
Saja post isu ni kot dapat feedback dari pembaca yang berilmu tentang hukum hakam agama...semalam TERbaca satu post seorang mommy yang mengadu tersentap dengan statement kawan dia berbunyi:
"Kalau suami tak izin ko nyusu, so mmg tak lehla.. Sebab susu hak suami bukan anak"
dan ini komen yang aku rasa paling konkrit dari ElzaBaby Shop...tak sure dia amek dari mana...gugel kot..ngee~
Menyusukan anak adalah perintah dari Allah.. malah Para fuqaha’ berpendapat bahawa penyusuan wajib ke atas ibu.Walau bagaimanapun ibu-ibu hanya wajib menyusui anak-anaknya jika mereka tidak memiliki apa-apa keuzuran yang menghalangnya daripada menunaikan tugas tersebut seperti kekeringan air susu atau berpenyakit yang boleh mendatangkan mudarat dan berbahaya kepada bayi..
Tetapi apabila seseorang ibu itu telah bercerai dan tamat iddahnya, pihak berkuasa iaitu kadi atau hakim tidak boleh memaksa ibu supaya menyusui anaknya. Ini kerana penyusuan anak termasuk dalam tanggungan nafkah sedangkan nafkah anak menjadi tanggungjawab bapa.
Merujuk kepaa firman Allah S.WT dalam ayat-Nya: (al-Baqarah 2: 233)
Maksudnya:
Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.
Merujuk pada firman Allah tersebut saya berpendapat suami tidak berhak menghalang isteri menyusukan anak-anak mereka sekiranya isteri tadi sanggup untuk menyusukan anaknya sehingga 2 tahun.. ianya merujuk kepada persetujuan bersama dan susu ibu bukan hak suami semata-mata...namun sebagai isteri sekiranya ada masalah berbangkit dll, sama-samalah berbincang dengan suami agar redha & kasih sayang suami sentiasa bersama² kita selamanya.. Amin :-)
***************************************************************
* Boleh baca dengan lebih lanjut tentang hukum penyusuan oleh JAKIM di SINI~
* Juga entry mengenai 'Bolehkah Suami Minum Susu Isteri?' di SINI~
***************************************************************
p/s:: ada ke suami kat Malaysia ni yang halang isteri susukan anak??? (-__-")
p/s:: aku rasa orang yang keluarkan statement gitu ada rasa dengki kot tengok orang lain dapat susukan anak dorang...hurmm~
p/s:: rezeki masing²...tak perlu pertikaikan rezeki orang lain...
p/s:: aku pun hari² doa, setiap kali lepas solat semoga Allah murahkan rezeki susu yang Dia ciptakan untuk anak aku dan semoga aku dapat menyusukan Zafirah hingga umurnya 2 tahun...insyaAllah...
p/s: siapa ada facebook jom tolong like gambar ni >> http://on.fb.me/LfxC6P << akhir bulan ni tamat weiii!! grrr~
Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!


Susu Ibu Hak Siapa?? Anak atau Suami??




