Jan 26, 2016

Kapsul Manjakani Mama_Tasneem

Assalamualaikum...


Buah manjakani memang tidak dapat di nafikan lagi khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita khususnya yang telah berumahtangga bergelar isteri dan ibu. Diyakini sangat baik menjaga bahagian peranakan wanita dan kebahagiaan hubungan suami isteri di kamar tidur.Di samping itu, hasil penyelidikan moden tentang kandungan khasiat dari biji manjakani juga boleh memyembuhkan pelbagai penyakit dan jangan terperanjat juga ia dapat membantu dalam proses kecantikan wajah dan tubuh wanita. Mari kita selongkar lagi rahsia di yang tersembunyi dengan Kapsul Manjakani Mama_Tasneem..Khasiat Herba Anugerah Untuk Wanita.




Sejak zaman-berzaman, jangankan permaisuri....tuan puteri dari mana-mana kerabat raja sekalipun, mereka tetap menggunakan cara tradisional MANJAKANI ASLI untuk mengelakkan kesan sampingan dari ubatan lain. Oleh kerana itulah wanita yang menjaga kesihatan luar & dalam, sebenarnya tidak jauh beza dengan seorang tuan puteri... KAPSUL MANJAKANI mama_tasneem adalah buah manjakani tulen yang telah dikapsulkan. Tiada campuran herba lain & ianya tidak panas,sangat-sangat sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin sama ada bersalin secara normal, pembedahan atau pun yang baru lepas keguguran. Manjakani akan menyembuhkan luka di dalam & di luar rahim dengan cepat, di samping menyihatkan rahim sekaligus akan menyerikan wajah secara alami Bonus pula pada ibu-ibu yang menyusu kerana susu akan meriah & pekat, tanpa memberi kesan kepada bayi yang menyusu selain menjadikan kulit bayi semakin gebu.
  

Antara lain kelebihan yang terdapat pada manjakani adalah:


■ maintain rapat, ketat, padat, mantap & lebih bertenaga
■ tanpa keputihan merimaskan
■ tiada senggugut menyakitkan
■ payudara & pinggul kembali anjal
■ peredaran darah lancar, wajah kembali berseri
■ lawas membuang, toksin disingkirkan
■ kitaran haid normal & lancar
■ tanpa masalah angin seluruh badan
■ mengecutkan rahim, rahim subur
■ rawat masalah cyst & fibroid secara semulajadi
■ aliran susu badan lebih lancar
■ kembali ghairah bersama suami
■ bau badan hilang, hormon stabil

 Hanya telan 2 biji kapsul manjakani setiap kali selepas makan malam, semudah abc....


Antara testimoni pengguna Kapsul Manjakani:



Selain itu, serbuk manjakani juga antara produk yang menjadi pilihan...


Serbuk Manjakani pelbagai guna...100% asli manjakani tulen gred AAA

1) Minuman Kesihatan
Bancuh 1 sudu teh serbuk manjakani dengan madu dapat membantu awet muda, perapat, dan juga rawatan payudara. Sangat sesuai untuk wanita baru lepas bersalin untuk mengecutkan Rahim dan menyembuhkan luka dalaman.(wanita berkahwin 3x seminggu/wanita belum berkahwin 1x seminggu)

2) Masker untuk awet muda & kulit yang berjerawat
1 sudu teh serbuk manjakani + air, sapukan ke muka, tunggu kering dan bilas. 3x seminggu jika jerawat teruk, 1x seminggu memadai untuk awet muda.

3) Masker untuk kulit yang berjeragat
1 sudu teh serbuk manjakani + parutan timun + air, sapukan ke muka, tunggu kering dan bilas.

4) Masker untuk kulit yang sensitive
1 sudu teh serbuk manjakani + parutan tomato + air, sapukan ke muka, tunggu kering dan bilas.

5) Bayi demam kuning/ demam
1 sudu teh serbuk manjakani + air mandian bayi
Mandikan bayi dan bilas.

6) Ruam pada bayi/ dewasa
1 sudu teh serbuk manjakani + bedak sejuk + air
Sapu pada ruam

7) Pencuci antiseptic/ merawat luka
1 sudu teh serbuk manjakani + air (jadikan pes)
Sapu pada luka, biarkan kering dan bersihkan. Lakukan sehingga luka sembuh. Sesuai juga untuk luka bersalin nomal/czer

8) Ulser mulut/ mulut berbau
1 sudu teh serbuk manjakani + air untuk berkumur

9) Perapat (wanita yang sudah berkahwin)
1 sudu teh serbuk manjakani + air, gentel dan masukkan ke dalam saluran faraj. Bahan ini akan keluar sendiri apabila membuang air. 1 sudu teh serbuk manjakani + air, sapu di pintu faraj.

