu. gituu.


So, macam biasa berjanji dalam fesbuk je. Then wassap² nak datang pukul berapa semua. Safura selalu deal dengan mak tiri minyak dia tu, Diana. Diana tu pulak opismet aku. Pi mai pi mai tang tu je circle of friends aku. lol~  geng aku ramai gila jual minyak YL sekarang. Aku je tak terjebak lagi πŸ˜


Aku ada ajak jugak Ayu and Wawa. Dedua ni geng gojes. Tapi dorang tak available pulak. Ayu takde transport, Wawa dah selamat on the way pi Sunway Putra untuk lunch. Next time lah kita plan lagi. Banyak lagi Jumaat akan datang. InsyaAllah ada rezeki jumpa lah kita.😁


Aku dengan Diana sampai dulu Boat Noodle. Dari luar nampak macam full house, rupanya dia ada ruang lagi belah dalam tu. Agak luas dan banyak meja. Cuma sesak sikit sebab asap berkumpul belah dalam tu. Habis melekat bau asap kat baju dengan tudung. Tak kenan aih keadaan gitu.


 Ni order untuk aku dengan Diana. Sebabkan ramai orang, agak lama jugak menunggu makanan sampai.


 1st round. Ada lagi 6 mangkuk belum sampai time ni. yaa sorang makan 6 mangkuk! kahkah   Safura je makan 2 mangkuk noodle, sebab dia order nasi jugak. Nasi 2 pinggak oke *motip bagitau?*😝


 See, habis oke. Takde pembaziran berlaku. Air aku order coffee. Tak kenan rasa dia. Agak tawar. huhu~


 Dessert Sangkaya, Diana order. Dah sejuk pun tetap sedap dan roti tetap lembut.


 Kerabu maggie, aku order. Sedap! Share² makan dengan Diana. Sangkaya pun sama share² makan.


Alhamdulillah kenyang! Licin memasing makan. Kerabu maggie tu je ada lebih sikit. Lebih sesuap je kot. Tak larat dah nak paksa telan.😁


Habis lunch Safura ajak jalan² Daiso. Tingkat atas Boat Noodle tu je. Dah lama sangat tak masuk Daiso. Harga dah tak sama macam dulu. Now each item RM5.90 (inc gst). Tak baloi je rasa nak beli barang kekecik dalam tu dengan harga gitu. DIY gak best πŸ˜


Wajah² kekenyangan dan muka bangga sebab berjaya tak beli apa² dalam Daiso walaupun geram tengok banyak barang cecomels. kahkah~  tahniah untuk diri sendiri!πŸ‘


k tu je nak cerita. Kagum ahh minggu ni hari² update blog. Syabas lagi sekali untuk diri sendiri πŸ˜


Tata!




Terima kasih sudi membaca!

Nov 25, 2016

Mini Zoo @KL Tower

Assalamualaikum...


Pernah terfikir tak kat tetengah KL yang sesak, penuh bangunan tinggi² tu, ada ZOO??! tengah bandar tu wehhh...haha~   aku memang tahu dalam KL Tower ada zoo...sebab pernah pi tapi tak jadi masuk atas alasan tah pape...aku ada cerita dalam entry SINI πŸ‘ˆklik....sebabkan entry tu jugak management KL Tower contact aku untuk redeem balik entrance masuk zoo...tapi sampai sekarang, which is 5 tahun kemudian, tak redeem² pun!! takde masa lah nak pi sana....


Sampai lahhh weekend baru ni....2 minggu lepas gitu....abang Ben Ashaari ajak geng KBBA buat lawatan ke KL Tower mini zoo ni...teruja lah nak join...dah kata dulu tak dapat masuk kannnn....lepas 'insiden' tu aku emo siap nak boikot KL Tower...elehh bukan dorang rugi pun aku boikot...kahkah~  tup tup ada pulak orang belanja masuk zoo...kalau aku tolak, aku lah rugi kan?lol~ πŸ˜


Pada hari kejadian, pukul 9am dah terpacak depan mini Zoo...nama je mini zoo, tapi aku rasa macam besar je....ada banyak binatang yang dipamerkan dalam zoo ni...mungkin berjalan sambil dukung anak tu yang rasa besar...atau simptom penuaan, cepat mengah πŸ˜


kawasan pertama, ada burung² and haiwan kecik²...aku terkejut sebenarnya tiba² je staff situ letak burung atas bahu aku...oii geli!! mujur tak melompat! haha sabar je lahh


yaa bestnya mini zoo ni korang diberi peluang untuk pegang sendiri haiwan² yang ada...nak bagi makan pun boleh....ada staff bertugas akan bagi korang makanan untuk diberi pada haiwan....


