Feb 23, 2018

Weekend Well-Spent di Genting Highlands

Assalamualaikum...


Akhir bulan 1 hari tu, laki ajak pi Genting. Dia kena cover event Tournament Dota. Jangan tanya lah pasal event tu. Aku tak main game Dota so malas amek tahu. Yang aku faham dorang buat tournament kat Arena of Stars dan berlangsung selama 3 hari. Hadiah utama USD500k. Ribu ye bukan ratus. pfft!


Setiap media people (termasuk laki aku) organizer provide 1 bilik tiap sorang. Tu yang dia hangkut sekali anak bini. 3 hari 2 malam duk Genting sorang² nak buat apa? Baik angkut ramai², meriah sikit. kahh!


Nasib lah dapat anak bini kaki jalan. Sebut je nak tidur hotel or pi holiday semua hip hip hoorayyy!


Sanggup amek cuti hari Jumaat demi nak berjalan². Dalam otak aku nak pi outlet tu je. Tak pernah sampai lagi. Asyik tengok kawan² je pi. Takkan tengokkk jeee? kofkof *dasar perempuannnn*


Keluar rumah almost tengah hari. Malam sebelum tu aku sempat buat cupcakes red velvet. Teringin punya pasal. haha


Serius lah menjadi! And sumpah sedap. Sebab menjadi punya pasal gigih la aku roger kawan² terdekat untuk rasa sample RV aku. Lagipun 1 bancuhan dapat 20+ pcs. Siapa pulak nak makan banyak² tu?? Baik bagi orang sikit at least dapat lah review² bernas untuk aku improve mana² yang patut. Dah kata nak meniaga kannn. Takkan lah sekali buat terus jual? Mesti kena R&D dulu beb. Tenkiu gaisss sudi jadi 'lab rat'! ❤


Niat di hati nak masukkan menu baru dalam @daridapuryanamib . Review 'lab rat' semua kata sedapppp! Tapi rasa malasnya nak buat red velvet. Rasa leceh pulak. kahkah~  Maka terbuku je lah harapan aku nak keluarkan produk red velvet. Tunggu lepas bersalin la kot eh aku cuba buat lagi. Buat sampai jadi! Memang dah menjadi hari tu, cuma ada part nak kena improve lagi especially bab frosting tu. Doakan aku tau! πŸ˜˜


Lepas setel hantar sample² RV, pi lunch kat R&R Serdang. Makan nasi lemak sedap!


Suka betul ratah telur rebus hero sorang ni. Kaklong dia pandang telur pun tak suka πŸ˜’


Lepas lunch, sambung perjalanan pi Genting. hooraayy!


Singgah dulu outlet. Sebab check-in lambat lagi. Bilik tak siap lagi kata organizer. haa baiklahh. Kami buang masa dulu lah kat outlet ni. Ai is happyyyy!! Berjaya beli walking shoe baru. yeyy!


Dalam pukul 4pm gitu kot kitorang gerak pi hotel. First World je. huhu~ Sekali sampai lobi, bilik tetappp tak ready lagi. oh myy aku dah mula sakit pinggang rasa nak baringgg jee. adehh! Rasanya almost 6pm jugak kot baru boleh masuk bilik. Mujur lah toilet and surau kat lobi tu selesa yakmatt!


Lepas mandi manda, solat Maghrib, anak² ajak jalan². Aku pun teringin jugak nak tengok mall baru. Ayuh!


Memang lain gilaaaaa kawasan indoor. Eh mall sebelah tu. Indoor tak bukak lagi. Masih lagi under reno. Tapi mall sebelah tu masyaAllah besar namateyyy! Gambar atas ni lepas round seluruh mall. Penat habaq hang! Anak² aku suka lepak area sini tengok Sky Symphony πŸ‘‡


Ralit weh tengok lampu² ni. Anak² aku tu kalau boleh nak tidur kat mall tu tunggu lampu πŸ˜‚




DAY 2:

Lepas bangun, terus siap² pi breakfast kat Cafe Lobby. Nama cafe tu memang gitu. haha~  Aku tengok set breakfast dia harga mampu milik. 


 RM12 per set. Ke RM20? Tak ingat dah. hahaha~  Dah naik Genting tu kau jangan la compare harga dengan kedai makcik Senah depan rumah kauuu. Kalau kedekut nak berbelanja kat atas tu bawak lah bekal siap². Perut memasing ye dak? πŸ˜


Lepas breakfast, naik bilik untuk bersiap. Tadi tu mandi pun belum. kahkah!


Baru tau ada bilik iron kat sini. Selama ni kalau datang sini stay 1 malam je, memang bawak iron sesiap. Kali ni macam tak larat nya nak packing bag. Asal ada baju sudah lahh. Mana yang boleh guna hotel punya, memang aku tak bawak dari rumah. huhu~  Gigih la menapak dari bilik pi iron. Takde la jauh sangat, and seronok jugak jalan ulang alik pi bilik iron ni. Kurang lah rasa boring duk bilik yang sempit dan takde pemandangan indah tu. 3 hari weii duk sini. pfft~


We're ready! Papa dah kena buat kerja. Tak boleh join jalan². So gigih la aku jalan tiga beranak round mall yang super besar tu. Eh idak la aku round semua tempat. Malam sebelum tu kan dah round, so aku dah aim area mana aku nak bawak dorang melepak. giteww~


Ni kat level 4. Ada mini arcade sini. Harga token mahal namatey!! Memang kena beli MINIMUM 5 token oke! 2 kali aku beli token. Lebur RM40 kat sini je. dem! Eh jangan tengok hargaaaa. Lihat lah kebahagiaan anak² mu. kahkah *nangis tepi bucu katil*


Restoren pun banyak atas ni so senang lah bebila lapar boleh singgah makan dulu, lepastu sambung main.