10) Bertangas
campurkan serbuk manjakani dengan bahan bertangas/ gunakan serbuk manjakani 1sb sahaja dicampur air panas untuk bertangas.

11) Pencuci intim
1 sudu teh serbuk manjakani + 1 gayung air, cuci bahagian intim.

12) Scrub badan, boleh menghilangkan daki badan.

13) Buasir/ bisul
1 sudu teh serbuk manjakani + air (jadikan pes)
Sapu pada buasir dan bisul sehingga sembuh.

14) Masker payudara>> menegangkan & memantopkan


Wanita moden kini lebih prihatin tentang penjagaan peribadi. Kecantikkan bukan dititikberatkan pada luaran sahaja, malah kebersihan dalaman turut mempengaruhi  penampilan mereka. 

Ada yang mengambil berat tentang penjagaan luaran tetapi kebersihan anggota dalaman seringkali diabaikan....

Jadi apakah produk yang sesuai digunakan untuk membersihkan bahagian intim wanita??

MANJAKANI HYGIENE WASH..dengan ekstrak manjakani, serapat, daun sireh dan gel....tanpa menggunakan sabun & bahan kimia.....amat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur wanita untuk: 

♡ membersihkan, menyegarkan & menyakinkan setiap hari
♡ menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
♡ merawat keputihan
♡ mengetat & merapatkan dinding faraj

Sebagai seorang wanita yang sayangkan kesihatan & kebersihan diri, pilihlah MANJAKANI HYGIENE WASH kerana ekstrak dari manjakani buah ajaib yang sememangnya herba khas untuk wanita.


Senarai harga: 
KAPSUL: RM30 (50 biji)
SERBUK: RM30 (35g)
HYGIENE:RM25 (80ml)

sms/whtsapp; 019 513 8283 (puan ina)-pengedar berdaftar.

Untuk dapatkan banyak lagi tips/petua tentang kesihatan, like page kami di facebook: 





Terima kasih sudi membaca!

Jan 21, 2016

Jamu Moden Pilihan Wanita Masa Kini

Assalamualaikum...


Aku rasa ramai wanita² yang tak makan jamu...kan?? tak kira la dia anak dara ke, mak dara ke...aku pun BUKAN seorang pemakan jamu...tapi aku makan supplements...macam produk² CNi dan Ephyra...gitu...


4 tahun lepas, masa dalam pantang dengan Zafirah, makcik aku ada belikan jamu...jenama Afiat...1 set dia beli...ada manjakani, krim herba pastu apa tah lagi...banyak oii! sebotol tu pulak ada beratus² pil...sekali makan kena 4 bijik gitu...nak muntah oke! hahaha  dasar tak suka makan ubat gini lahh...hehh


Seminggu je kot aku makan jamu² tu...pastu tak makan dah sampaiiiiiiii lah aku bersalin kan dak Zafran pulak...cuma kali ni aku memang tak beli pun jamu² tradisional ni...taknak berlaku pembaziran macam dulu...so aku cari supplements atau jamu² moden yang aku boleh istiqamah makan hari²...


Terima kasih kepada tokey² dua syarikat yang aku kagumi, CNi dan Ephyra (Oceanlife Marketing) sebab keluarkan produk jamu moden khas untuk wanita² yang tak suka makan jamu tradisional...macam aku! mihmih *muahciked*


yaaa ni lah dua produk yang aku amalkan since berpantang hari tu...Inteemor (produk Ephyra) dan Permata Suri (produk CNi)...tapi aku start amek Inteemor lepas 30 hari pantang...Zafran ada prolonged jaundice so aku risau bila makan jamu makin lambat surut jaundice dia tu...Permata Suri pulak aku amek bila nifas aku dah kering...even tengah period pun tak boleh amek permata suri kayyy! ada tulis kat botol tu...tunggu dah kering period/nifas baru amek Permata Suri  :)