percubaan Zafirah bagi makan kat....err apa tah nama haiwan ni...macam monyet tapi kecik nau....cute! elok lepas bagi makan monyet dia nangis....ehh dah kenapa??? πŸ˜‘


Black-tail Prairie Dog...banyak di kawasan Amerika Utara...jangka hayat cuma 1-4 tahun sahaja


baby kangaroo!!! takyah susah² pi Australia...kat KL pun ado kangaroo😁


Asiatic Reticulated Python....senang cite ULAR lah! banyak jugak jenis² ular yang dipamerkan dalam KL Tower mini zoo...geli geleman...ular jenis ni banyak di kawasan Barat Daya Asia...jangka hayatnya 25-30 tahun..😱


Falabella Horse dan Emu....Falabella Horse banyak terdapat di Argentina...jangka hayatnya 25-30 tahun...Emu pula banyak terdapat di Australia...janga hayatnya hanya 19 tahun jika di hutan dan boleh cecah 40 tahun jika dalam kurungan...wahh duk zoo je lah gitu cik Emu...lama sikit awak hidup...ngee~


Boleh juga nak bagi makan bayam kat Emu...tapi masa ni Emu tengah emo kot....puas staff tu panggil nak bagi makan dia lari² pi tempat lain....haishh


Next, kita pi kawasan burung²


Kitorang angkut sekali dak Zuyyin, sepupu Zafirah....dorang ni rapat...eh syukur bawak sekali dak Zuyyin ni....seronok tengok dia cuba bagi haiwan² makan walaupun masa memula masuk dia takut² jugak...tapi lepas tengok orang lain relek je pegang², dia pun jadi berani...good job Zuyyin! dak Zafirah tu toksah cakap laaaa....penakut! stress aku tengok dia asyik nak menyorok belakang kitorang pastu kejap² nangis....ikut siapa tah penakut?? *lariiiii*


see...relek je Zuyyin bagi makan burung...


aku perasan burung² dalam ni suka gigit topi...sebab masa ni ada 2 orang pakai topi termasuk dak encem...kemain leka burung² tu gigit² topi....so hati² lah ye korang yang suka pakai topi tu...hehe


ihsan kamera bang Ben


FYI, nama burung....maaf lah gambar blur...tangan lenguh dukung Zafran lama sangat....bahaha~


NEXT!


ni nama dia Alpaca...rupa macam Llama...tapi bukan! ALPACA ye...ada 2 ekor...sekor nama Milky, sekor lagi nama Chocky...ke Chocolate?? hahaha tak ingat! ampunπŸ™


Aku pun taknak lepaskan peluang bagi Milky makan...gelojoh tau! hahaha~  Zafirah macam biasa...penakut...Zuyyin je oke...banyak kali pulak dia nak bagi makan....huhu
Longkang Fishing!! (ihsan gambar kak Ninamirza)...tapi masa ni ikan² semua menyorok....sian bebudak tu duk main cedok air je...ikan nan hado....huhuhu
Next, kawasan arnab dan kura²....gift shop pun ada kat bahagian ni...kot lah nak rehat minum² jap...

ni je lah satu²nya haiwan yang Zafirah berani bagi makan....mementang 'kawan' tu jalan slow berani lah dia...senang nak lari...hahahahaha


Kitorang lepak agak lama kat kawasan ni...Zuyyin tu kejap² nak bagi turtle and arnab makan....suka pulak dia tengok 'kawan' tu makan...hahaha   bagi la puas² nakkk....bukan selalu kita nak datang sini....


Lastly, tengok monyet albino, raccoon and apa tah lagi sekor ada kat sini πŸ˜


2 ekor raccoon sedang bermalasan atas pokok tu...takde pagar pun kat pokok ni...kiranya kalau tetibe raccoon tu melompat atas kepala kau, kejung lah kau kat situ ketakutan! hahaha~  tak tak...ada staff jaga kawasan ni so don't worry bebeh! πŸ˜


yeyy dah habis round zoo!! dalam tengah hari dah habis round....walaupun cuaca panas terik (sebab dah tengah hari), tapi dalam kawasan zoo tak kena pun matahari...sebab kawasan zoo ni dalam hutan tau...kiri kanan hutan...best feeling evahh!


Overall aku puas hati pi sini....RECOMMENDED untuk korang yang ada anak kecik....siapa sangka kan, tetengah bandar KL ada kawasan hutan yang masih terpelihara macam ni....good to know....


Terima kasih KL Tower for having us! #teamblogger


FYI


Cuti sekolah nak dekat dah ni...jomsss!



Maklumat lanjut: 




Terima kasih sudi membaca! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015