Fuhh lama betul tinggal dunia blog. Sawang terukkk dah ni. haha~ Tiba² rasa nak update sesuatu sebab aku rasa blog masih relevan zaman ni. kan? kan?
So baru ni aku pi bercuti ke Langkawi. Support travel bubble gitu. Aku harap takde yang kecam lah posting ni. Kalau tak suka boleh skip takyah baca. Aku tak suka orang yang negatif follow aku. titik!
Rasanya semua orang aware pasal SOP ke Langkawi. Selain dari kena lengkap 2 dos vaksin dan habis edah 14 hari, korang kena buat swab test. Test ni samada buat di klinik (72 hours before fly, then bawa result ke kaunter untuk verification), atau bawa sendiri self test kit, dan test di kaunter. Bukan buat test sendiri kat rumah ye, kena test depan staff KKM yang bertugas di airport.
Yaa ada staff KKM bertugas untuk pantau proses covid test dan doktor untuk sahkan result korang tu. Kalau tak pandai buat sendiri, staff tu yang akan tolong ajar. Lepastu kena verify result kita tu di kaunter check in.
Sampai je airport, korang boleh tanya polis bantuan yang bertugas kat mana kaunter untuk swab test. Then, korang akan jumpa 'Kaunter Pendaftaran' ni. Kena daftar nama semua yang kena buat test. Airpot lengang gilehh so takyah beratur² pun nak buat test.
Takde jolok2 hidung pun..semua guna saliva je..pastu only 7 years old and above yang kena buat test..hat kekecik tak payah test..tak faham tanya je staff ok! Staff airport semua very helpful! Seronok pulak aku nyembang sampai laki duk bising suruh cepat nak kejar masa..sekali sekala jadi ramah dah kena marah
btw, kitorang dah buat web check in seminggu sebelum fly. Masa check-in, dorang akan request kita masukkan QR code sijil vaksin tau. Kalau takde sijil vaksin memang tak boleh check in ye. Then, boarding pass kita akan ada cop 'Verification Needed'. Benda ni lah result swab test kita yang nak kena verify di kaunter. If bawa result dari klinik pun kena verify di kaunter.
Kitorang beli sendiri test kit...flight pukul 9.50am, kitorang sampai epot pukul 8am...airport lengang ye, takde beratur2 pun untuk test...haha
Memang ada gambarajah panduan guna self test kit. Tapi risau kang salah, better tanya je staff bertugas. Macam aku mentioned sebelum ni, staff very helpful.
Kena tunggu result dalam 15 minit, then pi verify result tu kat mana² kaunter check in (tak banyak pun kaunter yang bukak). Proses ni makan masa dalam 40-45 minit jugak..lagi ramai ahli nak kena test, lagi lama lah proses...belum campur berborak lagi..staff epot pun rajin layan nyembang
See...lengang..huhu. Syukur jugak kedai runcit bukak. Beli roti dengan air untuk bebudak. Sian dorang lapar nak breakfast.
Setiap check point nak ke boarding gate pun ada saringan - check sijil vaksin dan result covid test...details ye dorang check. Leceh? haa memang kena leceh lahh...kang ada kluster korang jugak bising khennn.
Nak dekat sampai boarding gate pulak kena isi form (online form) setiap passengers...kitorang 5 beranak, banyak jugak la benda nak kena isi
Lagi 10 minit nak boarding baru kitorang boleh bertenang
Satu keluarga, sorang je lah yang isi form. Tapi dia kena isi semua nama yang akan naik flight. Faham ke faham?
Finally, boarding! Kitorang tak beli seat pun. Semua auto assign. Alhamdulillah takde terpisah².
Beli food siap² kat web sebab flight pagi memang tak sempat lah nak breakfast. Laki aku beli nasi Beriyani tak silap. Dia seat lain tak dan amek gambar. Makan share² je sebab bebudak dah kenyang makan roti. Alahh perjalanan sejam je pun. Sampai Langkawi boleh makan lagi.
Sejam kemudian, selamat landing di bumi Langkawi.
Ok rasanya tu je sharing pasal covid test untuk travel bubble Langkawi. Kalau aku rajin menulis lagi nanti aku share keadaan kat Langkawi pulak ye. LENGANGGGGGG ok!!!!
Terkejut ular masuk rumah. Tapi memang rezeki la.. Tanya abah, Rupa-rupanya inilah...See more
“Fans Coldplay sebak tengok vokalis Coldplay Chris Martin bersujud bila tiba di Malaysia tadi. Pemilik video ni men… See more
Mawar dan Raf sepatutnya hadir ke mahkamah syariah semalam.Isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia... See More
Till then....
2 comments:
sy ok je kalo org nk pegi bercuti kat langkawi..
smpai bila kita nk berkurung kan..
kita jaga kita.. doa yg baik2..
lg pon kesian kat org yg bisnesnya bergantung kat pelancong..
so support je bisnes dorg..
masing2 tgh struggle nk idop.. hehe
enjoy sudahhhh! =)
Salam ziarah..saya dah lama follow blog ni..nice blog
Post a Comment