Ekceli jamu² moden ni bukannya time pantang or orang dah ada anak baru makan...anak dara pun elok makan tau jamu...orang perempuan ni banyak nau pantang makan minum....sebab rahim kita ni sensitif...rahim nak pakai lamaaaaa...jadi sila lah jaga sebaik² nya...aku banyak baca page² mak bidan tu aku tau la sikit² pasal penjagaan dalaman, jamu² segala bagai ni...dulu zaman anak dara takde awareness penjagaan dalaman...sejak dah jadi mak-anak-2 ni kesedaran tu tiba² datang...haha  untuk suami jugakkkkkk...siapa tak sayang suami oiii  :p


Ada orang rajin nak buat jamu sendiri...blend sendiri manjakani, halia segala bagai tu...pastu minum air dia macam tu je...aku tak boleh beb! nak muntahhhhhh! T__T


Bila ada jamu moden gini suka lah aku nak makan jamu...rasa pun idak la sepahit, sebusuk, se-loya jamu tradisional...mula² makan memang kau akan rasa "ewww"....especially Permata Suri tu...bau herba dia tu mak oiii...pekat habaq hang!


Tapi bila dah hari² makan, tak rasa "eww" dah...rasa sedapppp je...rasa manis² sirap...nak teguk terus dari botol pun takde hal lahh....haa gitu... ^_^




INTEEMOR ~ MEMBANTU MERAWAT DALAMAN DAN LUARAN DIRI WANITA 
☀ Merawat keputihan dan lendiran yang banyak 
☀Menyempitkan rahim dan ketat seperti perawan 
☀Mengecutkan peranakan 
☀Menghilangkan gatal-gatal di faraj wanita 
☀Melancarkan peredaran haid 
☀Cik V akan berbau harum semulajadi 
☀Memberi tenaga sepanjang hari 
☀Membuang angin dalam badan 
☀Membetulkan kitaran haid yang tak teratur 
☀Menghilangkan sengugut 
☀Melangsingkan badan dan menjadikan bentuk badan lebih menawan 
☀Merawat dan menyembuh luka² dalaman semasa dalam pantang &selepas bersalin


Rahsia Jamu Moden Jus Premium Inteemor
- gabungan 16 herba terhebat + makanan sunnah :- 
🔸 kacip fatimah 
🔸 manjakani 
🔸 pueraria mirifica 
🔸 kunyit 
🔸 kolagen 
🔸 dong qui 
🔸 serapat 
🔸 habbatusauda 
🔸 buah tin 
 🔸 aprikot seed 
🔸 acai berry 
 🔸 delima 
🔸 aloevera 
 🔸 durian belanda 
🔸 sireh 
🔸 madu 

♥♥ Anak Dara, Wanita yang dah Berkahwin 
dan Ibu berpantang boleh minum Inteemor.


Berminat???

RM49
*termasuk postage*




Permata Suri ialah satu produk yang ditingkatkan kualitinya untuk membantu kaum hawa untuk mengekalkan kesihatan dan mencari kepuasan hidup, kejelitaan dan kecergasan terutamanya dalam kehidupan rumahtangga. 


Keistimewaan: 
☀ Mempertingkatkan keintiman seksual 
☀ Mengurangkan masalah fisiologi wanita seperti sakit haid dan keputihan 
☀ Menegangkan otot terutamanya di kemaluan, perut dan payudara


Maklumat tambahan: 
☀ Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan cepat, elakkan daripada mengadakan hubungan kelamin semasa 3 hari pertama pengambilan 
☀ Banyakkan minum air sepanjang pengambilan produk ini 
☀ Simpan di peti sejuk selepas dibuka


Berminat???

RM60 *tak termasuk postage*




Wassap 0133618800 now!!!

READY STOCK ye korang...

Selamat menjaga dalaman demi suami tercinta...ecehh  ^_^





Terima kasih sudi membaca!

Jan 20, 2016

Baju Menyusu Muslimah dari Milkwithlove

Assalamualaikum...


Sekarang ni kecoh kan pasal isu nursing in public (NIP), just sebab ada sorang ibu muda ni pi amek gambar menyusukan anak dalam kereta pastu pi upload kat social media...pheww


Aku tak kata laa aku sokong tindakan ibu muda tu...tapi aku oke je if nak nursing in public (NIP). Kita tak boleh terus pukul rata ibu² yang memilih untuk NIP ni bangsa tak tahu malu, tak reti jaga adab etc...selagi si ibu menutup aurat, takde masalah pun untuk dia NIP...