NAN HADO!!


Zafran tu sikit pun taknak bagi kerjasama time aku nak makan. Dia ajak keluar balik dari restoren sebab nak lepak arcade. Dia suka tengok game kat situ. grrrr


Last² aku tapau Pizza Hut. Sementara tunggu pizza siap bagi dorang naik dinasour.


Staff tu kata boleh naik 2 orang. Memula Zafran takut, pastu tengok kaklong happy dia pun teringin. Tapi aku tengok macam tak selesa je naik 2 orang! dah la kena guna 2 token naik ni. 10 minit je kot πŸ˜’


ye ye demimu anakkkkk.


Sebelum balik hotel layan lagi Sky Symphony. Eh sebelum tu dah 2-3 kali jugak duk ulang² tengok Sky Symphony. Tiap 30 minit dia bukak. Anak² aku ketagih pulak tengok lampu² ni. Layan je lah. Free show, bukan kena bayar apa pun. haha~


Memang dah bagitau siap² jadual show lampu² tu. Kerja aku tengok jam je lah nak make sure tak terlepas. lol~


Habis je show laju² aku jalan balik hotel. hahaha~  Lapar pun ye sebenarnya. Dah pukul 3pm+ masa ni.


Lepas makan tidur! nice! nice! Zafran ni konsisten sikit waktu tidur dia. Tengah hari/petang memang dia wajib tidur. Kalau aku tak suruh pun dia sendiri surrender nak tidur. Beza dengan kaklong sanggup tahan mata sampai tengah malam. Malam pun dia boleh berjaga sampai pukul 2 pagi! pfft!


Dalam pukul 6pm gitu papa pun balik dari work. Lepas Maghrib anak² ajak jalan² mall lagi. Nak tengok lampu lagi!!! omg! Mama nak kena pasang set sky symphony kat rumah ke macam mana ni?😝


Terserempak pulak dengan dik Yuyu. Dia datang bercuti dengan family mertua. Dah nama pun bloggers kann haruslah bergambar. Kira rare lah jauh² tu boleh terserempak. Jodoh kuat barangkali πŸ˜


Dinner kat Wendy's, Level 4 sebab ada gelongsor best ni dalam restoren. Anak² aku gila slides. takde la dorang berlari sana sini.


Dah puas jalan, dinner, balik hotel to rest.





DAY 3:

Hari ke-3 kitorang tak breakfast kat cafe. Makan roti je dalam bilik. Almost tengah hari baru keluar. Zafirah sibuk nak naik cable car.


His second time on cable car! yeyy! First time dulu naik yang lama, kaler merah tu. Boleh refer entry Genting #Day 2. Masa tu dia baby lagi tak faham erti gayat. Kali ni dia macam dah reti nak gayat². hahaha~  geram je tengok.


Kitorang stop kat outlet. Again! haha~  Nak cari kasut Zafirah sebenarnya. Masa hari baru sampai tu hujan lebat tak puas jalan² dalam outlet. Kali ni datang panas terik pulak. Macam jalan kat key-el je wakk. Aku tak faham yang duk beria pakai sweater bagai tu. Mesti nyesal sebab tak sejuk langsung. huhu


Sebab panas kan boleh la posing² ecece~  Erm tak jumpa pun kasut yang menarik untuk Zafirah. Kat mata papa dia lahh tak menarik. Anak papa kan. Papa je rajin nak meng-fashion kan anak dara dia πŸ˜


Dah boring berjalan outlet, patah balik hotel. Papa kata ada work sikit kena buat kat Arena of Star tu. hah pi lahh. Kitorang berguling² je atas katil hotel. Kat rumah jangan harap lah aku nak releks macam ni weii. So marilah enjoyyyyy! πŸ˜œ


Dalam lepas Asar jugak lah baru laki setel kerja, then balik.


Over pulak berjaket Zafirah tu. Panas oii πŸ˜‚


Singgah restoren Ratha kejap. Mak kirim pes kari. Katanya kedai ni memang femes dengan kari dia. Aku dah rasa, memang sedap lah. Cuma aku kureng sikit kari² ni. haha~  Ada la 20 pek mak kirim. Untuk kawan² sekali katanya. Baiklah!


Setel beli pes kari, terus balik. Takde singgah memana dah. 


Gitu lah kisah weekend di Genting. First time lah aku lum sum kan cerita holiday dalam 1 entry. haha~


Terima kasih sudi baca sampai habisss. Jumpa lagi next entry *ecehh!* πŸ˜˜





Terima kasih sudi membaca!

5 comments:

Chekgu Azrine said...

akk even sllu g genting blm pnh overnite sana..rasanya nak kena jugak ni..hahahahha..hr tu akk beli kasut kat atas ni jugak..sbb murah blh belila cuma dia out season la..hehehhe

ily♥ said...

berseri2 muka pregnant kali ni. 😘

msredcheesecake said...

weekend gateaway ngan family is the best... lagi2 kalau separa di taja...: )

Izafiza said...

bestnya..kita tak pernah sampai lg genting =)

sitirohaida said...

Bila dah sampai genting,harga semua memang caras kepala punya..hahaha..bab makan hokey lagi,bab permainan semua tu..alahaii..nak kena penuh tabung dulu nampaknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015