Aku juga aware sekarang ni dah semakin banyak shopping mall kat Malaysia ni termasuk lah airport ada menyediakan kemudahan nursing room...TAPI, kemudahan tu belum cukup untuk menampung jumlah ibu² menyusu yang datang ke mall² berkenaan...contoh la eh, IKEA...tak kisah la cawangan Cheras ke Damansara...nursing room IKEA memang cantikkkk! bersih! tapi dalam IKEA tu ada 2 bilik je tak silap untuk menyusu dan menukar² lampin anak...2 in 1 gitu...pengalaman aku baru ni pi IKEA Cheras, masa nak lunch baby menangis² nak susu...aku pi nursing room tapi ada orang lain tengah menyusukan anak dia...kerusi yang disediakan dalam bilik tu ada 1 je...takkan aku nak menyusukan anak aku sambil berdiri?? penat oii...


Udahnya aku duduk je kat meja restoren tu and sarung nursing cover...mujur bawak nursing cover...


Tapi...haa banyak betul 'tapi' aku ni...hahaha   nursing cover panas...kalau dalam tempat ber-air cond oke la..selesa anak tu menyusu walaupun sarung nursing cover...eh anak aku kat tempat berhawa dingin pun dia boleh berpeluh² bawah nursing cover tu...huhu   habis macam mana pulak kat tempat yang agak panas macam klinik, zoo, taman tema etc?? ye memang boleh pergi ke surau atau nursing room...argument di sini bila kita tak sempat nak cari surau atau bilik menyusu...jadi mohon jangan rumitkan lagi hujah² kita...haha  ^_^


dan jawapan aku ialah kita perlukan baju yang sesuai supaya memudahkan kita untuk menyusukan anak di mana² sahaja dengan selesa sambil menjaga aurat kita sebagai wanita muslimah...paham?? ^_^


Aku tertarik dengan satu onlineshop ni...Milkwithlove namanya...kat sini ada pelbagai jenis baju² penyusuan yang terdiri daripada blouse, cardigan sehinggalah jubah...semua ado! ohsem!





1

contoh Nursing Cardigan ni...tak payah susah² angkut nursing cover...cardigan ni sendiri boleh bertukar jadi nursing cover...oh myy! I want one please!! (♥_♥)


pink
ni pula salah satu blouse atau dress menyusu dari Milkwithlove...macam multipurpose blouse tau...boleh pakai untuk santai² atau ke tempat kerja...aku pi opis pun selalu pakai blouse gini je...sopan dan selesa  :)



3 1
ni pulak contoh Jubah Nursing dari Milkwithlove...untuk pregnant pun muat...jimat tau macam ni... ^_^
Bawah ni pulak antara testmoni pelanggan² Milkwithlove:




Nice kan?? so jangan ingat bila dah jadi mak² ni especially kena menyusukan anak pulak, tak boleh nak bergaya tau...koleksi² di Milkwithlove semua stylo²...kena la dengan tagline dorang "Stylish Nursing Wear Expert"...wohoaa! (♥_♥)
If korang pun berminat dengan koleksi baju² menyusu dari Milkwithlove boleh klik link bawah ni:

Web: www.milkwithlove.com.my
Fb: www.facebook.com/milkwithlove
Ig: milkwithlove_nursingwear


HAPPY SHOPPING! ^_^



Terima kasih sudi membaca! 

Jan 19, 2016

Majlis Aqiqah Muhammad Aisy Zafran

Assalamualaikum...


Alhamdulillah selesai dah buat kenduri aqiqah untuk hero aku ni haaa...e-invitation ni aku buat guna apps kat fon je...senang kaoo...macam² design hado! hoho


Door gift madu...lebihan wedding cousin aku bulan lepas...jimat oke recycle door gift gini...hakhak    
Aku tak pasti ada berapa ratus madu ni...tak kira pulak...tak plan pun nak bagi door gift bagai...kalau boleh nak jimat sehabis jimat...tapi dah alang² ada balance door gift masa wedding kazen aku tu so guna je lahh...siapa cepat dia dapat...gitu konsepnya.. :)


Katering pulak amek Hot Pindang...bajet dalam 200 orang guests..sekali yang datang lebihhhhh!!! oh myyy! padan muka tak kira bebetul...hahaha  yelahh sebab masa qiqah Zafirah dulu invitation 200 pax cukup je makanan...berlebih lagi...tu yang konfiden je kali ni pun cukup...pastu pi invite ramai²....padahal sedara mara sendiri dah cukup ramai...campur kengkawan lagi...kengkawan mak ayah aku lagi...kengkawan ayah ramai gila oke yang datang...kengkawan sekolah dia and kengkawan bisnes bagai...boleh pulak dorang bergathering kat rumah aku...belum campur jiran tetangga lagi...pheww! 


Udahnya pukul 3pm MIL aku kena masak lauk tambahan...3 ekor ayam + sekilo daging and nasi 2 periuk....itu pun licinnnnn! ya Allah..syukur Alhamdulillah...murah rezeki anak teruna sorang ni haaa... ^_^


Tapi agak bersalah jugak bila ada guests yang datang tengok food nak habis, sudu garfu takde...huii mahap mahap...kami memang fail bab membajet² kehadiran tetamu...dari dulu macam ni...walaupun dah selalu buat kenduri kat rumah...tetap jugak fail nak bajet kehadiran tetamu...haihh  -.-'


kambing...dari Sg. Tangkas...asalnya kitorang nak buat sekor je dulu...lagi sekor nak buat kenduri kat rumah MIL pulak...tapi last minute ayah cakap dia ajak kengkawan dia ramai² so tak cukup sekor...dia nak sponsor lagi sekor...makanya 2 ekor lah kambing yang di aqiqahkan pada hari tersebut...haaa licin jugak oke! haha


Buaian berendoi yang berusia 4 tahun...dulu kaklong Zafirah pakai, kali ni adik dia pulak pakai...memang boleh guna turun temurun buaian ni...wohoaa! ^_^


Pengantin...huhu  baju melayu tu beli sehari sebelum majlis...mujur kat Bangi sesepah butik kekanak...aku beli baju melayu ni kat Bangi Gateway...kaler ni je yang ada saiz baby...RM50+...rembat terus malas nak survey²...boleh pakai untuk raya sekali...hahaha


orang marhaban sampai tepat pukul 11am...masa ni Zafran pun baru mandi...nasib baik sempat bersiap sebelum marhaban start  :p


Kitorang tak buat berendoi pun...cuma buat tahlil, marhaban dan selawat...tu je...simple is better  :)


his feveret auny...cikyongggg!!! ^_^


Setel marhaban baru aku keluar jumpa tetamu² yang datang...antara tetamu yang aku sempat bergambar dua orang ni je haaa...hahahaha adoyaii...yang lain datang time peak hour...memang tak teringat langsung nak bergambar...padahal henpon memang ku usung hulu hilir...sibuk sangat kekdahnya...huhu


Kak LM


kak Leenda...aku nampak kembang semangkuk bila berdiri sebelah ko kak oii! pasni tak boleh amek gambar sebelah akak...kena duk belakang sikit  :p


ada jugak celebration birthday aku and mak...JANUARIANS yaw! mak aku 3rd January, aku 8th January...♥ ♥ ♥


kek durian..sebab mak aku fanatik durian...haha  luaran ukiran durian, belah dalam ada REAL durian oii! tapi mahap lahh bila dah belah tu tak teringat nak snap gambar...terus masuk mulut je...kejap je dah licin...sedap sangat! aku yang bukan peminat durian ni pun suka makan kek ni...tak muak langsung...aku beli kat @nininadira ....  :)


familia...both side, mine and the in laws...terima kasih daun keladi...lain kali datang lagi... :)


dah habis kenduri baru teringat nak amek gambar 4 beranak...selebet muka memasing...berminyak² toksah cakap lah...haha  ^_^


waktu malam sesi bukak hadiah...boleh tahan banyak jugak hadiah orang bagi...hadiah untuk mama pun ado! torrbaiikkk! terima kasih banyak²!! semoga semakin murah rezeki kalian...aminnnn  :)


Terima kasih juga pada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis...yang bagi hadiah, bagi duit...mohon maaf jika ada sebarang kekurangan, food tak cukup ke, tak sempat nak layan or berborak...terkejut sebenarnya ramai² serang rumah kami...haha  Allah sahaja yang dapat balas segala jasa baik kalian... ♥ ♥ ♥


Esoknya tu dak encem kena amek cuti untuk kemas rumah...boleh tahan penat buat kenduri eh...walaupun pakai katering...kalau masak sendiri mungkin boleh pengsan kepenatan...hahaha  :p


yang penting dah selesai meng-akikahkan anak teruna aku tu...sementara aku masih cuti pantang lagi ni...setelkan semua urusan yang besar²...sok dah kerja kompem asyik tak sempat lah, takde masa lah, letih lah...gitu...


k tu je nak cerita...tata! ^_^





Terima kasih sudi membaca!

Jan 15, 2016

Sabun Basuh Pinggan Pilihan Aku

Assalamualaikum...


Aku ni bukan lah bangsa yang rajin membasuh pinggan...tapi sejak dah jadi golongan mak mak ni, nak taknak kena jugak gigih membasuh, menyental pinggan mangkuk kat dapur...dulu mak yang basuh pinggan makan aku...now aku pulak basuh pinggan mak...ehh! >_<


Sejak dulu lagi, daripada zaman aku sekolah rendah (seingat aku lah sebab jarang nau masuk dapur...mak tak bagi...kahkah!), mak aku guna sabun basuh pinggan jenama Cosway...mak aku memang pengguna tegar Cosway...sampai sekarang pun masihhhhhh setia dengan produk² Cosway...nampak tak tahap kesetiaan mak gua??? untung tau ayah kahwin dengan mak...kesetiaan yang tiada tolok bandingnya *tetibe*


Now, aku pulak yang terjebak jadi pengguna produk² Cosway...hahaha biasa tu...biasaaaaa! :p


 Tak silap aku ada few pilihan sabun basuh pinggan kat Cosway...salah satunya macam dalam gambar ni...ikut mood lah kan nak guna jenis mana sebab bagi aku sama je hasilnya lepas cuci...bau pun lebih kurang je...kuikui


 Baru ni aku buat qiqah Zafran...pastu tak perasan stok sabun dah nak habis...ekceli ada je lagi sebotol yang baru...tapi lepas dah habis kenduri tu tah macam mana botol sabun tu hilang! misteri sangat...sampai sekarang tak tahu mana pi botol sabun yang baru tu...haha


Udahnya pinggan, periuk belanga penuh dalam sinki...terpaksa guna sabun basuh botol susu untuk basuh pinggan...at least basuh la sikit...kalau tak memang tak muat sinki banyak sangat pinggan kotor...pfftt!


Esoknya tu aku pi la cawangan Cosway depan rumah ni je haa...sekali tutup! staff pi keluar rehat....adoyaii...tengah urgent pulak nak guna sabun basuh pinggan...dah mula berbau sinki sebab banyak sangat pinggan² kotor...nak tunggu, tah berapa lama pulak kan staff tu keluar rehat...so last² pi je kedai runcit berdekatan, beli sabun Sunlight tu...jenama tu je yang ada botol kecik...dan tu botol paling kecik...haha jadi lahhh sementara je  :)


Baru sehari guna sabun Sunlight, aku perasan tangan aku jadi kering, mengelupas, kasar...tak best oke! pastu rasa tak puas basuh pinggan...rasa tak hilang sangat kesan² minyak kat pinggan and periuk belanga...serius ni!! 


Memang beza sangat sabun Sunlight and sabun Cosway...


see! sabun Cosway memang jaga tangan kita....ni bukan pertama kali aku basuh pinggan dengan kuantiti yang banyak...2 tahun lepas aku dah experienced basuh pinggan yang super banyak masa buat open house kat rumah aku....masa tu memang decide nak masak sendiri...takmo guna katering...so memang gigih la mengadap timbunan pinggan mangkuk nak dibasuh...tapi tangan aku sikit pun tak rasa kering, takde rasa kesat pun! tetap MOIST macam biasa...ffuh!


ouh ni BUKAN entry iklan...entry ni sekadar bercerita pengalaman aku guna 2 jenis sabun basuh pinggan atas ni...dan aku akan terus pilih sabun jenama Cosway...tokey Sunlight jangan kecam saya pulak kayyy...bahaha  :p


Harga sebotol sabun cuci pinggan Cosway tu dalam RM15...600 ml sebotol...aku tak pasti lah harga tu berbaloi ke idak sebab memang tak pernah nak compare dengan produk luar...dah kata pengguna tegar Cosway...yang aku tau kualiti produk² dia memang terbaik! kalau tak percaya korang cuba lah sendiri sabun Cosway ni dan rasai sendiri perbezaan kat tangan korang and tahap kebersihan pinggan mangkuk korang...


Sekian entry ikhlas dari pengguna tegar Cosway...mohon taja sabun basuh pinggan untuk kami setahun...ehh! >_<


Korang guna sabun basuh pinggan apa?? :)




Terima kasih sudi membaca!

Jan 4, 2016

Hari Pertama ke Tadika ^_^

Assalamualaikum...


Pejam celik dah 4 tahun umur anak dara aku ni haaa...rasa macam baru semalam masuk bilik OT beranakkan dia...tup tup hari ni dah masuk tadika...huuu tacing oke tengok anak pakai uniform gitu... T__T


Setengah orang rasa terlalu awal masukkan anak ke tadika masa umur dorang 4 tahun...aku pun rasa awal jugak...hahahaha tapi taska yang dekat dengan area rumah aku boleh kata semua sampai 3 tahun je...4 tahun rata² kena masuk tadika dah...lagipun Zafirah dah boring duk taska...dia curious nak belajar banyak benda...tu yang aku yakin je nak masukkan dia tadika awal...gituuu  :)


Zafirah eksaited gila nak masuk sekolah baru...aku yang nebes lebeyy! hahaha  :p


Bangun pagi pun Alhamdulillah senang...malam tadi tidur pukul 9pm...pun senang...takde dah drama air mata...err setakat ni lahh...ngee  good girl! I know you can do it! ^_^


Sampai sekolah pun dia relek je...cuma bila teacher tanya nama dia apa, umur berapa tu dia malu² nak jawab...Zafirah senang ramah dengan orang...so aku yakin dia takde masalah nak sesuaikan diri kat tempat baru...insyaAllah   you make me so proud!! ^_^


Sepanjang bulan Januari ni Zafirah cuma pi tadika separuh hari je...well memang biasanya kelas kat tadika sampai tengah hari je...lepas tu dikira daycare...harga daycare cas lain okayy...kat sekolah Zafirah ni kalau separuh hari RM220 per month...if campur daycare (sampai petang) add on RM80...so total RM300 sebulan...still murah compared tempat lama dia dulu...murah RM80 wooo...pfftt! ni baru sorang anak...ce bayangkan 3-4 anak nak kena tanggung...pheww *check wallet*


Hari ni jugak first day bagi aku untuk belajar rutin kerja yang baru...nak ejas timing pepagi tu...sok dah masuk kerja senang tak kelam kabut...lepas subuh aku terus siapkan diri sendiri...then baru uruskan Zafirah pulak...tukar pampers Zafran lagi...tapi biasanya gilir² dengan papa...pastu nak pam susu lagi, sediakan breakfast...kat tadika ada je sediakan breakfast...tapi aku saja la nak ajar kaklong tu breakfast kat rumah...kaklong tu jenis susah nak makan...kalau dia breakfast kat rumah aku tau la banyak mana dia makan...huhu


Hari pertama blur² sikit...tak sure mana kena buat dulu, mana kena buat cepat...kadang aku masuk dapur, pastu tak ingat apa aku nak buat kat dapur...pastu gi ruang tamu pulak, pastu baru teringat nak amek pam kat tingkat atas...sampai atas teringat pulak roti dalam oven...hahahaha blur oii! takde la kelam kabut sebab bangun awal kan...cuma letih la duk ulang alik depan belakang, turun naik tangga...:p


Aku ada masa sebulan untuk adapt rutin baru ni...chayokkkk!! ^_^


Sepanjang pagi sunyiiiii je rumah...biasa kalau Zafirah ada aku jadi makkauhijau....ni dia takde aku borak² dengan Zafran je lahh...dak Zafran tu aku tengok ada potensi nak banyak mulut macam kaklong...pitam la mama lawan debat dengan anak²...huhu   aku setelkan kerja² rumah pepagi tu...kang dia balik aku takmo buat apa² kerja...nak layan dia je...rinduuuu!!! T__T


muka bila balik sekolah...serabai hehh!


Alhamdulillah hari pertama ni dia seronok pi sekolah...siap cerita kawan² dia nangis nak mama papa...dia je tak nangis...ecece yeke tak nangis??  >_<


Esok mama selidik dengan teacher kayyyy.. :p


Semoga istiqamah minat nak ke sekolah tu nak! mama doakan awak senang terima semua ilmu yang cikgu² ajar...aminnn


Anak korang dah masuk tadika?? amacam...nangis tak?? :p






Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015